Kajang: Bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Mohd Shariff Omar menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), sejak hampir setahun selepas beliau dipecat dari Umno. Gambar fail.
"Saya datang dari Pulau Pinang untuk menyuarakan sokongan saya kepada Pakatan Rakyat. Saya merasakan ini adalah satu panggilan," katanya kepada hadirin pada ceramah di Stadium Kajang di sini, Jumaat.
Selain Mohd Shariff, lima pemimpin bahagian Umno turut menyertai parti itu.
Mohd Shariff, yang merupakan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Tasek Gelugor selama enam penggal.
Beliau secara automatik dipecat dari Umno selepas menghantar borang penamaan calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sebagai calon bebas pada April tahun lepas.
Turut hadir pada majlis ceramah itu ialah calon PKR bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Pengarah Pilihan Raya PAS, Hatta Ramli. -mstar
BERITA SEBELUM INI
"Saya datang dari Pulau Pinang untuk menyuarakan sokongan saya kepada Pakatan Rakyat. Saya merasakan ini adalah satu panggilan," katanya kepada hadirin pada ceramah di Stadium Kajang di sini, Jumaat.
Selain Mohd Shariff, lima pemimpin bahagian Umno turut menyertai parti itu.
Mohd Shariff, yang merupakan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Tasek Gelugor selama enam penggal.
Beliau secara automatik dipecat dari Umno selepas menghantar borang penamaan calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sebagai calon bebas pada April tahun lepas.
Turut hadir pada majlis ceramah itu ialah calon PKR bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Pengarah Pilihan Raya PAS, Hatta Ramli. -mstar
Kajang: Bekas pemimpin Umno sokong PKR
Kempen pilihan raya kecil DUN Kajang memasuki hari keempat semalam menyaksikan bekas pemimpin Umno peringkat nasional dan tempatan memberi sokongan terbuka kepada calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Datuk Shariff Omar - bekas timbalan menteri pertanian - malam tadi menyatakan sokongan itu buat julung-julung kalinya muncul di depan lebih 2,000 hadirin, mahu membantu Pakatan mencapai kemenangan dengan majoriti yang besar dalam pilihan raya kecil itu.
Shariff merupakan timbalan ketua menteri Pulau Pinang sewaktu Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi timbalan perdana menteri pada 1995.
Sementara itu, empat bekas pemimpin Umno peringkat cawangan dalam DUN Kajang turut menyerahkan borang permohonan menyertai PKR kepada Anwar dan Dr Wan Azizah dan menerima selendang PKR sebagai tanda kemasukan mereka, yang disambut sorakan hadirin.
"Saya menyatakan sokongan terbuka kepada perjuangan Pakatan Rakyat. Saya yakin dan percaya rakyat dapat membuat pilihan dengan memilih Dr Wan Azizah," tegas Shariff.
"Orang Kajang bernasih baik, dapat calon (Wan Azizah) seorang yang berakhlak baik. Saya ikhlas, saya tidak mengharap apa-apa. Oleh itu pada 23 Mac, panggil adik-beradik sauadara mara undi Pakatan Rakyat untuk mendapat majoriti besar," katanya.
Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan sulung atas pentas Pakatan Rakyat di Stadium Kajang malam tadi selepas dipecat dari Umno kerana bertindak bertanding atas tiket Bebas dalam pilihan raya umum lalu.
Shariff mengakui beliau rapat dengan Anwar sejak ketua pembangkang itu menjadi timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri. Beliau juga bekas ketua Umno Tasek Gelugor.
Manakala, sambutan dan penerimaan rakyat terhadap Wan Azizah semakin diterima khususnya daripada kumpulan wanita dan sewaktu memasuki stadium tersebut, sebahagian daripada mereka cuba merapati dan bersalaman dengan beliau.
Malah ada di kalangan mereka yang mahu bergambar dengannya termasuk berasak-asak dengan jurugambar ketika presiden PKR berada di atas pentas ceramah.
Sementara itu, dalam ucapannya, Anwar mengkritik langkah kerajaan Malaysia mengendalikan insiden kehilangan misteri pesawat MH370 yang memasuki hari ketujuh.
Beliau yang baru temubual oleh media antarabangsa turut menempelak menteri berkaitan yang memberi kenyataan bercanggah dengan pihak berkuasa dan isu penggunaan 'bomoh kelapa' dalam usaha menyelamat dan mengesan pesawat berkenaan.
"Malu... Zam, zam ala kazam. Satu dunia tengok kita," kata sambil diiringi gelak ketawa hadirin sambil memaklumkan anak lelaki Dr Yusuf Al-Qaradhawi menghubunginya turut mengecam tindakan penggunaan bomoh itu.
Mengulas mengenai ancaman bomoh itu yang mahu menampar Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, ahli parlimen Permatang Pauh berkata:
"Jawab... hangpa lawan penampar. Aku tak mahu campur... Baling bola dan kelapa. (Siapa menang) antara bola dan kelapa," katanya. -mk
Pemimpin Umno, NGO Melayu Pro-Umno serah borang sertai PR di Stadium Kajang, malam ini
Stadium Kajang malam ini bakal menyaksikan pemimpin Umno setempat beserta ahli-ahlinya dan beberapa NGO melayu Pro-Umno, akan umum keluar Umno dan serah borang menyertai Pakatan Rakyat.
Berikutan hilangnya kepercayaan terhadap kewibawaan pemimpin Barisan Nasional menerajui negara, dipercayai tindakan ‘keluar Umno masuk Pakatan’ ini akan berterusan dalam skala yang lebih besar.
Datuk Seri Wan Azizah dijangka akan menerima serahan lebih 100 borang disaksikan oleh DS Anwar Ibrahim pada sekitar jam 9 malam ini di pentas Karnival Rakyat Selangorku anjuran SAMM dan Exco Pengguna dan Pelanconangan Negeri Selangor.
Semua pengamal media termasuk dari media arus perdana dijemput untuk membuat liputan.
SAMM menjemput orang ramai untuk hadir menyaksikan sendiri peristiwa yang menjadi satu titik penting dalam meneruskan legasi ‘Langkah Kajang’.
Selesai majlis penyerahan borang, acara diteruskan dengan sebuah forum debat ‘Wancana AMK’ yang menampilkan calon-calon Ketua dan timbalan ketua AMK dengan idea masing-masing. – selangorku (14/3/14)
5 ulasan:
tahniah.alhamdulillah.
Fenomena biasa di melaysia, dah jadi 'bekas' baru nak sedar dan nak cari kebenaran......
Carilah kebenaran semasa ada kuasa....... perkara ini takkan anda temui selagi bersama umno.
demikianlah....
Tahniah, lari dari kerajaan zalim, yang bersalah bebas, yang tiada kes kena penjara
PKR jgn terlampau ghairah. Pengalaman lalu jadikan pengajaran. Jgn jadi penyuluh pihak lawan sudahlah. Taktik siasah pelbagai ragam.
Alhamdulillah, baguslah kalau sedar. Cuma sedikit terkilan kerana apabila mereka telah BERUSIA dan TIDAK DIPERLUKAN LAGI barulah anda menyatakan sokongan kepada PAKATAN RAKYAT. Tiada salahnya menyertai PAKATAN RAKYAT,cuma saya berharap janganlah berikan mereka apa-apa jawatan penting dalam PAKATAN RAKYAT. walaupun AJK sekalipun. Biarlah mereka hanya menjadi ahli biasa sahaja. Walaubagaimanapun, mereka bolah lah diberikan ruang untuk memberikan sebarang pendapat dan idea yang berguna untuk pihak PAKATAN RAKYAT kelak. Uji mereka dahulu untuk melihat samaada mereka jujur menyokong PAKATAN RAKYAT atau tidak. Jika pendapat saya ini salah tolong betulkan. terima kasih.
Catat Ulasan