Hidup terumbang ambing tanpa suami, kata isteri kakitangan MH370
Sudah tujuh minggu berlalu sejak pesawat Malaysia Airlines MH370 lesap bersama 239 penumpangnya, dan sejak itu harapan keluarga mereka semakin pudar. The Malaysian Insider mengeluarkan beberapa siri bagi berkongsi kesedihan keluarga penumpang pesawat dan mengharapkan rakyat Malaysia tidak akan melupakan penumpang yang menaiki pesawat MH370.
Iman, 4, tidak henti-henti bertanyakan perihal bapanya, Hazrin Hasnan. Semakin kerap kebelakangan ini, ketika bangun dan juga sebelum tidur.
Bapanya Hazrin, 34, adalah salah seorang daripada 12 kru pesawat Malaysia Airlines MH370 yang lenyap ketika dalam perjalanan ke Beijing dari Kuala Lumpur pada 8 Mac.
"Dia bertanya bilakah papa dia akan balik. Apabila dia melihat gambar di iPad dan telefon, dia akan minta saya telefon ayahnya.
"Pernah sekali, dia terbangun waktu pagi dan menangis mencari ayah dia. Saya sedih. Dia rindukan ayahnya seperti saya," kata isteri Hasnan, Intan Maizura Othman ketika ditemui di Subang baru-baru ini.
Keluarganya bercuti ketika penerbangan Hasnan ke Beijing. Mereka berada di Port Dickson.
"Sebagai anak kapal, jadual kami padat. Kadang kala dia bercuti sehari, kadangkala dua hari, jadi kami merancang cuti supaya dapat luangkan masa bersama, kata Intan Maizura yang juga seorang anak kapal.
Intan Maizura mula bertemu Hasnan ketika penerbangan antarabangsa tujuh tahun lalu.
Mereka berkenalan selama setahun sebelum mengikat hubungan dengan perkahwinan enam tahun lalu. Mereka mengembara bersama ke London, Paris dan Johannesburg.
Intan berhenti terbang apabila mengandungkan anak kedua mereka. Dia kini berada dalam cuti dan menanti masa bersalin pada Mei.
Ketika Iman merindui bapanya, Intan hilang arah tanpa suami yang turut menjadi sahabat baiknya.
"Dia segalanya. Kami buat semuanya bersama. Selalu bergurau, macam sahabat. Dia ringan tulang, dia segala-galanya yang setiap isteri mahukan. Saya bersyukur berada dengannya. Sekarang saya hilang arah," kata Intan, 34.
Mengucapkan perkataan "Saya cintakan awak" juga rutin buat pasangan itu.
Malah, itulah kata-kata Intan kepada Hazrin pada 7 Mac, ketika menghantarnya ke lapangan terbang.
"Dia telefon saya semasa menaiki aerotrain ke terminal. Dia bercakap mengenai Wan Swaid. Saya kenal dia kerana Hazrin dan Wan Swaid bekerja di zon yang sama, dan kemudian perbualan kami ditamatkan dengan 'saya sayang awak'. Itulah kali terakhir kami bercakap," katanya.
Wan Swaid Wan Ismail merupakan pramugara kanan dalam pesawat MH370 bersama Hazrin dan 10 lagi anak kapal.
Berpakaian baju labuh dan bertudung, Intan kelihatan tenang. Dia kini dapat mengawal emosinya.
"Saya menangis. Tetapi saya cuba untuk tidak menangis depan Iman. Saya perlu tenang untuk kebaikan kami dan anak yang bakal lahir.
"Ianya lelaki. Hazrin sudah namakannya Muhammad. Dan saya akan namakannya dengan nama itu," kata Intan.
Intan kini tertanya-tanya apa yang akan berlaku selepas melahirkan anaknya. Dia tidak sanggup lagi mendengar bunyi kapal terbang.
"Iman akan melambaikan tangan apabila dia ternampak kapal terbang melintasi kediaman kami kerana kami tinggal berhampiran lapangan terbang. Dia akan berkata, 'Bye-bye papa', seperti yang dia selalu buat apabila Hazrin keluar bekerja. Bagi saya, saya takut, trauma, sedih... semuanya berkecamuk," kata Intan.
Ditanya adakah dia menerima fakta suaminya tidak akan kembali, Intan enggan menjawab.
Dia berkata: "Saya terima apa sahaja kemungkinannya. Hidup atau mati. Jika dia sudah tiada, tunjukkan bukti, sekarang kita cari jawapan kepada persoalannya," katanya.
Kehidupan amat sukar tanpanya, daripada segi kewangan dan emosi.
"Saya bukan mahu duit. Saya mahukan suami saya. Saya mahukan dia lebih daripada duit.
"Iman masih mahukan bapanya, dan saya mahukan suami saya."
Intan juga bersyukur mempunyai sokongan daripada keluarganya, mertua dan sahabat handai.
"Sukar untuk terus tabah, tetapi semua sokongan dan kasih sayang di sekeliling saya menjadikan saya semakin kuat," katanya.
Intan tidak menangis ketika ditemuramah, namun dia kelihatan letih dan sedih. Dia kelihatan sugul ketika berbicara mengenai Hazrin dengan tekanan perasaan sejak 51 hari pesawat MH370 hilang.
Dia memaksa diri untuk tersenyum... namun ia kelihatan kosong. Kehidupannya teringatkan Hazrin.
Hazrin, Andrew Nari, Patrick Gomes, Wan Swaid dan lapan kru berada bersama 227 penumpang daripada 15 negara ketika pesawat itu lesap.
Misi carian besar-besaran melibatkan 26 negara dilancarkan untuk mencari pesawat itu di selatan Lautan Hindi.
Namun selepas 51 hari, dengan bantuan kapal selam kecil, Bluefin-21, masih tiada tanda-tanda serpihan pesawat yang boleh dikaitkan dengan pesawat.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pada 24 Mac pesawat itu "menamatkan penerbangannya di Lautan Hindi" barat Perth, Australia.
Sebulan kemudian, pengumuman dibuat Najib ketika ditemuramah CNN berkata kerajaan tidak bersedia untuk mengatakan penumpang pesawat MH370 hilang.
Intan Maizura Othman, isteri Hazrin Hasnan bercakap kepada wartawan The Malaysian Insider tentang suaminya semasa temubual khas di Subang Jaya, Selangor semalam. Hazrin Hasnan adalah salah satu kru penerbangan Malaysia Airlines MH370.
Anak Intan, Iman yang berusia 4 tahun sangat merindui bapanya dan Intan berasa kehilangan arah tanpa suaminya.
Intan menunjukkan gambar keluarganya bersama suami dan anaknya kepada wartawan The Malaysian Insider semasa temubual khas di Subang Jaya, Selangor semalam.
Adik-beradik Hazrin menunjukkan gambar Hazrin kepada wartawan The Malaysian Insider semasa temubual khas di Subang Jaya, Selangor semalam.
Intan kelihatan sugul ketika berbicara mengenai Hazrin dengan tekanan perasaan sejak 51 hari pesawat MH370 hilang.
ULASAN GB
Hairan kita... di saat ada insan yang berdukacita, Najib masih boleh terus riang-ria berselfie sana-sini...
Lansung tidak ada di hatinya rasa simpati dan berdosa....
Nak harapkan beliau letak jawatan macam PM Korea selatan itu jauh sekali....
Kepada Puan Intan dan keluarga mangsa yang lainnya, bersabarlah. Hukum Kebenaran dan Keadilan akan tetap berjalan. Najib dan lain-lain yang terbabit akan tetap menerima balasanNya.
BACA:
Feri Karam PM Korea Letak Jawatan, MH370 Hilang, Bila Najib Mahu Letak Jawatan?
Selfie Dikait Dengan Penyakit Mental - Kata Saintis
IKLAN BERBAYAR
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI

Feri Karam, PM Korea Letak Jawatan Tapi MH370 Hilang, PM Malaysia Sibuk 'Berselfie'
Ada dua kejadian malang sedang menimpa dunia ketika ini. Satu, mengenai kehilangan pesawat MH370 milik Malaysia membawa 239 penumpang yang masih misteri sehingga kini sejak 8 Mac lalu manakala yang kedua ialah tragedi feri karam di Korea Selatan pada 16 April lalu yang dipercayai mengorbankan hampir 300 nyawa.
Dalam kejadian feri karam itu, sehingga ini seramai 180 orang sudah disahkan meninggal dunia dan hanya selepas 11 hari daripada kejadian itu, Perdana Menteri Korea Selatan, Chung Hong-won mengambil keputusan untuk meletakkan jawatannya bagi memikul tanggungjawab atas kritikan terhadap kerajaan mengenai tragedi itu.
Perkara terbaik untuk saya lakukan ialah memikul tanggungjawab dan meletakkan jawatan, katanya tanpa ragu-ragu.
Tetapi dalam kes kehilangan pesawat MH370 yang sudah memasuki minggu keenam sehingga ini, di sebalik pelbagai kritikan dari dalam dan luar negara terhadap cara kerajaan menguruskan tragedi itu, langsung tidak terlibat ada mana-mana pemimpin negara yang sedia memikul tanggungjawab dan meletakkan jawatan.
Baik Perdana Menteri, Najib Razak ataupun pemangku Menteri Pengangkutan, Hishammuddin Hussein - kedua-duanya langsung tidak menunjukkan moral yang tinggi sebagai pemimpin atas kejadian itu. Bukan saja tidak menunjukkan keinginan untuk memikul tanggungjawab dan meletakkan jawatan, malah seboleh-bolehnya cuba melindungi dan mempertahankan lagi kedudukan yang disandang sekarang.
Perdana Menteri khususnya seolah-olah tidak terkesan dengan kehilangan pesawat yang membawa 239 nyawa yang sekaligus menyebabkan beribu-ribu yang lain yang sedang menangis ketika ini dengan terus menunjukkan wajah seolah-olah tiada apa yang perlu dikesali dan dipertanggungjawabkan daripadanya.
Ketika kenyataan Najib bahawa MH370 telah berakhir di Lautan Hindi dan MAS pula menghantar pesanan ringkas memaklumkan tiada penumpang yang selamat tapi tidak dapat disertakan dengan apa-apa bukti sehingga menimbulkan kemarahan keluarga dan waris mangsa, bukan saja perkataan maaf jauh panggang daripada api, bahkan kenyataan Perdana Menteri itu pula yang cuba dipertahankan sebagai tidak bermaksudkan pesawat itu telah terhempas dan penumpangnya meninggal dunia.
Ini dapat dibayangkan bahawa andainya nanti MH370 tidak terhempas sebagaimana yang ditafsirkan sebelum ini dengan pencarian dilakukan di Lautan Hindi dan usul takziah juga sudah dibentangkan di Parlimen, tindakan mahu memikul tanggungjawab dan meletakkan jawatan turut mustahil dilakukan.
Jelas bahawa prinsip moral dan konsep pertanggungjawaban antara Perdana Menteri Korea Selatan dengan Perdana Menteri Malaysia begitu jauh beza dan jaraknya.
Lebih dari itu, penyerlahan "wajah tidak berdosa" Najib ini juga dapat dilihat ketika beliau giat "berselfie" dengan pemimpin-pemimpin dunia yang ditemuinya. Minggu lalu beliau "berselfie" dengan Perdana Menteri Turki, Tayyib Erdogan dan semalam pula kelihatan cukup berseri-seri dapat "berselfie" dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.
Gambar beliau "berselfie" itu, terutamanya dengan Barack Obama menjadi viral dan perbualan di media sosial ketika ini.
Walaupun "berselfie" adalah hobi kebanyakan orang ketika ini tetapi ada pula yang menyifatkan kegilaan terhadapnya sebagai tanda-tanda mengalami gangguan jiwa iaitu kerana mengharapkan puji-pujian, untuk menarik perhatian dan untuk menunjukkan sikap 'humble' yang sebenarnya tiada dalam diri seseorang itu.
Sama ada Najib mengalami salah satu gangguan itu atau sebaliknya, tiada siapa yang dapat memastikannya dengan tepat tetapi dalam beliau ghairah "berselfie" itu, janganlah sampai terlupa akan tragedi malang MH370 itu sehingga bukan saja waris keluarga mahukan ketelusan kerajaan, malah Obama sendiri mengharapkan perkara yang sama.
Namun lebih afdal jika dapat mencontohi sikap terpuji seperti Perdana Menteri Korea Selatan itu dan kurang-kurangkanlah "berselfie". -shahbudindotcom
ULASAN GB
Hairan kita... di saat ada insan yang berdukacita, Najib masih boleh terus riang-ria berselfie sana-sini...
Lansung tidak ada di hatinya rasa simpati dan berdosa....
Nak harapkan beliau letak jawatan macam PM Korea selatan itu jauh sekali....
Kepada Puan Intan dan keluarga mangsa yang lainnya, bersabarlah. Hukum Kebenaran dan Keadilan akan tetap berjalan. Najib dan lain-lain yang terbabit akan tetap menerima balasanNya.
BACA:
Feri Karam PM Korea Letak Jawatan, MH370 Hilang, Bila Najib Mahu Letak Jawatan?
Selfie Dikait Dengan Penyakit Mental - Kata Saintis
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI
12 ulasan:
Pasti Allah akan mebalas penipuan najib n hmudin.....itu sudah pasti....
Tiada ayat lain...saya amat sedih dan bersimpati dengan puan...sabar..sabar.... boleh diucapkan oleh mereka yang tidak mengalami tapi hati yang remuk itu siapalah yang dapat menyelami...Moga Allah perkuatkan hati dan iman puan dalam menghadapi hari hari yang mendatang...ya Allah ya rabbi ku mohon kau tenangkan hati insan insan yang sedang trauma ini ya Allah, aku pohon kau tunjukilah hati-hati mereka yang langsung tidak berperasaan..amin ya rab bal ala min. wallahhuaklam..
BUAT PENYOKONG TEGAR UMNO/BN KORANG TOLONG LE TENTUKAN PRU AKAN DATANG UMNO/BN NIE JADI PEMBANGKANG SEKEJAP XLAMA SATU PENGGAL..BIAR KEPIMPINAN BARU BUAT PENDEDAHAN...SELAGI UMNO/BN ADA KAT PUTRAJAYA...BNYK MISTERI X TERUNGKAI..CUBA LE BUKA MATAHATI TU APA RASA KORANG KLU ADIK-BERADIK &SEDARA-MARA KORANG ADA DLM PESAWAT YG MALANG TU..INGATLA PENYOKONG TEGAR UMNO/BN DIORANG BUKAN KERAJAAN TERTAPI PEMIMPIN YG BOLEH DITUKAR GANTI DENGAN UNDI KORANG...
sepatutnya, najib sendiri yang menyertai misi mencari MH370..
Assallammuallaikum, setakat mana sedih mata memandang, berat lagi bahu yg memikul. (sorry ana tak pandai BM). Ana hanya dapat Aameen kan doa Sdr. Azahar.Bersabar sahaja lah. Inna Lillahi Rojiun
amin..
Jgn ditunggu jgn dihrp yg telah tiada, hanya menambah kecewa dan dukacita, hidup perlu diteruskan, tabahkan hati, beramal yg soleh, bnykkan berdoa, moga bertemu di sana nanti.
Dia orang tu peduli apa. Yang penting terus berkuasa.
Biasanya org muda saja yg suka selfie...ada org yg twitter fb pun tak ada...najib hishamudin antara org tua yg masih gemar bersukaria & berada dlm 'limelight', sifat semulajadi yg tak dpt mrk sembunyikan...Negara ditimpa musibah besar tapi mrk bergembira sebenarnya, tiada rasa kesal dan bersalah di hati mrk. Sbb itu mrk tdk langsung mahu sebut perkataan maaf pun. Sy berdoa bumi tercinta ini akan terlepas juga satu hari drpd cengkaman manusia munafik ini. Kerna mrk seluruh negara terpaksa akur dgn apa jua permainan yg dimainkan oleh munafik ini. Mudah2an Allah bukakan pintu kebenaran rungkaikan segala kekusutan ini.
TERLALU BYK MISTERI XTERUNGKAI SELAGI UMNO/BN BERTAHTA DI PUTRAJAYA..AYUH RAKYAT MSIA NEXT PRU JADIKAN UMNO/BN SBGAI PEMBANGKANG....SUPAYA KEPIMPINAN BARU BOLEH MEMBONGKAR KEBEJATAN, SALAH LAKU DAN PENGKHAINATAN TERHADAP RAKYAT DAN NEGARA......DAN PEMIMPIN LAKNAT INI KITA SERET KE PENJARA..JGN TAKUT BUAT PERUBAHAN YG ADA SEKARANG BUKAN KERAJAAN TERTAPI ADALAH PEMIMPIN HAPRAK YG BOLEH DI NYAHKAN DGN UNDI ANDA SUME!!!
semuga dipermudah dan diringankan..bersabar dan dirikan solat
Solat hajat bagi pihak yang dizalimi kerajaan BN,Ganti kerajaan yang lebih adil
Catat Ulasan