30 Okt 2014

Kesan Air Mani Di Spender Yang Lain, Bukan Yang Dipakai Masa Itu


Perbicaraan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini selepas para peguamnya semalam menghala senapang mereka kepada bukti DNA yang digunakan dalam perbicaraan Liwat II, dengan memberitahu Mahkamah Persekutuan bahawa sampel diambil dari anakguam mereka tidak mengikut undang-undang manakala sampel dari pembuat tuduhan pula boleh dipertikaikan.

Berikut laporan langsung daripada Putrajaya oleh malaysiakini:

1.00pm Ketua hakim Arifin membenarkannya dan pasukan pembelaan akan menjawabnya pada Isnin.

Mahkamah ditangguhkan.

12.55pm: Shafee minta penghujahan dilakukan esok pagi dan beliau mahu menyelesaikannya sendiri esok.

12.40pm: Sangeet menunjukkan sel didiami Anwar kotor sebelum dia memasukinya.

Dia juga tunjukkan tandas dalam sel itu dan ketiadaan sinki.

Katanya, sinki terletak di luar sel.

Hakim Abdull Hamid sebelum itu bertanya berhubung testimoni polis yang saling bertentangan bahawa Anwar didengar memberus gigi, yang berbeza dengan penghakiman di Mahkamah Tinggi bahawa Anwar dilihat memberus gigi.

“Ini menunjukkan bahawa Anwar tidak boleh memberus gigi di luar kerana sinki berada di luar sel,”
kata Sangeet.

12.25pm: ‎Ram berkata, sel sperma tidak dipisahkan dengan betul oleh Jabatan Kimia.

Katanya, bukti DNA dan bukti saintifik tidak boleh dipercayai dan dengan itu tiada pentahkikan terhadap dakwaan Saiful diliwat.


Ram tamatkan penghujahan. Sangget pula sekarang membangkitkan berkaitan diari lokap yang menunjukkan keadaan sel Anwar.

12.10pm: Ram berkata, tiada kesan air mani pada seluar Saiful selepas insiden itu.

Hakim Suriyadi bertanya jika terdapat bukti bahawa seluar dalam Saiful dibasuh.

Ram berkata, seluar dalam Saiful yang digunakan pada hari insiden dibasuh tetapi kesan mani ditemui pada seluar dalam lain, yang tidak digunakannya pada hari itu.

“Jika kesan mani ditemui pada seluar dalam sebelum itu, ia patut sama dengan kesan pada seluar yang digunakannya pada hari insiden,”
tambahnya.

Ram berkata, ahli kimia kerajaan berat sebelah apabila tidak mahu menjawab soalan oleh peguam bela.

12.05pm: Terdapat sedikit kekecohan apabila Ronnie Liu daripada DAP ditahan daripada memasuki mahkamah kerana tidak mempunyai pas masuk.

Katanya, beliau sudah dua minggu memasuki mahkamah tanpa pas dan justeru tidak harus ditahan.

Sementara itu, dalam mahkamah, Ram bertanya, bagaimana air mani boleh ditemui dalam rektum sedangkan tiada tembusan.

Katanya, satu-satunya kesimpulan yang boleh dibuat, ia bukan sampel yang sama.

12.00pm: Ram berkata, laporan pro forma di hospital menunjukkan Saiful melawan tetapi tiada luka akibat mempertahankan diri.

“Empat doktor, termasuk tiga daripada HKL, menyatakan tiada tanda-tanda kecederaan.

"Saiful berkata beliau diperlakukan secara kasar, menyebabkan kesakitan luar biasa tetapi tiada kecederaan.”


11.50am: Ram berkata, Saiful mendakwa kejadian liwat itu berlaku lima minit (ketika memberi keterangan) tetapi memberitahu Supt Jude dan doktor HKL bahawa ia berlaku selama 30 minit.

“Jika begitu (tempoh) lebih lama, akan terdapat tanda-tanda kecederaan.

"Ia menimbulkan keraguan jelas pada testimoni Saiful
,” katanya.

11.40am: Ram berkata, doktor HKL tidak menemui sebarang tanda koyakan atau atau luka akibat mempertahankan diri daripada Saiful.

Justeru, kata Ram, terdapat keraguan terhadap tembusan faktum pada Saiful.

Peguam bela juga berkata, Dr Mohd Osman mendapat duburnya dalam keadaan normal.


“Bagaimana kamu temui air mani dalam rektum apabila tiada terdapat bukti tembusan (penetration),” katanya.

Katanya, perkara itu hanya boleh ditemui jika sampel berbeza digunakan.

Justeru, katanya, hakim perbicaraan dan hakim mahkamah rayuan terkhilaf dengan menjangkakan sampel yang betul ditemui.

10.50am: Ram berkata terdapat penyalaharahan yang menyebabkan kesilapan mahkamah ketika Mahkamah Rayuan tidak mengambil kira perkara itu.

Beliau kemudian berhujah, doktor Pusrawi Dr Mohd Osman Abdul Hamid (gambar) patut dipertimbangkan, dan jika dia tidak bercakap benar dalam kes pembelaan, pendakwaan boleh mengetahui dan mencabarnya.

“Bagaimanapun, keterangan Dr Osman tidak dibantah, walaupun dia menyatakan Saiful mengadu sakit di dubur selama seminggu dan plastik dimasukkan dalam dubur Saiful.”


10.45am: Penyokong Anwar semakin bertambah. Kira-kira 100 orang kini berada di perkarangan Istana Kehakiman.

Mereka hanya duduk dan berborak sesama mereka.

Turut kelihatan ialah Sasterawan Negara Datuk A Samad Said yang hadir ke Istana Kehakiman bagi mengikuti perkembangan kes rayuan liwat II.

Bagaimanapun, tiada pemimpin PKR kelihatan pada waktu ini.

Selain penyokong, terdapat juga peniaga yang mengambil peluang menjual kemeja-T bertulis “Rakyat Hakim” Negara kepada orang ramai.

10.30am: Anggota parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar masuk ke mahkamah dan duduk sebelah adik perempuannya.

Ram Karpal teruskan penghujahan dengan berkata apa yang berlaku merupakan isu serius pencemaran bahan.

Katanya, pegawai penyiasat Jude Pereira juga mengaku bahawa IGSO tidak benarkannya membuka eksibit yang sudah ditutup.

“Garis panduan IGSO direka bagi memastikan integriti eksibit tidak dikompromi dengan memastikan ia dilabel berasingan dan tidak bercampur dengan eksibit tidak berkaitan.”


Hakim Tan Sri Suriyadi Halim Omar, salah seorang hakim Mahkamah Persekutuan bertanya sama ada dia mencemarkan keseluruhan sampel atau hanya membuka plastik beg besar.

Ram berkata ia dikira keseluruhan sampel sebagai kesan daripada tindakan itu.

10.20am: Ram berkata, tiada sebab untuk Jude membuka semula spesimen apabila kembali ke pejabat kerana ia ditutup secara berhati-hati oleh doktor HKL.

Jude, tambahnya, membuka P27 (beg plastik mengandungi sampel daripada Saiful).

“Ia (sampel) mungkin dikompromi,”
katanya.

“Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan mempertahankannya dengan berkata Jude mengikuti Perintah Tetap Ketua Polis Negara (IGSO).

Ram berkata, Jude ditanya berhubung IGSO dan pegawai penyiasat setuju bahawa dia tidak mengikutinya dengan teliti.

“Dia tutup semua bekas dan letakkannya secara berasingan dalam beg plastik berbeza dan tutup setiap beg plastik dan masukkan dalam beg plastik lebih besar (P27), yang ditutup sekali lagi.”

10.07am: Ram Karpal berkata, saksi pakar pasukan pembelaan dalam perbicaraan setuju bahawa 18 alel itu patut dilaporkan.

“18 alel itu bukan milik 'Lelaki Y'.”

Katanya, sampel-sampel itu mungkin dicemari DNA pihak ketiga yang diuruskan oleh pegawai penyiasat Jude Periera.

Seah, jelasnya, menerima sampel (Saiful) dan juga seluar dan seluar dalam daripada Pereira pada 30 Jun dan 1 Julai 2008, yang kemudian menemui kesan air mani pada B5, B7, B8 dan B9.

9.51am: Peguam bela Ram Karpal berkata 18 alel juga ditemui di tuala yang diambil daripada lokap.

“Kehadiran 18 alel mustahil daripada doktor yang memeriksanya. IO (pegawai penyiasat) mungkin telah mencemarkannya.

“Perkara ini patut disiasat lanjut. Ahli kimia Nor Aidora Saedon juga tidak menyiasat kehadiran 18 alel itu.”

Selain tuala, profil DNA 18 alel juga ditemui di dubur Saiful.

“Fakta menunjukkan 18 alel di sini (tuala) dan juga B9 (sapuan pada rektum tinggi Saiful) yang diperiksa Seah, berasal daripada orang yang sama – mungkin IO – yang mencemarkan kedua-dua eksibit.”

9.38am: Ram Karpal berhujah berhubung penemuan 18 alel (allele), yang sepatutnya dilaporkan.

“Ini sepatutnya dilaporkan. Ini bermaksud ia tercemar dan dan kita tidak tahu siapa.

("alel" atau "allele" adalah sepasang gen yang terdapat pada lokus yang sama pada kromosom yang homolog. ) -GB

"(Ahli kimia) Dr Seah Lay Hong gagal ikut garis panduan (dia sepatunya melaporkan).”

9.36am: Prosiding mahkamah bermula selepas Ketua Hakim Negara Tan Sri Arifin Zakaria dan empat lagi panel hakim kes itu mengambil tempat.

Ram teruskan penghujahannya yang tertangguh semalam.

9.25am: Ketua pasukan pendakwaan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah masuk ke dalam mahkamah. Mahkamah bersiap untuk bermula dan Anwar kelihatan berbincang sesuatu dengan ketua pasukan pembelaan Gopal Sri Ram.

Dewan mahkamah penuh.

9.10am: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim masuk ke mahkamah.

Isteri, anak-anak dan bapa mertunya turut berada di dalam untuk mengikuti perjalanan kes.|

8.55am: Terdapat wakil daripada pelbagai kedutaan di mahkamah, termasuk Amerika Syarikat, Australia, United Kingdom dan Kesatuan Eropah.

Hari ketiga bicara Anwar bersambung selepas peguam serang bukti DNA

Perbicaraan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini selepas para peguamnya semalam menghala senapang mereka kepada bukti DNA yang digunakan dalam perbicaraan Liwat II, dengan memberitahu Mahkamah Persekutuan bahawa sampel diambil dari anakguam mereka tidak mengikut undang-undang manakala sampel dari pembuat tuduhan pula boleh dipertikaikan.

Perbicaraan hari kedua itu menyaksikan usaha peguam Anwar mempertahankan keputusan hakim bicara sebelum ini yang membebaskan beliau dari tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan kerana keraguan terhadap sampel DNA itu.

Peguam Anwar, Ramkarpal Singh semalam cuba menghancurkan bukti saintifik menyokong kes pendakwa sehingga Anwar diputuskan bersalah oleh Mahkamah Rayuan Mac lalu.

"Kami menyokong kesimpulan hakim bicara walaupun Anwar sepatutnya dibebaskan lebih awal kerana Saiful bukan seorang saksi yang berwibawa," katanya.

Anwar, 67, dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun pada Mac tahun ini tetapi mendapat penangguhan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan yang dijangka mengakhiri perbicaraan hari ini. Beliau diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu didakwa meliwat Saiful, bekas pembantunya di sebuah kondominium di Damansara pada 26 Jun, 2008.

Semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi, hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mendapati Saiful saksi berwibawa dan mengarahkan Anwar membela diri.

Zabidin kemudiannya membebaskan Anwar kerana mahkamah tidak "100% yakin" kewibawaan sampel diambil dari Saiful untuk ujian DNA, atas alasan bukti itu boleh jadi sudah tercemar sebelum diserahkan kepada ahli kimia untuk diuji.

Ahli kimia kerajaan, Dr Seah Lay Hong merumuskan dalam laporannya bahawa wujud DNA Saiful, seorang 'Lelaki Y' dan satu lagi lelaki berdasarkan sampel diambil dari dubur Saiful.

Pada 16 Julai 2008, Anwar ditahan untuk siasatan dan dikurung satu malam di lokap Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur, bagi membolehkan polis mendapatkan DNA dan membandingkannya dengan tiga profil dijumpai lebih awal oleh Seah.

Polis telah mengambil tuala, berus gigi dan botol air mineral dari lokap di mana Anwar ditahan. Ia kemudian hantar untuk ujian DNA oleh ahli kimia, Siti Aidora Saedon.

Profil DNA bagi setiap tiga bahan itu menunjukkan ia berasal dari sumber sama.

Siti Aidora kemudiannya membandingkan profil DNA dari tiga bahan itu dengan penemuan Seah dan mendapati ia sama dengan profil "Lelaki Y" itu.

Semalam, pihak pembela memohon menolak kesimpulan tersebut.

Peguam Sangeet Kaur Deo berhujah bahawa kaedah tiga barang itu diambil tidak mengikut undang-undang.

"Tidak ada bukti yang menunjukkan Anwar menggunakan ketiga-tiga bahan itu kerana tidak ada saksi yang memberikan keterangan," katanya.

Ramkarpal pula berhujjah, walaupun ada persamaan antara profil pada tiga barang itu dengan sampel DNA dari dubur Saiful, ia tidak boleh digunakan dalam mahkamah kerana ia diambil secara tidak sah.

Pihak pembela mengingatkan mahkamah semalam bahawa saksi pakar semasa perbicaraan juga mencadangkan sampel dari dubur Saiful mungkin telah tercemar.

Pakar forensik Prof David Lawrence Wells dan pakar DNA Brian Leslie MacDonald juga berkata adalah sukar mengumpul air mani selepas 36 jam kejadian serangan seksual itu.

Doktor dari Hospital Kuala Lumpur hanya mengambil sampel DNA dari Saiful sebelum tengah malam 28 Jun 2008 - 56 jam selepas dakwaan kejadian didakwa berlaku antara 3.00 dan 4.30 petang pada 26 Jun.

Well dan MacDonald berkata, kemungkinan spesimen mani diambil dari Saiful lama selepas dakwaan serangan itu telah tercemar.

Pihak pembela juga berkata, DNA Anwar telah sengaja diletakkan di situ.
– TMI













IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





19 ulasan:

Nazilah berkata...

Wahai Allah, sudah lama makhluk2 fasik ini memfitnah anwar. kerana mereka tidak percaya dgn kekuasaan Mu ya Allah.

Wahai Allah, apalah kiranya Kau tunjukkan sedikit keadilan Mu dan Keujudan Mu yg mereka tidak yakin dgnnya itu.

Wahai Allah, binasakan setiap makhluk yg memfitnah mengikut kejahatan masing2.

Wahai Allah, berilah pembelaan kpd anwar yg dizalimi.

Aminnn

Tanpa Nama berkata...

Kalau anda percaya Anwar ini di fitnah sila bacakan doa Nabi Nuh AS
terima kasih

Tanpa Nama berkata...

Mari kita sama3 doakan agar pembunuh dan yg rancang membunuh dan meletupkan ALTANTUYA mendapat hukuman yg satimpal dari ALLAH

Unknown berkata...

Sesungguhnya Ya Allah, dalam menegakkan kebenaran dan keadilan apa lagi membetulkan kemungkaran amatlah tersiksa, hanya kekuatan dari Mu Allah untuk mereka-mereka yang menjalankan amanahMu.

Sesungguhnya Kes DSAI ini , bertapa murah rezki dan lambakkan Pahala-Pahala yang DSAI dapat secara percuma dari mereka-mereka yang mengaku Islam dan Melayu bersifat Fasik dan keduniaan. Jauhkan kami dan anak cucu kami dari menjadi sebahagian orang-orang Fasik.

Sesungguh dan sekiranya Kau menghendaki DSAI gagal di dalam pengadilan kali ini walau pun Kau mengetahui kebenarannya, itu menunjukkan yang Kau akan menganugerahkan kebaikan yang lebih di hari Akhirat untuk insan bernama DSAI. tetapi sekira Kau menghendaki DSAI dibebaskan kali ini, itu menunjukkan belas ehsan Mu padanya dan Perubahan perlu dilakukan di Malaysia ini.

teknik yang sama berlaku di mana-mana Negara Islam di mana sekira ada usaha untuk membawa perubahan dan ketakwaan, akan di tuduh dengan bermacam-macam tuduhan dan diantaranya dihukum bunuh seperti di Timur Tengah.

Dol berkata...

yg percaya anwar liwat amatlah buruk jiwanya

Doa berkata...

berdoalah ikut kemampuan masing2. rasa nk doa Nabi Nuh silalah, tak payah seru org lain.

yg penting doa org dizalimi pasti dijawab Allah.

org zalim bersedia sajalah.

Tanpa Nama berkata...

Ini kes sebenarnya kes rogol kee..kes suka sama suka..kalau rogol..xkan pas 2hr br wat report..nak kate suke same suke pun boleh..sebab saiful menyatakan die dah insaf dgn penampilan wara' mase kat mahkamah tinggi..kalau ske mase suke..apesal anwar je yg kene..kenape saiful umpama mangsa?..kalau kene rogol..bleh plak dtg hidang air esoknya..simpan bukti dlm buntot..pergi bersih2 bdn sebelum kene tala..ishh..pelik2..

Tanpa Nama berkata...

Biarkan !
Biarkan !

Malaysia di malukan dengan cerita rekaan yang di reka sahaya Kalau Kejadian benar berlaku pun kita malu apa lagi lah yang tak betul Dua kali malu !

Tanpa Nama berkata...

Semasa beri keterangan tempuh kena liwat 5 minit Bagitahu Jude dan doktor 30 minit

Yang 25 minit ialah masa dubur di sapu perlahan lahan dan sialful membiarkan nya dengan tak berbuat apa apa Mungkin dia ingat dia di beri urutan batin

Atau ada kah 30 minit kerana yang meronta ronta ke kiri ke kanan cuma lubang dubur sialful sedangkan tangan kaki dan mulut sialful macam biasa Di sini ada kemungkinan urat dubur dengan urat yang lain tidak bersambung


30 minit kalau yang berumur 30 tahun pun dah tak cukup nafas dan jantung pun laju ini kan pulak yang berumur 60 tahun Senang senang dibelasah selepas tu

Yang lima orang tu boleh bertahan berapa minit ?


Saya mohon maaf dengan komen 30 minit
ini untuk mengaitkan mana logiknya

Unknown berkata...

Lobang jubor syaitanpool adalah aset penting kpd umno utk survivor kuasa...

Tanpa Nama berkata...

Udahlah tuuu... kenapa x terus terang je yg UMNO/BN nak kekal berkuasa.. hentikanlah main wayang yg xde faedah ni... byk lg kes2 jenayah yg berat2 x terselesai. Buang masa je.. Betul2 memalukan. Jijik sejijik2nya..

Cintabuta berkata...

2 hari sebelum repot polis, saifool pi jumpa polis rodwan.

tak mustahil lelaki Y adalah polis rodwon.

saifool sebenarnya ada hati kt anwar. dia ingin merasai sentuhan pemimpin pujaannya yg sgt macho itu.

maka dia berfantasi diliwat anwar dgn rela dibantu rodwon.

saifool berharap dia dpt mengandung anak anwar kerana ia benih seorg pejuang.

sygnya anwar tk layan dan hanya suruh dia buat kopi je hari2.

maka atas kekecewaan itulah dia sanggup fitnah anwar dgn teruk.

ini kes cinta tk berbalas.

memanglah tk berbalas sebab itu cinta org gila.

apabila mengetahui keadaan ini, maka agen2 umno pun guna utk fitnah anwar.

bila mat monggol dpt tahu, maka dia kata Yessssss. maka fitnah pun bermula.

semuga semua pemfitnah dibinasakan dgn ngeri oleh Allah.

Tanpa Nama berkata...

Saya tak berani nak cakap apa2 sebab pegang pada hukum Islam, menuduh orang berzina/liwat tanpa 4 saksi yang adil boleh dikenakan 80 rotan...dosa besar. Tapi ikut lojik akal, kalau simpan air mani dalam bontot (tak cuci) sampai 2 hari macam mana Saiful jubur busuk lakukan solat sedangkan bontot kotor? didahi nampak 2 tanda sujud pulak tu.Soalan kedua mana datang duit begitu banyak (tak bekerja)selepas berhenti kerja bancuh teh, kahwin dengan selebriti tv dengan majlis yang begitu grand? sama-samalah kit fikirkan....

Tanpa Nama berkata...

Pelik betul bagaimana hakim mahkamah rayuan boleh percaya Saifool diliwat secara paksa. Ikut kronologi pertuduhan hanya Saifool berdua dgn Anwar, bagaimana Anwar memaksanya buka seluar? Umur 20an tak boleh melawan orang berumur 60an? Hendak dikatakan Saifool sedang pitam atau pengsan atau dibawah pengaruh dadah/alkohol ataupun wujud individu lain membantu Anwar memegang & mengikat Saifool, langsung tidak berbangkit semasa perbicaraan di mahkamah tinggi sebelumnya. Atau boleh jadi hakim-hakim itulah yg mabuk tak mampu berfikir normal. Adalah diharapkan kesemua (KESEMUA) panel 5 hakim kali ini boleh berfikir secara waras dengan mengenepikan rekayasa fitnah tersebut. Buatlah keputusan yg benar-benar adil, tanpa ada rasa gentar dan memihak.

Tanpa Nama berkata...

ada spender orang lain pulak ?

cuba try kat mat monggol , muat tak ???

Tanpa Nama berkata...

semoga allah hancurkan pihak yang menzalimi anwar, jika benar dia dizalimi, nauzubillahhiminzalik

Tanpa Nama berkata...

umporno tak habis2 buat fitnah

fitnah utk tipu/bodoh2 kan rkyat

fitnah khusus trhadap anwar brganda2

SKRANG..
Smnjak ber'ug2 dgn umporno lobai2 pon dah sebati bermain fitnah

fitnah lobai2 ug ini juga "khusus" utk mnjatuhkan/mnghina anwar dgn brbagai2 slogan ungkapan2..

fitnah lobai2 ug ini sgt2 samar keliru n bahaya krn mrk maseh tetap ddlm PR/pakatan...lebih2 lg mrk handal dgn sarban hadis & quran!?

Tanpa Nama berkata...

umporno tak habis2 buat fitnah

fitnah utk tipu/bodoh2 kan rkyat

fitnah khusus trhadap anwar brganda2

SKRANG..
Smnjak ber'ug2 dgn umporno lobai2 pon dah sebati bermain fitnah

fitnah lobai2 ug ini juga "khusus" utk mnjatuhkan/mnghina anwar dgn brbagai2 slogan ungkapan2..

fitnah lobai2 ug ini sgt2 samar keliru n bahaya krn mrk maseh tetap ddlm PR/pakatan...lebih2 lg mrk handal dgn sarban hadis & quran!?

Tanpa Nama berkata...

Semua 5 hakim tu beragama Islam. Mereka mesti tahu amaran Allah jika tersilap membuat keputusan.

Lebih baik tersalah membebaskan 100 orang salah daripada tersalah menjatuh hukuman terhadap satu orang yang tidak bersalah.