7 Dis 2014

Jika Ini Impian PAS, Maaf! Saya Tak Mampu Undi Mereka – Dr Maza


Tulisan terkini Dr Asri Zainul Abidin, Dr Maza di akaun facebook beliau berkaitan PAS dan dasar kenegaraan yang diperjuang PAS.

Saya tidak mahu campur urusan PAS. Tapi saya mohon berbeza pendapat dalam hal ini jika PAS memerintah Malaysia. Jika sekiranya kepimpinan itu tidak boleh dipersoalkan tindakan mereka, maka hancurlah demokrasi bagi sesebuah negara.

Hari ini betapa banyak tindakan pimpinan negara ini dipertikai oleh rakyat termasuk PAS sendiri sering membantah dan mempersoalkan tindakan kerajaan. Mengapa dibolehkan pula?!

Andainya atas nama ulama yang memimpin jika PAS memerintah nanti maka tindakan kepimpanan negara masa itu tidak boleh dipertikaikan, maka ia sama dengan konsep ‘Wilayatul Faqih’ yang dipegang oleh Khomeini dan Syiah di Iran. Maka jadilah Malaysia sebuah negara mullah yang hampir sama dengan sejarah kuasa Pope di Vatican dahulu yang telah menyebabkan tercetusnya sengketa dan perang saudara antara Katholik dan Protestan.

Segala impian rakyat untuk melihat negara yang telus, bertanggungjawab dan boleh dipersoalkan atas dasar kemaslahatan politik kenegaraan akan musnah. Rasulullah s.a.w dan Khulafa Rasyidin sendiri sering ditanya dan dipersoalkan oleh rakyat tindakan politik dan strategi mereka, siapalah kita semua?!

Jika ini impian kenegaraan PAS, maaf saya antara yang tidak mampu mengundi mereka.
– Dr Maza

Kritikan yang sepatutnya di’rasai’ PAS dan pemimpinnya. Jangan buta-buta pula Dr Maza yang dikritik!! -ekeleh



39 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dulu pas kalah d kedah, dr Maza rasa brsyukur! Dh faham sgt siapa dr Maza ni..

Tanpa Nama berkata...

hello anon 10:11

Ust Azizan pun bersyukur PAS Kedah kalah dulu... apa lah lu cakap...

Tanpa Nama berkata...

hello anon 10:11

Ust Azizan pun bersyukur PAS Kedah kalah dulu... apa lah lu cakap...

Tanpa Nama berkata...

Apakah para ulama dlm PAS berfikiran mereka itu cukup sempurna dan bebas drp melakukan sebarang kesalahan ataupun kesilapan?

shariman hafizan Shamsudin berkata...

Otak kosong btol ler geng UG nih

Tanpa Nama berkata...

PAS Parti Politik GAGAL tuk rakyat yang lemah otak dan malas.

PAS gagal dalam menjana ekonomi negeri dalam perintah nya , mana mungkin boleh menjaga negara

PAS janama tiada nilai , rata rata ahli nya sendiri hidup mengharap bantuan rasuah BR1M.

Jika kepimpinan PAS yang bukan maksom tidak boleh di soal , maka PAS sudah masok balik ke zaman batu dengan kepimpinan Bahalol nya.

PAS ini orang orang Melayu saja ; sah GAGAL.

Tanpa Nama berkata...

Jgn sampai Ulama dgn Ulama bercakaran sesama Ulama dah lah.sbb sudah pasti syaitan akan ketawa berdekah2.tak secara langsung proaksi yahudi akan meredah tanpa halangan.

Tanpa Nama berkata...

Saya mula menyokong PAS sejak 6 tahun lalu & sejak beberapa bulan kebelakangan ini, saya terkilan dengan konflik dalaman yang berlaku dalam PAS. Apa yang disampaikan oleh Dr. Maza ini satu tamparan yang hebat untuk mereka. Kepada pimpinan PAS yang terlibat, mereka WAJIB bermuhasabah diri atas kesilapan yang telah berlaku jika mahu mengukuhkan PAS & menjadikannya sebuah gerakan Islam yang hebat & dihormati. Tolong jangan hancurkan hati penyokong kalian. Jika tidak, kuasa rakyat akan mampu menghukum kalian pada PRU akan datang.

Tanpa Nama berkata...

kita beri peluang kepada pakatan rakyat..yg telah terbukti kepimpinan pentadibiran mereka..itu harapan saya..

Boley Jalan berkata...

Hello anon 11:44,

Ha ah! ITU lah alasan yg selalu diguna pakai puak UG.
CIA LAH, YAHUDI LAH, yg ulamak tersohor ngikut puak munapik atas nama islam boleh pulak! Mung ikut lah tok guru mung, namun Pas bukan hok gulungan tu (i.e Tok Guru Mung) Pas milek org Islang semue.......

Tanpa Nama berkata...

Jika kepimpinan ulama(?) dlm PAS tidak boleh ditegur atau dipersoal, itu menunjukkan sikap menolak demokrasi itu sendiri.

Tanpa Nama berkata...

RUWAIBIDHAH kutttt Segelintir SUPERior PAS ini?
TAKUT BINI pun RAMAI !

Amuraria berkata...

syabas dr maza ,luku kepala-kepala depa sang pemimpin yang pro 'ug' ! ABU !

Tanpa Nama berkata...

As salam semua, umur umat Nabi Muhammad S.A.W jika 1500thn skrg nie dah 1436 dah nk penghujungnya cuma hari kiamat kubra je yg Allah maha mengetahui.......dah dah lah sesama umat nk berkelahi. pihak kufur tertawa terbahak2. Lengkap kah diri kita yg hamba yg daif ini yg pasti akan dihitung di depan-Nya.

Tanpa Nama berkata...

Aku hormat Ustaz Maza dgn kealiman ilmu agama dia tp dia mgkn kurang arif ttg ilmu politik yg mana dlmnya penuh dgn sepak terajang, maki hamun, fitnah, pengkhianatan, sabotaj dan tikaman dari blkg yg kadang kala perlukan pertimbangan yg bijaksana walaupun mendapat tentangan dan bakangan demi survival politik berpaksikan agama tanpa bercanggah dgn hukum agama. Apapun yg ditekannya adalah bersedia menerima teguran . Apa yg berlaku sekarang bukannya teguran semata2 tetapi perancangan jahat utk menjatuhkan ulamakk dan agama menggunakan kaedah fitnah, cerita2 yg di tokok tambah serta usaha2 rampas kuasa secara biadap.Nabi S.a.w. pernah beritahu bahawa org yg perjuangkan agama yg sejati pada akhir zaman ibarat mengenggam bara api dan inilah yg berlaku sekarang di seluruh dunia spt mesir, syria dan juga malaysia. Tetapi serangan di Melaysia serangan yg dihadapi bukan dlm bentuk peluru ttp tohmahan, fitnah dan terkini resapan aliran pemikiran pluralisme, liberalisme, lgbt dsbnya yg mulai mencemari pas. Mmg sejak akhir ini Pas ada mempertimbangkan sedikit prinsipnya namun ianya bukan terlalu longgar hingga terseleweng perjuangan pas sebenar. Sbb itulah tghh perlu bertindak perlu bertindak spy tidak tersasar walaupun ianya tdk popular dikalangan geng anwarinas dan pkr yg lebih cenderung kpd kaedah machievallian demi mengenggam kuasa. Ingat mmg kita diminta berusaha ttp bukan dgn kaedah yg melanggar hukum dan bukan segala masalah ketidakadilan dan kezaliman dpt diselesaikan di dunia ini. Sbb itulah adanya akhirat dan pengadilannya. Apa guna kita berjaya di dunia ini tp kita tergolong dlm golongan bersalah di akhirat.Kita mgkn tdk termasuk dlm golongan kafir ttp mgkn termasuk golongan fasik atau A'si yg cukup utk menghumbankan kita dlm neraka utk beribu tahun lamanya dan inilah yg sgt ditakuti oleh org2 yg benar2 beriman dgn kewujudan perkara2 ghaib yg Tuhan sembunyikan. Wallahu a'lam.

Tanpa Nama berkata...

Slps umumkan RESULT pru13

Tuan Presiden kata, REDHA jerr..

sblum PRU13 isu pilkuda, kita setuju jer..

isu2 KOMINIS & Karl Mark, kita OK kan jer..

kes2 TINDIH kerusi, kita BUAT2 bodoh biarkan jerr..

Spender PUTIH xxxxL biar Tuan Presiden sorang2 buat ISTIKHARAH sbb kita sume seolah2 BUTA dah!


SELEPAS PRU13..

Kes sokong TSKI jd MB, kita jgn lawan..

MENANTU kat Pransang jgn persoal..

brp kali gi LONDON, TAK yah "audit"

Duit2 TABUNG/derma kita sume wajib SENYAP sbb Tuan Presiden sgt2 suci lg AMANAH

Tuduhan2 brokar BARUA, kita wajib AKUR & terima seada nya, jgn TAK walaq!

HUDUD dgn phorno ikut jerr, klu Tuan Presiden SETUJU wajib terima..

klu ANTA nak masyuuuk SYURGA dgn Tuan Presiden WAJIBlah "walaq"!
fullStop!!

Itulah parti Tuan Presiden fakeh!!!

Tanpa Nama berkata...

Tu pasal haji jd mb ganu 1 pnggl jer. Sakit mental dri dulu smpai skrg

Ejoi berkata...

As Salam nak tanya apa makna UG tu..tak faham? Adakah PAS telah berpecah kpd 3 bahagian?

Tanpa Nama berkata...

Anon anon..
Anon 2:05

Sdr Anon 2:05PM
Sdr memang BIJAK menulis & brhujjah..
Rasanya elok ana belajar & brTANYA kpd sdr...mungkin sdr adalah diantara anak DIDIK kpd Tuan Presiden yg fakeh itu..

Sdr..
Sdr ada sebut tentang BAHAYA gejala2 liberal PLURALISME LGBT dll yg trjd pd wktu ini..

Sdr..
Dizaman nabi SAW dulu pun ada juga kejahatan2 yg TERANG & lebih dahsyat yg dilakukan oleh org2 kafir MUSYRIKIN & Yahudi diwktu itu..

Soalnya..
Soalnya sdr..
Adakah PERISTIWA nabi SAW tergamak & sggup mmbuat tuduhan2 rambang & "FITNAH" kpd mrk?

Sdr..
Adakah nabi SAW pernah menuduh SEMBRONO @ mmFITNAH kpd kafir Quraish??

Sdr..
Adakah baginda SAW ada mmFITNAH org2 MUSYRIKIN diMekah w.pon mrk trsgt2 BAHAYA kejam & sgt ZALIM kpd baginda???

Sdr..
Adakah junjungan SAW mampu mmbuat tuduhan2 PALSU, auta-berBELIT2 & U-Turn kpd org YAHUDI ddlm prJANJIAN2 w.pon org YAHUDI itu sgt2 trkenal dgn LICIK jahat KHIANAT yg penuh dgn dendam KESUMAT????

Sdr..
Sdr anon 2:05PM
Ana bnar2 DAHAGAkan ilmu yg SUCI dr dirimu,,, sila jawab SOALAN2 ana yg masih ditahap TADIKA yg kat atas itu..

Anon 2:05PM
Sdr boleh berkerjasama dgn Tuan2 Guru sdr trmsuk Hadi Nik Aziz & Haron Din utk mnJAWAB soalan2 diatas itu..

Jasa SUCI fakeh mu tetap akan ku kenang, wslam




Tanpa Nama berkata...

Pas ok..cuma tukar je dgn tn presiden yg baru..

Tanpa Nama berkata...

Wahai anon dec 7, 2:05 PM,

Siapalah yang nak menjatuhkan ulama' dan agama Islam tu. Cuba terangkan.....

Yang kami nak jatuhkan ialah Ulama' su' iaitu ulama' dunia iaitu ulama' yang pentingkan dunia seperti TG Hadi Awang dan yang segolongan dengannya. Kita boleh lihat berdasarkan tindakan dan percakapannya sebelum ini.

Bagi ulama' akhirat, yang bercakap dengan benar tanpa takut kehilangan pendapatan atau kelebihan dunia, kami akan bela pertahan dan sokong mereka sampai hari akhirat.

Tanpa Nama berkata...

Tukar jer president pad yg riak dn ego tu. Mungkin mngidap sakit mental tak siapa thu.

bat8 berkata...

Sdra 2:05

"Tetapi serangan di Melaysia serangan yg dihadapi bukan dlm bentuk peluru ttp tohmahan, fitnah dan terkini resapan aliran pemikiran pluralisme, liberalisme, lgbt dsbnya yg mulai mencemari pas"

Sdra telah membuat satu tuduhan dan fitnah berat dalam komen sdra diatas. Sdra yang membuat tuduhan dan fitnah diatas, menjadi tanggungja2ab sdra membuktikannya. Jika tidak samalah dengan tindakan TGHH menuduh orang menjual pil kuda, kominis dalam kempen PRU 13 tqnpa m3mberi bukti. Dalam Islam, orang yang menuduh perlu mengemukakan bukti-buktinya.

Tuduhan dan fitnah sdra meminbulkan beberapa persoaalan.

1. Macamana pemikiran pluralisme, liberalisme dan lgt bol3h wujud didalam dan dibenarkan wujud didalam PAS? Dimana MSU? MSU sebagai badan yang tertinggi yang dianggotai oleh ulamak-ulamak yang mempunyai syarat letat untuk menganggotainya gagal dalam fungsi yang paling penting dan asas!

2. Bagaimanakah promoter-promoter pluralisme, liberalisme menjalankan agenda mereka tanpa dikesan oleh MSU, DUPP dan ulamak-ulamak didalam JKPP? Kita tahu bagaimana puak UG cuba memecahbelahkan PAS dan PR. Tetapi aktiviti-aktiviti pluralisme,liberalisme dan lgt kita tidak pernah d3ngar.

Antara ketiga-tiga isme ini, LGT lah yang paling merosakkan Islam. Kat mana mereka melakukan aktiviti-aktiviti sex songsang mereka dikalangan ahli PAS? Sdra ada bukti?

3. Siapakah p3mimpin-pemimpin ketiga-tiga kumpulan musuh Islam ini? Siapa ketua dan pemimpin kanan puak liberalisme didalam PAS? Siapa ketua dan p3mimpin2 kanan puak pluralisme didalam PAS?

siapakah ketua dan p3mimpin2 kanan puak LGT yang paling bahaya kepada umat Islam di Malaysia ini didalam PAS?

Sdra nampaknya begitu arif dengan golongan2 sesat ini yang sudah meresapi PAS. Adalah tanggungjawab wajib sdra untuk m3ndedahkan nama2 mereka ini agar umat Islam di Malaysia ini terselamat!.

Jadi d3ngan pendedahan yang meng3jutkan ini ol3h sdra, nyata ulamak2 h3bat PAS YANG BERMAIN DIKEPALA SDRA, samada didalam MSU, DUPP dan JKPP gagal mempertahankan Islam didalam PAS. Ini adalah kegagalan mutlak mereka. Mereka tidak layak menjadi pemimpin dan ulamak di dalam PAS!

Jika didalam bidang ugama pun mereka gagaĺ mempertahankan Islam, apa lagi didalam bidang-bidang lain yang diluar dari bidang kepakaran mereka terutama di bidang politik pasca tsunami 2008. INILAH KONKLUSI YANG BOLEH DIBUAT DARI KOMEN SDRA YANG PANJANG DIATAS!

Banyak contoh-contoh kegagalan mereka di luar bidang ugama telah mereka dibuat. Jika kita amati pergolakan didalam PAS sekarang ini, kita pasti bukan s3mua ulamak PAS gagal, SEG3LINTIR KECIL SAHAJA!

Dalam 6 tahun ini kita melihat satu pattern dimana ada seg3lintir k3cil mereka yang berpendidikan ugama dan menjawat jawatan-jawatan penting sedang cuba memecahbelahkan PAS dan PR serta berusaha menrealisasikan kerjasama dengan UMNO. Tuduhan PAS diresapi oleh pluralisme, liberalisme dan lgt yang sdra s3butkan mungkin s3bahagian dari dakyah mereka untuk meraih sokongan akar umbi untuk menyokong agenda mereka untuk bekerjasama dengan UMNO!

Yang kita d3ngar puak seg3lintir kecil ini melemparkan tuduhan2 kepada aka4 umbi didalam program-program tarbiah yang diadakan tanpa memberi penerangan yang jelas. Mereka s3kadar buat tuduhan umum sahaja.

Jika 3 kumpulan s3sat ini benar-benar wujud, mustahil ulamak-ulamak hebat didalam PAS terutama didalam MSU dan DUPP tidak bol3h mengesannya. Lek3hlah ilmu tinggi yang dimileki.......tidak b3gitu?

Giliran sdra pula memberi pencerahan kepada k3musykilan2 yang saya bangkitkan diatas.

Tanpa Nama berkata...

Bagus punya smash nampak, kita tunggu bolehkah anon 2:05pm balas.

Tanpa Nama berkata...

Bercakap pasal geng UG ni, tadi dlm radio kedah keluar dr khairuddin aman razali, mcm familiar nama tu lepas balik rmh aku search dlm tenet. confirm adun kuala nerus org kuat ug tu.

tau apa dia ckp dlm radio... rupanya mengiklan beuty product... apa kolegen tah dhn seorang datin. Lol.

ustaz kolegen rupanya.

Tanpa Nama berkata...

ini masalah kamu orang sunni, jangan babitkan syiah dan imam khomeini. " tak pandai menari lantai yang disalahkan". kami bangga dengan wilayatul faqih, susah senang kami tak akan babitkan sunni. harap hormati perbezaan pendapat.

otoote berkata...

tuang presideng tu ok....yg caca marbanya khalil Rusilahi.din ayam Rusilahi...abduh alJembali...nasrdin Vellfayari...Takiri.......Azli Feraqi....yg dok attach no plate kampong cam ulama besaq kat belakang nama ni...ni yg bala besaq

Tanpa Nama berkata...

Maknanya Dr. Maza telah istiharkan dirinys bahawa beliau takkan bersama Pas. Tak apalah. Silalah bersama Pkr + Dap (yg menentang Huduf) atau bersama Umno + Mca + Mic + dll (yg juga mnentang Hudud). Teruskanlah bersama mereka, kerana selama.ini pun tuan macam.tak bersama kami (maklumlah orang pandaiiiiii).

Tanpa Nama berkata...

http://dhatiku2009.blogspot.com/2012/07/seminar-usahawan-muslim.html?m=1

ni iklan kolegen tu.

Tanpa Nama berkata...

...........dan sesungguhnya manusia suka berbantah2an sehingga datangnya hari kiamat yg mana Tuhan membuat kata putus (betul atau salah) dan Dialah sebaik2 Pemberi kata putus.

Tanpa Nama berkata...

Jika ikut syariat, ketua kaki fitnah dan pemimpin2 yg angkuh juga perlu dinasihat. Jika masih juga kekal dgn sifatnya itu, maka wajib ditolak kepimpinannya. Ada faham!

Tanpa Nama berkata...

Tukar presiden baru segera kalau tidak pru 14 nanti pas akan merudum...Insyaallah...

pak maun berkata...

ye betul tu. Aku sokong

Ritchie Blackmore berkata...

Hudud tu adalah alat pas utk survival politik sj.pas ni tak lebih utk menjual hukum hakam sj.Hadi patut dipotong lidah sekiranya hudud dpt dilaksanakan.Jgn kaitkan x sokong pas x sokong hudud..ibarat langit dgn bumi.

Tanpa Nama berkata...

Bercerita tentang hudud, membuatkan aku risau satu perkara, iaitu jika hudud berjaya dilaksanakan, aku risau jika ia tidak dilakukan secara menyeluruh. Aku risau pihak yang akan kena ialah rakyat sahaja tetapi pemimpin-pemimpin negara yang buat salah akan terlepas termasuk kroni-kroninya.

Aku menjadi risau disebabkan Presiden PAS mahu membawa PAS bergabung dengan UMNO pada ketika UMNO masih belum berubah kepada Islam sebenar. Dasar melayunya pun tidak diubah kepada dasar Islam seperti yang diminta oleh TG Nik Aziz.

Bayangkan dengan penggabungan itu, hudud terlaksana tetapi pasti orang-orang UMNO termasuk pemimpin-pemimpinnya yang membuat salah sebelum hudud terlaksana, berusaha sedaya upaya membuat perjanjian untuk mengelakkan diri daripada dikenakan hudud.

Jika ini berlaku, tidak ada maknanya hudud itu dilaksanakan.
Maaf! Jika ada yang tersinggung. Aku setuju hudud dilaksanakan tetapi kerisauan ini terpaksa ku luahkan.

Tanpa Nama berkata...

PAS dah kena tukar
PAS FOR ALL ke
PAS SUKA HATI LAH !

PAS macam Kapal lanun

Tanpa Nama berkata...

setuju dengan anon 4.24

Tanpa Nama berkata...

patutlah kena saman..kaki fitnah dan geng suK FITNAH...

Tanpa Nama berkata...

Harap Pas dpt berubah. Betulkan persepsi msyrkt. kesian la pd penyokong pas yg dh lama menyokong