24 Okt 2013

Kalimah Allah Milik Seluruh Umat Manusia - Dr Yusuf Al-Qardhawi

Artikel ini diambil berdasarkan teks khutbah Jumaat Dr Yusuf Al-Qardhawi pada 22 Januari 2010 yang lalu di Masjid Umar bin Al-Khattab di Doha, ibu negara Qatar.

Anda boleh melihat kenyataan penuh beliau melalui laman web rasmi Dr Yusof Al-Qardhawi dan juga saya perolehi terjemahan beliau melalui laman web saudara Ridzuan Abdul Aziz. Syukran diatas perkongsian.

Ianya merupakan penjelasan yang ringkas dan padat dalam usaha untuk memahamkan orang Malaysia keseluruhannya berkaitan dengan keadaan dan situasi sebenar menurut kaca mata Islam berkenaan dengan isu penggunaan kalimah Allah.

Apa yang dinyatakan oleh beliau terdapat beberapa perkara yang boleh disimpulkan bagi menutup isu ini yang kian berlarutan di Malaysia.

Pertama, kenyataan yang dikeluarkan oleh ulama’ yang diiktiraf oleh ulama’-ulama’ seluruh dunia hendaklah dihormati dan diakui kerana ketinggian ilmu beliau jika dibandingkan dengan pendapat sesetengah ‘ustaz’ atau ulama’ mahupun sesetengah golongan di Malaysia ini.

Kedua, kalimah Allah adalah kalimah milik seluruh umat manusia, bukan milik umat Islam semata-mata. Ini dinyatakan jelas menerusi surah yang menjadi pembuka bagi kitab Al-Quran, الحمد لله رب العالمين iaitu segala pujian hanyalah bagi Tuhan sekalian alam, bukan Tuhan sekalian umat Islam.

Ketiga, mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab dalam mencetuskan rusuhan antara kaum dengan menyerang rumah-rumah ibadah antara Kristian dan juga umat Islam.

Islam sendiri melarang umatnya sendiri merosakkan tempat ibadah kaum kuffar hatta di dalam perperangan sekalipun.

Ini terbukti semasa Salahuddin Al-Ayubi sewaktu membebaskan Jerusalam (Baitul Maqdis) daripada cengkaman Kristian beliau tidak menyeksa tahanan perang dan memelihara gereja dan juga para pendeta kristian.

Yusuf Al-Qaradhawi Mengutuk Serangan terhadap orang Kristian di Malaysia.

Doha – Dr Yusuf Qaradhawi, Presiden dari ‘International Union for Muslim Scholars’ mengutuk kejadian yang berlaku antara Muslim dan Kristian di beberapa buah negara Arab dan Islam, dan serangan ke atas beberapa buah gereja membuktikan bahawa peristiwa-peristiwa itu disebabkan oleh ketidak fahaman dan kejahilan, bukanlah dari amalan orang Islam.

Serangan terhadap beberapa buah gereja di Malaysia adalah berpunca dari penggunaan lafaz ‘Allah’ yang mulia oleh orang Kristian adalah tidak sesuai kerana Allah adalah Tuhan sekalian alam, dan bukan hanya umat Islam.

وفي خطبة الجمعة 22-1-2010 بمسجد عمر بن الخطاب بالعاصمة القطرية الدوحة قال القرضاوي إن: “الأحداث التي وقعت بين المسلمين والنصارى في عدد من الدول معظمها سببه الجهل، وليس تعصب المسلمين، فالمسلمون أمة متسامحة، القرآن علمهم التسامح لأن الله سبحانه وتعالى هو الذي خلق الناس متفاوتين”.

وتابع قائلا: “ولو شاء الله أن يجمعهم على الهدى لجمعهم، ولكن كما قال تعالي: (هُوَ الَّذِي خَلَقَكُمْ فَمِنْكُمْ كَافِرٌ وَمِنْكُم مُّؤْمِنٌ)، (وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ لَجَعَلَ النَّاسَ أُمَّةً وَاحِدَةً وَلاَ يَزَالُونَ مُخْتَلِفِينَ * إِلاَّ مَن رَّحِمَ رَبُّكَ…)، فاختلاف الناس في الأديان بمشيئة الله ولا يستطيع أحد أن يعارض مشيئة الله ويجبر الناس أن يكونوا كلهم مسلمين”.

وأوضح أن “اختلاف الناس في الأديان بين مؤمن بدين وكافر بدين لا نفصل نحن (المسلمين) فيه في الدنيا، إنما الذي يفصل فيه الله تعالي يوم القيامة، كما قال عز وجل: ( وَإِن جَادَلُوكَ فَقُلِ اللهُ أَعْلَمُ بِمَا تَعْمَلُونَ * اللهُ يَحْكُمُ بَيْنَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فِيمَا كُنْتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ)، (اللهُ رَبُّنَا وَرَبُّكُمْ لَنَا أَعْمَالُنَا وَلَكُمْ أَعْمَالُكُمْ لاَ حُجَّةَ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمُ اللهُ يَجْمَعُ بَيْنَنَا وَإِلَيْهِ الْمَصِيرُ)”.

وحول أحداث ماليزيا والهجمات التي تعرضت لها بعض الكنائس قال القرضاوي إن: “الاعتداءات التي وقعت على الكنائس في ماليزيا أمر لا يليق”، مستهجنا الأسباب التي أدت لوقوع تلك الأحداث، وهي استخدام النصارى لكلمة الله في ترجماتهم قائلا: “يا أخي الله رب العالمين جميعا، رب المسلمين والمسيحيين والعرب والعجم.. واللي بيفتح المصحف أول آية في القرآن بعد البسملة الحمد لله رب العالمين، وآخر سورة في القرآن قل أعوذ برب الناس ملك الناس، مش رب المسلمين، أو رب العرب، أو ملك العرب، إله العرب”، وتساءل مستفسرا: “لماذا إذن يزعل الماليزيين؟!”.

وتعرض عدد من الكنائس في ماليزيا ذات الغالبية المسلمة لسلسلة من الهجمات التخريبية منذ أن قضت محكمة في ديسمبر الماضي بحق صحيفة كاثوليكية في استخدام كلمة “الله” للإشارة للرب في المسيحية في إصداراتها بلغة المالايو الذين يشكلون 60% من الشعب الماليزي، ويقول بعض المسلمين الماليزيين إن استخدام المسيحيين لكلمة ارتبطت بالمسلمين قد يكون وراءه محاولة لتحويلهم عن ديانتهم الدوحة- استنكر العلامة الدكتور يوسف القرضاوي رئيس الاتحاد العالمي لعلماء المسلمين الأحداث التي وقعت بين المسلمين والنصارى في عدد من الدول العربية والإسلامية، والاعتداءات التي نالت عددا من الكنائس، مؤكدا أن معظم تلك الأحداث سببها الجهل، وليس تعصب المسلمين، مشيرا إلى أن ما وقع في ماليزيا من اعتداءات على الكنائس بسبب استخدام النصارى للفظ الجلالة “الله” لا يليق؛ لأن الله رب العالمين وليس المسلمين فقط.

Dalam khutbah Jumaat 22.1.2010 di masjid Umar bin Al-Khattab di ibu kota Doha, Qatar, Dr yusuf Al-Qaradhawi berkata:

“Peristiwa-peristiwa yang berlaku antara Muslim dan Kristian di beberapa buah negara, sebahagian besarnya disebabkan oleh kejahilan dan sikap tidak bertoleransi seorang Muslim.

Hakikatnya umat Islam adalah umat yang bertoleransi. Al-Quran mengajarkan toleransi, kerana Allah Subhanahu Wa Taala yang menjadikan kesemua umat manusia itu adalah sama.

Beliau menambah: “Jika Allah kehendaki untuk mengumpul semua manusia di atas petunjuk-Nya, nescaya Dia akan berbuat demikian tetapi sebagaimana firman Allah Taala: (Dia-lah yang mencipta kamu semua dan dikalangan kamu ada yang kafir dan ada yang beriman), (Sekiranya Tuhan kamu menginginkan, nescaya Dia menjadikan semua manusia sebagai satu umat dan tidak ada perbezaan * kecuali mereka yang dikasihi oleh Tuhan kami …)

Justeru, perbezaan manusia menganut agama adalah kehendak dari Allah Taala dan tidak ada yang dapat menentang kehendak Allah dan memaksa semua orang untuk menjadi Muslim”.

Beliau menjelaskan lagi bahawa “perbezaan manusia menganut bermacam-macam agama tidaklah memisahkan kita (umat Islam) dengan orang kafir di dunia ini, tetapi Allah akan memisahkan (di antara Muslim dan Kafir) pada hari kiamat kelak sebagaimana firman Allah Taala : (Sekiranya mereka (orang-orang kafir) membantahi kamu (wahai Muhammad) maka katakanlah Allah Maha Mengetahui apa yang kamu lakukan * Allah yang akan menghukum kamu pada hari kiamat berkaitan apa yang kamu perselisihkan (Allah adalah Tuhan kami dan Tuhan kamu untuk kami, dan setiap pekerjaan kami untuk kami dan perbuatan kamu adalah untuk kamu, tidak ada hujah di antara kami dan kamu dan Allah mengumpulkan kita semua dan hanya kepada-Nya kita akan dikembalikan). “

Dan tentang Malaysia dan peristiwa serangan di beberapa buah gereja, Dr Yusuf Al-Qaradhawi berkata: “Serangan-serangan yang terjadi pada gereja-gereja di Malaysia adalah tidak tepat,” mencela alasan yang menyebabkan berlakunya peristiwa itu iaitu penggunaan kalimah Allah oleh orang-orang Kristian dalam penterjemahan.

Beliau berkata: “Wahai saudara, Allah merupakan Tuhan semua alam, Tuhan kepada Muslim, Kristian, orang Arab, Parsi… Oleh itu lihatlah ayat pertama Al-Quran selepas Bismillah dan الحمد لله رب العالمين dan lihatlah pada surah terakhir dalam Al-Quran Allah berfirman “Katakanlah (wahai Muhammad) Aku berlindung daripada tuhan sekalian manusia” bukan Tuhan orang Muslim,bukan juga Tuhan orang Arab atau majikan, atau Raja Arab, bukan juga Tuhan yang orang Arab sembah, “ justeru beliau tertanya-tanya:

“Mengapa orang-orang Malaysia sejak kebelakangan ini tidak selasa (penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh Kristian) ?!”..


Moga perkongsian ini beroleh manfaat dan menambah keimanan kita terhadap akidah Islam.

Ustazengineer

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Inilah yang menakutkan kita, dah jutan tahun masih ada yang tidak faham-faham tentang apa yang dikhabarkan oelh Allah SWT....Para nabi dan Rasul telah diutuskan, Al Quran mahupun hadis-hadis Rasulullah saw telah disebarkan namun umat manusia yang mengaku Islam endiripun masih teraba-raba ..tidak jugak faham-faham....apa nak jadi...

Kembalilah kepada Al Quran dan Al sunnah... wassalam

Tanpa Nama berkata...

teks ini kalau boleh kena bagi kat Sheikh Harun Taib pengurusi majlis syura PAS, sheik Harun Din, Sheikh Noah Gendut dan Sheik Al 1-malaysia ex timbalan Presiden Pas. Mereka2 ni sikit atas kalau kata Ulama punya katagori. Hmm Kalau istilah harian mereka ni katagori baghrrrral. Unta tak unta, lembu tak lembu, kambing tak kambing.

Andre Irwan berkata...

Terima kasih di pencerahan yang dilakukan oleg GB.
Wahai umat Melayu, marilah kita bersatu di bawah panji Islam. Mulianya Melayu kerana Islam dan bukan sebaliknya. Aku tak salahkan setengah ulama kita kerana memang depa tu dilahir sebagai Melayu. Jadi sedikit sebanyak perasaan keMelayuan ada dalam diri depa tu. Kadang kala depa pun ditipu dek syaitan juga terutama di waktu depa leka atau terterbit sedikit rasa riak di dalam hati depa. Maklumlah depa pun manusia biasa juga. Sifat keMelayuan tu tak dapat dipisahkan terutama berdepan dengan bangsa lain. Sikap sukan menyalahkan kaum lain atas kelemahan kita adalah perbuatan pengecut. Sepatutnya kita harus berfikir cara bersaing yang sihat yang tidak bertentangan dengan kehendak Allah swt iaitu keadilan sejagat. Jangan lupa kadang kadang keadilan yang kita tuntut hanya menguntungkan orang yang kaya dan berkuasa dan bukan pada rakyat marhaen yang miskin dan kurang upaya.
Jangan takut Melayu akan hilang kuasa kalaulah Melayu berpaksikan Islam. Tak usah takut akan ugutan dari bukan Islam sebab Islam adalah keadilan. Yang bukan Islam takut bukannya Islam tetapi manusia yang Islam pada zahir tapi bila mentadbir, rasuah berlaku dengan luasnya tanpa kawalan. Ini akan terjemahkan bahawa Islam tu korup sedangkan Islam bukan sedemikian rupanya. Inilah fahaman yang salah yang telah kita tanam dalam pemikiran orang bukan Islam di Malaysia. Ingat dan selalu ingat, Melayu bukan Islam dan Islam bukan Melayu. Islam menjamin keadilan untuk alam sejagat. Wallahualam.

Tanpa Nama berkata...

Kaum siapa yang sokong Dan buat benda benda perkara buruk? Kenapa suka Sangatkan salakan kaum lain Dan agama lain??

Tanpa Nama berkata...

Blogger puak ini masih tak habis-habis marah dengan Cina Mata Sepet. Kaum India tidaklah mereka marah sangat.

Yang menghairankan pemimpin UBN tidak pula bersikap demikian.

Adakah mereka tidak dapat maklumat terkini? - "PRU 13 sudah selesai, projek membenci Cina Sepet telah tamat".

"Projek baharu" - lima tahun lagi iaitu PRU 14. Sementara itu buatlah kerja lain yang lebih berfaedah.

Lagipun tidak mendatangkan faedah langsung jika asyik menanam kebencian sedangkan membiarkan Cina sepet membolot segala peluang komersial tanpa perlawanan dari kita.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum,
cuba kita tanya mereka-mereka yang kononnya perjuangkan kalimah ALLAH berapa kali sehari mereka pergi berjemaah di Surau atau Mesjid.

Tanpa Nama berkata...

yang dok buat isu ialah melayu Umporno, tentang kalimah Allah, sebab dia nampak isu ini mengunrungkan mereka dan menimbulkan kebencian penganutagama lain..tetapi mereka tidak kecoh pulak di sabah dan serawak boleh di gunakan bila pemimpin mereka berkokok..mengapa mereka tidak sibuk untuk protes di putrajaya. mereka baru ini lah sibuk dgn kalimah tetapi syariat mereka tidak ikut...dah lama dah pekedai bangsa lain yg menjual jam yang mengandungi kalimah Allah. pergi lah protest di kedai2 jam dan gambar2 perhiasan..malu lah kita sibuk dgn perkara yg lebih seribu tahun di guna pakai olih penganut lain..mana perkasa, pukida dan ngo pencacai..protes lah di sabah, serawak...

confuse berkata...

....tiada tuhan di sembah melainkan allah dan .....segala pujian hanyalah bagi Tuhan sekalian alam... apa bezanya?

Banyak2 tuhan tu can be tuhan cina,india or any agama and Tuhan ALLAH tu ada lah tuhan untuk org Islam. betul tak?

Tanpa Nama berkata...

Makhlok UMNO ni dia sebok nak jaga kalimah saja, sedangkan perentah tohan dia tak minat langsong nak tegakkan

Bila tohan larang arak, UMNO bina kilang arak
Bila tohan larang judi, UMNO lulus lesen judi
Banyak lagi larangan tohan yang tak belaga dengan NAPSU PEROT UMNO, masaalah memantat, tumbok rusok, dok pemohong, belagak pandai

UMNO nak menunjok nunjok konon di alam Melayu dia lah yang berusaha sungoh sungoh jaga kalimah ni, pada masa yang sama dia jugak dok kata kalu laksana hudud habis kudong tangan orang. Konon peratoran tohan tak sesuai dah di zaman moden ni, orang UMNO mengaku tohan dia tak ceredik macam kepala hotak OMNO.

Kalu tohan dia ceredik tentu segala perentah tohan dia sesuai dilaksanakan, sedangkan pemimpin Omno sendiri pertikai perentah tohan

ITULAH GAMBARAN MAKHLOK AMNO YANG SERBA BODOH, BANGANG, BEBAL, BABIL
Sesiapa ikut dia tentu akan berjangkit

Tanpa Nama berkata...


Hi everyone i quote this from
http://www.christianpost.com/news/is-calling-the-christian-god-allah-wrong-29015/

.............................
Is Calling the Christian God 'Allah' Wrong?
......................


One of America’s pre-eminent evangelicals is challenging the advice of a retiring Roman Catholic Bishop in the Netherlands who has raised eyebrows worldwide by suggesting Dutch Christians pray to “Allah.”

Dr. R. Albert Mohler, Jr., president of The Southern Baptist Theological Seminary, argues that it is inappropriate for Christians to call God Allah based on irreconcilable theological differences associated with the name Allah and core Christian beliefs.

The key condition behind calling the Christian God Allah is that Allah must refer to the same God as the one in the Bible. However, this requirement presents “a huge problem for both Muslims and Christians,” contends Mohler.

The theologian pointed out that the Qur’an explicitly denies that Allah has a son, and Islam considers the idea of a triune God to be blasphemy.

“Thus, from its very starting point Islam denies what Christianity takes as its central truth claim – the fact that Jesus Christ is the only begotten Son of the Father,” wrote Mohler on his web blog Wednesday.

“If Allah has no Son by definition, Allah is not the God who revealed himself in the Son. How then can the use of Allah by Christians lead to anything but confusion …and worse?”



Last Monday, during an interview with a Dutch TV program, 71-year-old Bishop Tiny Muskens promoted the idea of Dutch Christians calling God Allah, believing that it would ease much of the conflict between the Christian and Muslim faiths. Muskens contended that God doesn’t mind what He is called and the arguments over what to call Him is an invention of man.

“Allah is a very beautiful word for God. Shouldn’t we all say that from now on we will name God Allah? …What does God care what we call Him? It is our problem,” said Muskens, according to The Associated Press.

The retiring bishop was a former missionary to Indonesia – the most populous Muslim country in the world – for eight years, where he said priests used the name “Allah” while celebrating Mass.

In response, Mohler pointed out that it would be difficult to support the argument that “Allah” can be used as a generic term for God. The theologian said separation of Allah from the language, theology, and worship closely associated with it is difficult. Moreover, even non-Arabic speaking Muslims use Allah when referring to their god.

Another irreconcilable difference is that Jesus commanded his followers to baptize “in the name of the Father and of the Son and of the Holy Spirit.”

“When this command is taken seriously and obeyed, the whole issue is greatly clarified – a Christian cannot baptize in the name of Allah,” stated Mohler.

“So Bishop Muskens is disingenuous at best when he suggests that God does not care about His name. This is not a matter of mere ‘discussion and bickering,’” said Mohler.

“If Allah has no son, Allah is not the father of our Lord Jesus Christ…This is no mere ‘discussion and bickering.’ This is where the Gospel stands or falls,” the theologian concluded.

Bishop Muskens in the past endorsed other controversial ideas which went against the Vatican leadership – such as those who are hungry can steal bread and that condoms should be permissible in the fight against HIV/AIDS.