8 Feb 2014

[KELANTAN BERGOLAK] Akan Berulangkah Tragedi 1977?


Kerajaan Kelantan bergoncang akibat dua serangan dalaman

Serangan dalaman PAS adalah daripada penyokong Che Ibrahim Mohamed, bekas kadi yang juga Timbalan Pendaftar Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) yang dipecat manakala satu lagi pihak adalah adalah penyokong Penyelia Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Balah Ramlan Mat dari PKR yang juga dipecat daripada jawatannya.‎

Kumpulan penyokong Che Ibrahim membuat demonstrasi hari ini di depan kolej dekat Nilam Puri bersebelahan Masjid Kampung Laut yang bersejarah itu.

Che Ibrahim adalah penyokong utama Datuk Husam Musa yang keempat dipecat oleh pentadbiran kerajaan negeri Kelantan yang baru.

Sebelum ini, Asrul Afendi (Pegawai IT KGT Sdn Bhd yang juga pegawai akhbar Husam), Khir Zahri Abdul Ghani (Pengurus Tabung Tok Kenali), Fauzi Mohamad (Pengurus Besar PMBK Sawit) serta beberapa lagi kakitangan kerajaan negeri serta anak syarikatnya dipecat.


Che Ibrahim hari ini menyerahkan kembali cek daripada KIAS yang diberikan sebagai pampasan sebagai tanda protes.

Penyokong Che Ibrahim menamakan secara langsung Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Mohamad Amar sebagai pihak yang tidak disenangi mereka dalam krisis ini.

Che Ibrahim ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata, beliau akan memfailkan kes ini kepada Mahkamah Perusahaan jika ia tidak diselesaikan dengan baik.

"Ini adalah kes antara saya dengan Nik Amar dan saya tidak akan berdiam diri," katanya.

Semalam, dalam kenyataannya kepada media, Nik Amar menafikan beliau adalah dalang di sebalik pemecatan Che Ibrahim kerana beliau hanya melaksanakan keputusan Lembaga Pengarah KIAS.

Beliau adalah Pengerusi Lembaga KIAS yang menandatangani surat pemecatan Che Ibrahim mulai 1 Februari 2014 lalu.

KIAS adalah kolej yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri.

Sebuah lagi kumpulan adalah 50 orang penyokong PKR dari Jeli yang menyerbu rumah Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakub di Tumpat malam kelmarin setelah pemecatan Ramlan Mat.

Bekas calon Kuala Balah dalam pilihan raya lalu itu dilantik menjadi penyelia DUN kira-kira tujuh bulan lalu tetapi secara tiba-tiba pelantikannya ditarik balik sebelum cukup tempoh setahun.

Penyelia DUN adalah pegawai kerajaan negeri yang dilantik untuk menguruskan kawasan DUN yang dimenangi oleh pembangkang iaitu Barisan Nasional (BN) di Kelantan.

Ia setaraf dengan wakil rakyat untuk kawasan berkenaan.

Pemecatan Ramlan menjadi sensitif kepada hubungan PAS dan PKR kerana sesetengah pemimpin PAS di Kelantan menganggap kehadiran PKR tidak penting di Kelantan.

Dalam pilihan raya umum yang lalu, kesemua calon Pakatan Rakyat (PR) daripada PKR kalah di Kelantan.

Namun menurut pemerhati politik Kelantan, penyokong PKR memainkan peranan penting untuk memastikan kemenangan calon PAS terutama di kerusi-kerusi marginal.

Selepas Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, Husam tidak dilantik sebagai Exco kerajaan negeri Kelantan selepas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak lagi menjadi menteri besar.

Sejak itu, satu persatu penyokong beliau diberhentikan selain beliau sendiri.

Anak-anak syarikat yang selama ini ditubuh dan diketuai beliau juga diambil pihak lain.

Berikutan itu, tawaran kerajaan negeri kepada beliau untuk mengetuai dua anak syarikat ditolak oleh Husam sendiri.

Tidak seperti yang lain, Che Ibrahim tidak mendiamkan diri selepas beliau dipecat.

Beliau menulis dalam akaun Facebook di samping membuat protes bersama penyokongnnya hari ini secara terbuka. -TMI


Bela Che Ibrahim: Beliau pernah gegarkan negara, kata Husam


Datuk Husam Musa membela penyokongnya, bekas kadi, Che Ibrahim Mohamed yang dipecat oleh anak syarikat kerajaan negeri Kelantan dengan mendakwa tindakan tersebut tidak sewajarnya dilakukan oleh kerajaan Islam.

"Kerajaan Islam perlu bertindak adil dan ihsan kepada pekerja kita.

"Lagipun beliau (Che Ibrahim) adalah pengasas KIAS dan ingatlah jasanya yang pernah menggegarkan negara suatu ketika lalu," kata naib presiden PAS itu kepada The Malaysian Insider.

Sehubungan itu, beliau meminta kerajaan negeri mempertimbangkan semula pemecatan itu.

Pada 1 Februari lalu, Che Ibrahim dipecat daripada jawatan Timbalan Pendaftar Kolej Islam Sultan Yahya Petra (KIAS), sebuah kolej yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan negeri Kelantan.

Surat pemecatan itu ditandatangani oleh Pengerusi Lembaga KIAS yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah.

Che Ibrahim adalah penyokong Husam yang keempat dipecat, dipercayai berikutan pertembungan antara Husam dengan kepimpinan baru kerajaan negeri Kelantan, terutama Mohamad Amar.

Sebelum Che Ibrahim, tiga penyokong Husam turut dipecat iaitu Asrul Afendi (Pegawai IT KGT Sdn Bhd yang juga pegawai akhbar Husam), Khir Zahri Abdul Ghani (Pengurus Tabung Tok Kenali) dan Fauzi Mohamad (Pengurus Besar PMBK Sawit) selain beberapa kakitangan kerajaan negeri serta anak syarikatnya.

Che Ibrahim ketika dihubungi The Malaysian Insider semalam berkata:"Ini adalah kes antara saya dengan Nik Amar dan saya tidak akan berdiam diri."

Sementara itu, dalam kenyataan kepada media, Mohamad Amar menafikan beliau dalang di sebalik pemecatan Che Ibrahim kerana beliau hanya melaksanakan keputusan Lembaga Pengarah KIAS.

Selepas pilihan raya umum lalu, Husam tidak dilantik sebagai exco kerajaan negeri selepas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melepaskan jawatan sebagai menteri besar Kelantan.

Semalam, Che Ibrahim dan penyokongnya berhimpun di depan kolej dan menyerahkan kembali cek yang diberi KIAS untuk pampasan sebagai tanda penentangan ke atas pemecatan itu.

"Sekurang-kurangnya kenanglah jasa beliau sebagai khatib yang pernah menggegarkan negara apabila berkhutbah menegur bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad secara berdepan ketika lawatan beliau ke Kelantan dahulu," kata Husam.

Pada 1993, Che Ibrahim pernah membacakan khutbah Jumaat di depan Dr Mahathir di Masjid Bukit Marak sehingga ia menjadi tajuk utama akhbar selama beberapa hari kerana beliau mengkritik bekas perdana menteri itu yang turut menunaikan solat di depannya ketika itu.

Husam berkata, bercakap benar di depan pemerintah yang zalim adalah antara ajaran Islam dan ia dilakukan oleh Che Ibrahim pada ketika itu.

Sebelum dilantik menjadi Timbalan Pendaftar KIAS, Che Ibrahim pernah menjawat beberapa jawatan lain termasuk kadi, Setiausaha Majlis Syura Majlis Agama Islam Kelantan (Maik) dan Setiausaha Jawatankuasa Pindaan Enakmen Mahkamah Syariah Kelantan (Jawatankuasa Penggubal Kanun Jenayah Syariah II).
TMI


ULASAN GB

Berita-berita di atas tidak ada di dalam harakahdaily. Namun GB faham kenapa ia tidak disiarkan di dalam akhbar milik PAS berkenaan. Harakahdaily selama ini memang cuba bertindak supaya ia tidak memihak kepada mana-mana kumpulan malah jika dapat kita tidak mahu menampakkan ada "perpecahan" di dalam parti.

Namun kebenaran adalah kebenaran. Apa yang berlaku di Kelantan adalah serius dan campurtangan dari pihak PAS Pusat adalah perlu sebelum gejala tersebut memusnahkan kerajaan PAS Kelantan.

Tindakan Nik Amar itu adalah keterlaluan. Ia tidak pernah berlaku di dalam PAS selama ini. Memecat pegawai-pegawai yang tak sebulu dengannya. Tiada lansung apa yang dipanggil "ukhwah Islamiah". Sekalipun hal tersebut merupakan hal "administratif", namun ia amat jelas sesuatu tindakan zalim yang tidak berperi-kemanusiaan.

Semenjak tahun 2009 lagi GB sudah peringatkan supaya PAS Perlu Ambil Tindakan Ke Atas Nik Amar! kerana pada ketika itu GB melihat Nik Amar beriya-iya benar mendesak TG Nik Aziz supaya menamakan penggantinya.

GB mengulas ketika itu (petikan):

Kenapa PAS tidak terus mengambil tindakan disiplin seperti memberikan amaran kepada Nik Amar Nik Abdullah yang pertama mencetuskan isu pengganti ini?

Mengapa pimpinan PAS terlalu banyak memberikan "reservation" kepada golongan UG yang kerap kali menimbulkan masalah kepada parti?

Kenapa hanya yang anti-UG sering diberikan amaran untuk tutup isu UG sedangkan pemimpin pro-UG bebas untuk berbicara dan melakukan kerja sesuka hati untuk memecah belahkan jemaah?


Hal yang sama turut berlaku di Selangor. Khalid Samad "digugurkan" jawatannya sebagai Timbalan Pesuruhjaya dan Shaari Sungip dari Ketua Penernagan selepas berlaku perubahan di dalam Jawatankuasa Perhubungan PAS Selangor. Ingat, Hassan Ali juga pernah menggugurkan Khalid Samad dan Shaari Sungip dari jawatan-jawatannya itu dan ia dilakukan oleh Setiausaha Perhubungan yang sama semasa Hassan Ali, Mohd Khairuddin namanya! Kebetulan? Bukan, Ia satu perancangan!

Demikianlah perangai "UMNO-GROUP" dalam PAS. Mereka sama saja di mana-mana. Pecat atau gugurkan mana yang tak sehaluan dengan mereka.

Berbalik kepada isu di Kelantan. Apakah tragedi 1977 dimana Kelantan dirampas oleh UMNO BN akan berulang apabila UMNO berjaya menggunakan Datuk Muhammad Nasir ketika itu? Kita tunggu dan lihat.

Sementara itu marilah bersama kita berdoa sepertimana doa yang GB minta bacakan semasa isu Hassan Ali dulu:

Kita akan terus berdoa kepada Allah swt agar kebenaran itu dibongkar dan didedahkan. Allah memperkenankan doa orang yang dizalimi dan difitnah.

Marilah kita sama-sama berdoa agar kebenaran dan keadilan itu didedahkan.


اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه

Allahumma arinal haqqa haqqan, warzuqnattiba’ah, wa arinal bathila bathilan, warzuqnajtinabah

Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yang batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

19 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Masya Allah

Tanda tanda PAS Kelantan akan hancur bungkus telah mula menjelma.

Ianya hanya atas kebongkakan PAS dan ketamakan harta dunya dan pangkat.

Ahli ahli Pas baik biasa ataupun ulama tetap hidup di alam realiti , ada juga yang MENONGKAT LANGIT.

APALAH PAS TANPA TOK GURU NIK AZIZ ????

Semua ahli PAS perlu sedar , kekuatan PAS hanya lah atas ehsan Rakyat yang todak inginkan UMNO BN yang zalim lagi jijik.

Pemimpin Benggap Bahalol dan Gila Dunya akan hancurkan tamaddun Islam , Kedah dan Terengganu sudah hancur.... Kini ingin pula menghancurkan Selangor dan Pulau Pinang juga.

Apakah PAS benar benar melambangkan sikap KETAM DALAM BAKUL aka Melayu AZALI ???

Mohon rujuk pandangan dan nasihat TGNA , kerana rakyat berbilang bangsa dan agama melihat PAS setelah melihat TGNA.

Pemimpin Pas yang lain hanyalah buat habis beras saja.

Sedarlah , jika PAS lemah biar lah ia lemah dan jangan pula cuba melemahkan rakyat lain yang matang dan bijak.

Cukup lah menipu sendiri....

Maaf yea , agak panjang tapi itulah realiti PAS.

Tanpa Nama berkata...

Ni lah perangai sesetengah peminpin pas yg terselah kebodohanya tak guna akal hanya guna nafsu serakah 2x5 macam puak umno haram jadah , so end of the story nanti kelantan bukan di bawah bayu tapi dibawah umno bn neraka jahanam.

Tanpa Nama berkata...

kumpulan UG (umno-group, ulamak-group, unity govt) ni saya lihat memang busuk hatinya.... kat kelantan, kat terengganu kat selangor... mereka rasa mereka para dewa dan para malaikat... mereka masih mengikut mentor mereka hassan ali...

[O] X berkata...

Hancurlah kebatilan...lagi cepat lagi bagus.
Nafsu kebinatangan dalam politik ada dalam Pas?

[O] X berkata...

Akupun jijik melihat senario kereuntuhan ini. Lagi cepat jatuh metajaan LAS lagi baik utk rakyat kelantan.

[O] X berkata...

Nik Anar dah mula beperangai himar..

Cik Salju berkata...

Assalamualaikum,

Maaf, i nak tumpang beritahu & perlu beritahu manfaat penting bagi kita semua umat islam di negara ini. cara orang islam keluar dari penghambaan dunia moden

Tolong klik & baca di sini->http://anjungrakyat.blogspot.com/2014/01/cinta-lanang-gabrul-final-conclusion.html

sb dehlawi berkata...

dari dulu lagi aku tak suka nik amar. malah kawan2 aku di kota bharu pun sibuk cerita pasal nik amar

Tanpa Nama berkata...

Sume yg berlaku diKedah

GAGAL demi gagal kat gganu

Yg berlaku diDmnsara Slangor

Kini trjd pd Nik Amar diKlantan

Mentor PUNCA nya adalah Hadi Awang

Kpd Pak Nik @ Nik Aziz sokongan rkyat semakin KUAT meningkat tetapi kpd Hadi Awang rkyat semakin meluat!

Tanpa Nama berkata...

Akhir zaman tak tahu lan apa nak jadi. umno tunggu peluang.. pr ??

esye berkata...

Kebenaran pasti terbela...kbatilan termusnah jua..AMIN.
Jom bertindak..

Tanpa Nama berkata...

Tok Pa.

Siap sedialah tawan Negeri Cik Siti Wan Kembang. Keadaan sekarang (huru hara dalam PAS) memunkinkan parti anda dapat mandat memerintah disitu. Pemerintah sekarang telah menampakan belang harimau mereka selepas pemergian TGNA.

Tanpa Nama berkata...

Perangai beberapa kerat pemimpin PAS sekarang sama dengan perangai orang UMNO.

Pengundi mula tak berapa yakin dengan PAS Kelantan.

Kalau tak mahu berubah, mereka perlu cari kotak mulai sekarang untuk berpindah keluar dari Kota Darul Naim.

Tanpa Nama berkata...

Lepas PRU 13 sya dah ckp kalau tukang rumah x pandai tu yg rumah jdi senget Husam hebat diParlimen Dan standing diPutrajaya semua org tau. Tu puak2 kianat kat Husam. Cari tukang rumah bengong tu jdinya

Tanpa Nama berkata...

Org pas Dan pkr sendiri akan undi BN pru14 psal ade pakatan baru setelah Husam dilupakan

MARTOIRIAT berkata...

Salam..
Setelah Tok Guru Nik Aziz tidak lagi memegang jawatan MB, desas desus yg saya dengar, banyak lagi persoalan2 yg berbangkit tidak terjawab oleh Nik Amar. Jika dipaparkan di Sini ianya akan mengeruhkan lagi keadaan dan akan mengambarkan wajah yg sebenar Nik Amar.Biar keadaan akan menentukan. Pemecatan pegawai dari KIAS itu juga bukan mengikut undang2 buruh yg tersedia ada tapi mengikut yg tersurat dan permainan politik Nik Amar.

Tanpa Nama berkata...

TGNA perintah belasan tahun, tak sampai 1 penggal dah macam-macam, jangan jadi macam Kedah dan terengganu dah la.

Tanpa Nama berkata...

apabila manusia gilakan harta dunia..iman dan ihsan diketepikan.aku anak muda yg sokong pas pun smkin menyampah dengan golongan begini.

Tanpa Nama berkata...

Dalam PAS pun ada makhluk yg ambil Islam dlm ibadat Solat puasa zakat sahaja tapi dlm soal kerja masih utamakan puok sendiri dan tidak ikut lunas2 Islam...ini lah puok PAS yg bahlul jaga perut sendiri cakap pasal islam tapi diri sendiri tak buat...moga Allah membalas berganda dosa kpd puok yg merosakkan imej islam ini...amin