Munculnya ekstremisme dalam PAS Oleh A Shukur Harun
Ekstremisme, atau golongan berfaham melampau wujud dalam mana-mana organisasi masyarakat, khususnya parti politik di mana-mana pun. Ia sudah lama wujud sepanjang sejarah manusia.
Ekstremis ini sangat fanatik kepada kumpulan mereka, tidak kira memiliki kebenaran atau tidak. Golongan ini juga mengesampingkan aspek moral dan etika, malah nilai kemanusiaan.
Sebab itu tindakan golongan fanatik ini semata-mata didorong atas kepentingan golongan mereka saja, bukan berdasarkan hak dan kebenaran.
Malah mereka bersikap “tujuan menghalalkan cara”, iaitu doktrin politik Machiavelli, ahli teori politik Itali yang berkata: “Politik tidak ada hubungan dengan moral.”
Malah Machiavelli juga pernah menyebut: “Men rise from one ambition to another: First, they seek to secure themselves against attack, and then they attack others.”
(Manusia berkembang daripada satu cita-cita yang kepada cita-cita yang lain: Pertama, mereka meminta untuk menjamin diri mereka daripada serangan dan kemudian mereka menyerang orang lain).
Demikianlah sifat atau watak golongan pelampau di mana kehadirannya dalam masyarakat menimbulkan pelbagai masalah, malah menimbulkan krisis berat.
Di sini saya teringat mengenai kebimbangan ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang menyelar golongan ustaz muda yang tidak hormat kepada pemimpin kanan dalam parti dan bersikap melampau.
Katanya, golongan berkenaan dengan mudah menuduh golongan dalam PAS sendiri sebagai liberal dan anti ulama, sedangkan mereka masih tidak memahami landskap perjuangan parti.
“Yang baru masuk PAS 2,3 hari, bercakap macam masuk PAS sudah 20 tahun. Tidak hormat orang tua, orang lama. Macamlah mereka sudah kenal PAS lebih awal daripada kita,” katanya.
Menurut beliau, dakwat mereka yang menandatangani borang ahli PAS pun belum kering lagi, sudah mencabar orang itu tak betul, orang ini tidak betul. Ini ustaz muda ini yang baru balik dari Mesir. Tidak hormat langsung para ulama yang sudah ada di sini.
Mujahid menyatakan ini dalam suatu forum di Kuala Lumpur minggu lalu. Golongan ini yang disifatkannya sudah melampau, mudah saja mengata dekat orang lain liberal, anti ulama, Islam sekular dan sebagai.
“Mereka baru balik 2,3 hari. Belajarlah dulu. Kami belajar dari bawah, bertatih daripada cawangan naik kepada kawasan dan negeri,” katanya yang menjadi ahli panel dalam forum berkenaan bersama Faiz Fadzil, anak belas presiden PAS, Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor.
Senada dengan Mujahid, Faiz berkata apa yang dibimbangkan adalah golongan ustaz muda yang akan membawa PAS ke jalan yang terpesong.
Seperti juga kecaman pelbagai pihak sebelum ini mengenai insiden demonstrasi di depan Pejabat Agung PAS tidak lama dulu, Faiz berkata insiden melampau itu memberikan imej buruk kepada parti, sekali gus memberi mesej yang salah terhadap agenda perjuangan parti.
“Yang kita bimbang ustaz muda bawa parti ke jalan terpesong, menjadi ekstrem dan ini budaya samseng,” katanya.
Malangnya, hingga kini tiada sebarang tindakan disiplin diambil oleh PAS terhadap mereka yang berdemonstrasi itu pada hal perbuatan itu sangat memalukan.
Pada pendapat saya, inilah fenomena ekstremisme di dalam PAS yang sangat dibimbangi oleh pelbagai pihak ketika PAS sudah berumur 61 tahun.
Kita belum lupa akan gejala melampau yang tercetus dalam muktamar PAS di Johor tahun lalu di mana segolongan Pemuda PAS berjaket hitam di belakangnya bertulis “Kami menyokong Presiden “, keluar Muktamar Pemuda kerana memboikot ucapan Mohamad Sabu.
Selain itu pelbagai kekecohan berlaku dalam muktamar penuh PAS di Batu Pahat yang sangat memalukan.
Inilah fenomena ekstremisme di dalam PAS yang kini semakin terserlah. Gejala ini sangat membimbangkan.
Tidak ada jaminan perkara ini tidak berulang lagi dalam muktamar awal Jun ini, lebih-lebih ada pemilihan pucuk pimpinan yang begitu sengit iaitu antara golongan pro-Pakatan Rakyat dengan golongan yang kritikal terhadap Pakatan. Golongan sederhana dengan golongan yang melampau.
Kini ternyata golongan pelampau ini semakin berani dan garang, seolah-olah mahu mendominasi PAS itu sendiri. Mereka mahukan kemenangan, walau dengan apa cara pun.
Baru-baru ini, Ahmad Awang, salah seorang calon presiden di muktamar PAS awal Jun depan mendakwa ada pihak tertentu “melarang” ahli PAS dari mendengar ceramah beliau sejak akhir-akhir ini.
Hinggakan, katanya, ada ahli PAS secara sembunyi-sembunyi datang juga untuk mendengar ceramahnya. Demikianlah begitu dahsyat sekali perkembangan yang berlaku.
Sungguh malang, PAS yang sudah berumur 61 tahun dan mempunyai sejarah panjang perjuangan politik dan dakwahnya dengan ukhuwah serta kasih sayang yang dibina sekian lama kini tiba-tiba terbentur dengan situasi yang sedemikian rupa.
Seperti yang pernah saya katakan dulu bahawa masa depan PAS bergantung kepada golongan sederhana, bukan golongan ekstrem, yang sanggup melemparkan pelbagai tuduhan, malah fitnah sesama ahli.
Masa depan PAS tidak bergantung kepada jenis pendukung PAS yang berdemonstrasi di depan Pejabat Agung PAS, yang sanggup menerbitkan buku dan risalah yang penuh dengan tuduhan dan kecaman terhadap golongan yang dibencinya.
Masa depan PAS tidak juga bergantung kepada jenis pendukung yang memperbanyak musuh, memutuskan ukhuwah sesama jemaah, wala hanya kepada sesetengah pemimpin tetapi tidak wala, malah membenci kepada sesetengah pemimpin yang lain
Masa depan PAS bergantung kepada golongan sederhana, rasional, bercakap dengan ilmu dan fakta, bukan emosi dan prejudis. Bukan kepada golongan ekstremis atau pelampau. Kerana pelampau hanya mengundang permusuhan dan kemusnahan.
Parti politik seperti PAS bergantung kepada sokongan pelbagai pihak, termasuk kepada bukan Islam, untuk mencapai kemenangan politik.
Seperti kata Mujahid, PAS perlu terus bersama Pakatan Rakyat untuk mencapai kemenangan politik hingga ke Putrajaya. Dari perjuangan itulah semoga mendapat reda Allah dalam usaha menegakkan hukum dan membangunkan ummah. Macam mana hendak tegakkan Islam di negara ini jika kita tidak menang?
Di sini Mujahid bertanya, kenapa kemenangan selalu dikaitkan dengan negatif? Melainkan ini agenda musuh. Al-Quran sendiri, katanya, tidak pernah menjelaskan akan sesuatu kemenangan itu yang tidak mendapat keredaan Allah.
Semuanya ini perlulah difikirkan, kerana kita semua sayangkan parti.
UlASAN GB
GB pernah mengulas sebelum ini:
Gejala budaya samseng semakin menjadi-jadi di dalam PAS dan lebih memalukan ia dilakukan oleh kumpulan yang mendakwa diri mereka pro-ulama dan bergelar "ustaz". Semasa di Muktamar PAS yang lalu sudah ada unsur samseng di dalam PAS, sekumpulan "50 gagak hitam" yang meninggalkan dewan semasa Timbalan presiden berucap dan ada kumpulan yang memboo semasa AJK PAS Pusat Hanipa Maidin berucap. Apakah ini akhlak Islam yang ditonjolkan oleh kumpulan yang mendabik dada menyatakan kononnya mereka pro-ulama, pro-MSU, pro Presiden?
Selepas daripada tindakan keluar muktamar dan mengeboo ucapan penangguhan seorang AJK PAS Pusat, mereka sekali lagi membuat kacau dengan sekumpulan pemuda kononnya pro-ulamak berbadan besar yang telah mengepung Safwan Anang, Pengarah Eksekutif LENSA berhampiran bangunan pejabat PAS. Safwan bukan saja dikepung malah beliau diugut akan dipukul.
Kesemua budaya berkenaan adalah budaya samseng dan budaya liar yang jauh dari akhlak Islamiah ... tetapi tiada sebarang tindakan diambil hanya semata-mata kerana mereka kononnya kumpulan pro-ulamak.
Jika Haji Hadi dan kumpulan pro-UG tewas di dalam pemilihan akan datang ini ia adalah angkara budaya samseng oleh para penyokongnya yang dibiarkan hidup subur di dalam PAS.
13 ulasan:
Selagi umno boleh memperkudakan hudud pas (kerajaan perpaduwang/mempecahbelahkan PR) selagi itulah umno masih berkuasa.
Setelah membaca article di atas mengimbas kembali semasa zaman Jahiliah di college dulu, pernah berdepan muka dgn kadir parti pas dimana menegur kami yg jahil dalam ilmu agama dengan perkataan "KAFIR" kalau tak silap saya early 80's ya 1981, akibat cara2 teguran itu kami bertambah jauh mendekatkan diri dgn masjid, setelah di semak kembali baru saya mengetahui rupa2nya TGHH masa itu tengah lantang dgn kuliahnya di Rusila,kalau tak tak silap TGHH ada mengeluarkan fatwa (saya tak ingat) maafkan jika saya silap.Tidak terlintas di hati saya nak memfitnah TGHH, Kami sekeluarga berasa berbesar hati bila kami dapat berguru dgn TGNA dengan akhlak,ilmunya yg tinggi dan ditambah lagi uSTAZ fADHIL Nor menunjukkan kasih sayang sesama insan yg diiniaya seprti yg ditunjukkan semasa DSAI, disitu kami sekeluarga dapat membuat kesimpulan ahli-ahli yg lahir dari TELADAN yg sebegini dapat melahirkan insan yg sederhana dan membuatkan kami sekeluarga memberi sokongan pada pas walaupun kami bukan ahli.
Salam bro.
PAS's loss is UmNo's gain. PAS kena ler get rid all their weaknesses, personals yang ekstrim, kerja tak bagus mana pun, cakap aje lebih !
Just do the job right & tunjukkkan akhlak Islami & selalu menyantun orang ramai & dulukan kebajikan, insyaAllah Islam yang syumul akan subur mekar dalam masyarakat kita & PAS, gerakan Islam lain akan lebih hebat & menang!
Kalau dah para ulamak, ustaz as PAS fronts akhlak demer like average people, kerja takda boleh harap + mulut pulak capoi sangat, there you go we can just forget winning the war@ GE against UmNo!
Tuan, minta pencerahan..
Mengikut pengetahuan tuan, adakah wujud golongan-golongan eksrimis atau 'pencinta' ulamak yang keras sewaktu pas mula mengorak langkah bekerjasama dan mula berusaha meraih sokongan bukan islam. Adakah wujud penentangan atas usaha-usaha ini dahulu, jika ada, bagaimana pimpinan terdahulu mengatasinya, berlakukah konflik dalaman? Bagaimana pimpinan terdahulu memainkan peranan?
Apa yang berlaku dalam Pas sebenar nya tiada kena mengena dengan orang luar. Ini hipokrit ahlul Pas sendiri yang sentiasa suka mengambing-hitamkan yang tidak sebulu, konon nya !
Aku banyak bercampur dengan orang-orang Pas. Banyak juga aku duga mereka dengan pertanyaan dan perbualan yang gerenti nya mereka tidak akan terima, malah marah. Tidak berpijak realiti.
Paling sedih ada beberapa ahli2 Pas berjemaah di masjid yang sama. Bila tiba pemilihan AJK Masjid mereka cuba melebar pengaruh, membawa orang-orang yang kami kenal bukan jemaah kebiasaan, menyokong cadangan untuk membolehkan masjid bakal di bawah kawal selia ahli2 Pas tersebut. Ia juga melibatkan orang kanan Pas sendiri.
Namun pergaduhan terjadi di dalam masjid. Kini ahlul Pas tidak kelihatan lagi, malu, malah terus memusuhi saudara se Islam mereka ! Siap telefon beberapa saingan mereka, memakihamun dengan kata2 tidak sopan di larang Islam !
Macam cara beberapa komen fitnah tegar di atas. Tidak berpijak realiti. Tetap salahkan orang luar !
Ekstremis dari Pas agak nya... Allah itu Maha Mendengar dan Maha Mengetahui dan Maha Melihat ! Kami hanya mendoakan kebaikan untuk mereka semua... Apa untung nya bermusuh dan memakan daging sesama bangsa sendiri (Melayu ) ?
LKS dan LGE bertepuk tangan, terus menambah pengaruh dan cekaman politik pecah dan perintah. Anda semua nya masih suka berguling-guling.. he..he..
try tengok????...it takes 3 Years hampa nak pejatuh hj hadI.....come on.....kenapa lambat sangat....kata boleh!...malaysia boleh!......nak tulis Blog...aku pon boleh....rajin lepak Kedai kopi,....buat research sikit.....rujuk sana sikit sinin sikit....nah...baca thesis blog yang inDah...buatnYa belum tentu.....come on walk the 'talk'
As salam tuan admin..
tolong pastikan komen jika guna bahasa sepenuhnya BM atau jika BI sepenuhnya BI...letih baca bahasa rojak ni...sekerat bi sekerat bm....maaflah jika ada yang terasa hati...hal kecil sahaja pun....
Yang lagi bagus kalau sekerat bahasa inggeris sekerat bahasa zulu afrika...baru sedap membacanya.
anon 12 09
Ini bukan buat surat karangan.
Komen-komen bukan nya nak buat buku untuk di baca. Ia nya seperti kita sedang berbual-bual. Sebab itu Aisyah keciwa. Orang yang mengutuk secara lisan boleh tapi yang cara guna it tak boleh.
Kita komen terus apa yang terlintas dalam fikiran sepertimana kita berbual Bagaimana pun kita tak boleh mengugut keselamatan orang lain atau menimbulkan huru-hara. Nanti kena repot masuk balai.
So bagi komen ikut keselesaan dan yang penting ikut syarat yang di terapkan oleh admin ia itu "Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan."
Bahasa rojak tak apa. Ok lagi. Jangan macam komen Wan Rosli, komen yang suka menyakat!
Saya selalu percaya satu hari nanti Pas akan berupaya & berkemampuan menggantikan Umno sebagai pemain utama pentas politik negara terutama mewakili kepentingan orang Melayu/Islam..Tetapi entah kenapa pemimpin utama Pas seolah2 tiada keyakinan diri utk berdiri menyahut cabaran sedemikian & masih lagi bergantung harap dgn Umno yg sedang mereput/rotting..Hal ini yg membingungkan kita!
.
Tak heran kalau ahli PKR atau UMNO yang ekstrem. Tapi hodoh bila ahli PAS yang ekstrem Bila pulak masa nya mereka di didik macam ini. Almarhum TGNA baru sahaja 100 hari meninggalkan kita semua?
Ada juga ahli PAS buat demo. Tapi demo bantah konsert. Itu pun jaga adab dan akhlak sebagai ahli PAS.
PAS memang telah berubah. Bagaimana pun ekstrem dalam PAS masih terkawal kerana pihak lawannya lebih rasional dan bersederhana. PAS akan berubah lagi teruk bila berjaya meminggirkan golongan progresif ini. Dalam pemilihan dua tahun akan datang selepas bulan jun ini yang tinggal ia lah golongan yang ekstrim ini. Kita akan melihat golongan ekstrim ini berebut sesama mereka. Kalau 100 hari pun dah teruk bayangkan lah 2 tahun lagi.
Sebab itu perwakilan mesti singkirkan fahaman Ekstremis dalam PAS semasa muktamar nanti.
Ekstremis ini macam kes buli di sekolah agama. Kita menggeleng kepala dan mengeluh sebab kes tersebut terjadi di sekolah agama bukan nya sekolah kebangsaan. Apa sudah jadi pada ilmu agama di sekolah tersebut? Bagaimanapun ada hukuman untuk pembuli tersebut supaya dapat membersih nama baik sekolah tersebut.
Hukumlah pembuli dalam PAS semasa muktamar bulan jun nanti.
Dalam semua perebutan atau pertandingan memang ujud walaupun AJK Mesjid. Ada yang main kotor dan ada yang memberi pendapat tetapi di salah ertikan sebagai fitnah. Yang lebih malang bila jemaah ambil mudah, tak kira siapa jadi AJK pun urusan mesjid terus berjalan. Mereka menganggap dua-dua pihak sama. Sesiapa pun boleh jaga TH. Sesiapa pun boleh urus 1MDB. Sebab kalau bagi Muhyiddin pun sama. Kita tak bijak seperti kaum lain dalam hal begini. Lepas itu kita salahkan mereka yang berebut kerana main kotor. Sedangkan kita yang diberi kuasa menolok calun yang bersih.
Kepada Allah kita kembalikan.
Allah memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat di tiga buah negeri Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan melalui PRU 13. Kuasa Pas sangat dominan di Kelantan. Pas mempunyai sedikit kuasa di Selangor, dan sekadar menumpang tuah di Pulau Pinang. Kesan kemenangan di tiga buah negeri ini, memberikan punca rezeki berbentuk jawatan dan kontrak kepada pimpinan dan pendokong-pendokong Pas. Lantaran itu, ahli-ahli Pas yang terlalu kebendaan, melihat jawatan dalam hiraki kepimpinan Pas adalah sumber rezeki. Maka berbondong-bondonglah ahli-ahli Pas mengidam berbagai jawatan parti. Dari titik-tolak inilah maka berlakulah perebutan jawatan yang sangat sengit menjelang Muktamar Pas Jun 2015 ini. Setiap calon ada proksi dan kroni masing-masing. Kemenangan calon-calon pilihan akan membawa tuah kepada mereka.
Umum sudah mengetahui bahawa mutakhir ini, Pas telah terpecah kepada dua kelompok. Kelompok yang pertama pro-ulama yang juga dikenali sebgai UG (United Goverment). Kelompok ini dikepalai oleh Hadi Awang, Presiden Pas. Kelompok ini dikatakan sudah menjalin hubungan gelap dengan Umno / BN untuk membentuk Kerajaan Perpaduan (UG). Kelompok kedua pula dikenali sebagai pro-profesional yang ditunjangi oleh Mat Sabu, Timbalan Presiden Pas. Kelompok ini sememangnya mahukan Pas terus berada dalam Pakatan Rakyat dan terlalu anti BN. Perang dingin yang kian membara antara kedua kelompok ini menyebabkan lahirnya ekstremis parti. Pada pengamatan saya, ekstemis yang tampak nyata memihak kepada kelompok pro-ulama. Nama-nama besar pencacai pro-ulama seperti Tuc Husin Ceroi dan Ustaz Mokhtar Senik menghentam dan menghina kumpulan pro-profesional. Pencacai-pencacai ini melihat kumpulan profesional sangat bahaya dan perlu dinyahkan dari saf kepimpinan Pas.
Hujah pencacai-pencacai ini mudah sahaja. Mereka menyatakan apa sahaja yang dinyatakan oleh Hadi Awang dan pemimpin-pemimpin Pas yang sewaktu dengannya sebagai "sabda dan firman". Apa sahaja kenyataan yang terhambur dari mulut Hadi Awang dianggap sebagai "wahyu" dan tidak boleh disanggah. Bahkan persepsi mereka bahawa pemimpin-pemimpin tertinggi pro-ulama adalah "maksum" dan perlu dipatuhi oleh setiap ahli Pas. Doktrin inilah yang menyebabkan ahli-ahli Pas yang fanatik dan buta politik memberikan "walaq" yang tidak berbelah bagi kepada barisan pimpinan mereka. Saya menyakini doktrin "maksum", "sabda", "firman", kenyataan-kenyataan pemimpin tertentu yang dianggap "wahyu" dan "walaq" akan menjadi "senjata yang akan makan tuan".
Perwakilan Pas terdiri daripada ahli-ahli matang yang mempunyai disiplin ilmu yang diversiti. Perwakilan-perwakilan Pas mempunyai kebebasan memilih dan pastinya mereka tidak memilih secara kelompok. Pas memerlukan barisan kepimpinan yang datang dari pelbagai disiplin ilmu yang bakal digarap dan digembleng demi kemajuan dan survival parti. "Pas for All" adalah slogan yang sangat signifikan sepanjang zaman dan berupaya memacu Pas dan Pakatan Rakyat menguasai singgahsana Putrajaya pada PRU 14.
Ok bohhhh...saya stuju...hihihi...
Catat Ulasan