8 Feb 2014

[BONGKAR] Ramai Tidak Tahu Ada Terowong Rahsia Di Putrajaya


1. Anda mungkin pernah mendengar tentang terowong rahsia yang menghubungkan bangunan xxx sehingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

2. Susah hendak percaya? tetapi “Urban Legend” atau mitos zaman moden ini sebenarnya wujud dan jangan sangka hanya Amerika Syarikat sahaja yang mampu membina kubu-kubu bawah tanah di bawah bangunan Rumah Putih yang diduduki oleh presiden mereka. Orang Malaysia pun mampu juga.

3. Saya sendiri pernah berada di ambang pintu masuk ke terowong terbabit di lokasi bangunan xxx. Ketika itu saya ketagih rokok, malangnya bangunan terbabit merupakan zon larangan merokok.

4. Sebagai jalan ringkas, saya memasuki salah satu pintu “Keluar” atau “Kecemasan”, untuk berasap dan ketika itu saya melihat sesuatu yang aneh.

5. Tak payahlah fikir bangunan mana atau di bahagian mana, kerana bahagian bangunan yang saya masuk ini hanya orang tertentu sahaja yang boleh masuk.

6. Saya mungkin berada di tingkat empat atau lima bangunan terbabit, peliknya mengapa tangga kecemasan turun terlalu dalam dan saya kira ada puluhan tingkat.

7. Baiklah, jika saya masukkan ruang meletak kereta “basement”, paling kuat ia mungkin pergi setakat ke tingkat 8 atau 10 sahaja sahaja.

8. Saya tidak berani untuk menyiasat lebih jauh kerana bangunan itu sendiri ketat kawalan keselamatannya.

9. Kisah terowong ini sebenarnya sudah lama saya dengar ketika Putrajaya baru siap dibina tetapi saya tolak ke tepi, mengarut kata saya.

10. Mana mungkin orang Melayu, berkemampuan membina terowong yang panjangnya lebih dari 30 kilometer tanpa dapat dikesan.

11.Baru-baru ini saya ke KLIA untuk menghantar sepupu saya ke Amerika Syarikat, saya menjalankan penyiasatan saya sendiri dan berbual dengan sumber-sumber saya di lapangan terbang terbabit.

12.Alangkah terkejutnya saya apabila, kewujudan terowong itu memang benar dan mereka sendiri menyaksikan saiz terowong itu yang membolehkan jalanraya dua lorong dibina dan terletak di bawah KLIA sendiri.

13.Saya mula mengumpul maklumat intel, di sini saya menyedari kelemahan saya, saya lupa rakyat negara ini sudah mula menunjukkan kebolehan membina terowong yang terhebat di dunia iaitu terowong SMART.

14.Saya sendiri pernah turun ke dalam terowong SMART semasa ia sedang dibina dan menyaksikan pertemuan dua terowong ditembusi masuk oleh jentera pengorek, satu pengalaman yang mengkagumkan yang bukan semua orang boleh lihat.

15.Seorang lagi rakan saya, bekas anggota xxx sendiri pernah menyaksikan pelan pembangunan Putrajaya ketika ia sedang dibina dan mengesahkan mengenai pembinaan terowong itu termasuk bunker-bunker perlindungan.

16.Terowong itu menghubung tiga tempat utama dan salah satu daripadanya adalah KLIA, dua lagi tempat, maaf, saya enggan dedahkan secara terbuka di sini.

17.Terowong itu mempunyai point hubungan atau kemungkinan bunker yang terletak di bawah salah satu tasik yang terletak di Putrajaya.

18.Beliau mencabar saya satu perkara…”Turun menyelam ke dasar tasik Putrajaya dan beritahu saya, apa yang anda pijak…samada selut ataupun lantai konkrit?”.

19.Memang hebat Putrajaya…visi Tun Dr Mahathir Mohamad, selain dari bangunan yang cantik ia menyimpan seribu rahsia tersembunyi.

20.Ada sesuatu yang Tun sediakan untuk satu saat nanti apabila segalanya mula berjalan mengikut sistem yang dirancang.

21.Mengelilingi Putrajaya adalah meriam anti-pesawat yang terletak di beberapa zon keselamatan ketat yang berbentuk berlian jika kita lihat dari pelannya.

22.Zon penempatan meriam anti-pesawat merupakan kawasan ketat dan dikawal rapi, patutlah di sesetengah kawasan xxx, orangramai dilarang masuk dan ada masa tertentu sahaja ianya dibuka secara terhad.

23.Meriam-meriam ini, lengkap dengan sistem elektronik dan radar tersimpan dalam kontena khas dalam zon keselamatan yang mengelilingi Putrajaya itu sendiri.

24.Kepada pembaca…tolonglah jangan jadikan maklumat ini isu politik dengan beranggapan, ini merupakan satu lagi bukti pembaziran wang rakyat dan untuk apa semua ini diwujudkan.

25.Jangan melihat sesuatu yang anda tidak tahu melalui pemikiran sempit anda…ada sesuatu yang sedang ditunggu oleh negara ini dan para pemimpinnya.

26.Ini merupakan persediaan masa depan negara ini, saya tidak boleh membuka semua maklumat secara terang-terangan kerana anda mungkin belum bersedia untuk menerima hakikat sebenar.

27.Kebangkitan akan bermula dari sini… -sumber:isupanaz/militaryofmalaysia

17 ulasan:

Awanama berkata...

Kelakar punya air defense system. Kalau letak Bofors setakat tembak kelawar boleh lah. Macam ini kalau perang dengan Timor Leste pun boleh kalah

Awanama berkata...

gua pernah buat wiring kat kawasan tu tahun 2000 tapi hanya untuk 1 km saja. kawasan lain kontraktor lain. setiap inci kawasan ada lain kontraktor.

XUMNO berkata...

Orang bodoh pun boleh teka untuk apa terowong2 tersebut dibina zaman Mahathir dulu. Nak tahu berapa ramai dan bila terowong tersebut dipenuhi oleh pengkhianat2 negara, tunggu bila BN kalah dalam pilihanraya nanti.

Awanama berkata...

Toksah nak buat andaian laaa.. saya terlibat dlm pembinaan putrajaya dr ladang kelapa sawit hingga sekarang.. masih bekerja di syarikat yg membangunkan putrajaya.. mmg benar ada terowong atau bunker tapi tak sampai ke KLIA.. itu semua bohong !! Aku tak nak bongkar rahsia kerajaan.. tapi jgn ler sebarkan pembohongan.. sekian

Awanama berkata...

Sama ada suka atau tidak, Putrajaya tetap pusat pentadbiran Malaysia. Keselamatan Pusat Pentdbiran adalah penting bagi semua negara, tak kiralah siapa yang memerintah.

Zaman Khalifah Uthman, kerana tiada sistem keselamatan, khalifah telah dibunuh oleh pemberontak ketika khalifah baca AlQuran.

Khalifah Ali juga dibunuh walaupun anaknya Al Hasan bersiap siaga.

Ini bukan isu politik, ini isu keselamatan dan keamanan negara, ini tidak boleh dipandang enteng.

Awanama berkata...

first time saya tidak berpuas hati dengan apa yang disampaikan oleh admin, mohon admin teruskan dengan niat untuk memberitahu selanjutnya apakah yang dimaksudkan "bermula dari sini" dan apakah yang kerajaan kita sedang lakukan dan apa kemungkinan yang akan berlaku? Mohon sama sekali terangkan, saya peminat setia greenboc, setiap artikel yang saya baca disudahi dengan jawaban ataupun ulasan GB, buat terakhir mohon diperjelaskan lebih terperinci apa maksud GB "bermula dari sini" dan apa yang sedang dilakukan dan apa yang akan berlaku? Tidak dinafikan Allah S.W.T lebih mengetahui sesuatu dan berhak ke atasNya sesuatu kehendak. Mohon rungkaikan dengan tidak memudaratkan negara kita, Sekian Terima Kasih.

Awanama berkata...

Terowong cabut lari

Awanama berkata...

dah ramai yg tau dah..cma tak dpt bkti yg sahih..senang Madey penyamun nak lari laaa

Awanama berkata...

Betul tu... kalau terjd apa2 tpt utk selamatkn diri. Org kalau dh byk bt salah tetap rasa bersalah jugak. Lambat laun akan rebah jugak mcmana byk kesalahan yg dia bt.

Awanama berkata...

eh betul ke? maklumat2 dri anika pemaju/pembinaan tak da pun.kekeliruan ada la.
apapun tujuan2 katun di perkatakan leh macai. tapi benda tu penting gak mcm s'ra xg tiru israel buat berbagai2 kubu awam.

kat sini 'lari' jadi isu sensasi dibanding keselamatantdiutamakan.
katun x leh diikut.

sabun penghilang bau berkata...

terowongan rahasia tuh

Awanama berkata...

Pintu keluar dari trowong itu munkin dikawal oleh malikat. Sesiapa yang buat banyak dosa yang ingin lari melalui trowong ini akan rersesat dan akan berpatah balik ke Putera Jaya. Disini sang penguasa telah siap sedia menunggu. Mau lari mana beb?

Awanama berkata...

rumah aku pun ada rusng bwh tanah untuk simpan padi.beras.ikan masin.minyak.cili.garam segala bagai..org zaman sekarang tak mcm dulu.dulu bersatu padu.skrg.dek terlampau mewah.boleh pergi mkn 24 jam.boleh bawak kereta sana sini tanpa perlu takut harimau.singa..tapi kekadang kita tak sedar buaya sentiasa sabar menanti kelalaian mangsanya..magsa sekarang sudah terlampau selesa dan hampir terlalai.dan dah banyak pun yg dah lalai dan dah kena cucuk hidung pun.tunggu masa nak kena direbahkan dan disembelih jer..manusia mmg mudah lupa..bila terasa cikit senang.

Awanama berkata...

Kebanyakan Maintenance staff klia tahu about this..I've been inside

Awanama berkata...

Maaf yea , dalam kubur kita ada terowong tak ???

Habis ulau ular api datang dari mana yea.....

Ada magic show ke ???

Awanama berkata...

package buat terowong ni ada byk. satu kontraktor buat satu kawasan. masa dlm pembinaan, putrajaya dijaga oleh TENTERA. lepas pukul 7.00 mlm semua kontraktor kena keluar kwsn.

Awanama berkata...

Tak sepatutnya kita memperkatakan lebih lanjut tentang rahsia keselamatan tanahair kita sendiri. Takut ada pihak yang sedang mengintai untuk mengambil kesempatan. Ingatlah sumpah setia menjaga kerahsiaan yang pernah kita lafazkan. Bersyukurlah kita ada Tun M, yang walau dibenci musuhnya, tapi begitu banyak jasanya kepada tanahair.