15 Mac 2014

[TERKINI] Najib Sahkan Titik Misteri Dalam Radar TUDM Adalah Pesawat MH370


Titik misteri yang dikesan dalam radar Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) sekitar ruang udara di utara Malaysia sebelum hilang disahkan sebagai pesawat MH370 milik Malaysia Airlines yang hilang sejak Sabtu lalu.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pengesahan pesawat tersebut dibuat berdasarkan data kasar dari satelit yang diperoleh dari penyedia data servis satelit.

“Berdasarkan data kasar dari satelit yang diperoleh, kami boleh mengesahkan disini bahawa pesawat tersebut adalah pesawat MH370 dan pengesahan ini dilakukan setelah hasil penelitian data-data dari pihak-pihak yang terlibat seperti FAA, NTSB, AAIB dan pihak berkuasa Malaysia,” kata Najib dalam satu sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang tadi.

Meskipun terdapat laporan media mengatakan bahawa pesawat tersebut dirampas, Najib menyatakan bahawa mereka menyiasat segala kemungkinan yang ada.

Najib menerangkan dalam fasa pertama pencarian pesawat tersebut, data radar dari TUDM menunjukkan bahawa terdapat sebuah pesawat yang tidak dapat disahkan jenisnya telah berpatah balik dan telah melalui laluan penerbangan melewati Selat Melaka.

“Berdasarkan maklumat penting itu juga, kita telah menggerakkan operasi mencari dan menyelamat itu merangkumi kawasan Selat Melaka hingga ke Laut Andaman dan menerusi data dari satelit juga, kami boleh merumuskan bahawa Sistem Komunikasi dan Laporan Kedudukan (ACARS) telah dimatikan sebelum pesawat tersebut sampai di ruang udara Pantai Timur Semenanjung Malaysia dan tidak lama itu pula, ‘transponder’ pesawat tersebut pula dimatikan berhampiran ruang komunikasi udara sempadan Malaysia dan Vietnam,”.

Di saat itulah juga, radar utama TUDM menunjukkan bahawa terdapat sebuah pesawat yang dipercayai adalah pesawat MH370 telah terbang ke arah barat dan berpatah balik ke Semenanjung Malaysia sebelum bertukar arah ke barat daya, namun jenis dan identiti pesawat tersebut tidak dapat disahkan,”.

Gerakan pesawat tersebut sangat konsisten seperti seseorang yang sangat mahir mengendalikan penerbangan dan sengaja mengubah haluan pesawat tersebut.


Menurut data tersebut juga, komunikasi terakhir antara pesawat tersebut dengan satelit adalah direkodkan pada jam 8.11 pagi (waktu Malaysia) pada Sabtu lalu dan pasukan penyiasat kini membuat kiraan untuk mengetahui kejauhan pesawat tersebut terbang setelah komunikasi terakhir dengan satelit itu tercatat.

Beliau menambah, pihaknya bagaimanapun tidak dapat mengesahkan kedudukan sebenar pesawat tersebut setelah komunikasi terakhir dengan satelit itu dilakukan.

Dengan data terbaru yang konsisten dengan komunikasi pesawat dan satelit itu, penguasa penerbangan Malaysia dan antarabangsa telah membuat satu ketetapan bahawa pesawat tersebut berkemungkinan berada antara satu dari dua koridor penerbangan disitu.

“Koridor yang dimaskudkan itu adalah koridor utara yang menjangkau sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga ke utara Thailand dan koridor selatan yang merangkumi Indonesia hingga ke selatan Lautan Hindi dan pasukan penyiasat kini sedang meneliti informasi tersebut,”.

Dengan perkembangan informasi dari satelit itu, gerakan mencari dan menyelamat di Laut China Selatan telah dihentikan dan fasa mencari dan menyelamat itu kini telah diubah penggunaan asset-aset yang terlibat.

“Kami kini bekerjasama dengan negara-negara yang relevan berdasarkan informasi tersebut terutama dalam perkongsian maklumat pencarian termasuk data dari radar,” kata Najib lagi. -astroawani











12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

yg sy mushkil camne aircraft ni boley hilang dr radar walaupun ketika turn back. atau setiap aircraft ada satu suis utk hilang dr dikesan radar. bahaya tu. pelik???

5sal berkata...

Rumah pilot kapten Zaharie telah dgeledah olel pak polisi,adakah pilot kapten Zaharie akan dkambing hitamkan??? kerana dia penyokong pr!!! Tunggu,dengar dan lihat apakah hasil dari pengeledahan tu.

Tanpa Nama berkata...

Ada kemungkinan MH370 mendarat di mana2. Mudah2an semua anak kapal dan penumpang selamat. Ya Allah kasihani mereka...dan ahli keluarga yg cemas menunggu.

Tanpa Nama berkata...

Berikutan sidang media oleh PM , pihak polis telah geledah rumah pilot tersebut. Boleh diterima pasal pihak polis kena siasat dari setiap sudut.

Radar TUDM dah kesan 'pesawat misteri' atau 'titik misteri' sepertimana diakui oleh PM. Yg jadi tanda tanya - Pasal apa tidak ada tindakan susulan dimana aset TUDM digembelingkan untuk pintas 'titik misteri' tersebut? Titik misteri tersebut terbang dari timur ke barat semenanjung Malaysia.

Hmmm .....

matpenang berkata...

Radar tentera, kalau musuh serang lepas seminggu baru boleh identify sapa punya pesawat !!

Berat nanang beb !!

Tanpa Nama berkata...

Tuan, pesawat MH370 berlepas dari KLIA pada jam 1241 hrs dan bacaan radar terakhir yang diterima oleh DCA adalah pada jam 0104 hrs dan ada juga mengatakan pada jam 0130 hrs.

Dilaporkan pesawat ini diisi dengan bahan api yg mencukupi untuk penerbangan selama 8 hingga 8 jam setengah.

Bermakna 1/8 dari bahan api telah digunakan sebelum ia hilang dari radar.

Dari titik akhir sebelum air turn, boleh dianggap pesawat ini menuju ke arah Laut Andaman selama 7 jam kerana disahkan oleh PM sebentar tadi mengenai imej satelit terakhir dirakam pada jam 8.11 pagi.

Andai pesawat ini diterbangkan pada halaju sekata (900 km/h) tanpa ada halangan, bermakna ia telah berada lebih kurang 6,300km dari titik terakhir ia dikesan.

Adakah ia kiri berada di blok Russia atau negara Teluk?
Atau adakah ini satu konspirasi oleh pihak barat dan menggunakan Malaysia sebagai platform?
Kenapa secara tiba-tiba PM membatalkan lawatannya ke Maldives, Qatar dan sebagainya? Adakah ini suatu kebetulan atau perancangan dari tangan-tangan yg jahat?


Tanpa Nama berkata...

yg paling menghairankan..kenapa TUDM langsung tak hantar pesawat peninjau kalau dah dpt kesan pesawat yg tak dikenali di ruang udara Malaysia..Pengkalan TUDM ada di Butterworth aje..nampak gaya lepas ni banyakla jet dari luar yg masuk ke ruang udara kita..sebab TUDM boleh buat tak tau aje...tak masuk akal langsung

Tanpa Nama berkata...

Pihak Radar TUDM sebenarnya masih keliru dan hanya menunggu arahan tertinggi utk deploy kemana yg sahaja.

Pada saya pastinya komando ATM dan VAT69 sudah berada dilokasi kejadian.

Tanpa Nama berkata...

byk yg tak kena dlm isu MH370 ni... macam ada kaitan konspirasi politi pun ada.. maklumat sering berubah2

Tanpa Nama berkata...

Apakah setelah dikesan titik misteri itu, pegawai yang abertanggung jawab membuat sebarang laporan kepada pihak berwajib?....

Apakah tindakan pegwai berwajib selepas itu?

Radar adalah sistem pengesanan & kawalan keselamatan ruang udara negara... andainya ada pencerobohan atau perkara yang di curigai maka lapuran PERLU dibuata dan tindakan segera diambil......

APA KAH INI SEMUA BERLAKU?.....
Atau ada KECUAIAN & SAMBIL LEWA......

Tanpa Nama berkata...

ya dia berada di landasan rahsia di putera jaya bawah tanah.eh ada ke? hari tu gambar bertindih...nie ape pulak kelentong....letih2. lepas ni buat skrip dulu hafal lepas tu baru bikin filem.....

Tanpa Nama berkata...

saya memetik kenyataan PM Malaysia dari UTUSAN MALAYSIA yang berbunyi:
Mulai saat itu, radar utama Tentera Udara Diraja Malaysia menunjukkan sebuah pesawat, yang dipercayai - tetapi tidak disahkan - MH370 memang berpatah balik. Ia kemudian terbang semula ke arah barat melalui Semenanjung Malaysia, sebelum membelok ke arah barat laut. Sepanjang tempoh itu, sehinggalah ia hilang daripada liputan radar utama tentera,", Berdasarkan kenyataan diatas saya sedikit keliru kerana pihak utusan menulis "radar utama Tentera Udara Diraja Malaysia menunjukkan sebuah pesawat, yang dipercayai - tetapi tidak disahkan - MH370". Mengapa pihak TUDM tidak menghubungi kapal terbang terbabit untuk mengesahkan identiti pesawat terbabit? Mengapa TLDM tidak menghantar pesawat pejuang untuk memintas pesawat MH370? Bukankah dalam situasi ini pesawat ini adalah pesawat yang tak dikenali? Mengapa tiada sebarang tindakan diambil? Tidak kah pihak TUDM mengesyaki sesuatu? Tidak kah pihak tentera mengambi inisiatif untuk merujuk situasi ini kepada menara kawalan KLIA? Sekiranya kekeliruan saya ini tidak berasas maafkan saya. Saya kurang arif, cuma pemikiran logik saya terjana seperti itu. terima kasih. Kepada pembaca yang lebih arif, silalah berikan pencerahan terhadap kekeliruan saya ini.