29 Sep 2014

Shaari & Hasnul Sudah Dipanggil, PAS Pusat Tentukan Nasib Mereka


Nasib dua Ahli Dewan Undangan (Adun) PAS yang menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk dilantik sebagai Menteri Besar Selangor akan ditentukan Jawatankuasa PAS Pusat.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapa Ali berkata, kedua-dua Adun berkenaan, Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) telah dipanggil memberi penjelasan berhubung isu itu dan pimpinan PAS Pusat akan membuat keputusan mengenai status mereka.

"Mereka telah dipanggil secara formal untuk memberi penjelasan hari ini (Isnin).

"Saya sudah dengar penjelasan setiap seorang daripada mereka dan ia akan dimaklumkan kepada PAS Pusat yang akan bertindak membuat keputusan,"
katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan dua Adun tersebut di Ibu Pejabat PAS Pusat di sini, Isnin.

Menurut Mustapa, PAS Pusat juga akan memutuskan sama ada Saari dan Hasnul akan dihadapkan ke Lembaga Disiplin parti atau sebaliknya.

Mengulas lanjut mengenai pertemuan tersebut, beliau berkata ia diadakan secara berasingan.

"Jumpa seorang-seorang...seorang ambil masa kira-kira sejam," katanya.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan isi kandungan penjelasan yang diberikan dan tidak mahu menyatakan sama ada beliau berpuas hati atau tidak dengan penjelasan yang telah diberi.

Mustapa berkata, kelewatan mengambil tindakan terhadap Saari dan Hasnul adalah disebabkan parti ingin menyelesaikan isu satu persatu.

"Kita selesai satu-satu. Isu menteri besar di Selangor sudah selesai, PRK Pengkalan Kubor sudah selesai, sekarang isu ini pula," katanya.

Status dua Adun PAS ini dalam parti masih lagi menjadi tanda tanya apabila tiada sebarang tindakan atau amaran dikenakan terhadap tindakan mereka yang dianggap membelakangkan parti dalam isu pelantikan menteri besar di Selangor.

Kedua-dua Adun berkenaan menandatangani surat akuan bersumpah menyokong Dr Wan Azizah sebagai menteri besar di Selangor, satu tindakan yang bertentangan dengan pendirian parti.

Terdahulu, Saari yang ditemui pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Mustapa berkata beliau masih ahli PAS dan akan menjadi ahli PAS sehingga ajal. -mstar


Saya masih ahli PAS sampai ajal - Saari Sungib

KUALA LUMPUR: Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang Saari Sungib menegaskan beliau masih lagi ahli PAS dan tidak akan meninggalkan parti Islam itu.

"Saya masih ahli PAS sampai ajal," katanya kepada pemberita di bangunan ibu pejabat PAS, di Jalan Raja Laut, di sini, hari ini.

Saari dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali di pejabatnya hari ini.

Namun Saari enggan mengulas lanjut tujuan pertemuan dengan Mustafa itu diadakan dan usaha Astro AWANI untuk mendapatkan penjelasan dari Setiausaha Agung PAS itu juga gagal.

Sebelum ini beberapa portal melaporkan Saari dan Hasnol akan menghadap Lembaga Disiplin PAS hari ini bagi membincangkan tindakan mereka memberi sokongan kepada presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.

Akibat tindakan, perwakilan PAS mendesak agar kedua mereka dihadapkan kepada Lembaga Disiplin PAS dan dikenakan tindakan yang sewajarnya.

Lebih memburukkan keadaan apabila presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika menyampaikan ucapan pergulungan di Muktamar Tahunan parti itu di Batu Pahat baru-baru ini mengeluarkan istilah 'broker' dan 'barua' akibat insiden tersebut.

Bagaimanapun, Saari dan Hasnol yang hadir di majlis makan malam anjuran DAP dianggap sebagai 'wira' yang telah menyelamatkan Pakatan Rakyat daripada terbentuknya kerajaan yang mereka dakwa sebagai gabungan UMNO, PAS dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Di majlis itu, Hasnul secara berseloroh berkata beliau masih boleh bertanding menggunakan lambang DAP manakala Saari menegaskan tidak akan keluar daripada PAS.
-astroawani










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PAS Pusat? Bro, don't be naïve, I am sure you mean

M ampus S emak U lar

Tanpa Nama berkata...

Tengok perbuatan percakapan tuang president dan ular semak seperti hellfire, boleh ker Kita percaya mereka? Tiada siapa nak pikir apa pula gst Mari.

Tanpa Nama berkata...

"Jika PAS menolak, ia kerana PAS mahu semua ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS yang tidak dilantik menjadi exco berperanan sepenuhnya sebagai Adun di dalam Sidang Dewan Negeri dan tidak sibuk dengan tugas timbalan speaker,” dia dipetik sebagai berkata. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kesibukan-timbalan-speaker-boleh-jejas-kerja-adun-kata-iskandar-samad#sthash.r1OSUl5T.dpuf

Tanpa Nama berkata...

Habis tu nak Letak Nama-Nama untuk mb, biar Hal kerana exco 3 sajer? Elok full time ADUN jangat let buat kerja lain

Ridd berkata...

Jom...Buat satu sokongan terbuka untuk Yb Shaari dan Yb Hasnul..... bagi mamat kat atas ni lagi berbuku jiwa...nya.

Karut lah PAS ni..keluarlah dari PR...apa yang berlaku pada PRU yang lepas di Kota Damansara ,Sg Besi adalah mesej sebenar siapa PAS sebenarnya. kalau yg lepas boleh berlaku, sampai bila2 pun ia akan berlaku.

Walaupun kawan boleh beri hanya 1 UNDI kawan sanggup lah tukar alamat dari Adun cempaka ke MORIB. walaupun dia masuk DAP tapi jiwa nya masih seorang ISLAM dan berbangsa MELAYU.

Daripada parti yg menjerit ISLAM tapi BARUA pada saudara yg seAgama dengan nya.

Kawan Hormat PAS ni sebab TGNA je. kalau dah lama kawan jeritkan penyokong PAS HAPRAK....!

Untuk Nik Abduuuuuuh
Dgn Org Tua lu gua Sanjung tinggi tapi tak semestinya gua pun nak sanjung lu....kalau rasa nak di sanjung belajar dgn orang tua lu balik. orang kg hormat sebab bapak lu je tapi jgn ambil kesempatan leee

Tanpa Nama berkata...

Pas jangan jadi macam umno dah lah

Tanpa Nama berkata...

Bukan "macam", tapi dah jauh lebih "teruk"

mohd shahran berkata...

DALAM SEJARAH HIDUP SAYA TAK PERNAH PANGKAHSELAIN PAS DI KAWASAN SAYA,. TAPI ENTAH KENAPA TAHUN NI PAS KALAH DI PENGKALAN KUBOR RASA BERSYUKUR PULA KEPADA ALLAH KERANA HADIAHKAN KEKALAHAN. MUNKIN KERANA BENCI SANGAT SIKAP TAKBUR GOLONGAN ULAMAK. YANG MEREKA RASA MEEKA INI AHLI SYURGA. SELAIN DARI ULAMAK KASTA PALING RENDAH DALAM KEHIDUPAN SEBAGAI MANUSIA

Tanpa Nama berkata...

kalau orang yang berperangai kuat dengki, tamak kuasa, berdendam dan yang paling dahsyat amat suka memfitnah seperti Tok Guru UG Haji Hadi Awang boleh masuk syurga, ambe tak naklah syurga! lebih baik ambe pilih neraka. ambe xnak bercampur dgn pemutar alam TUG Hadi Awang, mana tau dalam syurga pun nanti kena dia tipu lagi.

Tanpa Nama berkata...

anon 7;19pm
lu punya ayat canteeek la bro..
wa pon sama mcm lu jugak
wa pon tak mau itu hadi ada dekat wa
wa mufarrakah dr donia hingga akhirat

biar biar biar la nik aziz n haron din satu kapal satu NAKHODA dgn BARUA khianat-FITNAH-auta bebelit2 tu

wa TAk hingin satu NAKHODA dgn nik aziz haron din dan msu yg brNAKHODAkan siBARUA fitnah itu!!!

Syurga mana dorang nak pergi pon wa tatau bro???

dorang ingat dgn PERASAN sbg morsyidoolll....PERASAN sbg propessooor....PERASan sbg ularrrMAK no2 donia tu, dorang boleh dpt msuk ke syorga ka bro???

dorang ingat itu TITLE2 haprak tu, ada NILAI ka kat sisi ALLAH???
itulah BAHALLOLnya mrk bro!!!?