15 Dis 2014

PERKASA Hentam Najib, Kritikan Rashid Bukti Najib Kuat Tipu Rakyat


.Berhenti tipu rakyat, kata bekas pengerusi SPR kepada Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu berhenti daripada terus berbohong kepada rakyat tentang keadaan sebenar kedudukan negara, kata bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.

"Berhenti menipu rakyat dan buat kerja kamu. Beritahu kepada pemimpin Melayu berlaku jujur dan buat apa yang boleh (membantu Melayu)," katanya dalam mesyuarat Agung Tahunan Perkasa, hari ini.

Rashid berkata beliau tidak marah jika orang Umno atau Najib memarahinya mengkritik secara terbuka kerana tiada apa yang perlu disembunyikan.

"Sekarang saya lantang mengkritik tetapi tiada yang berani mengkritik saya kerana saya tidak mencuri duit rakyat. Tiada apa saya sembunyikan," katanya.

Beliau berkata dirinya sangat berterus-terang dan pernah berdepan dengan Najib bagi menyatakan pendiriannya.

"Saya bercakap secara berdepan. Saya kata jika tak suka, singkirkan saya tetapi sebaliknya saya dinaikkan pangkat," katanya.

Rashid berkata apa jua cadangan yang dibawa hari ini tidak akan ke mana-mana kerana pelaku rasuah tidak akan mendengar.

"Mereka (Umno) takut kalah pilihan raya tetapi saya kata itu tidak berlaku sebaliknya kita berdepan dengan pelbagai cabaran," katanya.

Beliau turut mencadangkan peranan Perkasa ditukar daripada kumpulan pendesak Melayu kepada parti politik memerintah negara kerana itu saja pilihan yang ada memastikan negara dipimpin orang yang "betul". -TMI

'Henti ke luar negara sebelum hilang jawatan'

Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali memberi ‘nasihat’ kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya tidak kerap membuat lawatan keluar negara, sebaliknya menumpukan perhatian kepada pentadbirannya.

“Kepada perdana menteri, saya mahu nasihatkan, sebelum kamu hilang jawatan dan kerajaan, tolong kurangkan sikit lawatan keluar negara.

“Saya merayu desak, nak melawat boleh melawat tetapi tumpu pada negara,” katanya dalam ucapan dasar di Persidangan Agung Umno tahunan PERKASA di Kuala Lumpur hari ini.

Ibrahim turut berkata perdana menteri dari negara lain turut membuat lawatan keluar negara namun tidak sebanyak Najib.
-mk


ULASAN GB

Kritikan Rashid di atas menjelaskan bahawa Najib amat kuat menipu rakyat selama ini.

Jika tidak masakan Rashid dengan berani meminta Najib berhenti daripada menipu rakyat.

Kedua, Presiden PERKASA, Ibrahim Ali meminta Najib supaya kurangkan lawatan ke luarnegara.

Ia mengesahkan kritikan-kritikan dari pemimpin Pakatan Rakyat terhadap Najib selama ini adalah benar.

Sekarang orang yang selama ini paling kuat menyokongnya dan kuat membodek UMNO sendiri menyuarakan kritikan terhadap Najib... demikian hukum kebenaran dan keadilan berjalan...

Apakah Najib mahu terus berdegil dan buat tak tahu terhadap teguran-teguran rakyat ke atasnya selama ini?

5 ulasan:

Awanama berkata...

Najib di rancang untuk pencen biar moodeen jadi PM dari 1 january.

Mat Sembab pun bahalol jugak tapi tak memudharatkan kot.

Anak Firaoun nak jadi DPM pulak.

Firaoun bukan bahalol tau....

Awanama berkata...

Apa, PM dan TPM hanya untuk orang semenanjung sahajakah? Bagaimana dgn pemimpin Umno dari Sabah? Sarawak tiada Umno, maka memanglah tiada yg layak jadi PM atau TPM. Undi dari dua negeri yg dijadikan barua Umno ini hanya nak bagi Umno kekal berkuasa, tidak ada sebab selain drp itu.

Awanama berkata...

Tidak ada gunanya membuat komen sebabnya tidak ada sesiapa yang boleh mengubahnya lebih baik berdiam saja...tambahkan amal sebab tidak ada orang lain yang bantu buat amal untuk kita.

Awanama berkata...

Tidak ada gunanya membuat komen sebabnya tidak ada sesiapa yang boleh mengubahnya lebih baik berdiam saja...tambahkan amal sebab tidak ada orang lain yang bantu buat amal untuk kita.

Awanama berkata...

penyamun marah ketua penyamun. bekas pengarah Suruhhanturaya Penipu Rakyat...