6 Dis 2014

Kes Cincin: Rafizi Sedia Ke Mahkamah, Ramai Peguam Mahu Soal Rosmah


Rafizi: Ramai peguam mahu soal Rosmah

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mengalu-alukan kemungkinan beliau diseret ke mahkamah oleh perdana menteri dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor berhubung misteri sebentuk cincin bernilai jutaan ringgit.

MP Pandan itu berkata, memandangkan beliau disaman berhubung isu cincin itu, beliau bersedia untuk mempertahankan dirinya di mahkamah.

"Cincin itu menjadi satu tanda tanya selama bertahun-tahun. Saya pasti ramai peguam mahu menyoal balas Rosmah," katanya kepada Malaysiakini.

Menurutnya, beliau juga tidak langsung pernah terfikir untuk membeli iklan dalam akhbar dan memohon maaf kepada Rosmah dan Datuk Seri Najib Razak.

Sebaliknya, beliau sedang mempertimbang untuk membeli iklan bagi menyatakan keengganannya untuk memohon maaf.


"Kita tengoklah akhbar mana yang sanggup terbitkan iklan tersebut," katanya lagi. -mk

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jaga kamu Rafizi, Shafee dgn 4tahil ada bukti kukuh yg siap direka bahawa Rosmah telah mula menabung sejak dari kecil lagi untuk membeli cincin itu.

Tanpa Nama berkata...

Lahir = 1951, umur skrg (2014-1951) = 63 thun. Simple math, RM24juta/(365×63) = RM1045. KakRosmah tlh menabung sbyk RM1045 setiap hari sejak dari hari pertama dia di lahirkan. Hehe..mudah rezeki kakross.

Tanpa Nama berkata...

RM1045 sehari itu hanya untuk beli cincin, tak termasuk lagi tas Birkin dll.

Tanpa Nama berkata...

Lapiji saja nak jemput semoh ke mahkamah.bior dier sendiri jawab dari kandang...

Tanpa Nama berkata...

saya hanya mampu doakan agar Allah SWT terus kurniakan ehsan agar membalikkan hati RM hanya menjurus sebagai pembela amanah Rasullah SAW dan mewujudkan negara berkebajikan untuk rakyat Malaysia. Insyallah, Islam agama yang hanya diredhai Allah SWT.

Tanpa Nama berkata...

kes ini mesti ditangguh... hingga semua dah pencen dan masuk dlm tanah..
kalau ada yg berhutang ke..terambil hak orang ke silalah bayar dengan segera sebelum Malaikat Maut datang menjemput kamu...