7 Dis 2014

Ust Fadzil Noor Pernah Kata PAS Mungkin Dipimpin Oleh Presiden Yang Bukan Ulama


Kepemimpinan ulama dan salah faham mengenainya
Oleh Dinsman

Kemelut menteri besar Selangor selama beberapa bulan yang berakhir dengan pelantikan Azmin Ali pada 23 September itu dikatakan menyebabkan krisis teruk dalam kepemimpinan PAS hingga mengakibatkan parti itu kini berpecah kepada lebih daripada dua kumpulan, dan sudah ada pihak yang menuntut presidennya berundur.

Tentulah bukan kemelut atau krisis menteri besar Selangor (MBS) itu yang menjadi faktor berpecahnya parti PAS, ‘kan!

Kemelut itu hanya menjadi sebab terpecahnya bisul yang sudah lama menanah dan hanya menunggu masa untuk pecah sahaja. Ia suatu kebetulan saja. Faktor sebenarnya bukan itu.

Lalu apakah faktor sebenarnya? Untuk mengetahui faktor sebenarnya tidaklah begitu susah. Lihatlah kepada apa yang heboh diperkatakan di kalangan dalaman PAS sejak sebelum kemelut MBS itu dan juga selepasnya. Perkara yang heboh diperkatakan itu ialah mengenai hal kepemimpinan ulama dan bukan ulama di dalam PAS. Itulah yang heboh diperkatakan sejak sekian lama (tiga-empat tahun atau lebih) sebelum tercetusnya kemelut MBS itu dan masih diperkatakan hingga ke hari ini.

Namun faktor sebenarnya pun bukanlah kepemimpinan ulama itu sendiri. Kepemimpinan ulama di dalam PAS yang bermula dengan era kepemimpinan Yusuf Rawa itu tidak pernah menjadi masalah.

Yang menimbulkan masalahnya ialah apabila sekumpulan ulama di dalam kepimpinan PAS mulai berasa terancam kedudukan mereka disebabkan kehadiran tokoh-tokoh bukan ulama (lebih popular dengan panggilan "profesional"), yang mulai mendapat kepercayaan para ahli untuk memimpin parti itu; dan mereka pun melancarkan kempen untuk mempertahankan kedudukan mereka.

Di situlah bermulanya bibit-bibit perpecahan yang sekarang sedang membarah di dalam organisasi parti itu. Ia mencapai puncaknya apabila PAS enggan menyatakan persetujuannya dengan keputusan PKR dan DAP melantik Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah menjadi MB Selangor, menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Keengganan PAS atau lebih tepatnya keengganan Presiden PAS, Dauk Seri Abdul Hadi Awang itu kurang disenangi sebahagian pimpinan PAS khasnya mereka yang bukan golongan ulama. Dan pernyataan kurang bersetuju golongan ini telah mendapat reaksi yang agak keras pula daripada golongan ulama yang semakin menampakkan sokongan mereka kepada keputusan Presiden itu.

Ada pelbagai analisa mengenai sebab-sebab mengapa Hadi tidak bersetuju dengan pelantikan Dr Wan Azizah. Antaranya timbullah cerita yang hubungan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim memang sudah lama tidak mesra dan tidak sehaluan. (Sebab apa? Saya fikir lebih baik kita tak usah sentuh hal itu).

Maka saya ingin kembali kepada hal tadi – golongan ulama dan bukan ulama di dalam PAS.

Alkisahnya kemasukan golongan bukan ulama khususnya profesional ke dalam PAS berlaku secara agak besar di zaman Reformasi, iaitu zaman kebangkitan rakyat berikutan Anwar dizalimi oleh Tun Dr Mahathir Mohamad (1998), dan zaman yang menyaksikan kegemilangan pimpinan Datuk Fadzil Noor sebagai Presiden PAS.

Ustaz Fadzil waktu itu mengalu-alukan kemasukan para profesional dan intelektual menjadi ahli PAS. Bahkan sikapnya yang terbuka dan sanggup mengambil risiko membawa PAS berjuang menuntut keadilan buat Anwar itu adalah faktor utama mengapa ramai golongan profesional dan intelektual masuk PAS. Dan itulah juga faktornya yang mengubah pandangan negatif masyarakat bukan Islam terhadap PAS menjadi positif.

PAS sejak peristiwa Reformasi di zaman Ustaz Fadzil itu sudah mendapat wajahnya yang baru, tanpa mengubah dasar kepimpinan ulamanya. Saya sempat beberapa kali bersama dengan Ustaz Fadzil dalam pentas ceramah (saya baca puisi), majlis makan malam dan sesi wawancara untuk majalah Detik.

Masih ingat lagi dalam sesi wawancara itu saya bertanya apakah mungkin pada suatu hari nanti PAS akan dipimpin oleh presiden yang bukan ulama? Tanpa teragak-agak beliau menjawab: Ya, mungkin.

Lalu bagaimana dengan dasar kepimpinan ulama? Tanya saya. Dan jawapan Ustaz Fadzil kepada soalan inilah yang kembali bangkit dalam memori saya sebagai reaksi kepada kempen golongan ulama PAS hari ini yang cuba mengawal seboleh-bolehnya agar semua pimpinan PAS peringkat atasan terdiri daripada golongan ulama.

Apa jawapan Ustaz Fadzil itu? Jawabnya: Dasar kepimpinan ulama di dalam PAS bukan bermakna yang presiden PAS semestinya ulama, dan orang yang bukan ulama tidak boleh sama sekali menjadi Presiden PAS walaupun dia layak dan mendapat kepercayaan ahli-ahli.

Jelas Ustaz Fadzil lagi: PAS sudah menetapkan dasar-dasarnya dan PAS mempunyai Majlis Syura Ulama yang menjadi pengawal kepada dasar-dasar kepimpinan ulama di dalam PAS. Siapa sahaja yang menjadi presiden mesti patuhi dasar-dasar tersebut dan mesti tunaikan amanah ahli-ahli PAS kepadanya agar melaksanakan dasar-dasar Islam yang telah termaktub; manakala yang memerlukan ijtihad pula akan dilakukan oleh Majlis Syura.

Lebih kurang begitulah penjelasannya. Kita boleh dapatkan penjelasan tersebut secara verbatim kalau kita merujuk kepada majalah Detik yang berkenaan. Saya tidak ingat lagi tarikhnya dan saya pun tidak simpan naskah tersebut. Tetapi saya pasti dan positif, begitulah yang dimaksudkan.

Hal ini telah pun saya nyatakan kepada beberapa orang kawan apabila ditimbulkan perkara krisis atau konflik antara ulama dan profesional di dalam PAS sejak pemergian Ustaz Fadzil ke alam baqa, dan jawatan presiden itu disandang oleh Hadi.

Soalnya, kenapakah golongan ulama di dalam PAS selepas era Ustaz Fadzil menjadi tidak mesra dengan golongan yang bukan ulama sebagai pemimpin?

Kalau Ustaz Fadzil pernah menegaskan demikian mengenai dasar kepimpinan ulama itu, maka siapakah pula yang membuat tafsiran berbeza daripada itu selepas ketiadaan beliau? Dan kenapakah pula terjadi demikian?

Saya kira masalahnya ialah masalah keyakinan diri. Ustaz Fadzil begitu sekali percaya dan yakin kepada struktur dan sistem kepimpinan dalam organisasi PAS yang dipimpinnya, menyebabkan dia tidak sedikit pun bimbang kepada masa depan kepimpinan ulama di dalam PAS.

Dan tidak kurang pentingnya ialah keyakinan diri yang ada pada pada ulama dalam kepimpinan PAS waktu itu, khasnya mereka yang menduduki Majlis Syura Ulama. Keyakinan diri itu menyebabkan tidak timbul kebimbangan atau rasa terancam oleh kehadiran ramai golongan profesional.

Apabila golongan ulama melancarkan kempen (ala-ala Umno itu) untuk mengawal dan memastikan agar calon-calon dari kalangan mereka yang dilantik ke jawatan atasan dalam pimpinan, itu jelas menunjukkan bukan sahaja mereka kurang yakin dengan kelayakan mereka sendiri tetapi juga menunjukkan bahawa mereka mendahulukan kepentingkan politik lebih daripada kepentingan agama.

Maka di situlah bermulanya kecelaruan di dalam kepemimpinan PAS. Dan apabila itu berlaku di kalangan ahli-ahli Majlis Syura Ulama sendiri maka bayangkanlah. Ia umpama virus yang merosakkan. Tidak hairanlah hari ini imej ulama pada keseluruhannya begitu menyedihkan sekali. Masyarakat seperti sudah hilang kepercayaan kepada ulama.

Sesungguhnya ini suatu tragedi yang perlu segera disembuhkan. Kembalilah segera kepada kepentingan agama, dan kurangkanlah berpolitik di dalam parti.

35 ulasan:

Awanama berkata...

Assalamu'alaikum wbt GB,

Masaalah-masaalah yang berlaku sekarang ini adalah kerana kita semua mengaku bahawa Islam itu adalah agama kita, namun apabila berlaku perselisehan di antara sesama kita, bahana tersebut (ujian Allah) di sebabkan kita telah membelakangkan ajaran Islam dengan tidak kembali ke pangkal apabila kita telah tersesat di hujung jalan. Bukankah telah disebutkan "apabila berlaku perselisehan pendapat diantara satu sama lain, maka hendaklah kamu kembali kepada Al-Quran, Hadith, Ijmak Ulama dan Qias"? Sebahagian golongan ulama menganggapkan mereka adalah di kalangan ahli syurga dan melihat di pihak lain pula adalah golongan orang-orang yang hanya mementingkan duniawi. Yang berketayap dan berjubah pula memandang sinis kepada yang tidak berserban dan berjubah, seolah-olah menganggap mereka sahaja umat pilihan Tuhan dan ahli syurga. Kemudian itu, wujud pula rekayasa menamakan golongan itu dan golongan ini (ulama, professional, erdogan, anwarinas dan sebagainya) agar menimbulkan pelbagai prasangka antara satu sama lain disebabkan kita gagal menyedari bahawa adanya talibarut-talibarut pemecah-belah telah berjaya masuk dalam jamaah mewujudkan sengkita sesama kita. Sombong dan ego itu adalah perbuatan keji lagi cela (termasuk dalam syirik khafi). Insaflah dan sedarilah bahawa kita sedang mungkiri janji dengan Allah SWT untuk menunaikan amanah membuat kebaikan di muka bumi dimana makhluk-makluk lain tidak sanggup memikulnya. Diam itu berpandangan dan fikir itu pemerhatian. Wassallam.

Awanama berkata...

Golongan Ulama takut dengan bayang bayang sendiri

"Yang menimbulkan masalahnya ialah apabila sekumpulan ulama di dalam kepimpinan PAS mulai berasa terancam kedudukan mereka disebabkan kehadiran tokoh-tokoh bukan ulama (lebih popular dengan panggilan "profesional"), yang mulai mendapat kepercayaan para ahli untuk memimpin parti itu; dan mereka pun melancarkan kempen untuk mempertahankan kedudukan mereka."

Apabila mereka di uji rupa nya mereka pun dua kali lima dengan pemimpin UMNO

Awanama berkata...

Anon 10 40 PM

Kembali kepada Al-Quran, Hadith, Ijmak Ulama dan Qias"?

Dalam pertingkahan dua dua pihak berpegang pada ayat tersebut Tetapi terjadi juga perselisihan antara mereka
Latar belakang ke dua dua pihak dalam hal agama pun cukup cuma mungkin satu pihak lebih sedikit dalam agama dan satu pihak lagi lebih dalam urusan professional Kedua dua nya bertujuan sama untuk kepentingan agama

Sejarah Islam tercatat pertelingkahan di kalangan umat Islam sejak dahulu lagi Dan dari dulu kita asyik asyik cakap kembali kepad Al-Quran, Hadith, Ijmak Ulama dan Qias"

Mana silap nya?

Dan dari artikel ini dan pensaksian kita ke atas tingkah laku individu individu yang berperanan apakah silap nya ? Tindakan mereka bermula sejak memberi gelaran dengan nama erdogen

Apakah kembali atau muhasabah diri yang sepatutnya mereka lakukan




Awang Chan berkata...

gerombolan pasma selalu berkata bagitu... ada saja alasan nak menolak ulama...pas tetap satu...musuh yg nyta dala ubn...dlm selimut kita adalah geng pasma ni

Awang Chan berkata...

gerombolan pasma selalu berkata bagitu... ada saja alasan nak menolak ulama...pas tetap satu...musuh yg nyta dala ubn...dlm selimut kita adalah geng pasma ni

Awanama berkata...

Ulama bukan sebarang ulama, ini ulama yg boleh buat fitnah pil kuda dan kominis. Ulama yg halal mengeluarkan dakwaan barua dan broker. Ulama ini jugalah yg kaki ponteng mesyuarat kemudiannya bantah keputusan mesyuarat. Ulama yg sihat bila ke London tapi uzur pula jika di Malaysia. Ulama yg amat slow bila bertindak. Ulama yg boleh menukarkan apa yg telah dikatakan oleh dia sendiri. Ulama yg mengheret sama ulama2 lain menyokong tindakannya di atas.

Soalan cepu emas: Adakah ini yg dikatakan ciri2 seseorang ulama?

Waris berkata...

Penulis ni tak takut jadi jebon ke?

ex army berkata...

Tak payah nak kutuk ulama ... kalau nak jadi ketua negara sekurang kurangnya biarlah boleh memimpin keluarga...atau pun boleh jadi imam semasa solat di masjid.. pemimpin yg ada bini pun pakai baju mcm telanjang.. itu yg nak jadi pemimpin.. perhatikan masjid2 yg kunci dipegang oleh jkkk pemerintah jemaah pun tak ramai... helo jantan2 yg terbaca semua penuhkan masjid.. imarahkan masjid nanti tak di humban kedlm api neraka.... cari lah pemimpin yg kuat pegangan ugama dan ada ciri2 cerdik mentadbir urusan negara... Tgok apa jadi dkt malaysia negara kita... 2020 dah hampir patut peluang pekerjaan makin byk ini tak pendatang yg makin byk.. pendatang haram pun tak boleh kawal... berangan menjadikan malaysia negara maju... kejatuhan ekonomi korea hampir sama dgn malaysia... Tp sudah jauh korea meninggalkan malaysia..

ABU berkata...

Ulama BN Mcmna... Yg bunuh alantuya... Yg lembu kondo.. anak ulama buat filem 200 juta. Yg hilangkan duit 1mdb berbilion... Yg beli cincin berjuta.. Yg tak pakai tudung.. Yg simpan ppuan artis. Yg guna duit rakyat bayar Blogger. Yg bg ic utk pendatang.. Yg biar berjuta pendatang membiak.. Yg boleh bersalam dgn mahram.. Yg bg membiak pusat sapa @ pelacuran.. Yg riak bila guna duit rakyaat utk pembangunan.... dan berbagai bagai lg.. Yg tiada ketelusan dlm pemerintahan... n mungkin itu semua ulama UMNO

ABU berkata...

Ciri2 ulama malaysia. Jadi pak angguk dan tengok saja kalau kak jat masih sihat bela lembu berada di stage PAU atau pembunuh alantuya dibebaskan...

Awanama berkata...

Awang Chan

UMNO dah bayar upah k3 blum? Agaknya dah dapat le, tu baru muncul setelah lama menghilang diri.

Awanama berkata...

Anon 11.18

Anda mempunyai persepsi yang tajam kerana mampu melihat apa yang disampaikan ol3h p3nulis. Itulah persepsi yang tepat untuk memahami apa yang berlaku sekarang didalam PAS.

Pokok masaalah PAS adalah ada segelintir ulamak berjawatan di dalam PAS berasa terancam d3ngan dinamika politik pasca tsunami 2008 yang lalu. Mereka merasa kedudukan mereka sebagai pemimpin terancam dengan hala tuju politik era baru ini kerana mer3ka m3nghadapi masaalah untuk menyesuaikan diri mereka dengan peranan baru sebagai ulamak masakini dalam dinamika politik baru.

Satu sifat semula jadi manusia, apabila menghadapi ancaman atau menghadapi sesuatu yang baru diluar kelaziman biasa, dia akan withdrawn kedalam. Dia cuba menolak/men3ntang perubahan yang berlaku dis3keliling yang asing atau sukar dia berfungsi seperti sebelumnya.Ini resksi biasa manusia.

Ini yang kita lihat pada seg3lintir ulamak-ulamak dan ustaz-ustaz muda PAS yang menimbulkan perbagai masaalah dalaman didalam PAS. Kita lihat bagaimana individu-individu ini bertindak. Kita lihat bagaimana TGHH, Almarhum Ustaz Harun Taib, pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Nik Zawawi, Nik Abduh dll dari puak.UG ini.

Dari tindakan mereka kita boleh nampak mereka cuba mempertahankan stail lama yang kita tahu sudah bercanggah dengan realiti yang ada. Tengok isu-isu yang mereka utarakan - semuanya remeh temeh dengan realiti yang dihadapi hari ini. Isu pokok mereka yang dihadapi ol3h umat Islam dinegara ini, seperti kenaikan kos hidup dsb mereka gagal untuk m3nghayatinya.

Ini menyerlahkan kegagalan mereka m3nyesuaikan diri dengan realiti yang ada. Sedang dalam situasi baru inilah terdedahnya peluang untuk mereka mengemukakan dan memperlihatkan kehebatan Islam sebagai penyelesai masaalah manusia yang paling h3bat!

Satu lagi yang kita boleh lihat dari isu-isu yang mereka bangkitkan - sudah la isu kecil, semuanya secara umum tanpa depth, menunjukkan mereka sendiripun kebingungan dan bercelaru pemikiran mereka. Terbaru ucapan Ustaz Nik Zawawi semasa merasmikan satu progtam DPPP di Kedah seperti yang dilaporkan oleh Harakahdaily - mengenai Nahkoda kapal yang memberhentikan kapal ditengah lautan tanpa memberhentikan injin. Jika benar laporan Harakahdaily, ia adalah satu perumpamaan yang boleh dipertikaikan dari pelbagai sudut realiti yang ada didepan mata kita. Sudahla contoh itu tidak tepat, tergantung pula kerana beliau tidak mengaitkan dengan tindakan s3gelintir PAS dari puak beliau untuk menjustifikasikan perumpamaan itu!

Jadi, benar kata penulis artik3l ini. Ia adalah tindakan segelintir ulamak didalam PAS yang berjawatan yang gagal menanggani perubahan politik yang sedang berlaku dan cuba mengekalkan relenansi mereka dengan tindakan-tindakan yang counterproductive. Mereka cuba mempertahankan perubahan yang sedang berlaku agar mereka kekal relevan seperti seb3lumnya. Tindakan-tindakan mereka mengambarkan ketidakyakinan mereka kepada ilmu yang mereka mileki untuk kekal relevan.

Senang cerita mereka banyak dok merapu dengan isu-isu yang remeh temeh, menunjukkan kebingungan mereka untuk menghadapi era politik baru. Cara mereka, s3cara tak langsung menggunakan ugutan yang ulamak dicaco, dihina dsb. Sebenarnya yang terasa gerancam adalah diri mereka.

Saya kata begitu kerana mereka tidak pernah mahu menjelaskan s3cara terang apa ancaman-ancaman itu. Yang kita nampak puak UG ini cuba menyelamatkan diri dengan berlindung disebalik ke4jasama dengan UMNO sahaja. Mereka hendak mempertahankan relevansi mereka dengan berlindung dis3balik UMNO d3ngan menggunakan PAS. Sedangkan PAS itu bukan pun milek peribadi kumpulan mereka pun. Mereka gagal menghayati atau s3ngaja mengelak daripada memahami s3dutan ucapan Almarhum Ustaz Fadhil Nor diatas.

Awanama berkata...

Aku akui hj hadi bukan maksum dan dia pun ada buat kesilapan tp anwar pun ada buat kesilapan mgkn lebih besar kesilapannya tp macai Pkr dok highlighted kesalahan hj hadi je mgkn ada agenda tertentu. Anwar lg banyak flip flop berbanding hj hadi. Tak perlu aku tulis kat sini flip flop anwar sbb banyak tertulis kat blog luar sana boleh rujuk sendiri.Aku yakin hj hadi berflip flop pun dibuat atas kepentingan agama manakala anwar buat flip flop atas kepentingan duniawi iaitu kuasa dan inilah peganggan majoriti macai PKR. Hj hadi tersepit antara desakan macai PKR dan pertimbangan agama dan akhirnya dia mendahulukan pertimbangan agama krn biar kita dikutuk manusia jgn dikutuk tuhan (lihat shj perjuangan nabi sblm berjaya penuh dgn kutukan org gila, ahli sihir dsbnya yg mana kalau kita hidup pada zaman itu mgkn kita pun sama2 dok kutuk nabi sbb pengikut nabi sikit lg miskin apa pun tak da dan dilihat seolah tak akan berjaya dlm kehidupan dunia). Sbb tu hj hadi kata dia belum bersedia memimpin manusia ke arah neraka ! Konsep perjuanagn ni kita kena faham kalau kita berjuang untuk agama bermakna utk tuhan yg akan menjadi pembela kita di akhirat nanti yg mana kesusahannya sgt dahsyat. Adapun perjuangan utk kuasa ; apa maksud kuasa .....apakah ia makhluk yg berkuasa ? apakah ia menjamin keselamatan kita akhirat ....tentu tidak ! Kuasa hanya berguna di dunia ni tu pun kalau kita dapat tetapi sampai bila ia dapat dipertahankan ? Tengoklah pemimpin2 spt di Libya, Iraq dsbnya apa yg berlaku apabila kuasa hilang dan mrk telah pun ke kubur. Ya org yg beruntung di dunia ialah org paling licik dan selicik2 manusia ialah Yahudi yg menjual agamanya. Apakah kita juga patut menjual agama spt Yahudi ? Nabi pernah menangis suatu ketika krn nabi dapat rasakan anggota keluarganya tidak beruntung dunia bahkan diuji dgn sedahsyat2 ujian iaitu cucunya Husin terpenggal kepala tetapi dijanjikan keistimewaan diakhirat. Kenapa nabi tidak berdoa kdp Tuhan spy diubah takdir keatas kaum keluarganya krn nabi melebihkan kehidupan akhirat lebih dpd dunia. Jadi jgn kita terlalu gembira hidup di dunia dgn maki hamun dan fitnah sewenang2nya ketika di dunia soalah2 kita beruntung di dunia krn dikhuatiri kita tak terpilih menjadi golongan berjaya di akhirat. Maha Suci Tuhan yg Maha Bijaksana kerana kehidupan ini penuh hikmahnya yg kadang kala tak terjangkau oleh akal kita yg pendek krn Dialah yg Maha Mengetahui.

Awanama berkata...

Peranan ulama sepatutnya menjadikan islam lebih syumul dan progressive. Apa yg terjadi sekarang, ulama pas dah hilang pedoman..diorg sendiri dah terperangkap dgn keulamakan mereka. Aku dah tawar hati dgn ulama dlm pas, sekarang dok harap geng professional utk kekal relevan dlm realiti politik di Malaysia.

Awanama berkata...

Panjang lebar huraian anda tapi satu perkara kena dipegang iaitu Nabi s.a.w. tidak pernah buat fitnah dan memberikan gelaran yg tidak baik kpd orang yg tidak disukainya.

Awanama berkata...

Yg tinggal dlm PAS hanya banyak Ular Dlm Semak......ulama yg tulus segelintir saje

Awanama berkata...

Anon 7:43AM
wahai Anon 7:43AM

Kpd Anon 7:43AM yg sgt MULIA dgn jiwa suci yg sememangnya LAYAK mnjd benteng kpd Tuan Presiden yg juga ulamak No2 tersohor didunia..

Saya tumpang GUMBIRA dgn Anon 7:43AM krn w.pon Tuan Presiden FAKEH itu seolah2 dituduh buat FITNAH,,FITNAH yg dibuatnya itu GERENTI ada sbb2
yg mengikut CONTOH yg nabi SAW pernah BUAT!?

Begitu juga soal U-Turn & berBELIT2 pon tentu Tuan Presiden dah ijtihad 100% GERENTI krn ikut sprt nabi yg mungkin juga suka auta U-Turn & berBELIT2!?

Soal tipu & PONTENG juga tentu nabi juga agak2nya pernah tipu & PONTENG yg coba diPERTAHANkan nya!??

Syabas kpd Anon 7:43AM krn hujjah2 anda sgt2 menakjubkan skali..

Sprti yg anda sebut kita semua PENDEK akal..dan hanya DIA shj yg maha MENGETAHUI,,dan hanya DIA yg tahu adakah FITNAH auta U-Turn berBELIT2 & PONTENG itu akan terlepas drp Tuan Presiden dihari MAHSYAR nanti!?

BerGUMBIRA & berbanggalah dgn Tuan Presiden mu itu dihari MAHSYAR nanti krn kamu 'mungkin' adalah dr GOLONGAN yg SEDIKIT itu!!??

Awanama berkata...

anon 7:43AM

Kamu & Tuan Presiden mu MEMANG dr golongan yg SEDIKIT itu..

berGUMBIRAlah..krn mnjd golongan yg SEDIKIT itu, krn sgt SEDIKIT sekali Tuan Presiden yg berSORBAN dpt kerap kali ulangAlik2 musafir keLONDON..

Bangga & berGUMBIRAlah dgn ulamak yg SEDIKIT itu, dan sgt2 SEDIKIT sekali ada ulamak yg TAHU bhw LONDON yg cool itu merupakan destinasi yg sgt2 INDAH utk dituju demi kejernihan & keSUCIan "ROHANI" yg tidak terPERI..

Ana pun turut tumpang GUMBIRA skali..

Awanama berkata...

ABU, jadinya anda bersetujulah dgn tindakan ulama PAS itu, kerana dia tidaklah sampai kpd tahap apa yg peminpin Umno telah perbuat. Beruntung juga jadi ulama PAS sebab boleh memfitnah dll dan mendapat pembelaan orang spt kamu yg pakar mengalihkan isu kpd perkara yg lain.

bat8 berkata...

Anon 7:43

Layakkah membandingkan TGHH dengan Anwar. TGHH adalah ilmuan Islam yang hebat. Anwar tidak memileki ilmu dan keh3batan seperti TGHH. An2ar dituduh dengan liwat 1 dan liwat 2 ol3h UMNO. Sebahagian ulamak PAS pun rqmai yang termakan dengan dakyah ini. Anwar hanya bijak berpolitik. Sedwngkan TGHH menguasai ilmu dunia dan akhirat.

Jadi Anwar tidak layak dibandingkan dengan Anwar. Lekeh la anda mengambil kesilapan Anwar yang anda tak s3butpun untuk menjustifilasikan tindakan salah TGHH!

Sdra cuba membela TGHH tetapi seb3narnya sdra memperlek3hkan TGHH. Kalau nak lagi sensasi bandingkan TGHH dengan Hitler ke, Rober Mugabe ke. Depa punya silap lagi besou. Hilter tu bunuh beberapa juta orang yahudi....lagi besou lahanatnya!

albert magic berkata...

ulamak yang ori dalam pas tak terancam tetapi yang terancam adalah ular dalam semak

Awanama berkata...

Ada sesiapakah lagi berhajat nak tegakkan benang basah? Jangan fikir kami ini bangang spt Najib katakan itu.

Awanama berkata...

Bosan lihat manusia serba tahu yg dok komen dalam blog ni dok kutuk pemimpin samada anwar atau hadi mcm diorang ni tau anwar or hadi pakai seluar dalam kale apa hari begitulah perumpanaan tahap serba tahu pengomen dlm blog ni...yg teruk kena hadi la...korang dok melalak dlm ni korang ingat jd kudis ke kt hadi tu...muktamar tahun depan jatuhkan dia jgn jd bodoh mcm anjing salak bukit dlm ni...dlm ni beranila kutuk kalau depan2 aku rasa mau terkencing tgok hadi...kebiasaannya pengecut mmg mcm tu serang dari jauh ha3...pergi sound depan2 wahai pondan!!!

Awanama berkata...

Rasanya Arwah Ustaz Fadzil membayangkan demikian kerana ketika itu Nasaruddin Mat Isa dikategori profesional (sila lihat statement Harakah bila Nasaruddin mengalahkan arwah Ustaz Hassan Shukri- "gandingan Ulama dan Profesional" kalau tak silap paparan Harakah ketika itu). Sampai-sampai time Hj Hadi and UG Geng Ganu menguasai syura dan bila Nasaruddin dah pi memondok seminggu dua dengan Shkh Yusof Qardawi di Doha, Nasha diangkat masuk jadi kategori ulama. Saya kira arwah Ustaz Fadzil mungkin lebih cenderung menaikkan Nasaruddin sebagai presiden dan mungkin sebab itu beliau mengangkat Nasha lompat jadi Setiausaha dan seterusnya ingin "groom" Nasaruddin kearah menjadi Presiden. Arwah Ustaz Fadzil mungkin telah dapat merasa dan melihat kebolehan ustaz-ustaz yang ada dan perangai-perangai mereka yang tidak menguntungkan parti???? Namun waktu dan ajal menentukan segalanya.

Awanama berkata...

Kita semua belum tahu dimana tempat kita...jgn konfiden kita dan puak kita betul...mungkin kita ingat kita dipihak yg benar...mcm puak yg sana jugak...masing2 ada idea...depan Allah nanti tau la masing2 menjawab hehehe...sama ada kau anon atau hj hadi yg masuk neraka atau syurga hanya Allah yg tau hehege

Awanama berkata...

Dr maza pom lepak london apa sekarang cool je xde hal pom hahaha...malaysia islam tp perangai rakyat teruk dari kafir katolik buang sampah merata kencing berak x flush naik tren x reti nk beratur hahaha bagus london plak dari malaysia baik dok london la orang london takde politik bodoh 24jam macam malaysia dok crite politik tiap2 hari sampai pemimpin batuk pom ada maksud politik hahaha bodohnya rakyat malaysia di london politik hanya 5 tahun sekali tp malaysia tiap2 hari...negara tak juga maju2 mcm london hahaga...orang malaysia tak kira PR or BN dua2 bodoh aku benci penyokong dua2 parti ni penyokong diorang bodoh politik macam yg dok komen kat atas ni baik aku dok london tgok salji hahaha...metaliti korang memang patut ditadbir oleh najib!!!asyik gaduh sama sendiri hahaha...bodoh!!!

Awanama berkata...

Anon 10:13pm;
Elakkan buat agakan sendiri untuk mewakili orang yg telah tiada di dunia fana ini. Jika tidak benar maka ianya dah jadi fitnah.

Awanama berkata...

Kamu tu pun guna nama Anonymous, pondan jugalah ya.

Awanama berkata...

Ada orang terasa!!!hhahha...isu lain tiba2 reply lain halo der ini bukan isu anon tp isu serba tahu hahaha...ada jugak pondan yg terasa hahahaha mujur pondan lain senyap je...ini wakil pondan se blog yg melawan hahaha

Awanama berkata...

Betul isu anon 1013...

Ustaz nasa di groom direct oleh arwah presiden malah ust nasa muncul secara tiba2 dan memegang jawatan su agung ini boleh dicek dengan veteran pas fan kalau ada arkib yg boleh dirujuk mungkin saudara boleh teliti tp bab ust nasa dibawa masuk oleh arwah presiden ada kebenarannya...tp isu lain yg membelenggu ust nasa tidak boleh kita pertanggungjawabkan kepada arwah presiden kerana kita manusia...

Awanama berkata...

Der 11:23

Kalau xde apa nak sumbang, elok diam je. Sekurang-kurangnya orang tak tahu kita tak cerdik. Lain orang bincang, merapu meraban der ulas. Simpan-simpan la skit untuk belakang hari...mana tau perlu nanti!

Awanama berkata...

Orang cerdik ditadbir oleh david cameron mcm aku...orang bodoh ditadbir oleh najib mcm kau hahaha...kt england aku rak pernah dengar ura2 nk beli MP mcm kt malaysia...biasa umno buat...tp anwar pun join sekaki nk beli MP umno buat 16 september hahaha

Awanama berkata...

ye betul tak layak patut banding dengan nabi mungkin brader atas ni nk kita banding hj hadi ni dengan malaikat yg tak buat salah...asal ada title ulama perkataan buat salah tak boleh ada hahaha...anwar kalo buat salah...takpe sebab dia tak tau agama jd takpe dia buat salah...hahahaha...sarcastic!!!

Awanama berkata...

Anon 7/12/2014 @7:57pm inilah antara macai Umno yg dikatakan bangang oleh Najib masa PAU yg lalu. Jika dibaca sekali imbas komennya dah nampak kebangangannya. Kesian pd ibu bapanya dapat anak yg bangang tegar.

Awanama berkata...

macai umno plak!!!"asal tak setuju aje terus macai umno...aku benci umno tp ada org kata aku umno kelakar sungguh...umno bedal duit cukai yg aku bayar wahai bagang diatas jd aku benci umno!!!pkr pulak buat kajang move bodoh bahalol guna duit cukai yg aku bayar semata mata nk menipu...sebagai pemilik sebahagian duit cukai aku ada hak la nk marah bodoh2 yg buat keputusan tu...hagahaga asal marah macai umno apa daaaaaa..nk cover la tu hahahaha...umno dan pkr adalah sama!!!adik beradik tiri yg bodoh