KMahkamah putuskan Beng Hock tidak bunuh diri
Mahkamah Rayuan mengenepikan keputusan terbuka oleh koroner berhubung kematian Teoh Beng Hock 5 tahun lalu, dengan memutuskan “seorang atau beberapa orang bertanggungjawab atas kematiannya”.
Hakim Datuk Mohamad Arif Md Yusof, Datuk Mah Weng Kwai dan Datuk Hamid Sultan Abu Backer menyampaikan penghakiman berasingan.
Mah berkata, koroner dan Mahkamah Tinggi khilaf dalam undang-undang yang digunakan hingga menyebabkan kesilapan bukti.
Katanya, sepatutnya ialah keseimbangan kemungkinan dan bukan melampaui keraguan munasabah, menambah seorang atau beberapa orang bertanggungjawab atas kematiannya.
Keputusan yang tidak ada duluan itu mungkin memaksa polis membuka semula siasatan kematian Teoh.
Koroner Azmil Muntapha pada 5 Januari, 2011 memulangkan semula keputusan kematian Teoh bukan disebabkan bunuh diri atau pembunuhan.
Mahkamah Tinggi pada 1 Disember, 2011 mengesahkan keputusan itu.
Polis jangan bazir masa, buka semula kes Beng Hock
Adik perempuan kepada mendiang Teoh Beng Hock berkata polis mesti tanpa berlengah lagi perlu membuka semula kes siasatan abangnya, susulan keputusan Mahkamah Rayuan, hari ini.
Lee Lan berkata, keputusan mahkamah itu jelas menunjukkan kepada ketua polis negara, ada kemungkinan berlaku kebersalahan jenayah dalam kes itu.
“Abang saya dibunuh, hanya siapa penjenayah itu masih belum diketahui,” katanya penuh emosi kepada media selepas keluar dari mahkamah di Putrajaya, hari ini.
Katanya, keputusan itu adalah kemenangan kecil terhadap keadilan untuk mereka walaupun ia diperolehi selepas 5 tahun kematian Beng Hock.
“Berbaloi kami menunggu untuk mendengar keputusan ini,” katanya. -TMI
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI
Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI
3 ulasan:
BUKAN BENG HOCK SAJE KES ALTANTUYA KES SABRANI KES KETUA TIMBALAN PENGARAH KASTAM,TERMASUKLAH KES MH370 SEMUA NYE KERAJAAN MENIPU. MARI KITA MENADAH TANGAN DAN DOAKAN KEPADA MEREKA SEMUA YANG TTERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG DIHUKUM DILAKHANAT DIAZAP OLEH ALLAH DIDUNIA LAGI TERMASUK LAH KELUARGA MEREKA YA ALLAH YA TUHAN KAMI TUHAN SEMUA ALAM PEMINPIN NEGARA MALAYSIA TELAH CUKUP ZALIM TERHADAP RAKYAT NEGARA INI TABURKAN LAH PERMINTAAN KAMI.LAKAHANATLAH MEREKA AZAPKAN LAH MEREKA HUKUMLAH MEREKA AMIN
PDRM dengan SPRM tu ada bau-bau bacang, kira macam anak beranak sepupu sepapat. Lambatlah sikit proses siasatan yang akan menentukan siapa yang bertanggungjawab terhadap kematian Beng Hock. Lagipun sekarang ni kalau kes yang tak ada kaitan dengan Akta Hasutan PDRM kurang minat melainkan Beng Hock tu exco pemuda UMNO, tapi takkan lah mendiang tu umnoo?
Kepada keluarga Beng Hock kena banyak sabarlah dalam menuntut keadilan buat mendiang.
najib itu syaitan...kerana tamak kuasa...banyak kerja syaitan dia lakukan dari belakang...
Catat Ulasan