31 Okt 2014

Bahan Materi Tidak Rosak Walau Bungkusannya Telah Diganggu?


Mahkamah Persekutuan hari ini akan mendengar hujah Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang dilantik mengetuai pihak pendakwa, mengapa sabitan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat - yang kedua dalam tempoh 10 tahun - adalah 'selamat'.

LINTAS LANSUNG

Persoalannya ialah kenapa plastik sampel yang menjadi bahan bukti utama itu diganggu?

Keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, pada tahun 2012 yang membebaskan Anwar adalah tepat dan benar.

Mohamad Zabidin menyatakan mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus bahawa integriti sampel DNA tidak terusik.

“Saya mendapati adalah tidak selamat untuk bergantung kepada bukti DNA. Justeru, mahkamah hanya ada keterangan Saiful," kata hakim. -Ulasan GB


12.10pm: Shafee berkata Jude tidak mendapat apa-apa keuntungan sekiranya mengganggu sampel berkenaan.

Pendakwa itu berkata, Jude berterus terang mengenai hal tersebut sejak awal, dan IO itu juga mengaku memasang penyaman udara di tempat simpanan sampel selama 24 jam untuk memastikannya dalam keadaan dingin.

Hakim Ariffin menangguhkan persidangan mahkamah untuk hari ini, dan menambah persidangan akan disambung semula pada hari Isnin dengan hujah pendakwaan.

Persidangan pada hari Isnin mungkin hanya berlangsung setengah hari kerana satu urusan hakim Ariffin. Ini bermakna, persidangan mungkin akan berterusan pada hari Selasa.

12pm: Shafee membangkitkan bahawa pendakwaan tidak meminta Jude menjelaskan perkara itu ketika saksi berkenaan memberi keterangan – berhubung kemungkinan bahawa sampel tersebut diganggu.

Sebaliknya, pendakwaan hanya membuat dakwaan tersebut kemudian, ketika Jude tidak dapat mempertahankan dirinya.

Shafee seterusnya mengulangi hujah bahawa tiada gangguan dilakukan ke atas bahan bukti tersebut, seperti didakwa.

"Tuduhan ke atas IO (Jude) adalah tindakan memperolok-olokkan undang-undang yang serius,” katanya.

11.55am: Shafee berkata tindakan Jude bukanlah gangguan ke atas sampel, dan menyatakan beberapa kes untuk membuktikan sebab sampel tersebut perlu diterima.

Beliau seterusnya bertanya bagaimana seseorang boleh mendapatkan sampel spermatozoa Anwar untuk membolehkan sampel itu diganggu.

"Sekiranya seseorang berpendapat (bahawa DNA tersebut) boleh dimasukkan daripada sampel yang diambil daripada sel Anwar, ia tidak boleh dilakukan kerana ia berlangsung dalam tempoh masa berbeza,” katanya.

Samep Saiful dihantar pada 30 Jun manakala sampel Anwar diambil dan dihantar kepada ahli kimia pada 17 Julai.

11.45am: Shafee berkata tindakan doktor HKL, Dr Siew Sheue Feng yang menandatangani sampul spesimen dan juga mendapatkan tandatangan Saiful adalah memadai untuk mengelakkannya daripada diusik.

Katanya, sampel itu seterusnya dimaterai dengan materai polis.

11.35am: Shafee mengemukakan hujah bahawa Jude hanya menanda sampel "intim” dan polis hanya mematuhi IGSO.

"Ringkasnya, ketika Seah menerima sampel tersebut beliau ditanya sama ada materai HKL masih utuh di sampel berkenaan, dan beliau menjawab ia masih utuh,” katanya.

11.20am: Shafee membacakan sebahagian daripada IGSO yang menetapkan bahawa setiap sampel perlu dibungkus berasingan dan setiap sampel perlu disertakan dengan borang Polis 31.

"Apa yang dilakukan oleh pegawai penyiasat (IO) adalah memotong plastik, meletakkan sampel berasingan di dalam sampul dan meletakkannya di dalam beg.

"P27 ini dijadikan isu dan ini menyebabkan tertuduh bebas,” katanya.

Shafee menegaskan bahawa IO tidak mengusik sampel tersebut tetapi hanya meletakkannya berasingan.

"Sampel intim ini dihantar kepada Seah pada 30 Jun, manakala sampel kedua (Anwar) dihantar pada 17 Julai dan diberikan kepada seorang lagi ahli farmasi ((Noraidora Saedon).

"Dari mana IO boleh dapatkan sampel mani di antara (30 Jun dan 17 Julai) untuk mengubah (sampel pertama)?,” soalnya.

11.15am: Shafee meneruskan hujahnya di mana beliau menunjukkan beg plastik telus P27.

Beliau berkata IO (pegawai penyiasat) memotong plastik dan membiarkannya tergantung bagi menunjukkan tidak ada niat yang tidak diingini.

Beliau membacakan 'swab' yang diambil dari Saiful di Hospital Kuala Lumpur.

Katanya bekas plastik dimeterai (sealed) dan Dr Siew Sheue Feng memberi keterangan beliau memeteraikannya dan menandatangan di atasnya dan meminta Saiful untuk menandatanganinya.

Menurut Shafee, ia adalah "tamper proof"

"Saksi pembelaan mengatakan semua ini adalah 'tamper proof', tetapi tidak plastik besar (P27). IGSO menyatakan setiap sampel mesti dipisahkan dan dibungkus," tambahnya.

IGSO ialah Perintah Tetap Ketua Polis Negara.

11.12am: Mahkamah disambung semula.

11.05am: Bapa Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail berada di mahkamah bersama dengan cucunya, MP Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Mahkamah bersedia untuk menyambung pendengaran.

10.50am: Di tengah-tengah hujan lebat, kira-kira 200 penyokong Anwar Ibrahim dibenarkan berlindung di khemah sementara di depan Istana Kehakiman.

Makanan dan minuman disediakan oleh pegawai PKR. Terdapat kira-kira 50 anggota polis di situ.

10.47am: Hakim Arifin meminta mahkamah berihat seketika.

10.41am: Shafee kini berhujah tentang beg plastik P27 yang mengandungi semua spesimen yang diambil dari Saiful.

Shafee menegaskan bahawa ia tidak ditutupkan secara 'heat sealed'.

Merujuk kepada keputusan hakim yang membebaskan Anwar, Shafee berkata hakim membuat kesilapan tentang gangguan pada beg plastik tersebut.

Hujahnya, apabila meterai luar rosak, meterai di dalam tetap utuh.

(Hujjah ini tak masuk akal. Luarnya sudah rosak, tetapi meterai d dalam tetap utuh. Mahukah anda membeli apa-apa barang yang pembukanya sudah rosak? seperti air mineral yang penutup botolnya sudah dipecahkan? - GB)

10.37am: Mengenai KY jelly tidak dijumpai di atas karpet yang ditimbulkan oleh pihak pembelaan, Shafee berkata keterangan Saiful menyatakan bahawa ia mungkin jatuh ke atas permaidani atau tuala yang mereka pakai semasa melakukan seks itu.

Shafee juga menegaskan bahawa karpet tidak dijumpai dari unit kondominium di mana Anwar dan Saiful melakukannya.

"Ironinya karpet itu ditemui di unit lain," kata Shafee.

10.33am: Shafee berhujah bahawa Anwar bukan seorang perayu biasa kerana dia berkarisma dan mampu mempengaruhi seorang anak muda.

Shafee berkata selepas perilaku seksual itu, Anwar menasihatkan Saiful juga tidak mengabaikan solat.

Katanya, ini menunjukkan mereka adalah mesra dan menunjukkan macam ada kebenarannya.

Saiful mengaku dia takut pada Anwar," kata Shafee sambil menambah bahawa perbualan itu berlaku ketika mereka sedang minum kopi dan makan karipap.

10.28am: Shafee berkata Saiful mengadu sakit di dubur dan perutnya.

Walaupun Karpal menegaskan kepada Saiful bahawa kejadian itu tidak berlaku, saksi pendakwa tetap berkata yang ia berlaku.

10.25am: Shafee berkata Saiful menunjukkan (perbuatan fizikal) di tempat kejadian apabila hakim perbicaraan melawat kondominium itu.

Beliau selanjutnya menceritakan insiden liwat itu, dengan memperincikan bagaimana Saiful diminta memegang zakar Anwar dan memasukkannya ke dalam duburnya di mana dia telah memakai beberapa bahan pelincir.

Shafee memetik Saiful sebagai berkata Anwar sangat kasar dan dia sembur (air maninya) ke dalam Saiful.

10.15am: Shafee seterusnya membaca apa yang didakwa berlaku pada hari itu untuk menunjukkan Saiful tidak dapat mereka keterangannya di mahkamah.

Katanya, pemeriksaan balas oleh Karpal (Singh) di mana sebelum meninggalkan kondominium tersebut, mereka (kedua-dua Anwar dan Saiful) minum Nescafe tiga dalam satu dan karipap.

"Saiful berkata pintu ke kondominium itu terkunci dari dalam apabila mereka melakukannya. Saiful berkata dia mempunyai peluang untuk lari, tapi dia tidak boleh."

"Dia mengakui dia mempunyai peluang untuk lari. Anda tidak dipaksa, Karpal bertanya, tetapi Saiful menjawab dia tak rela."

Shafee berkata, kejadian itu berlaku atas permaidani di tepi katil.

Shafee menjelaskan kejadian liwat itu tidak berlangsung 30 minit kerana di antaranya Saiful mencuci dirinya dan ini berjumlah setengah jam.

10.15am: Shafee berkata selepas cuba untuk mengatur jadual hari itu, Anwar bertanya kepada Saiful, "Bolehkah saya f ** k you hari ini?"

Ini menunjukkan hubungan intim antara mereka, hujah Shafee.

Saiful, katanya, keberatan dan Anwar marah dan mereka pergi ke bilik tidur utama dan di sanalah mereka melakukannya.

10.10am: Shafee menjelaskan tugas Saiful sebagai pembantu Anwar.

Katanya, Saiful ikut ke mana-mana bersama tertuduh, Singapura dan Hong Kong dan diberi elaun, di mana dia mengikut tertuduh.

Semua ini, Kata Shafee, walaupun Saiful tidak habis belajar di universiti.

"Anwar juga memberinya Brioni suit, yang saya pun tak ada. Mengapa Anwar perlu mengekalkan hubungan yang demikian (dengan Saiful)," soalnya.

10am: Shafee berkata adalah lebih mudah bagi pihak pendakwa untuk mendakwa dan membuktikan kesnya jika perbuatan itu dilakukan dengan kerelaan, daripada bukan dengan kerelaan.

Katanya, saksi (Saiful) boleh dipercayai dan ada banyak kebenarannya.

Beliau menambah bahawa Saiful bukan rakan subahat.

9.54am: Walaupun kritikan Anwar terhadap hakim, Shafee berkata, hakim yang sama yang membebaskan beliau.

Beliau berkata kejadian liwat didakwa berlaku adalah jam 3 petang dan 4.30 petang di kondominium Desa Damansara.

Shafee berhujah bahawa apabila Saiful berkata, dia tidak berbuat demikian secara sukarela, ia berbeza dengan kerelaan.

"Ia adalah kawasan kelabu (grey area) di mana hati saya berkata tidak, tetapi apa yang hendak saya lakukan apabila majikan saya dominan sepenuhnya? Ia tidak ada kaitan dengan kerelaan."

9.50am: Pendakwa Shafee berkata Anwar juga mengkritik kredibiliti mahkamah perbicaraan yang memanggilnya membela diri.

"Pendek kata, skandal ini lebih buruk dari skandal di Monaco seperti yang dikatakan oleh (hakim) Eusoffe Abdul Kadir," kata Shafee berseloroh dalam menggambarkan kenyataan Anwar dari kandang tertuduh.

"Namun begitu, bagaimana anda menjelaskan air maninya di bahagian sulit Saiful," kata beliau.

9.35am: Shafee berkata Anwar membuat keributan dengan memberi keterangan di kandang tertuduh yang hakim 'pre-judged' beliau.

Beliau berkata, kita tidak boleh lupa bahawa terdapat 60 penangguhan dan terdapat banyak permohonan yang benar-benar tidak dalam undang-undang seperti di sini dan Komanwel.

Anwar, katanya, juga menyerang badan kehakiman,termasuk bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abdul Malik Ishak.

Katanya, Anwar seterusnya mendakwa penglibatan Najib, Rosmah, Rodwan dan juga IGP Musa.

Shafee seterusnya menyentuh kenyataan Anwar dari kandang tertuduh mengadu bagaimana dia boleh memberi keterangan di kandang saksi kerana mendakwa wujudnya apa yang dikatakan diskriminasi terhadapnya.

Bagaimanapun, Shafee menegaskan bahawa dalam pengalamannya sebagai seorang peguam, pihak pembelaan tidak pernah dibenarkan memperolehi dokumen seperti kenyataan saksi yang tidak diberikan kepada pihak pembelaan.

Kata Shafee, Anwar membayangkan yang sampel telah sengaja diletakkan oleh pihak polis.

Ini, tegas Shafee, adalah tuduhan yang jelas terhadap IO (pegawai penyiasat) bahawa dia telah mengenakan Anwar.

Menurutnya, DNA 'Lelaki Y' ditemui di tempat sulit Saiful. Malah, tegasnya, DNA 'Lelaki Y' yang sama ditemui di sel IPK KL.

'Bagaimana anda mendapatkan air mani segar dari tertuduh yang mana sudah kira-kira 60 jam lamanya dari pengadu?"

9.30am: Shafee berkata Anwar memasukkan Umno dan media (arus perdana) sebagai sebahagian daripada konspirasi tersebut.

Anwar, katanya, juga menyerang hakim perbicaraan, dan ia penghinaan mahkamah yang serius oleh ketua pembangkang itu

Meskipun demikian, kata Shafee, hakim perbicaraan tetap sabar.

9.25am: Shafee berkata, menurut Anwar, ia adalah satu konspirasi peringkat tertinggi dari PM hingga ke pegawai penyiasat dan bahkan mengaitkannya dengan bekas PM, Dr Mahathir Mohamad.

Shafee berkata, Anwar juga mendakwa Saiful Bukhari Azlan terlibat dalam konspirasi itu bersama-sama dengan Peguam Negara (AG) Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan.

Menurut Shafee lagi, Anwar telah mengadu bahawa dokumen-dokumen tidak disediakan kepada pihak pembelaan dan ketua pembangkang itu mendakwa pihak pendakwa juga merupakan sebahagian daripada konspirasi itu.

9.20am: Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memulakan penghujahannya dengan berkata sepanjang kes pendakwaan, keseluruhan pembelaan Anwar adalah tertumpu kepada konspirasi politik untuk mengenakan ketua pembangkang dengan jenayah tersebut.

Katanya, beliau akan menganalisisnya dan akan bermula dengan kenyataan Anwar dari kandang tertuduh.

9.16am: Mahkamah memulakan persidangan dengan Ketua Hakim Negara, Tun Arifin mengetui lima anggota panel Mahkamah Persekutuan.

8.55am: Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tiba di mahkamah. Mahkamah bersedia untuk mulakan prosiding.

8.53am: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba bersama isteri beliau yang juga Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Kelihatan Anwar memeluk Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

8.50am: Keadaan di luar perkarangan Istana Kehakiman tenang dan terkawal. Kira-kira 100 penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di luar mahkamah.

Kesemua penyokong hanya duduk dan berbual sementara menanti pendengaran kes rayuan liwat II selesai untuk hari ini.

8.30am: Peguambela utama, Tan Sri Gopal Sri Ram memasuki dewan mahkamah bersama-sama dengan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Dr Tan Kee Kwong, Ahli Parlimen PAS Tumpat Datuk Kamaruddin Jaafar dan bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Turut berada mahkamah ialah bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Prosiding dijangka bermula pada pukul 9 pagi.

8.15am: Wartawan dan pemerhati antarabangsa dibenarkan masuk ke dalam dewan mahkamah.

Peguam Zamri Idrus, yang mewakili Mohd Saiful Bukhari Azlan, dilihat di mahkamah dengan Timbalan Ketua Pendakwaan (Operasi) Pejabat Peguam Negara, Mohd Hanafiah Zakaria.

Peguambela N Surendran, Eric Paulsen, Sangeet Kaur Deo dan Latheefa Koya juga sudah bersedia untuk prosiding hari ini.


Seluar dalam Saiful peningkan pendakwa? – Mohamed Hanipa Maidin

PubSaya ditanya oleh Sasterawan Negara, Pak Samad Said di kantin Mahkamah tentang peluang Anwar dalam rayuan di Mahkamah Persekutuan. Saya jawab agak sukar untuk diramalkan. Secara berjenaka saya kata kepada Pak Samad mungkin Anwar akan dibebaskan kerana seluar dalam Saiful dan saya jelaskan kepada beliau mengapa saya berpendapat begitu. Setelah mendengar ulasan saya, Pak Samad secara berjenaka berkata "nampaknya seluar dalam Saiful boleh menjadi alibi Anwar!"

Saya akan jelaskan di sini mengapa seluar dalam Saiful tidak mustahil boleh membebaskan Anwar. Bagaimanapun sebelum itu saya ingin berkongsi dengan pembaca antara intipati hujah para peguam Anwar dalam rayuan ini. Banyak isu yang dibangkitkan oleh para peguambela Anwar namun saya akan berkongsi hanya beberapa isu yang dibangkitkan. Kita tahu Anwar dituduh melakukan sodomi ke atas Saiful dan bagi pertuduhan sodomi , sepertimana tuduhan dalam kes rogol, pendakwa perlu buktikan elemen paling penting iaitu tusukan (penetration) ke dalam anus Saiful.

Peguam Anwar berhujah mahkamah rayuan tersilap apabila mengatakan pendakwa telah berjaya membuktikan tusukan dalam keadaan keterangan yang dikemukakan oleh pendakwa penuh dengan aneka keraguan. Antaranya peguam Anwar berhujah Saiful mengatakan dia diliwat secara kasar dan menyakitkan dalam keadaan dikatakan jelly KY digunakan. Ini suatu yang tidak munasabah.

Peguam juga berhujah bagaimanakah dalam keadaan Saiful menyatakan dia diliwat secara kasar dan menyakitkan, tapi tidak ada sebarang atau sedikitpun kecederaan atau koyakan kepada anus beliau di mana fakta tersebut diakui oleh semua doktor yang melakukan pemeriksaan fizikal ke atas anus beliau. Semua tahu 4 orang doktor, satu dari Pusrawi dan 3 dari Hospital Kuala Lumpur telah memeriksa Saiful. Peguam Anwar juga berhujah wujudnya percanggahan keterangan Saiful semasa di Mahkamah dan keterangan beliau kepada Pegawai Penyiasat, Jude Pareira dan doktor di mana di Mahkamah beliau katakan beliau diliwat selama 5 minit manakala dalam keterangannya kepada Jude Pariera dan doktor beliau memberitahu ia diliwat selama 30 minit. Jika sekalipun diandaikan benar Saiful diliwat secara kasar dan menyakitkan selama 30 minit, mengapakah tiada kecederaan atau koyakan ke atas anus Saiful.

Peguam Anwar juga berhujah yang lebih pelik lagi meskipun Saiful menyatakan dia telah diliwat dengan secara kasar dan menyakitkan dan tanpa kerelaannya namun sehari selepas tarikh kejadian yang dikatakan itu beliau masih boleh berada di rumah Anwar. Peguam tunjukkan kepada Mahkamah gambar Saiful di rumah Anwar dalam keadaan wajah, menurut peguam, yang tidak menunjukkan beliau adalah mangsa liwat!

Sebagai peguam yang ada pengalaman mengendalikan kes rogol saya rasa mana mana peguam atau orang awam sekalipun pasti akan rasa aneh jika seorang mangsa yang dikatakan diliwat atau dirogol tanpa kerelaannya masih boleh hadir ke rumah peliwat atau perogol tersebut apakah lagi sehari selepas kejadian. Apapun kita lihatlah nanti bagaimana Mahkamah Persekutuan menilai dan memutuskan hujah peguam Anwar tersebut.

Mengenai hujah tentang seluar dalam Saiful peguam Anwar berhujah begini. Bagi membuktikan Anwar meliwat Saiful pendakwa mengemukakan dua seluar dalam yang dipakai oleh Saiful di mana kedua dua seluar dalam itu ditandakan sebagai eksibit P14 dan P15. Eksibit P14 merujuk kepada seluar dalam yang dipakai oleh Saiful semasa hari kejadian iaitu hari yang Saiful katakan Anwar meliwat beliau.

P15 pula merujuk kepada seluar dalam yang dipakai oleh Saiful semasa beliau membuat laporan polis iaitu tarikh yang berbeza dengan tarikh kejadian. Maknanya seluar dalam yang dipakai semasa hari kejadian dan hari Saiful membuat laporan polis adalah dua seluat dalam yang berbeza.

Peguam Anwar berhujah jika benar Anwar meliwat Saiful sudah tentu ada kesan air mani di seluar dalam yang dipakai oleh Saiful di eksibit P14, iaitu dipakai masa hari kejadian.Tapi seluar dalam di P14 , menurut peguam Anwar, telah dibasuh oleh ibu tunang Saiful. Oleh itu menurut peguam Anwar P14 secara forensiknya tidak berguna (forensically useless) kerana sebarang kesan air mani, jika ada, akan hilang kerana bahan bukti telah dibasuh!

Yang lebih pelik hujah peguam Anwar seluar dalam yang dipakai Saiful semasa beliau membuat laporan polis iaitu P15 tiba tiba mengandungi kesan air mani!

Peguam Anwar berhujah bagaimanakah Anwar boleh disabitkan melakukan liwat ke atas Saiful berdasarkan kesan air mani yang terdapat di seluar dalam yang dipakai di hari yang bukan hari kejadian!!!

Adakah Anwar akan dibebaskan kerana misteri keterangan seluar dalam Saiful kita sama samalah tunggu dan lihat nanti apabila Mahkamah memberikan keputusannya nanti.
-mk










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





22 ulasan:

Awanama berkata...

Hujah Shafee Abdullah mcm cerita budak tadika saja...

Awanama berkata...

Shafee sambol.hujah tiada fakta.mentekendarah duit haram utk menfitnah..

Awanama berkata...

Hujah Pendakwaraya Safee seperti yang telah di duga

"Bolehkah saya f ** k you hari ini?"

Ini menunjukkan hubungan intim antara mereka, hujah Shafee.

Dalam masa yang sama Safee boleh berkata "dia tidak berbuat demikian secara sukarela, ia berbeza dengan kerelaan"

kejadian liwat itu tidak berlangsung 30 minit kerana di antaranya Saiful mencuci dirinya dan ini berjumlah setengah jam.

"mencuci dirinya" Yang kena bontot So part yang mana dia "mencuci dirinya" selama 25 minit ?

Saiful diminta memegang zakar Anwar dan memasukkannya ke dalam duburnya

Teknik ni Hakim kena minta lakunan semula

"Anwar juga memberinya Brioni suit, yang saya pun tak ada"

Sialful telah diberi pendahuluan sebagai upah untuk melakukannya dan kalau Safee pun nak Brioni suit sila tawarkan diri

Anwar dibebaskan atas alasan teknikal sepatutnya Sialful pun di sabitkan dengan tuduhan yang sama !!

Awanama berkata...

tersenyum sahaja mendengar apa yang di hujah oleh Shafee Abdullah kerana itu adalah ulasan penafian dan cerita yang tak masuk dek akal. Aku sokong cerita seperti cerita budak sekolah.

Awanama berkata...

Shafee ni anak didik gani patail.
Tp aku x heran kalau anwar kena perangkap gak
Dah bleh baca akal umno.
Hakim pun 2x5.layak adili kes curi sekerap je

bat8 berkata...

Tuan

Jangan ketawa dengan hujah p3ndakwa. Walau bagaimana merapupun dia, keputusannya sudah dibuat dan keputusan itu Anwar didapati bersalah. Cuma yang masih belum rasmi ialah berapa lama Anwar akan dipenjara.

Kita kena faham perbicaraan ini adalah perbicaraan politik. Bukan perbicaraan biasa seperti kes bunuh, pecah amanah dsbnya. Dalam perbicaraan ini, keputusan dibuat oleh hakim setelah menimbang kesemua hujah pendakwa dan pembela berlandaskan lunas undang-undang.

Dalam perbicaraan politik keputusan perbicaraan sudah ditetapkan sebuah proses pendakwaan di mahkamah bermula. Perbicaraan dijalankan hanya sebagai formality agar hukuman yang telah ditetapkan dapat dibuat oleh hakim.

Mana mungkin Anwar dibebaskan kerana risiko kepada pemimpin UMNO Baru dan UMNO baru amat besar dan mengerunkan. Selama 16 tahun Anwar diheret melalui liwat 1 dan kemudian liwat 2, dimana berjuta ringgit telah dihabiskan untuk p3lbagai benda dan seluruh jentera kerajaan diguna - tiba2 Anwar dibebaskan?...tak mungkin.

Bayangkan kesannya kepada pemimpin-pemimpin UMNO dari Mahathir hingga kepada Najib jika Anwar dibebaskan. Juga kepada UMNO baru. Jika Anwar dibebaskan bermakna UMNO baru akan berkubur, mungkin tak sempatpun tunggu PRU 14! Begitu juga kesan kepada kerajaan.

Percayalah Anwar akan tetap ke penjara. Betul kata Anwar, penghujahan shafee hanya untuk memberi modal sensasi untuk TV3 dan Utusan mensensasikan kes ini kepada orwng melayu kat luar bandar je.

Awanama berkata...

sistem kehakiman negara sebenarnya telah diliwat oleh dumno, full stop

Awanama berkata...

"Bolehkah saya f ** k you hari ini?"

Dari hubungan yang sangat intim dan Sialful pun tahu apa tujuan si peliwat boleh pulak tanya baik baik dan sopan Macam nafsu si peliwat tu boleh di kontrol pulak Kalau tak boleh hari ini saya tunggu besuk lah

Hakim yang arif Sialful ada peluang untuk menyelamatkan diri dengan meminta anwar melakukannya pada esuk hari

Tentu soalan tersebut ditanya selepas Sialful hny berseluar dalam Jadi soalan yang betul "Hari ini boleh tak?" Kalau perempuan memang lah kena tanya sebab datang bulan Atau suami baru nak mengatal si isteri kata "I penat tau tadi kat opis I kena buat report

Awanama berkata...

Tak ada pulak Hakim bertanya sepanjang penghujahan Safee Masa Peguambela ada juga kena tanya apa bukti seluar dalam telah di basuh dan memaklumkan mengambil bukti secara tak sah diterima di Msia

Sebenarnya Hakim lebih bersabar dengan Safee dari bersabar dengan peguam Anwar

Awanama berkata...

(Hujjah ini tak masuk akal. Luarnya sudah rosak, tetapi meterai d dalam tetap utuh. Mahukah anda membeli apa-apa barang yang pembukanya sudah rosak? seperti air mineral yang penutup botolnya sudah dipecahkan? - GB)

Tambah kuah sikit

Kan senang tak payah di tutup

Awanama berkata...

Hujah Shafee macam katun, pemikiran panel hakim cuba diperkatunkan dan jika semua hakim itu juga berotak katun keputusan akhirnya nanti pasti jelas kekatunannya. Dlm hal katun, logik akal semua boleh ditolak buang. Jika keputusannya nanti taraf katun, elok buat cerita katun nih!

Anti Fitnah berkata...

Hujah dan logika di mahkamah Malaysia.
Bapanya India berkahwin dengan Ibunya Arab dan hasilnya Dia adalah Melayu.
Cuba lihat muka Shafee Abdullah? Mungkinkah dia tu Melayu?
Apa yang nak diharap dari Mahkamah Malaysia? Yang menjatuh hukum ialah Melayu dan yang akan kena hukum ialah Melayu. Yang tengah menolong ialah Bukan Melayu. Hairan kan.
Mungkinkah jawapan akan jadi macam ni?
1 + 1 = 11
2 + 2 = ikan
3 + 3 = 8 ...
Bapa India + Ibu Arab = Anak Melayu ????

Awanama berkata...

Aku tak sokong man-mana pihak dalam kes ni. biarlah mahkamah yang putuskan. samada hujjah pendakwa masuk akal atau tak aku x tau, begitu jugak hujjah pembelaan, aku x tau. yang dengar hujjah2 ni cuma mahkamah saja. so xyah la susah2 nk jdk hakim dilaman siber ni. xde untungnya pun melainkan dapat dosa. one thing, aku tgk Syafie Vs Gopal Sri Ram ibarat buku bertemu ruas. aku respect kepada 2 orang ni.

Awanama berkata...

Dari pdgan sy ttg seluar dlm yg d ganti dan perkataan can I fxxk u today menunjukan ..ini bukan pertama kali mereka lakukan hubungan badan ditambah dgn membawa ky.. Dan berjumpa dgn kenalan n politician sebelum kejadian.. kita kena look n see ..klu tidak salah ingatan sy karpal Singh pernah berkata pd sypul apapasal pertamakali tiada lapur kedua baru lapur...maaflah klu sy salah info..

Awanama berkata...

Lps kena liwat....anus x dicuci sehingga g buat report...tp spender yg dipakai ketika kejadian p suruh mak kekasihnya basuh buat pa?

Awanama berkata...

.....Pendakwaraya.......
..........
........

Awanama berkata...

Gopal dgn fakta..
Shafee dgn andaian dan auta..
Buku dgn ruas?
Hg mabuk ketum ka?

Awanama berkata...

Anda telah memberi keputusan kehakiman sebelum keputusan..hina mahkamah...hakim zabidin dulu turut diprovoke ole anwar dan ramai org mcm kamu kata hakim tak adil tapi akhirnya zabidin yg bebaskan anwar...ini mahkamah persekutuan jgn guna otak kamu yg tak berapa cerdik tu untuk menimbulkan persepsi kerana kenyataan kamu ini bahaya dan boleh didakwa...stop buat kerja bodoh mcm ni...kalau kita bodoh baik diam nanti nampak sgt bodoh...hakim sedang teliti hujah both of parties tiba2 kamu dah pandai2 assume anwar bersalah jd otak kamu ni lebih cerdik dari 5 orang hakin la ye...stop la lepas ni komen yg biasa2 dah ye...

bat8 berkata...

Anon 7:54

Ini sekor lagi mangkok yang cakap merapu.

Allah memberi kita akal untuk be4fikir. Akal ini adalah satu anugerah Allah yang maha h3bat yang terletak dikepala. Allah memuji manusia yang m3nggunakan akal yang dikepala tu! Sebab manusia menggunakan akal yang ada dikepala tu ( bukan kat kepala lutut atau kat tapak kaki) dunia kita b3gitu maju sekarang. Bayangkan besi yang sifatnya akan tenggelam bila diletak diatas air - tetapi manusia boleh menerbangkan besi tersebut seperti burung diudara atau menjadikan kapal dilautan kerana manusia menggunakan otak yang dianugerahkan Allah untuk berfikir.

Anon 7:54.....itulah jawapan saya kepada k9m3n sdra.

Juga ada juga segelintir manusia yang m3nggunakan kepala lutut atau tapak kaki untuk berfikir mengantikan akal yang dikepala. Kalau nak tengok bagaimana manusia-manusia ini menggunakan kepala lutut atau tapak kaki untuk menggantikan akal - pi la jengok blog papagomo atau blog MiM ( blog Dr Novandri).

Anon 7:54:agak2nya guna yang mana?

Awanama berkata...

anon 7:54

Hakim Zabidin tu bebaskan Anwar pun sebab arahan orang politik Sejak kes liwat samada Anwar bebas atau tidak ramai beranggapan ada campurtangan politik Kalau Hakim dapati Anwar salah Kes tetap ke Mahkamah Persekutuan Keputusan Mahkamah Persekutuan mengatasi Mahkamah Tinggi Sebab itu Anwar dibebaskan Senario 3 tidak bersalah 2 bersalah sudah cukup mengaitkan Anwar dengan fitnah tersebut setiap kali praya Musuh politik Anwar tak beranggapan mereka berdosa sebab Anwar telah dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan UMNO safe dengan strategik ini dan mahkamah telah dilihat adil tak seperti tuduhan pembangkang

Mahkamah terbuka selagi mahkamah persekutuan tak larang wartawan menyiarkan penghujahan selagi itu lah kita dibenarkan buat persepsi

Otak lima hakim tak mungkin lebih cerdik dari otak RAKYAT HAKIM NEGARA
Rakyat bukan nya setakat ahli PKR tetapi termasuk Rakyat yang memberi 52% undi kepada PR

Awanama berkata...

Anon 7:54

Mengapa nko kata kom3n bat8 bahaya dan bodoh? Adakah kerana logik yang bat8 utarakan masuk akal dan munasabah boleh berlaku jika kita t3ngok sejarah penghakiman dalam 30 tahun ini.

Nko pernah dengar perkataan analisis tak? Tidakkah komen bat8 itu satu analisis yang munasabah? Jika dibandingkan komen nko dengan komen bat8, komen bat8 lagi masok akal.

Senang2 nko panggil bat8 bodoh. Nko kenal ke siapa bat8? Aku pasti dia jauh lebih tinggi pendidikanya darì nko......

Awanama berkata...

Please like this page and show solidarity with anwar. Please viral

https://www.facebook.com/Justice4AnwarIbrahimoffcial