ADUN PAS ikrar pertahan mandat di S'gor
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Hasnul Baharuddin berikrar akan terus mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor jika keadaan dewan negeri tergantung benar-benar berlaku.
Katanya rakyat Selangor memberi mandat bukan hanya kepada PAS tetapi juga PKR dan DAP dan ia harus dihormati semua wakil rakyat.
“Saya akan terus pertahankan kerajaan Pakatan Rakyat kerana itu mandat yang diberi oleh rakyat,” katanya.
Hasnul dan seorang lagi ADUN PAS Saari Sungib sebelum ini tampil menyokong Presiden PKR Wan Azizah Ismail sebagai menteri besar baru Selangor ketika parti mereka belum membuat keputusan.
Sultan Selangor bagaimanapun memilih timbalan Azizah dalam PKR, Azmin Ali, sebagai menteri besar baru menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.
Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini Hasnul berkata kenyataannya hari ini tidak bermaksud beliau akan meninggalkan PAS.
“Tapi saya akan lihat bagaimana perkembangan selepas ini,” katanya.
Sekiranya PAS keluar Pakatan, Selangor kemungkinan berdepan dengan situasi DUN tergantung.
Pada masa ini, PAS dan DAP masing-masing mempunyai 15 kerusi manakala PKR mempunyai 13, tidak termasuk Khalid yang kini ADUN bebas.
Terdapat 56 kerusi di Dewan Undangan Negeri, di mana 29 kerusi diperlukan untuk membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.
Sekiranya PAS menarik diri, DAP dan PKR akan hanya mempunyai 28 kerusi.
Kebimbangan terhadap masa depan Pakatan semakin diperkatakan berikut kemelut antara DAP dan PAS Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Pemerhati menjangkakan keadaan akan menjadi lebih teruk pada bulan Jun selepas pemilihan PAS, di mana kumpulan Hadi dijangka menguasai hampir sepenuhnya kepimpinan parti itu.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang hari ini terus membangkitkan kebimbangan sama.
ULASAN GB
Apa pun berlaku insyaAllah kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor akan mampu bertahan apabila muncul dua orang ADUN PAS yang telah digantung keahliannya membuat keputusan untuk mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri itu.
Jika PAS keluar atau dikeluarkan dari pakatan Rakyat, bererti kerajaan PR hanya tinggal 28 kerusi (DAP 15 + PKR 13). Tetapi dengan kehadiran 2 orang ADUN PAS yang menyokongnya kedudukan akan menjadi 30 kerusi untuk PR dan UMNO hanya memepunyai 12 kerusi.
Ura-ura pembentukan kerajaan perpaduan UMNO+PAS+Khalid Ibrahim (12+13+1=26) digagalkan oleh tindakan kedua ADUN PAS yang berani itu walaupun mereka dimaki dengan perkatuan BARUA dan BROKER oleh Presiden PAS sendiri di dalam muktamar tahun lalu.
Hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan. Jika pemimpin-pemimpin PAS ikhlas dan jujur dengan perkataan mereka untuk perkukuhkan Pakatan Rakyat, maka tindakan kedua-dua ADUN berkenaan perlu mendapat pujian bukan kejian dan kata-kata nista. Kedua-dua ADUN ini bukan hanya sekadar pandai bercakap, tetapi mereka bertindak, selari dengan kehendak dan resolusi Muktamar PAS bertahun-tahun, iaitu perkukuhkan Pakatan Rakyat.
12 ulasan:
Apakah pas hanya mampu menjadi tongkat kepada umngok dan bukannya pejuang hukum hudud.eloklah pas keluar pr dulu selagi barua broker tolol kuda masih menongkat umngok.
inilah peminpin yang memahami kehendak rakyat.dan kita akan mendoakan agar mereka ini mendapat keberkatan dari Allah dalam apa juga urusan.Biar kita cari hikmah disebalik ujian allah ini.sekiranya berlaku penguasan dalam Pas oleh ulamak UG dan menghalau semua kumpulan profesional maka insyaalh di selangor akan lahir kerajaan yang lebih mantap dari bagungan dengan Pas,Insyaalah.
Muktahir ini saya perhatikan PAS di bawah pemimpin yang mengelar diri mereka "ULAMAk" seolah olah tidak menghargai penderitaan segelintir para pejuang yang menderita di ISA, di"MANDI"kan denga air "MAWAR", di pelupuh dengan belantan oleh pihak polisi gara gara kerana nak menegak kan kebenaran dan keadilan. Lokap polis sudah menjadi rumah kedua mereka.
Puak puak yang berserban besar bak serkup ayam dan baru pulang dari Timur Tengah mula mendominasi PAS setelah melihat PAS sudah berjaya mengecap sedikit kenekmataan dunia dengan melupai bahawa itu ada lah ujian dari ALLAH. Tanpa melalui ujian sapertimana yang di lalui oleh mereka yang terdahulu. Sudah lah begitu cuba nak besar kepala pula dengan menyingkir mereka yang konon nya bukan ulama. Apa, besar sangat ke ulamak jenis ini?
Kepada mereka berdua saya ucapkan terima kasih. Di harap kan kamu berdua tidak mudah mengalah. Y.B Saari saya memang yakin. Jangan lupa bahawa beliau pernah berkrusus di Universiti Kemunting, universiti yang lebih agong dari Azhar. Semasa di situ beliau ada membuat thesis dan thesis itu telah di terbit kan oleh Harakah. Saya copy and paste setiap artikel yang di siarkan dan di banding. Y.B jangan lupa bahawa Y.B dengan murah hati telah menandatangan nya semasa Y.B ke mari beberapa tahun yang lepas bersama dengan isteri Y.B.
Akhir kalam, saya berharap agar para pemilih di muktamar yang akan berlangsung tak lama lagi tau membeza kan di antara kaca dan intan. Kalau masih berminat dengan "DIN AYAM" tukar sahaja kepada "MAT ITIK" kerana spesis jenis ini tak mudah bergaduh. Malah untuk mendamai kan isteri isteri yang bermadu salah satu dari campuran nya ada lah dari tempat peliharaan itik.
.
Kalau ada lah temuramah mengenai kedua-dua adun ini pasti mulut Hj Hadi akan mengeluarkan perkataan baru.
Pendirian kedua-dua adun ini menepati politik Islam. Sedangkan bagi pro umno dalam PAS termasuk Khalid politik ada lah satu permainan yang membolehkan seseorang itu mengelat dan menghalalkan apa-apa yang membolehkan mereka menang. Lagi banyak mengelat dan buat yang bukan-bukan adalah lagi bijak pada mereka.
Dan tindakan adun ini sama lah dengan tindakan Hj Hadi yang tergantung tapi tak bertali dengan PR. Kalau kedua-dua adun ini di kenakan tindakan maka apa yang di lakukan oleh Hj Hadi dalam hubungan dengan PR adalah salah.
Mahfuz kena pertahankan tindakan kedua-dua adun ini atas nama dmokrasi tulen. Dan sebab itu Mahfuz layak di beri gelaran Mr T.
Kepada Allah kita kembalikan.
Terima kasih YB's
mereka berdua ni lebih kpd mencari solusi.
pemimpin perlu kepada org yg mampu memberi jawapan segera jangka pendik dan pjg.bkn kluk klek kluk klek.
mesti berani dan bertanggungjwb atas keputusan dan pendirian.bkn berselindung kain serban jubah istilah arabiyyah ala2 agama dan walaa'.
Berani berhadapan secara 2 hala.bkn jenis sehala mcm ceramah pong pang pong pang.mcm tu engkao jer lah yg pandai.
Jujur amanah bkn pengecut berdalih kalu tak berani berdebat wacana.setakat berani berlawan kat blog tweeter jer baik tok sah jd pemimpin..mcm tu saper pon boley.
Ketika ramai pemusnah Pakatan dari golongan ulamak pas yang ingikan Pakatan hancur,allah lahirkan 2 oarng wira penyelamat dan isyallah pakatan akan selamat ,kita berharap kumpulan UG akan merasa terhina denagn perkembanagn ini.
Terima kaseh yang teramat sangat YBs...
Khalid Ibrahim memecat kesemua exco DAP dan PKR dan mengekalkan empat orang exco Pas dalam krisis MB Selangor yg lalu. Maka keempat-empat exco Pas tersebut dengan mendabik dada menyatakan merekalah penyelamat Pakatan Rakyat. Hanya rakyat yang tidak tahu sepak-terajang politik sahaja yang percaya dengan kenyataan bodoh tersebut. Pada hakikatnya Khalid, empat exco Pas dan 12 adun BN/Umno telah bersepakat untuk menubuhkan UG (Kerajaan Perpaduan). Mujurlah YB Shaari dan YB Hasnul membuat ikrar memberi sokongan kepada DR Wan Azizah. Maka terbantutlah impian Hadi Awang untuk membentuk Kerajaan Perpaduan. Terima kasih kepada Shaari dan Hasnul, tanpa kamu berdua kerajaan PR Selangor tumbang. Hasnul dan Shaari adalah hulubalang, manakala Presiden Pas berserta empat exco Pas tersebut adalah petualang.
Kerajaan UG mudah dijalankan setelah berjaya di Selangor.
Selagi UG tersangkut di Selangor selagi itu lah Hj Hadi dan MSU berdolak-dalih menafikan ujud nya kerjasama dengan UMNO.
Pemimpin PAS yang lain sepatutnya mempertahankan Kerajaan PR kerana mereka di beri jawatan oleh Kerajaan Selangor dan bukannya PAS@Hj Had
sekiranya PAS menyebabkan kerajaan negeri tergantung, maka ianya adalah SATU LAGI PROJEK OLEH PAS-UMNO untuk rakyat.
ia menjadi satu lagi sumbangan PAS dlm meruntuhkan PR setelah kehilangan Tganu dan Kedah.
maka 'jasa besar' PAS adakah akan dibalas oleh umno dgn serius melaksana hudud atau PAS akan tersungkur ke dlm lubuk munafik umno kali ke 2.
adakah hj hadi merasakan dia bakal menjadi menteri dlm kerajaan PAS+BN?
rekod menunjukkan pemimpin PAS yg melompat ke umno tidak menjadi apa2, melukut ditepi gantang, hidup segan mati taknk pulak.
paling tinggi pun, umno akan serah tugas memfitnah dn membelasah PR terutama anwar kpd hadi dan UG.
kalau nk pegang jawatan menteri dll, jgn harap lah. sebb MCA dan MIC takkan benarkan.
golongan terpinggir dlm PAS kena sedia menukar haluan kalau PAS masuk BN. hijrah ke PKR atau tubuh parti baru... sebb rkayat amat mengharapkan PR memerintah.
dn hadi+UG akan dikenang sebagai peruntuh perjuangan rakyat Malaysia menuntut keadilan dan pemerintahan yg bersih.
Dua YB ini tahu maksud tanggungjawab kerana mrk dipilih oleh rakyat utk berkhidmat bkn dipilih oleh Hj Hadi dan sekutunya.
Tahniah kpd 2 YB ini kerana berani mempertahankan prinsip perjuangan PR dan semangat setiakawan.
Catat Ulasan