6 Sep 2014

"Muktamar" Adalah Kekuasaan Paling Tinggi Dalam PAS


Rujuk Fasal 7. Perlembagaan PAS

Fasal 7. Hukum dan Kekuasaan

(1) Adapun hukum yang tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah KITABULLAH dan SUNNAH RASUL serta IJMAK 'ULAMAK dan QIAS yang terang dan nyata, dengan tertakluk kepada hukum yang tertinggi itu, kekuasaan PAS adalah dipegang oleh Muktamar Tahunan.

(2) Dengan tertakluk kepada hukum-hukum dalam ceraian (1) itu segala gerakan dan pentadbiran PAS adalah dijalankan di bawah perintah dan kekuasaan Muktamar, akan tetapi Muktamar itu sendiri tertakluk di bawah syarat-syarat yang terkandung dalam Perlembagaan PAS dan aturan peraturan muktamar atau mesyuarat Agung PAS.

Peruntukkan Fasal 7 (1) ini mempunyai dua (2) aspek iaitu :-

a) Berkaitan Hukum rujukan tertinggi iaitu Kitabullah (al-Quran), Sunnah Rasul (Hadith), Ijmak Ulamak serta Qias yang terang dan nyata.

b) Berkaitan kekuasaan PAS iaitu Muktamar Tahunan.

Fasal 7 (1) dengan JELAS, TERANG dan NYATA menegaskan bahawa KEKUASAAN PAS adalah dipegang oleh MUKTAMAR TAHUNAN.

Fasal 7 (2) juga jelas bahawa segala gerakan dan pentadbiran PAS adalah dijalankan di bawah perintah dan kekuasaan Muktamar
.

Itu jelas.

Apa pula kedudukan Majlis Syura Ulamak (MSU)?

MSU ditubuhkan melalui Muktamar Tahunan PAS yang telah meminda Perlembagaan PAS dengan memasukkan Fasal 8 iaitu Majlis Syura Ulamak.

Fasal 8. Majlis Syura Ulamak

(1) Bagi menjamin kekuasaan PAS yang diperuntukan dalam Fasal 7(2) di atas dan badan-badan yang diberikan kepadanya kuasa oleh Muktamar Tahunan PAS dan oleh mana-mana peruntukan dalam Perlembagaan ini, tidak terkeluar daripada kehendak-kehendak yang diperuntukan dalam Fasal 7 (1) dan tidak berlawanan dengan dasar PAS seperti yang diperuntukan dalam Fasal 3 Perlembagaan ini, maka hendaklah ditubuhkan sebuah majlis yang dinamakan "Majlis Syura 'Ulamak" dan diberi kepadanya kuasa-kuasa seperti berikut:

(a) Menghurai, menjelas dan mentafsirkan dasar PAS dan mana-mana peruntukan di dalam Perlembagaan ini yang menimbulkan kesamaran mengenai maksud dan tujuannya dan membuat ketetapan mengenainya.

(b) Mengeluarkan arahan dan perintah supaya dasar dan ketetapan itu dipatuhi dan dilaksanakan oleh mana-mana pihak atau badan di dalam PAS dan mengawasi serta memelihara supaya dasar dan ketetapan serta kehendak-kehendak dalam 8 Perlembagaan ini dipatuhi dalam kegiatan, gerakan dan pentadbiran PAS.

(c) Mendengar dan memutuskan semua rayuan semula tatatertib yang dikemukakan oleh ahli PAS mengikut Fasal 83 Perlembagaan ini.

Fasal 8 (1) menyebutkan bahawa MSU ditubuhkan adalah dengan tujuan untuk menjamin kekuasaan PAS yang diperuntukan dalam Fasal 7(2) di atas dan badan-badan yang diberikan kepadanya kuasa oleh Muktamar Tahunan PAS dan oleh mana-mana peruntukan dalam Perlembagaan ini, tidak terkeluar daripada kehendak-kehendak yang diperuntukan dalam Fasal 7 (1) dan tidak berlawanan dengan dasar PAS seperti yang diperuntukan dalam Fasal 3 Perlembagaan ini.

Jelas bahawa penubuhan MSU adalah untuk menjamin Kekuasaan PAS seperti yang diperuntukkan dalam Fasal 7 (2) supaya tidak terkeluar daripada landasan yang ditetapkan dalam Fasal 7 (1) dan tidak berlawanan dengan dasar PAS di dalam Fasal 3.

MSU bertanggungjawab memastikan perjalanan semua badan di dalam PAS iaitu Jawatankuasa Kerja Pas Pusat (JKPP), Dewan Ulamak Pas Pusat (DUPP), Dewan Pemuda Pas Pusat (DPPP) dan Dewan Muslimat Pas Pusat (DMPP) tidak terkeluar dari hukum pegangan PAS dalam Fasal 7 (1) iaitu Al-Quran, Sunnah, Ijmak dan Qias serta tidak terkeluar daripada perintah dan kekuasaan PAS di dalam Fasal 7 (2) iaitu keputusan Muktamar. MSU juga bertanggungjawab memastikan perjalanan semua badan di dalam PAS supata tidak berlawanan dengan dasar Pas di dalam Fasal 3 iaitu ISLAM. Walaubagaimana pun MSU sendiri tetap tidak boleh terkeluar daripada kekuasaan tertinggi PAS iaitu Muktamar Tahunan PAS.

Fasal 8 (1) (a) memberikan kuasa kepada MSU menghurai, menjelas dan mentafsirkan dasar PAS iaitu ISLAM dan mana-mana peruntukkan Perlembagaan yang samar.

Fasal 8 (1)(b) memberikan kuasa kepada MSU mengeluarkan arahan dan perintah supaya ketetapan yang dibuat melalui Fasal 8 (1)(a) dipatuhi dan dilaksanakan oleh semua badan di dalam PAS.

Fasal 8 (1)(c) memberikan kuasa mendengar rayuan tatatertib yang dikemukakan oleh ahli.

Berpandukan Fasal 8 tersebut adalah jelas bahawa penubuhan MSU dan fungsi MSU adalah sebagai “Supreme Council” yang mengawal perjalanan PAS supaya tidak terkeluar daripada landasan ISLAM.

Bagi mengesahkan lagi entiti mana yang tertinggi di dalam PAS mengikut Perlembagaan PAS, maka peruntukkan Fasal 88 Perlembagaan Pas perlu dibaca bersama.

FASAL 88. Lain-lain Perkara

(1) Segala perkara yang berbangkit dan perselisihan faham dan pendapat di atas tafsiran Perlembagaan ini, serta Aturan dan Peraturan yang diperbuat mengikut kuasa-kuasa yang diperuntukan dalam Perlembagaan ini hendaklah dirujukkan kepada ‘MAJLIS SYURA ‘ULAMAK’ dan sebarang keputusannya adalah muktamad, jika tidak diubah oleh Muktamar.

(2) ‘MAJLIS SYURA ‘ULAMAK’ adalah berkuasa membuat sebarang keputusan di atas perkara-perkara yang tidak diperuntukan dalam Perlembagaan ini dengan syarat keputusan itu hendaklah tidak bercanggah dengan dasar dan tujuan PAS seperti yang termaktub dalam Perlembagaan ini dan tertakluk kepada kuasa tertinggi Muktamar

Fasal 88 (1) menyatakan bahawa MSU adalah badan tertinggi yang menjadi rujukan tentang apa saja perkara berbangkit yang menimbulkan perselisihan berkaitan Perlembagaan, Aturan dan Peraturan yang dibuat dan keputusan MSU adalah muktamad. Tetapi dalam masa yang sama keputusan muktamad MSU tersebut boleh diubah oleh Muktamar. Ini sekali lagi jelas menunjukkan bahawa kekuasaan tertinggi dalam PAS mengikut Perlembagaan PAS ialah Muktamar kerana Muktamar boleh mengubah keputusan MSU.

Fasal 88 (2) juga jelas menunjukkan bahawa Muktamar adalah kekuasaan tertinggi di dalam PAS apabila memperuntukkan bahawa MSU berkuasa membuat sebarang keputusan atas perkara-perkaya yang tidak diperuntukkan di dalam Perlembagaan (lacuna) dengan syarat keputusan itu tidak bercanggah dengan dasar PAS dan yang paling penting ianya tertakluk kepada kuasa tertinggi Muktamar.

Sejauh mana kekuasaan Muktamar?

Muktamar mempunyai kuasa yang paling tinggi dan paling luas serta paling muktamad. Muktamar boleh memansuhkan kewujudan Majlis Syura Ulamak jika mahu. Perlu diambil perhatian bahawa Majlis Syura, JKPP dan semua badan di dalam PAS hatta PAS sendiri boleh dimansuhkan atau dibubarkan atas kehendak Muktamar.

Rujuk Fasal 87.

Fasal 87. Cara Memansuhkan PAS

(1) PAS ini tidaklah boleh mansuh atau bubar melainkan dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima daripada jumlah bilangan ahli-ahli PAS yang telah menyatakan persetujuan mereka dengan bersendiri ke dalam Muktamar yang diadakan kerana maksud tersebut, atau dengan persetujuan sebulat suara dari perwakilan yang mewakili tiga perlima daripad ahli-ahli PAS Kawasan di dalam Muktamar PAS kerana maksud tersebut.

(2) Jika persetujuan bagi memansuh dan membubarkan PAS ini dipersetujukan, maka segala hutang-hutang PAS hendaklah dijelaskan dan segala wang waki harta-harta dan apa jua yang berkait dengannya terserahlah kepada keputusan Muktamar itu.

(3) Kenyataan berkenaan dengan memansuh dan membubarkan PAS ini hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan di dalam tempoh empat belas hari dari tarikh diambil keputusan itu.

Fasal 87 (1) jelas menegaskan bahawa PAS boleh dimansuhkan atau dibubarkan dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima ahli Pas yang membawa menyatakan persetujuan bersendiri ke Muktamar.

Sejauh itulah kekuasaan Muktamar. Bukan sekadar memansuhkan MSU atau mana-mana badan di dalam PAS tetapi sehingga ke tahap memansuhkan PAS.

Kesimpulan.

Kekeliruan tentang kekuasaan tertinggi PAS ini timbul kerana tidak faham apa itu kekuasaan. Konsep syura di dalam PAS bukan hanya terletak pada Majlis Syura Ulamak tetapi dalam semua badan di dalam PAS baik JKPP, DUPP, DPPP, DMPP dan DHPP. Malah konsep syura yang tertinggi di dalam PAS ialah Muktamar Tahunan PAS dan itulah kekuasaan tertinggi PAS.

Sumber: Facebook Zulhazmi

ULASAN GB

Krisis MB Selangor mendedahkan banyak perkara. Dan di dalam entri ini, GB cuba mendedahkan siapa sebenarnya pembuat keputusan (decision maker) paling tinggi di dalam PAS.

Ada yang menyatakan Jawatankuasa PAS Pusat, ada yang menyatakan Majlis Syura Ulamak dan ada juga yang menyatakan Presiden parti. Sedangkan kesemuanya itu adalah tidak benar jika masing-masing merujuk semula Perlembagaan PAS.

Fasal 7 (1) dengan JELAS, TERANG dan NYATA menegaskan bahawa KEKUASAAN PAS adalah dipegang oleh MUKTAMAR TAHUNAN.

Muktamar mempunyai kuasa yang paling tinggi dan paling luas serta paling muktamad. Muktamar boleh memansuhkan kewujudan Majlis Syura Ulamak jika mahu. Perlu diambil perhatian bahawa Majlis Syura, JKPP dan semua badan di dalam PAS hatta PAS sendiri boleh dimansuhkan atau dibubarkan atas kehendak Muktamar. Pemegang jawatan Presiden dan AJK PAS Pusat juga ditentukan oleh Muktamar.

Fasal 88 jelas menggaris peranan ‘MAJLIS SYURA ‘ULAMAK’ (MSU) dimana MSU adalah berkuasa membuat sebarang keputusan di atas perkara-perkara yang tidak diperuntukan dalam Perlembagaan ini dengan syarat keputusan itu hendaklah tidak bercanggah dengan dasar dan tujuan PAS seperti yang termaktub dalam Perlembagaan ini dan tertakluk kepada kuasa tertinggi Muktamar

Jangan ada lagi pihak yang menganggap dirinya paling berkuasa dalam parti. Bercakap seolah-olah dia yang memiliki parti. Nati ditempelak orang "kaduk naik junjung".

Jika tak tahu hujung pangkal bab kekuasaan, rujuk Perlembagaan PAS semula, jika tak reti baca, rujuk peguam.







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





53 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

GB, cukup lar, apa guna nak tulis yang tak betul? Cuba tengok

1. MUKTAMAR bukan Semua ULAMA mulia

2. MSU Semua Ulama Mulia

Dah terang MSU dengan SEMUA Ulama adalah lebih suci lebih mulia lebih berilmu daripada MUKTAMAR yang bukan semua ULAMA.

Maka, yang terginggi dalam pas adalam ULAMA PAS, MUKTAMAR ker GB ker, ADUN PAS di Selangor ker, semua kena ikut tanpa kira alas an.

Kecuali hari lain GB Setinggi ilmu seperti ULAMA pAS dan beri kerusu di MSU.

bat8 berkata...

Tuan

Kita tahu bahawa puak UG wujud untuk membawa PAS bekerjasama dengan UMNO. Perkara ini timbul selepas PRU 2008 setelah terdedahnya Hassan Ali,Ustaz Nasha bertemu Paklah secara gelap.

Kecoh bila terdedah. Oleh itu di Muktamar tahun itu telah membuat 2 keputusan penting. Pertama, menolak kerjasama dengan UMNO dlm apa jua bentuk. Kedua, membuat keputusan untuk bersama PR.

Keputusan ini masih kekal hingga hari ini. Maknanya kesemua pemimpin baik dalam MSU, Dewan Ulamak PAS, JKKP, Pemuda dan muslimat serta ahli kena patuh. Tak patuh bermakna tidak wala kepada jemaah PAS. Mengikut MSO, mana-mana ahli yang tidak wala kepada jemaah boleh dipancung kepalanya - maknanya satu kesalahan yang amat besar!

Jadi sebagai pembuka gelanggang, saya bertanya adakah perbuatan2 berikut ini melanggar keputusan Muktamar Ipoh 2008 dan pelaku atau gengnya sudah melakukan kesalahan besar iaitu tidak wala kepada jamaah?

1. Gerakan puak UG masih berterusan selepas keputusan Muktamar Ipoh 2008. Malah mereka telah hijack jawatan2 penting didalam MSU, Dewan Ulamak, JKKP terutamanya dan menggunakan jawatan2 tersebut untuk mencapai agenda mereka hingga hari ini. Jika kita perhati mereka juga menggunakan jawatan2 rasmi ini untuk sabotaj PR.

2.Tindakan2 TGHH sendiri yang kita lihat dalam bermain silapmata murah dalam isu MB Selangor termasuk mungkir janji, khianat dll

Sekian dulu

Tanpa Nama berkata...

Cmon GB, jgn nak salahkan PAS ajer... Bak kata TGHA, yang bawak masalah tu, rakan (PKR), tetiba ajer PAS pulak kena... Fahami masalah PAS dek kerana PKR punya karenah! Penjelasan dah banyak diberi, tapi entah kenapa tetiba GB korek mana2 fakta ntah untuk persendakan PAS. Pls simpan ajer HUKUM KEBENARAN kau tu.... jgn nak hukum ikut emo!

Tanpa Nama berkata...

Apa plak yg bawak masalah tu PKR? PKR tak setuju TSKI sbg MB Selangor. Lepas tu TSKI degil. TSKI dipecat. PAS plak yang campurtangan nak pertahankan TSKI. Apasal?

Masa Hassan Ali dipecat dari PAS tanpa panggil membela diri dulu ada PKR campurtangan?

in repsonse to Cmon GB, jgn nak salahkan PAS ajer... Bak kata TGHA, yang bawak masalah tu, rakan (PKR), tetiba ajer PAS pulak kena... Fahami masalah PAS dek kerana PKR punya karenah! Penjelasan dah banyak diberi, tapi entah kenapa tetiba GB korek mana2 fakta ntah untuk persendakan PAS. Pls simpan ajer HUKUM KEBENARAN kau tu.... jgn nak hukum ikut emo!

Tanpa Nama berkata...

MSU kah.. Dewan Ulama kah.. kumpulan depa semua tu org biasa mcm kita gak. depa pun boleh silau mata dek nafsu donia. Masing2 simpan cita2 peribodi sampai sanggup khianat keputusan muktamar Pas..sape kate depa maksum. dak eh..depa semua tu taraf matsom jah.

Tanpa Nama berkata...

Hj Hadi paksa ahli Pas wala kat dia. tapi dia sendiri tak wala kat keputusan majoriti muktamar Pas. Sokong pulak khalid kidex yg engkar arahan parti. Apa punya munafik prinsip Hj Hadi ni. Malu aku nak ngaku ahli parti islam.

Tanpa Nama berkata...

hadi awang sudah terlalu melampau.
dia ingat pas ni hak milik peribadi dia ke? bab politik hadi awang terlampau lemah..mmg patut pun tenganu dpt sepenggal je..rupa2 nya perangai dia pun mcm umno jgk.

anon 9:23pm.. kmu ingat ulama xpernah buat dosa ke? suci tara mana langsung sampai klu dh ckp putar belit berbelit2 berkali2? sat ckp mcm ni sat ckp mcm lain. buat keputusan sendiri. hadi awang 2 presiden, sepatutnye tunjukkanlah contoh yg baik sikit, follow jelah rules yg ada dlm pas jgn nk tunjuk keras kepala sgt. be professional sikit. nilah yg dikatakan bodoh xboleh di ajar. kmu ingat ulamaa semua suci? sape ajar kmu? ulamaa jahat bnyk dlm dunia ni..ulama cari habun dunia. xdak beza dgn ulama umno klu ckp pusing2.

to anon 9:34 pm..kmu xthu ke yg paling bnyk buat aduan xpuas hati dgn khalid ibrahim 2 dtg dari parti mana? parti pas! bila pkr take action nape kau sibuk sgt nk tuding jari pkr buat masalah. penjelasn yg mcm mna dh diberi? hadi awang punya statement paling mengarut dan memeningkan org ramai. sat kata mcm ni sat kata lain. ape dia ni? ni bkn penjelasan..ni penipuan!

bat8 berkata...

Anon 9.34

Kita tahu le PKR tu jahat. Semua yang buruk tu semua ada kat PKR. Yang suci, yang maksum tu semua puak UG.

Yang hangat diperkatakan sekarang bukan PKR. Yang diperkatakan sekarang ini adalah tindakan TGHH dan gengnya didalam isu MB Selangor ni menggunakan PAS. Kalau mengikut perlembagaan PAS, rujukan utama PAS ialah KITABULLAH, SUNNAH, IJMAK DAN QIAS. Orang ramai dok tertanya2 adalah tindakan TGHH dan geng tu mengikut 5 perkara ni? Kalau ada, bagitau pakai yang mana satu dari 5 perkara tu. Takkan sebab orang jahat kita sebagai pejuang Islam buang kelaut 5 perkara tersebut dan guna perangai jahat lawan untuk lawan. INI POKOK CERITANYA!

Apa pun alasan selain dari bersumber 5 perkara ini tidak mampu menghalalkan apa yang dibuat oleh TGHH dan gang. Ilmu melaut tak masuk akal tak boleh bagi alasan syarie nak buang kelaut prinsip Islam.

Tanpa Nama berkata...

Ulama pas memang suci
Mulia. Kalau bukan, kenapa orang pas bagi kuasa besar kepada ulama?

Percaya ulama a, mereka akan buat baik, janji semua orang akan hidup baik dengan adanya ulama pas suci mulia.

maae berkata...

Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan PAS,

1. Agama Islam, Bangsa Melayu dan Malaysia - sama di teguhkan

2. Muktamar, Konvensyen, Seminar, Pertemuan Tahunan - merumus minit mesyuarat keputusan cawangan, di bawa ke kemuncak, di terima pakai dari keputusan Jemaah Tertinggi - Di bawa untuk tindakan tahun berikut nya.

Asas nya, jika menolak selepas keputusan di bahas dan di terima sebulat suara - ia tidak lagi relevan.

Kes di Selangor bukan hal muktamar. Ini kes semasa, PR dalam memaksa. PKR dan DAP menjadi pencatur dan penyokong. Ini BUKAN lagi tahaluf siasi yang di sangsikan. PAS dan Presiden nya berhak menolak.

PKR sudah di beri peluang menjawat MB. Kekalutan dari agenda mereka sendiri. Bukan akibat dua lagi parti gabungan PR.

Jelas dan nyata, ingkar Demokrasi Raja Berperlembagaan (selama ini di pilih dan terpilih begitu dalam PRU) kenapa memberontak ? Bukan kah ada pilihan dari Sultan ? Kenapa Hadi jadi mangsa ? Layak nya Hadi itu ' despatch boy' PKR dan DAP ? Selama ini itu lah hakikat nya.

Masa untuk PAS duduk di atas platfom nya. PAS berhak jawatan MB di atas kekalutan yang di wujudkan PKR dan sokongan anwarinas dalam PAS sendiri.

Ahli-ahli PAS benar, buka mata, buka minda. Islam itu tidak di lahirkan untuk penganut nya menjadi jahil, mengagongkan munafikun, musyrikun dan kafirun harbi menjadi pemimpin.

Malah mengutamakan 'musuh Allah' Amat besar dosa nya apabila berpecah belah sesama Islam, apa lagi memecah belahkan Ummah ! Jaga Akidah.

Amuraria berkata...

makanlah sadin cap ayam & sayur kangkung ,abis cerita kahkahkah ! ABU !

Tanpa Nama berkata...

Menyampah plak aku tgk si anon ni bercakap. Mcm taliban, Arqam, tarekat sesat mana2 ntah. Ulama tu mmg tggi kedudukannya tp x sampai x blh nk kritik.. ni zaman demokrasi la dol.. kalau sengap pegi duduk balik zaman abbassiah je umawiyyah je fatimiyyah ke.. suci la sgt..

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya Allah nak menguji hamba-hambaNya, baik ulama, ahli PAS biasa, ahli PKR, DAP mahupun pihak sebelah sana, malah tak terkecuali raja-raja juga serta rakyat keseluruhannya termasuk saya.

Di sinilah kita akan mengenal peribadi sebenar pemimpin-pemimpin kita sama ada PR mahupun BN... sama ada mereka bersama rakyat atau mengabaikan rakyat.

Titik tolak akhirnya adalah penentuan rakyat dalam memilih kuasa negeri seterusnya.... yang pasti mereka merancang, Allah juga merancang dan sebaik-baik perancangan adalah perancangan Allah.

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah, hari ini aku melihat semula kekuatan sebenar PAS. Ketegasan MSU benar-benar mengembalikan maruah PAS. Hampir-hampir aku percaya dengan dakyah memburuk-burukkan TGHH. Bak kata GB, kebenaran akan mengatasi kebatilan. GB boleh masuk PasMa

Tanpa Nama berkata...

TGHA sudah melanggar banyak perkara(Fasal) dlm Perlembagaan PAS.Majlis Syura Ulamak pulak sudah buat kerja,yg bukan kerjanya.Ini yg dipersoalkan oleh ahli-ahli PAS sekarang.Sekiranya ada yg nak komen tentang isu ni,baca dulu Perlembagaan PAS,baru tau salah atau betul.Menulis ikut perasaan tak kemana.

Tanpa Nama berkata...

MSU mahu merampas kuasa Muktamar

Tanpa Nama berkata...

YG NYATA PENDIRIAN HAJI HADI TIDAK MEWAKILI PENDIRIAN MAJORITI AHLI PAS.

OLEH ITU BELIAU PERLU LETAK JAWATAN SECARA TERHORMAT ATAU BELIAU BAKAL DITURUNKAN SECARA HINA DI DALAM MUKTAMAR. BUKAN BEGITU HUKUM KEBENARAN GB?

Tanpa Nama berkata...

aku macam nak maki puas2 hadi awang dengan msu... tapi hati aku suruh aku bersabar...

pusingan akhir belum tiba, hatiku memujuk.

Tanpa Nama berkata...

Betul, dengan adanya ulama pas, maka pas ada maruah. Dengan Ada maruah maka cina akan sokong dan ikut. Taniah kepada gb dan pas

in response to Alhamdulillah, hari ini aku melihat semula kekuatan sebenar PAS. Ketegasan MSU benar-benar mengembalikan maruah PAS. Hampir-hampir aku percaya dengan dakyah memburuk-burukkan TGHH. Bak kata GB, kebenaran akan mengatasi kebatilan. GB boleh masuk PasMa, by Anonymous.

Ibnu Sabil berkata...

TGHH dan geng ulamak PAS bukan tahu dan ikut Perlembagaan dan Undang-undnag.

Itu sebab kumpulan ni suka memfitnah... pil kudalah, komunislah...

Dah kena saman pun tak sedar2 lagi.

Hinaan dan kutukan dasyat akan menimpa mereka. InsyaALlah.

Tanpa Nama berkata...

saya petik dari omen di tempat lain:

"HORMAT - Sehingga saat ini, aku mengambil sikap menghormati keputusan Presiden PAS atas asas beliau menghormati sultan dalam isu calon MB Selangor.
Aku yakin, orang yang tak suka PKR dan DAP rasa puas dengan keputusan beliau. Aku agak Umno juga puas.
Mungkin hajat PKR dan DAP untuk melihat Wan Azizah jadi MB tak tercapai.
Cuma mungkin hajat Umno untuk melihat PR pecah akan tercapai."

Tanpa Nama berkata...

bila se orang pemimpin mula menipu , kelayakan untuk pemimpin itu jatuh kerana sikat munafik nya.

ahli ahli dan parti yang memilih nya juga di kira munafik dan tiada nilai kerana menaungi munafik. ini common sense kan !

dalam hal ini tok guru hadi itu sudah menipu ahli ahli nya juga rakyat , sehingga mengganggap penipuan itu suatu yang haq , dan yang sah benar itu suatu yang batil.

apa kah kita jadi bahalol , ingin membahalol kan diri hanya sebab pemimpin kita itu bahalol cuba di anggap tidak bahalol ????

sudah parti bahalol , lupa kan nya dan rujuk kepad Quran dan Sunnah bagi mencari kebenaran....

Tanpa Nama berkata...

Apa2 la GB...fakta ke auta...apa peduli....agree to disagree...ayat ni dah makan tuan

Tanpa Nama berkata...

PAS..PAS..PAS..tengok juga kat PKR cacamarba tu...DAP keras kepala tu..adab kita berkawan kalu kawan tu balik buat perangai lama dia ( PKR asal UMNO )takkan nak sokong plak..pandai2 la tegur PKR ngan DAP tuh..ajar sikit jangan nak paksa2 ikut telunjuk hang saja bang nuar oii..bangkit isu hassan ali, PAS pecat Hassan Ali ( dan stay bersama PR ) adalah sebab membela PR la..dan pecat ahlinya yg x suka PAS dalam PR. Jgn Kata PAS aje kalah kat Selangor, PKR dan DAP banyak hilang kerusi juga.. Betul, PAS x sepatutnya masuk campur pemecatan TSKI, tapi x payah ajak PAS masuk campur perlantikan DSWA MB selangor...PAS ada pendirian sendiri....Yg banyak menyerang PAS sekarang ni nampaknya kawan2 dalam PR...insaflah...Allah tahu yg mana benar...kamu pun tahu kecuali kamu disesatkan oleh Allah juga..Nauzubillah

awam-il-sgbesi berkata...

Anonymous said...

PAS..PAS..PAS..tengok juga kat PKR cacamarba tu...DAP keras kepala tu..adab kita berkawan kalu kawan tu balik buat perangai lama dia ( PKR asal UMNO )takkan nak sokong plak..pandai2 la tegur PKR ngan DAP tuh..ajar sikit jangan nak paksa2 ikut telunjuk hang saja bang nuar oii..bangkit isu hassan ali, PAS pecat Hassan Ali ( dan stay bersama PR ) adalah sebab membela PR la..dan pecat ahlinya yg x suka PAS dalam PR. Jgn Kata PAS aje kalah kat Selangor, PKR dan DAP banyak hilang kerusi juga.. Betul, PAS x sepatutnya masuk campur pemecatan TSKI, tapi x payah ajak PAS masuk campur perlantikan DSWA MB selangor...PAS ada pendirian sendiri....Yg banyak menyerang PAS sekarang ni nampaknya kawan2 dalam PR...insaflah...Allah tahu yg mana benar...kamu pun tahu kecuali kamu disesatkan oleh Allah juga..Nauzubillah

September 6, 2014 at 12:25 AM
***********************

PKR cacamarba? DAP keras kepala? Hello kawan, setakat ni PKR dan DAP cool jer. mereka bersatu di bawah payung PR. PAS yg cacamarba dan keras kepala. AKhirnya PAS yang ditimpa musibah perpecahan ekoran Presiden PAS yg dikelilingi oleh orang yg tak reti dan tak patuh perlembagaan.

Tanpa Nama berkata...

Sifat-sifat dekat bawah ni ada pada Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi, Bekas Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan & Anak TGNA, Nik Mohamad Abduh
Munafik darisegi perbuatan dan amalan.
Munafik dari segi perbuatan dan amalan adalah masih menjadi orang Islam, akidahnya masih mempercayai Allah dan Rasul dan rukun-rukun Iman yang enam tetapi perbuatan dan amalannya menjurus kepada melakukan dosa-dosa besar.
Sebagaimana sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
“Empat sifat, siapa yang bersifat dengannya bererti ia seorang munafik yang nyata, dan siapa yang mempunyai salah satu dari sifat-sifat itu bererti ia mempunyai satu sifat munafik sehingga ia meninggalkan sifat itu iaitu: Apabila bercakap ia dusta, apabila berjanji ia mungkiri, apabila ia mematerikan perjanjian ia cabuli perjanjian itu dan apabila berbalah (bertengkar) ia sentiasa ingin menang.” (Hadis Riwayat al’Syaikhan dari Ibn ‘Amr)
Berdasarkan hadis diatas jelaslah kepada kita bahawa terdapat empat ciri-ciri munafik dari segi perbuatan dan amalan (melakukan dosa besar), sifat yang sangat dibenci oleh Allah SWT.
1. Khianat amanah iaitu mencabul dan mengkhianati amanah-amanah yang wajib dipelihara dan meremeh-temehkan amanah yang diberikan padanya atau tidak menunaikan tugas dan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya yang diserahkan padanya, kerja dengan sambil lewa dan ia gunakan amanah yang diberikan kepadanya untuk mendapatkan kepentingan diri dan keluarganya.
2. Bercakap bohong. Membuat penjelasan, kenyataan dan penerangan yang dusta atau seakan-akan dusta samada dengan lisan atau tulisan, memutar belit dan memesongkan keterangan yang sebenar, mengubah dan menokok tambah kenyataan untuk disesuaikan dengan seleranya, membuat kempen-kempen atau promosi-promosi dusta dan propaganda liar dan segala bentuk penyelewengan kata-kata dan bicara termasuk membesarkan yang kecil dan memperkecilkan yang besar.
3. Mencabul janji-janji yang diikrarkan dan mencabul perjanjian yang dipersetujui bersama.
4. Ingin menang dalam pertengkaran walaupun terpaksa menegakkan benang yang basah atau terpaksa membawa saksi yang palsu bagi menguatkan hujahnya.

Tanpa Nama berkata...

setuju sgt dengan tulisan anda:

in response to PKR cacamarba? DAP keras kepala? Hello kawan, setakat ni PKR dan DAP cool jer. mereka bersatu di bawah payung PR. PAS yg cacamarba dan keras kepala. AKhirnya PAS yang ditimpa musibah perpecahan ekoran Presiden PAS yg dikelilingi oleh orang yg tak reti dan tak patuh perlembagaan.

Tanpa Nama berkata...

Presiden PAS dan geng ulamak adalah mereka yg kebanyakannya buta Perlembagaan dan undang-undang.

Kita tengok saja bagaimana Presiden PAS sesuka hati memfitnah tanpa bukti ke atas calon2 PKR pada PTU13 dengan pil kuda dan kumunis TANPA BUKTI. Akhirnya PR kalah di Kota Damansara, Sungai Aceh dan Bukit Besi.

Saya yakin dan percaya geng ulama ini akan dihukum oleh Allah s.w.t. kerana membelakangi keputusan AJK PAS Pusat yang mana AJK PAS Pusat ini adalah mereka yang dipilih oleh para ahli di dalam Muktamar.

Geng ulama pernah cuba untuk menguasai pemilihan di dalam pemilihan PAS 2013 dengan menghantar calon mereka Nik Amar untuk merebut jawatan Timbalan Presiden PAS melawan Mohd Sabu. Tetapi perwakilan muktamar tolak Nik Amar dan geng ulama tetapi memilihi lebih ramai kumpulan profesyenal untuk barisan kepimpinan PAS.

Sebuah parti Islam sebenarnya tidak semestinya memerlukan ulama untuk memimpin parti. Sayap politik HAMAS misalnya begitu cemerlang dipimpin oleh Khaled Meshaal yang bukan seorang ulama. Di Turki Erdogan pun begitu.






Tanpa Nama berkata...

Elok ko komen kat blog umnog je..sini bukan tempat ko merapu... Jgn lg nak mengadu domba ye..org kenal sape ko..

in response to Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan PAS, 1. Agama Islam, Bangsa Melayu dan Malaysia - sama di teguhkan 2. Muktamar, Konvensyen, Seminar, Pertemuan Tahunan - merumus minit mesyuarat keputusan cawangan, di bawa ke kemuncak, di terima pakai dari keputusan Jemaah Tertinggi - Di bawa untuk tindakan tahun berikut nya. Asas nya, jika menolak selepas keputusan di bahas dan di terima sebulat suara - ia tidak lagi relevan. Kes di Selangor bukan hal muktamar. Ini kes semasa, PR dalam memaksa. PKR dan DAP menjadi pencatur dan penyokong. Ini BUKAN lagi tahaluf siasi yang di sangsikan. PAS dan Presiden nya berhak menolak. PKR sudah di beri peluang menjawat MB. Kekalutan dari agenda mereka sendiri. Bukan akibat dua lagi parti gabungan PR. Jelas dan nyata, ingkar Demokrasi Raja Berperlembagaan (selama ini di pilih dan terpilih begitu dalam PRU) kenapa memberontak ? Bukan kah ada pilihan dari Sultan ? Kenapa Hadi jadi mangsa ? Layak nya Hadi itu ' despatch boy' PKR dan DAP ? Selama ini (snip), by maae.

Tanpa Nama berkata...

hukuman menanti PAS didalam PRU14 akibat ketidak-ikhlasan dan pengkhianatan Hadi Awang dan kumpulan ulama spt Khairuddin At-Takiri, Nasruddin Tantawi, Nik Abduh dll.

peguam berkata...

Sebenarnya tindakan Abdul Hadi membelakangkan keputusan AJK PAS Pusat 17hb Ogos 2014 adalah sesuatu kesalahan yang berat. Tindakan Presiden PAS itu adalah satu kesalahan di bawah peraturan Perlembagaan dan boleh didakwa di mahkamah.



bat8 berkata...

Anon 7:24

maae adalah ahli UMNO tegar tahap gaban. Beliau p3mbahas tetap blog the scribe. Biasalah. Feveret hentaman adalah PKR dan Anwar, PAS dan DAP.

Kali ini dia tiba2 pula pertahan TGHH dan geng. Jangan heran kerana orang totok ni akan guna apa sahaja termasuk memuji benda yang dia kutuk dan benci siang malam jika bol3h membawa manafaat kepada parti dia. SOP orang UMNO. Tapi ianya adalah sifat ahli totok mana2 organasasi. Penyokong TGHH dan UG pun ada yang kita lihat berperangai begini.

Kita jangan kutuk peribadi. Kita lawan berdasarkan hujah dia. Dengan mengetahui siapa diri orang tu, ia memudahkan kita untuk pilih dari angle mana kita nak jawab sebab kita dah kenal siapa dia.

Yang pasti maae ni buta perlembagaan PAS.Ulasannya hanya nak memberi alasan benang basah supaya UMNO mendapat keuntungan. Ingat baik hati dan mulia sangatkah hati perut UMNO? 57 tahun apa yang UMNO tak dajalkan PAS?

bat8 berkata...

Anon 12:04

Apa yang sdra petik itu bermakna janji sultan tak muka, buang kelaut rujukan utama PAS: KITABULLAH, SUNNAH, IJMAK DAN QIAS.....tak apa?

Astarfirullahaladzim......itulah Islam. Atas asas itulah Islam tegak. Buang semua itu asalkan Sultan tak murka? Siapa yang lebih dipatuhi...Allah ke Sultan?

Dalam bab iman ni kena berjaga2 kerana boleh mengugurkan iman itu sendiri. Apatah lagi jika buat kerja bodoh untuk menegakkan benang basah hal2 yang berkaitan dengan dunia. Jangan cakap macam akhirat tu takde. Yang ada hanya hidup setakat didunia je. Jadi salah macamanapun, kita putar,kita belit janji menang!

Tanpa Nama berkata...

Mamat ni sah cai UMNO yang buta huruf. Tak reti membaca perlembagaan PAS. Jenis anak murid pendekar mustarjo dalam cerita pe dekar bujang lapok!

in response to Alhamdulillah, hari ini aku melihat semula kekuatan sebenar PAS. Ketegasan MSU benar-benar mengembalikan maruah PAS. Hampir-hampir aku percaya dengan dakyah memburuk-burukkan TGHH. Bak kata GB, kebenaran akan mengatasi kebatilan. GB boleh masuk PasMa, by Anonymous.

Tanpa Nama berkata...

GENG ULAMAK sepatutnya duduk dalam gua. Geng yg tak tahu perlebagaan dna tak ikut undang-undang.

Tanpa Nama berkata...

Anom: 9.44 pm - Kenyataan anda disokong. PAS terutama Presiden,SUA dan sestengah pemimpin PAS Selangor yang telah mencampuri urusan PKR terlebih dahulu dia nak salahkan org lain pulak. Contoh: Kita rakyat msia berkempen utk boikot syt yg ada hubungan dgn Israel dan PAS juga ada tuduh felda berurus niaga dgn Isreal, apa ni semua? Kerana kita tak mahu duit kita digunakan utk membunuh rakyat Plastien. Begitu juga di Selangor sumber kewangan dari Negeri Selangor diberi oleh Khalid Ibrahim kepada krooni UBN dan sumber kewangan ini pula akan digunakan oleh UBN utk jahanamkan PR. Ada fahamkan pengikut pas yg setia dgn puak UG ni.

Tanpa Nama berkata...

Komen jgn x komen, semua akn dihisab..

Tanpa Nama berkata...

Aku bersama ulamak.., nabi pun kena tuduh mcm2, inikan ulamak..

Tanpa Nama berkata...

Dlm isu nih parti Pas, ahli dan penyokong2 Pas tk bersalah. Mrk ikhlas dlm perjuangan. Yg bersalah itu Hadi Awang, geng minoriti UG yg munafik dlm Pas. Mrk perlu disingkirkn krn mencemar nama parti Islam. Khianat pd suara majoriti dan rakyat yg tlh mengundi serta menderma pd PRU lepas.

Pas bkn milik Hadi atau golongan ulamak yg munafik. Berundurlah sblm kamu semua mencemar dan menjatuhkan parti yg bersih ini.

maae berkata...

Marah tahap gaban lak... laku penyokong PAS totok gak nie...

Sudah di terangkan berdadarkan sahih nya. Selama ini di sanjung ulama PAS, kenapa meludah mereka ! Dalam MSU ini, ada ahli-ahli nya boleh di hormatkan. Yang lain bertutur dalam bahasa politik, tanya saja TGNA anda, berapa kali seumur hidup nya kong kali kong ! Jauh dalam hati nya mohon taubat... hanya politik mungkin bisik hati... maka kenyataan SU Pas dalam Utusan, bukan kah kebenaran ?

Kesian bila melayu menjadi ' kasut ' si Ah Beng dan si Daeng Politik Ulam Raja. Mutusamy sama menghentak kaki nya hendak pakai kasut yang sama! Ini bukan menghina, lihat lah provokasi di depan mata yang juga dengar dek telinga.

Tidak AKU jadikan bulan dan bintang, gunung ganang , siang dan malam selain untuk.... (anda orang PAS, Al Quran mungkin sudah hafal, hadis sudah hafiz... ) buta mata, buta hati lagi ?

Tanpa Nama berkata...

Aku x peduli, Anwarinas ke, UG ke, yg penting dunia akhirat aku nak bersama ulamak..lantak korang le..

Tanpa Nama berkata...

nabi tak engkar perjanjian hudaibiah, ulama Pas bukan setakat perjanjian cakap tak serupa bikin, TGHH dan UG saja

Tanpa Nama berkata...

kami bersama ulama yang betul macam TGNA, bukan ulamak auta macam UMNO atau UG

Tanpa Nama berkata...

Ulamak pewaris nabi, tapi ular dalam semak dan alamak pewaris siapa? ulamak bukan maksum......

Tanpa Nama berkata...

Parti Ayam Semalasnya.

Ramai dok cabar aku kata aku berani layang saja tak berani sebut nama siapa ahli Majlis Syura Ulamak yang jadi jurucakap syarikat besar deal projek.....

Maka dengan ini aku umumkan di sini bahawa insan mulia tersebut ialah Timbalan Mursyidul Am PAS Dato' Dr Haron Din.

Dato' Dr Haron Din telah berjumpa dengan YB Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai pada suatu ketika sekitar tahun 2009 untuk meminta YB Nurul Izzah tidak membantah projek Pantai Sentral Park di Bukit Kerinchi yang dimajukan oleh Syarikat Amona Group.

Aku juga dimaklumkan bahawa menantu Dato' Dr. Haron Din telah bersama Tan Sri Khalid Ibrahim berjumpa dengan Tan Sri Muhyiddin Yaasin.

Apa kepentingan Dato' Dr Haron Din dengan Amona Group? Siapa pemilik Amona Group? Apa hubungan Amona Group dengan Tan Sri Muhyiddin Yaasin?

Sila...... bujur Lalu Melintang Patah.... silap-silap melintang pukang. ~Zulhazmi At-Takanan

Tanpa Nama berkata...

LARANGAN BERBOHONG

Abul Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Mas'ud r.a. berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

"Biasakan kamu berkata benar kerana kebenaran itu menuntun kepada kebaikan dan kebaikan itu menuntun ke syurga, dan seseorang itu selalu berkata benar sehingga dicatat disisi Allah s.w.t. sebagai sdiddiq dan awaslah kamu dari dusta kerana dusta itu menuntun kepada lacur (kejahatan) dan kejahatan itu menuntun kedalam neraka dan seseorang itu biasa berdusta sehingga dicatat disisi Allah s.w.t. sebagai pendusta."

Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Mas'ud r.a. berkata: "kamu anggap orang itu munafiq dengan tiga tanda iaitu:

~Jika berkata ia berdusta
~Bila berjanji ia mungkiri
~Jika berjanji sumpah ia langgar

Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Malik berkata: ketika Luqmanul-Hakim ditanya:

"Apakah sebab sehingga kamu dapat mencapai kedudukanmu itu?" Jawab Luqman:

"Dengan benar dalam berkata-kata dan menunaikan amanat dan meninggalkan apa yang bukan kepentinganku."

Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Shafwan bin Sulaim berkata Rasulullah s.a.w. ditanya:

"Apakah orang mukmin yang dapat menjadi penakut?" Jawab Rasulullah s.a.w.: "Ya."

Ditanya pula: "Apakah mungkin seorang mukmin itu pendusta?" Jawab Rasulullah s.a.w.: "Tidak." Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ubadah bin Ashshamit r.a. berkata Rasulullah s.a.w. ditanya:

"Jagalah enam macam untuk dirimu sendiri, saya dapat menjamin untukmu syurga. Enam perkara itu ialah:

~Benar-benarlah jika berkata-kata
~Tepatilah jika berjanji
~Tunaikan amanat
~Jagalah kemaluanmu
~Pejamkan matamu
~Jagalah tanganmu

Tanpa Nama berkata...

Aku masih ingat dulu ulamak pas selalu berdoa minta Allah hancurkan umno...skrng nampaknya pas yg akan hancur...what goes around comes around.heh...heh.

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...

Setuju 100%.....jadi Ular dlm Semak

air gunung berkata...

Bro bat8. Kawe dok fikir kenapalah kita susah2 perabis masa tenaga fikiran duit dgn PRU.lps tu serah kt sultan plak n smudah tu jer nak lantik MB or PM.bodo ker per sistem neh.mana aqal?apa nak pening2nya.dah tertulis dpt sokongan majority ADUN sulltan chop jer.aku pun x sokong n ada hujah sendiri utk x sokong azizah jd MB.Tp dr segi majority n undang2 serta politik dia dah dpt n layak.x yah PAS ker Parti mana ker nak memening n ngabis masa tenaga wang.soltan x per..diaorg mana abis wang masa tenaga semua.pasal semua free.kita tanggung semua.kita nak masuk istana dia pon payah. Dr segi hujah n gerakkerja politik semua dah out dgn anwar move.nak lawan gak lawan la dgn cara org politik.bijakla politik.blaja la cara nuar sepak terajang belit putar berpolitik.sket2 wahyu.kali kena pada hujahnya oklah.neh asal kena dgn tali perut jer quranlah.sunnahlah.qias la.ijmaklah.tang mungkir janji x nak pakai lak.sama gak tang pil kuda kominis fitnah syiah n x ikut perlembagaan parti.hadoiiiii.

in response to saya petik dari omen di tempat lain: "HORMAT - Sehingga saat ini, aku mengambil sikap menghormati keputusan Presiden PAS atas asas beliau menghormati sultan dalam isu calon MB Selangor. Aku yakin, orang yang tak suka PKR dan DAP rasa puas dengan keputusan beliau. Aku agak Umno juga puas. Mungkin hajat PKR dan DAP untuk melihat Wan Azizah jadi MB tak tercapai. Cuma mungkin hajat Umno untuk melihat PR pecah akan tercapai." , by Anonymous.

air gunung berkata...

Anon 12:25 AM. Bkn ker PAS lg awal lahir dr rahim UMNGOK. Pkai hujah lain laa.geli aku... Masalahnya bkn campur tgn hape bala. Masalahnya beberapa kerat dlm PAS wat perangai mabok todi dlm isu neh.PKR DAP wat salah or hal tuh benda lain.yg diaorg plak bantai joget lambada n tango tu apahal.selindung ngn keambu ka'bah lagi.alahaiiiii..tjuk la cara Islam yg sebenar.bkn kluk klak kluk klak pong ping.malu oooo kena gelak dgn geng lgbt n kapir harbi kalo mcm neh.

in response to PAS..PAS..PAS..tengok juga kat PKR cacamarba tu...DAP keras kepala tu..adab kita berkawan kalu kawan tu balik buat perangai lama dia ( PKR asal UMNO )takkan nak sokong plak..pandai2 la tegur PKR ngan DAP tuh..ajar sikit jangan nak paksa2 ikut telunjuk hang saja bang nuar oii..bangkit isu hassan ali, PAS pecat Hassan Ali ( dan stay bersama PR ) adalah sebab membela PR la..dan pecat ahlinya yg x suka PAS dalam PR. Jgn Kata PAS aje kalah kat Selangor, PKR dan DAP banyak hilang kerusi juga.. Betul, PAS x sepatutnya masuk campur pemecatan TSKI, tapi x payah ajak PAS masuk campur perlantikan DSWA MB selangor...PAS ada pendirian sendiri....Yg banyak menyerang PAS sekarang ni nampaknya kawan2 dalam PR...insaflah...Allah tahu yg mana benar...kamu pun tahu kecuali kamu disesatkan oleh Allah juga..Nauzubillah, by Anonymous.

air gunung berkata...

Anon 12:25 AM. Bkn ker PAS lg awal lahir dr rahim UMNGOK. Pkai hujah lain laa.geli aku... Masalahnya bkn campur tgn hape bala. Masalahnya beberapa kerat dlm PAS wat perangai mabok todi dlm isu neh.PKR DAP wat salah or hal tuh benda lain.yg diaorg plak bantai joget lambada n tango tu apahal.selindung ngn keambu ka'bah lagi.alahaiiiii..tjuk la cara Islam yg sebenar.bkn kluk klak kluk klak pong ping.malu oooo kena gelak dgn geng lgbt n kapir harbi kalo mcm neh.

in response to PAS..PAS..PAS..tengok juga kat PKR cacamarba tu...DAP keras kepala tu..adab kita berkawan kalu kawan tu balik buat perangai lama dia ( PKR asal UMNO )takkan nak sokong plak..pandai2 la tegur PKR ngan DAP tuh..ajar sikit jangan nak paksa2 ikut telunjuk hang saja bang nuar oii..bangkit isu hassan ali, PAS pecat Hassan Ali ( dan stay bersama PR ) adalah sebab membela PR la..dan pecat ahlinya yg x suka PAS dalam PR. Jgn Kata PAS aje kalah kat Selangor, PKR dan DAP banyak hilang kerusi juga.. Betul, PAS x sepatutnya masuk campur pemecatan TSKI, tapi x payah ajak PAS masuk campur perlantikan DSWA MB selangor...PAS ada pendirian sendiri....Yg banyak menyerang PAS sekarang ni nampaknya kawan2 dalam PR...insaflah...Allah tahu yg mana benar...kamu pun tahu kecuali kamu disesatkan oleh Allah juga..Nauzubillah, by Anonymous.

bat8 berkata...

Tuan

Izinkan saya paste komen yang dihantar ke satu blog lain mengenai tuduhan TGHH yang DAP & PKR yang kejar Kuli dulu.

..........................
Tuan

Tak masuk akal TGHH tuduh DAP & PKR yang mula kejar Kuli. Mungkin TGHH sorang sahaja yang perasan yang Kuli masih mempunyai pengaruh dan nilai politik. Di Bahagian sendiripun Kuli dilawan untuk jawatan Ketua Bahagian. Ni satu.

Keduanya, masuk akalkah DAP & PKR menolak DSAI sebagai calon PM jika menang PRU 13 lalu dan mengantikan dengan seseorang dari parti lawan yang sudah menjadi spent force. Kalau kejar Kuli untuk lantik Kuli jadi Menteri Kewangan boleh la terima.

Boleh bayangkan PM Pakatan ahli parti lawan yang begitu kuat menindas pembangkang dan berlaku amat zalim kepada DSAI? 

Aku tqk nampak logiknya dan sukar untuk menerima ini antara alasan untuk TGHH buang kelaut ilmunya yang melaut dan perlembagaan PAS didalam krisis MB Selangor.

Kalau DAP & PKR b3gitu jahat kepada PAS, TGHH boleh membawa PAS keluar dari Pakatan dengan memanggil satu Muktamar Khas bagi mengubah keputusan Muktamar 2008. Masukkan satu usul untuk membawa PAS keluar dari Pakatan untuk sokongan Muktamar Khas. Senang...bukan susah jika mempunyai bukti dan alasan kukuh. Mengapa tak buat? Sebaliknya mengambil tindak2 supaya PAS dipecat dengan cara kotor! Parti Islam ke buat kerja macam ini.

Bila Muktamar Khas buat keputusan untuk PAS menarik diri dari PR, tak ada apa yang boleh menghalang PAS. Senang. Mengapa pilih jalan yang susah dan kotor?