8 Feb 2014

Bagaimana Kalau Ada Tawaran Tampar Zahid? Itu Bukan Ancamankah?

Tawaran tampar Teresa Kok bukan ancaman, kata Zahid

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan ancaman tawaran badan bukan kerajaan (NGO) Islam kepada sesiapa yang berjaya menampar Teresa Kok daripada DAP dengan mengatakan "tiada apa yang hendak disiasat, kerana tiada ancaman."

"Mengapa kita perlu siasat itu?

"Menampar bukan ancaman. Jika mereka kata bunuh barulah boleh dikatakan ancaman," katanya selepas sebuah majlis di Penjara Kajang hari ini.‎

Beliau berkata polis hanya akan mengambil tindakan sekiranya tamparan tersebut berlaku.

"Jika mereka tampar (Teresa Kok), kami akan ambil tindakan.

"Hal tamparan ini antara Teresa dan badan NGO itu," tambahnya.

Bagaimanapun, polis mendedahkan semalam, mereka mula menyiasat ancaman tersebut dan mengklasifikasikan kes itu mengikut Seksyen 505(c) bagi kerosakan awam dengan tujuan menghasut orang awam untuk melakukan kesalahan terhadap orang lain dan Seksyen 506 bagi ugutan jenayah.

Bekas Pengerusi Bersama Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan, dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu semalam berkata, ketiadaan tindakan Putrajaya terhadap NGO tersebut bermakna kerajaan bersetuju dengan tindakan tersebut.

"Kerajaan sepatutnya mengecam tindakan ini, apa yang susahnya? Mengapa mereka tidak dapat keluar dan berkata sesuatu?

Disebabkan inilah adanya budaya sewenang-wenangnya kerana badan sebegini fikir mereka boleh terlepas dengan apa sahaja," kata Ambiga dan menambah, ia juga membuatkan polis kelihatan lemah.


Semalam, badan yang menggelar dirinya "Majlis NGO Islam" menyembelih dua ekor ayam dan menawarkan RM1,200 kepada sesiapa yang dapat menampar Kok sebagai simbol kemarahan terhadap pemimpin pembangkang yang didakwa menghina kepimpinan Melayu dan Islam.

Fokus badan tersebut adalah Kok dan video Tahun Baru Cina yang bertajuk “Onederful Malaysia CNY 2014”.

Mereka juga mencalit darah ayam yang disembelih ke atas kertas rentang yang terdapat gambar Kok, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Dewan Undangan PKR Machang Bubuk, Lee Khai Loon.

Kok dan penyokongnya membuat sebanyak 7 laporan polis di Kuala Lumpur semalam dan meminta polis untuk mengambil tindakan terhadap badan tersebut tentang ugutan mereka.

Peguam juga mengkritik ketiadaan tindakan polis semasa protes itu berlaku, dengan berkata mereka tidak sepatutnya menunggu untuk laporan polis oleh mangsa sebelum menyiasat insiden itu.

"Mereka perlu proaktif dalam situasi sebegini. Mereka perlu mencantas situasi tegang antara kaum dan agama sebelum ia di luar kawalan," Datuk Baljit Sidhu berkata kepada The Malaysian Insider.

Sementara itu, Zahid juga mendedahkan terdapat lebih 300 laporan polis terhadap Kok atas video beliau.

"Kami sudahpun memulakan siasatan dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia tentang perkara ini.

"Kami akan mengumpul kesemua laporan yang diterima daripada NGO tersebut dan meneliti perkara ini." -TMI

ULASAN GB

Demikianlah sikap seorang menteri UMNO yang bias dan perkauman. Tawaran untuk menampar orang tidak dikatakan sebagai ancaman. Kalau dah tampar baru ambil tindakan.

Bagaimana kalau ada pihak yang mengeluarkan tawaran kepada sesiapa yang berjaya menampar Zahid Hamidi atau mana-mana pemimpin UMNO? Huh, masa itu baru kata ancaman besar?

Itulah sebab agaknya Zahid yang pernah menumbuk seorang pemuda tak dikenakan tindakan apa-apa. Malah ooleh menjadi seornag menteri ... menteri Kesalamatan Dalam Negeri pula, yang bertanggungjawab di atas polis!

16 ulasan:

Anti Fitnah berkata...

Hebatnya menteri Malaysiaku.
Rakyat Malaysia ditawar RM1,200,000 sekiranya dapat menampar Ahmad Zahidi. Kalau boleh, di depan pemberita dan juga POLIS. Jangan takut, rakyat Malaysia tak akan dikenakan tindakan sebab itu bukan ancaman.
Marilah semua rakyat Malaysia, kita beramai-ramai pergi tampar Menteri Mangkuk. Aku rasa kalau seorang tampar sekali pun dah mencukupi. Baru dia tahu tampar tu mengancam atau tidak.
Bodoh punya menteri.

Awanama berkata...

Inilah evolusi demokrasi dan undang2 ikut suka aku sendiri.Berbeza dan unik berbanding dengan mana-mana negara dunia lain.

Awanama berkata...

Bila kerajaan sekarang rebah dalam masa terdekat, munkin menteri ini yang akan cabut lari melelui trowong Putera Jaya kerana takut dikejar musuh.

Awanama berkata...

dengan zahid hamidi ni tak payah offer se sen pon dengan aku, dapat kat aku free ja pon aku sanggup bantai. kimak

Awanama berkata...

Macam negara ni tidak ada undang2,cakap bodoh marah, kalau tak mampu jadi menteri untuk jaga kabajikan dan keselamatan rakyat, letak je jawatan, ingat kita bayar gaji dia untuk jaga umno je ke???

Amuraria berkata...

inilah akibat setengah mangkuk bahlol lantik antara penyamun,penyangak samseng & kaki pukul jadi pemerintah ! ABU !

Rangga berkata...

Tu la rasionalisasi mentri namanya...
Vodooh pnya mentri!

Awanama berkata...

Ini zahid banyak jahat ..........itu NGO pun byk jahat. Itu teresa kok pun byk nakal. Apa ini politik msia mcm siul.

alba berkata...

Sedih betul aku dengar kenyataan menteri ini...!!!

Awanama berkata...

zahid nie mcm cube menghalalkan sesuatu plak.mesti ader penumbuk disebalik penampor.

Awanama berkata...

Bila darah daging penuh dengan punca punca yang tidak halal , kehidupan pun tidak berkat. Apa yang di pertonjol hanyalah Bangkai Hidup mereka tanpa disedari mereka mencemari alam sejagat.

Busok lah....

Awanama berkata...

kene kangkung remix marah pula puak ni..

Awanama berkata...

Muka NGO tu semua takat sekolah x tinggi tu yg meroyam tu Org sek u x perangai cam tu

Awanama berkata...

Macam terfikir nak pakat dgn Teresa nak tampar dia, lepas tu claim duit tu pakat bagi dua.
Dia ada cakap mesti lelaki ke?

Aku ni perempuan, tak sakit punya.

Awanama berkata...

Dlm situasi bagini, tidakkah yg dipertuan agong memerhati dan membuat penilaian. hairan ya!!!!!

Awanama berkata...

NANTI AKAN ADA TAWARAN PELUK CIUM ANAK DARA DIA DAN MENTERI LAIN TAK SALAH, TAMPAR MUKA DIA PUN TAK SALAH....
MEMANG PUAK PUAK DAN AHLI UMNO 110% BODOH PIANG SEMUANYA........