24 Okt 2013

Dah Serik Kena Saman Berjuta, Sekarang Utusan Guna Taktik Mohon Maaf...


Utusan Malaysia mohon maaf kerana fitnah Syed Husin Ali

Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini membuat permohonan maaf kepada Senator Syed Husin Ali sebagai sebahagian daripada syarat penyelesaian kes tuntutan saman yang dikenakan terhadap akhbar harian Melayu itu oleh bekas Timbalan Presiden PKR berkenaan.

Penghakiman persetujuan direkodkan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Su Geok Yiam, hari ini.

Peguam, L Bani Prakash yang mewakili Syed Husin, berkata Utusan Malaysia menarik semula laporan mereka dan memohon maaf kepada anak guamnya.

“Sebagai sebahagian daripada penyelesaian itu, Utusan Malaysia juga mesti menyiarkan permohonan maaf itu dalam akhbarnya di muka surat 8 dalam tempoh 10 hari.

“Sejumlah pampasan yang tidak boleh didedahkan nilainya sudah dipersetujui antara kedua-dua pihak,” katanya.

Pagi ini, Syed Husin menerusi akaun Twiternya @syedhusinali berkata:”Utusan memohon maaf kepada saya pagi ini di Mahkamah Sivil 7. Akan siar dan bayar pampasan. Zamil (Zamil Ibrahim, pemimpin Kita) akan berurusan secara berasingan. Mereka memfitnah saya”.

Pada Mei 2010, Syed Husin menyaman Utusan Malaysia dan dua lagi defendan sebanyak RM10 juta atas tuduhan memfitnahnya menerusi artikel yang disiarkan akhbar itu pada 6 Mac tahun yang sama.

Beliau turut menamakan editor akhbar itu, Mohd Hassan Mohd Noor dan Zamil sebagai defendan kedua dan ketiga.

Syed Husin meminta RM10 juta sebagai ganti rugi, ganti rugi teladan dan memohon perintah injunksi untuk menghalang defendan daripada terus menyiarkan kata-kata fitnah terhadapnya, serta kos dan relief yang mahkamah rasakan sesuai.

Dalam penyata tuntutannya, Syed Husin berkata, Utusan Malaysia menyiarkan artikel bertajuk “RM500,000: Syed Husin dicabar lapor polis” yang berbentuk fitnah terhadapnya -TMI




Syed Husin Mahu Utusan Mohon Maaf Isu Pembubaran PRM


Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Syed husin Ali menghantar notis kepada Utusan Malaysia menuntut akhbar milik Umno-Barisan Nasional itu membuat permohonan maaf kepada beliau dan membayar ganti rugi RM10juta.

Notis yang dihantar semalam, melalui Peguambela & Peguamcara Edwin Lim Suren & Soh, diberikan kepada Pengarang dan Pengarang Pengurus Utusan Melayu Bhd dan juga seorang individu bernama Zamil Ibrahim.

Syed Husin dalam satu kenyataan medianya berkata, notis itu berhubung sebuah berita fitnah yang diterbitkan oleh Utusan Malaysia bertarikh 6hb Mac 2010 bertajuk “RM500,000 Syed Husin dicabar lapor polis”.

Katanya dalam berita tersebut beliau dituduh kononnya menerima RM500,000 daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai bayaran untuk membubar Parti Rakyat Malaysia (PRM) bagi memudahkan percantuman dengan Parti Keadilan Nasional dan membentuk Parti Keadilan Rakyat.

Beliau berkata, Utusan diberi tempoh tujuh hari dari tarikh surat tuntutan untuk memberikan jawapan dan sekiranya gagal, tindakan undang-undang akan diambil terhadap akhbar berkenaan.
-Kelab GB 26/3/2010


ULASAN GB

Lepas satu satu. Baru mohon maaf kepada Datuk Husam Musa kerana memfitnah, kini kepada Syed Husin Ali. Walaupun dah serik kena saman dan kini Utusan menggunakan cara "memohon maaf", namun akhbar berkenaan dilihat tak serik-serik terus memfitnah selagi terdaya dan terus menabur api perkauman di kalangan rakyat Malaysia.

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Utusan, insyaAllah, pasti musnah di satu masa nanti.

4 ulasan:

Amuraria berkata...

alhamdulillah ,tapi mangkuk punya akhbar ni mana ada sedar ? riak & angkuh konon wang berjuta ada & di'backing' kuat parti penyamun sekutu apco apa ada hal ! ABU jangan lupa !

Awanama berkata...

Sepatutnya permit penerbitan d batal kerana berapa kali buat kerja kotor ni.

Ada akai berkata...

Secara peribadi, aku tak setuju dengan keputusan ini. Kenapa tak setuju Cuba anda fikirkan, fitnah yang dibuat telah menyebabkan ada beberapa pihak yang percaya. Berdasarkan kepercayaan itu maka mereka telah melakukan tindakan berdasarkan kepercayaan itu. Sekarang bila diakui fitnah, bagaimana mereka yang dah tersilap mempercayai fitnah tersebut nak tarik balik tindakan mereka ???

Awanama berkata...

yup...saman..
dah tentu2 menang...
@ d 1st place..diorg da menang sebab berjaya fitnah dan sebabkan org len yg baca masa tu percaya..
setakat ruangan kecil ujung2 paper mintak maap..apa bukti org yg da percaya tu akan faham yg utusan ni fitnah??

so utk ajar utusan ni jgn fitnah..saman sampai terduduk...biar muflis..baru xde paper fitnah dalam malaysia ni..