30 Apr 2014

[VIDEO] Enjin Pesawat Terbakar Sebaik Berlepas Dari Perth, Apakah Nasib MH370 Serupa?


Pesawat penumpang patah balik ke Perth akibat enjin terbakar

PERTH: Sebuah pesawat penumpang berpatah balik di Lapangan Terbang Perth, pagi ini dan melakukan pendaratan cemas selepas salah satu enjinnya terbakar sebaik berlepas.

Penumpang pesawat Cobham Aviation memberitahu, mereka melihat api marak dan asap dari enjin yang terbakar sebaik pesawat berlepas jam 10.30 pagi waktu tempatan.

Pesawat bagaimanapun berjaya berpatah balik dan mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Barrow Island.

Cobham Aviation Services dalam satu kenyataannya berkata, pesawat BAE 146 empat enjin itu kembali ke Lapangan Terbang Perth jam 10.53 pagi.

Katanya, kejadian berlaku ketika pesawat sedang naik ke ruang udara apabila enjin nombor duanya tiba-tiba terbakar.

Ketika kejadian pesawat membawa 92 penumpang, dua juruterbang dan tiga anak kapal dan semua mereka tidak mengalami sebarang kecederaan.

Penumpang pesawat, Jason Grimmett, berkata kejadian berlaku kira-kira 10 minit selepas pesawat berlepas. "Saya duduk di sebelah kanan enjin dan tiba-tiba kepulan asap keluar dari enjin.

"Minyak bertaburan di udara sebelum api menyambar dan keadaan panik ketika itu namun juruterbang bertindak pantas untuk menutup saluran minyak," katanya. - ABC News/BH



ULASAN GB

Enjin pesawat tersebut terbakar sebaik saja berlepas dari Perth - itu beritanya.

Berlaku di saat dan ketika mana Perth menjadi perhatian dunia di dalam operasi mencari dan menyelamat MH370 yang telah hilang lebih 50 hari yang lalu.

GB cuba "membaca" kandungan yang tersirat dari apa yang tersurat kerana GB sentiasa yakin setiap sesuatu kejadian itu dijadikan Allah tidak ada yang sia-sia.

Maka GB "terlihat' apakah ini petunjuk dan jawapan lansung Tuhan kepada mereka yang sibuk-sibuk mencari MH370 di Perth bahawa MH370 juga mengalami "kebakaran" seperti peristiwa di atas?

Sebelum ini di SINI GB pernah menulis, petikan:

Seorang pekerja pelantar minyak New Zealand mendakwa melihat sebuah pesawat terbakar dan terjunam, dan percaya objek tersebut adalah pesawat MH370 yang hilang.

Maklumat itu didedahkan wartawan Australia, selepas mendapat surat yang dikirim Michael Mckay.

Mckay adalah pekerja pelantar minyak di Sonha Mercur, Tenggara Vietnam.

Dalam suratnya dia mendakwa pesawat yang dilihatnya adalah MH370.

Ini adalah berdasarkan waktu pesawat itu dilaporkan hilang.

Pesawat itu dilihat dari kawasan pelantar minyak di kedudukan 8.9 darjah utara dan 108 darjah timur.

Sebelum itu, ada laporan polis dibuat di Terengganu dimana 8 orang pemuda terdengar bunyi kuat seperti dilaporkan oleh Metro.

8 pemuda dengar bunyi kuat

Marang: Lapan pemuda mendakwa terdengar bunyi yang kuat dari arah Timur Laut Pulau Kapas, Marang pada hari kehilangan pesawat MH370.

Kesemua pemuda itu mendakwa terdengar bunyi letupan yang agak luar biasa dan menakutkan ketika berehat di sebuah wakaf di Kampung Pantai Seberang Marang, Marang
kira-kira jam 1.20 pagi pada Sabtu lalu.

Alias Salleh, 36, berkata, sebaik mendengar letupan itu, dia bersama tujuh rakannya bergegas ke tepi laut untuk meninjau dan mencari punca letupan berkenaan tetapi tidak menemui sebarang kejadian pelik.

"Dalam keadaan tertanya-tanya, masing-masing mengambil keputusan untuk pulang sahaja ke rumah dan mengabaikan bunyi misteri tersebut.

"Bagaimanapun, saya mula mengesyaki bunyi misteri itu mempunyai kaitan dengan kehilangan pesawat itu sejurus menerima berita berhubung insiden berkenaan yang disiarkan di dalam media elektronik secara meluas kira-kira jam 11 pagi, hari yang sama sebelum membuat laporan di Balai Polis Marang pada jam 10.28 pagi tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa yang dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung bunyi misteri itu dan menyerahkan laporan itu kepada Bukit Aman untuk tindakan selanjutnya.

Dan ada juga laporan polis di Kelantan:

KOTA BHARU - Polis Kelantan menerima empat laporan daripada orang awam berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 pada Sabtu lepas.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, laporan tersebut dibuat dari 9 Mac hingga semalam yang mendakwa mereka ternampak sebuah pesawat melalui beberapa lokasi, disyaki pesawat berkenaan.

"Kita menyiasat kes ini mengikut Seksyen 112 Akta Keterangan 1950 dan memanggil mereka untuk menunjukkan lokasi, serta membuat beberapa ujian untuk mendapatkan fakta yang boleh menyokong laporan mereka," katanya.

Jadi kemungkinan telah berlaku kebakaran terhadap pesawat 370 tidak dapat ditolak. Kewujudan bateri lithium ion yang diakui oleh CEO MAS memperkukuhkan teori kebakaran tersebut.

Anehnya laporan-laporan di atas lansung tidak diambil berat. Percaya pula laporan-laporan ping Inmarsat dan sebagainya.

Mungkin ada yang bertanya, jika terbakar di mana bangkainya?

Pun Allah dah bagi jawapan: kes feri Korea Selatan karam dimana dalam insiden berkenaan, Sewol, feri penumpang terbesar, karam bersama 476 penumpang - di LAUT CINA SELATAN!

Malangnya ramai yang masih "buta".



IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

benar apa yg dikatakan GB. setiap yg terjadi ada maksud yg tersirat. Allah tidak melakukan sesuatu tanpa sebab atau sesuatu yg sia-sia.

Tanpa Nama berkata...


Ehmmmmm... tak boleh lawan radar ciptaan Allah juga. Sudah tentu ada radar mata melihat pesawat terbakar dan menjunam, radar telingan bunyi ngauman enjin kapal terbang, terbang rendah, mengapa yang dicari di lautan hindi.... setuju dengan GB

Tanpa Nama berkata...

Kes feri di Korea Selatan tidak sama dgn MH370 memandangkan feri itu masih timbul utk beberapa ketika & sempat pihak SAR mengambil tindakan, walhal dlm kes MH370, jika ia terjuman ke dalam laut, pastinya arus laut yg deras membawa mereka ke suatu tempat lain yg jauh drp tempat asal...lihat kes tsunami di Jepun, ada rumah & kereta yg hanyut hingga ke US.

Tanpa Nama berkata...

kenapalah b*doh sangat anon di atas.
GB bukan merujuk kepada kes feri karam di Korea itu sebagai bahan perbandingan, tetapi "lokasi"nya.

Saya sependapat dengan GB bahawa ia adalah petunjuk Ilahi tentang dimana sebenarnya MH370.

Tentang kenyataan anon bahawa "arus laut yg deras membawa mereka ke suatu tempat lain yg jauh drp tempat asal...lihat kes tsunami di Jepun, ada rumah & kereta yg hanyut hingga ke US"... itu jika berlaku tsunami... dalam 3-4 minggu lepas ada tsunamikah di Laut Cina Selatan?

Tanpa Nama berkata...

kapal terbang jatuh laut pun x berlaku tsunami pun..