31 Okt 2014

[MENGEJUTKAN] Air Mani Saiful Disimpan Di Dalam Laci Polis Ini...!!


Rantaian bukti, peranan Jude Pereira jadi tumpuan peguam Anwar

Sampel DNA akan mengalami degradasi (terjejas kualiti) jika tidak disimpan dengan segera dalam peti sejuk beku, kata peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan hari ini, dalam usaha mematahkan hukuman yang disabitkan ke atasnya.

Menurut Ramkarpal Singh, sampel DNA milik Mohd Saiful Bukhari Azlan hanya disimpan dalam kabinet pejabat pegawai polis dan bukan dalam peti sejuk beku bagi mengelak degradasi dan pencemaran.

Ramkarpal, salah seorang daripada 14 peguambela Anwar, meneruskan hujah selepas mahkamah berehat sementara, dengan mempersoalkan integriti sampel yang diambil dan keadaan semasa ia disimpan.

Anwar, 67, dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun pada Mac tahun ini tetapi mendapat penangguhan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan yang bersidang sehingga esok. Beliau diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu didakwa meliwat Saiful, bekas pembantunya di sebuah kondominium di Damansara pada 26 Jun, 2008.

Ramkarpal berkata pegawai penyiasat polis gagal mematuhi prosedur dalam melindungi sampel itu.

Katanya, pejabat pihak pendakwaan mempunyai catatan menghuraikan prosedur yang sepatutnya diketahui semua penyiasat.

"Menurut catatan itu, sebaik diambil, bahan bukti itu perlu dihantar ke satu bilik pengeringan yang sewajarnya, menunjukkan ia perlu dilakukan secepat mungkin. Namun, perkara ini tidak dilakukan," katanya.

Sampel tersebut sebaliknya disimpan dalam laci kabinet selama 48 jam lagi. Dalam senario ini, kemungkinan pencemaran bakteria berlaku.

Sampel itu diambil daripada Saiful pada 28 Jun, 2008 tetapi hanya dihantar ke Jabatan Kimia pada 30 Jun.

Saiful juga tidak pergi ke hospital untuk membuat pemeriksaan segera selepas didakwa diliwat, tetapi menunggu 36 jam kemudian, kata Ramkarpal.

Secara keseluruhan, mereka mengambil masa 96 jam bagi menghantar sampel kepada ahli kimia kerajaan bermula dari masa kejadian didakwa berlaku.

Bagaimanapun, ahli kimia kerajaan Dr Seah Lay Hong memberi keterangan mengatakan DNA tersebut berada dalam keadaan "tidak tercemar".

Ramkarpal mempertikaikan keputusan ujian tersebut sama ada ia konsisten dengan jarak masa yang digariskannya, mengatakan sampel dalam keadaan tersebut tidak mungkin boleh dianggap "tidak tercemar".

"Saya juga boleh mempertikai mengatakan ia bukan sampel yang sama," katanya.

Kehadiran satu lagi DNA lelaki dalam sampel Saiful, yang diambil dari kawasan perianal juga menimbulkan keraguan terhadap integriti sampel itu, kata Ramkarpal .

Beliau berkata apabila terdapat keraguan, undang-undang biasa menuntut perkara itu diselesaikan dengan berpihak kepada pihak tertuduh bagi memberi manfaat kesangsian.

Menjadi satu kesalahan, kata Ramkarpal apabila Mahkamah Rayuan meletakkan beban bukti kepada pihak pembelaan dan bukannya pihak pendakwa.

Awal hari ini, pasukan peguam bela memberitahu mahkamah, DNA dari item dalam lokap Anwar diambil secara tidak sah kerana tidak ada bukti mengatakan Anwar menggunakannya iaitu berus gigi, botol air dan tuala.

Peguam bela juga membangkitkan beberapa perkara bagi menunjukkan Saiful bukan seorang saksi berkredibiliti kerana keterangannya yang sentiasa berubah.

Pasukan peguam bela Anwar terdiri daripada 14 peguam dan diketuai Datuk Seri Gopal Sri Ram, bekas ketua hakim persekutuan.

Anwar, 67, dijatuhi hukuman penjara 5 tahun oleh Mahkamah Rayuan Mac lalu, tetapi diberi penangguhan sehingga rayuan di Mahkamah Persekutuan selesai.

Beliau dituduh meliwat Saiful di sebuah kondominium di Damansara pada 26 Jun 2008. Mahkamah Tinggi membebaskan beliau pada Januari 2012 sebelum keputusan diubah oleh Mahkamah Rayuan.

Kes liwat ini merupakan kali kedua dihadapi Anwar, pertama pada 1998, apabila dituduh meliwat bekas pemandunya Azizan Abu Bakar. Namun, beliau dibebaskan Mahkamah Persekutuan pada 2004.

Kali ini, karier politik Anwar mungkin berakhir jika mahkamah tertinggi mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan.







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





20 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Yg menjadi soal dn pertimbangan adalh adakh hakim2 yg mendengar kes ni mempunyai ckup kefahaman dn kecerdikkn utk menilai hujah2 yg merupakn scientific yg dibentang?
Jika hakim2 hanya bolih mengadili kes2 curi ayam dn kelapa,susahlh nk menegakkn keadilan.

Tanpa Nama berkata...

Senang cakap ada kemungkinan yg tinggi DNA yg diperoleh dari Anwar secara muslihat itu, dimasukkan sekali ke dlm sample juga sebagai muslihat supaya apabila ia diuji di makmal pastinya DNA Anwar wujud. Jika tidak, apa perlunya DNA Anwar diambil secara muslihat? Dah tu bahan bukti pula telah dibuka sebelum di hantar ke makmal. Ini mesti ada arahan dari pegawai atasan, alaaa macam kes Altantuya tu.

Tanpa Nama berkata...

Semua hujah pembelaan berjaya membuktikan bahawa tuduhan adalah tdk berasas sama sekali...melampaui keraguan. ..

Tanpa Nama berkata...

Allah ada sekira nya pihak yang dituduh tidak bersalah dikenakan juga hukuman penjara tunggulah tidak didunia diakhirat tunggulah balasannya drp allah.

Tanpa Nama berkata...

Bukti seluar dalam p 14 yg di pakai saifol semasa liwat berlaku telah dicuci...tapi yg herannya seluar dalam p15 iaitu seluar dalam kedua yg tdk di pakai semasa liwat di situ pula kesan air mani ditemui. ..nampak betul penipuan berlaku tanpa segan silu...

ular berkata...

Kekuatan BN = BONTOT SEPOL

Amuraria berkata...

harap harap jangan ada hakim cap ayam ! kah kah kah depa makan gaji daa ,mesti ikut perintah ! perintah sapa ? ABU !

kereta kuning berkata...

Aku lgsung x percaya itu semua...aku cuma percaya satu je....HUKUM ALLAH... bila Allah kata A apakah kita akan jawab B....Allah kata bawa 4 saksi...ikut je lah sekiranya kita beriman....klu x beriman lantak lh...mcm ni lh jdnya...

Tanpa Nama berkata...

ini makna malaysia boleh!! air mani 4cm dlm bontot shitfull boleh jumpa. Kapal terbang MH370 lebih besar dari bapak dinasour sampai skang tak jumpa2!!

azlan abdullah berkata...

Anwar lawan BN dengan reformasi sebaliknya BN lawan dengan buntut azizan dan saifol

Tanpa Nama berkata...

Nampaknya kena tukar lambang laa, letak bontot sepol, kah, kah, kah,

Tanpa Nama berkata...

AKU SIKIT PON TAK HERAN DGN "fitnah2" UMPORNO YG dah pon sebati mnjd santapan mrk akibat ingin menutup-RASUAH!

bermain FITNAH adalah krn RASUAH!

RASUAH adalah punca kpd FITNAH!

sembunyi RASUAH 'wajib' buat FITNAH!

yg HERAN
yg pelik & AJAIB..
yg sgt2 samar meNGELIRUkan..

..ialah apb FITNAH2 ini trjd?????
-pilkuda
-kominis
-brokar
-BARUA!

Dgn kuasa-KUASA ALLAH..
Bagai kan TERANG lg berSULOH jwpan2 kpd FITNAH2 itu pon muncul apb..
---ESOS 500000
---BMW 7siri
---jap2 gi LONDON
---wow!! duit manyak tuu!?

Dah tahap 'budak2' tolol PELAHAP mcm tu pon ada hati "mengaku" sbg ulamak pewaris nabi..ada hati nak tegakkan "hutut"..perasan ulamak donia he he!
..

Tanpa Nama berkata...

Aku pun nak bagi komen

Tapi tak ada idea laaaaaa

HAHAHA !

Tanpa Nama berkata...

sambung dari yang kata tak ada komen atas (orang yang sama)

Macam tu lah keadaan Hakim Kes sampai dia orang sendiri tak tahu nak buat keputusan Ada kes ke tak ada kes??

Apa cerita yang sebenar

Dan akhir nya ambil kertas di koyak dua sama empat seginya Yang satu di tulis BERSALAH dan yang kedua pulak tulis BERSALAH ...HAHAHA

Nombor dua tak boleh ! Nombor dua aku punya daaa.. Ibrahim Pendek

Tanpa Nama berkata...

yang perlu di tanya berapa banyak air mani lagi dalam laci tu....???

Air Mani Male Y kalau boleh wujud , yang pasti Male XYZ pun boleh wujud.

Sayfool ini gila bontot sorang saja kah , atau pun Mat Mongol pun meow meow kat Sayfool ?

Cuba tengok dalam laci pulak...

semua bahalol bah !!!

Tanpa Nama berkata...

Pegawai Jabatan Haiwan pun tak pernah simpan benih lembu kambing dalam laci pejabat

Nasib baik lah pegawai tersebut tak ada apa masalah penyakit yang memerlukan dia minum ubat cecair setiap pagi

Tanpa Nama berkata...

Perbicaraan yang memalukan Malaysia di mata dunia.

Tanpa Nama berkata...

Terlajak sarkas...

Tanpa Nama berkata...

Hujah yg bodoh...gunala isu lain bro takkan la kau nk pakar sains plak jd hakim...memalukan PR je hujah kau ni

Tanpa Nama berkata...

anon 11:36 PM

Dalam mahkamah guna fakta Dalam mahkamah tak guna isu Kes Liwat ialah kes politik Mahkamah yang memutuskan ia lah mahkamah politik

Adakah sebab itu anon 11:36 PM memguna isu sedangkan PR guna hujah seperti anon 11:36 PM katakan?