Pemimpin Umno jadi sasaran ‘bangsat’ persidangan tahunan Wira Perkasa
Sayap Pemuda Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di akhir Persidangan Tahunan mereka hari ini mensasarkan beberapa pemimpin Umno apabila melabelkan mereka sebagai "bangsat".
Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi Ideris ketika berucap dalam sesi penggulungannya mensasarkan, Ketua Pengarah Eksekutif Gerakan Kesederhanaan Global Datuk Saifuddin Abdullah, Ketua Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed, dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin serta mempersoalkan sumbangan mereka terhadap komuniti Melayu di negara ini.
"Saya beri peringatan kepada Saifuddin, dahulu semasa jadi menteri apa yang dia buat, apa tanggungjawab dia? Apabila kita mempertahankan beberapa perkara kita dicemuh," katanya, merujuk kepada jawatan timbalan menteri pengajian tinggi yang pernah disandang Saifuddin.
"Nur Jazlan, dia bangsat. Dia binatang. Semasa di UDA, apa yang dia buat untuk bantu ekonomi Melayu?" kata Fahmi, merujuk kepada organisasi yang diketuai Jazlan sebelum ini.
Ketika mengulas berkenaan Khairy, Fahmi berkata pemimpin Umno itu seringkali tidak mengendah dan mempertahankan Melayu, namun apabila gereja diserang, beliau menjadi orang pertama tiba di lokasi itu.
"Waktu masjid diletakkan kepala babi, mana dia?" soal Fahmi.
Beliau turut mengingatkan pemimpin Umno, Perkasa mempunyai keahlian di seluruh negara dan ahli akan menolak pemimpin seperti mereka.
"Umno juga bermula dengan NGO. Dulu mereka melawan penjajah," katanya.
"Sudah cukuplah kita dipergunakan, sampai bila kita nak macam ini," katanya.
Beliau juga memberi peringatan ketika kes mahkamah kalimah Allah, pemimpin Umno sendiri tidak kelihatan bersama-sama mereka bagi memperjuangkan perkataan suci umat Islam itu.
"Mana menteri yang duduk di Putrajaya, sekangkang dengan Istana Kehakiman?
"Mereka tak nak bantu tidak mengapa, tapi jangan menyusahkan.
"Ahli kita ada di merata tempat. Pastikan kita tolak pemimpin macam ini," tambahnya. -TMI
ULASAN GB
Pemimpin UMNO dah PUN kena "bangsat" dari Wira PERKASA.
Yang ni pula tak bangsatkahnamanya?
'Pecat penjawat awam propembangkang'
Perwakilan PERKASA Jakarta dan Bogor, Indonesia Nazri Ismail mencadangkan agar penjawat awam yang menyokong pembangkang diberhentikan kerja.
Sebaliknya, katanya, tempat itu harus digantikan dengan graduan universiti yang menyokong kerajaan.
“Penjawat awam yang pro kepada pembangkang dan yang masih berkhidmat (harus) dikenal pasti dan diberhentikan dan diganti dengan graduan universiti yang pro kepada kerajaan.
“(Graduan) yang baik, boleh membantu membangunkan negara mengikut Perlembagaan Persekutuan (Perkara) 153, mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu,” katanya di Persidangan Agung tahunan ke-5 PERKASA di Kuala Lumpur hari ini.
Anak kelahiran Terengganu itu turut berkata kini semakin ramai profesional Melayu melupakan jasa pejuang bangsa.
“Sejarah telah membuktikan bahawa kejatuhan kerajaan Melaka ke tangan Portugis dan jatuhnya Tanah Melayu kerana adanya pembelot yang telah menjual maklumat kepada musuh,” katanya. -mk
2 ulasan:
Hanya otak otak kualiti rendah saja kenal mengenal bebende rendah nilai nya.
Perkasa dan Umno amat mahir dalam bidang ini. Ter bukti benar , kedua dua organisasi di penuhi Bahalol Bahalol saja.
laaa...sendiri kalangan bahlol, tidak pertahankan Islam, masaalah bangsa dan masa sendiri, masih mengaku hebat ? Sokong gereja, punahkan sejarah, sokong kafirun harbi menikam belakang, banggakan sekularisma, komunis dan seumpama nya, hendak jadi apa ?
Mahu kalimah Allah di paparkan di kuil, gereja dan tokong ? Jka mahu, Allah itu bukan lagi SATU ! Akhir nya, apa yang sudah baik untuk semua akan di catur "satu kuasa" menyembah syaitan...
Catat Ulasan