28 Okt 2013

Giliran Mahfuz Difitnah Di PRK Sungai Limau

Mahfuz: Sumpah, bukan saya

YAN - “Wallahi, Wabillahi, Watallahi, saya tidak buat mesej ini (fitnah) kepada mana-mana pihak,” kata Pesuruhjaya Pas Negeri Kedah, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau berkata demikian pada sidang media bagi menafikan beliau bertanggungjawab menyebarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengatakan calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim pernah mendapat rawatan penyakit mental.

“Saya nak respons terhadap mesej itu yang saya anggap sebagai satu cubaan untuk memfitnah saya dengan dimuat turun seolah-olah SMS itu ataupun maklumat itu adalah daripada nombor saya.

“Saya menerima mesej ini selepas dihantar oleh kawan-kawan yang bertanyakan adakah benar saya telah pun menghantar mesej itu kepada semua orang kerana katanya, dia melihat dalam blog pun ada mesej sama yang turut memaparkan nombor telefon saya,” katanya di Markas Induk Pas Kawasan Jerai, di sini, semalam.

SMS itu menyebut: “Calon BN Sungai Limau itu, Ahmad Sohemi bukan pelajar pondok pak ya, tapi jadi cikgu sementara saja. Dia bukan pendidikan agama. Jadi pensyarah pun bidang sains politik saja. Beliau pernah mendapat rawatan mental satu masa dulu. La ni menetap di Tanjung Malim. Ramai orang tidak kenal beliau di Dun Sungai Limau. Fikirlah”.

Mahfuz berkata, SMS itu mungkin dilakukan oleh golongan pengamal politik kotor yang cuba menjatuhkan karier politiknya.

“Isunya ialah dia cuba membuatkan saya menuduh Sohaimi pernah mendapat rawatan penyakit mental. Ini satu fitnah. Bagi saya ini satu perbuatan keji untuk menimbulkan provokasi bagi mencetus kebencian dan kemarahan rakyat serta menghilangkan suasana politik damai yang sedia wujud di Dun Sungai Limau.

“Saya percaya, selepas ini mungkin calon Pas, Mohd Azam Abdul Samat juga bakal menerima fitnah-fitnah yang seperti ini untuk memburukkan imej Pas dan calon Pas itu sendiri. Saya tidak tahu siapa yang buat perkara ini,” katanya.

Beliau, yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, berharap, dengan penjelasan yang dibuatnya itu, ia dapat menjawab pelbagai persoalan yang dilontarkan oleh masyarakat.

“Saya bukanlah seorang ahli politik yang bodoh untuk memburukkan imej saya dengan politik rendah moral,” katanya.

Ditanya sama ada beliau akan mengambil tindakan undang-undang, Mahfuz berkata, beliau akan mendapatkan khidmat nasihat peguamnya terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang tindakan susulan.

“Cukup sekadar bersumpah. Saya tidak menghantar ataupun memanjangkan mesej seperti ini,” katanya. -SH

5 ulasan:

Amuraria berkata...

fitnah adu domba amalan biasa parti pandi kutty, ABU jangan lupa !

Tanpa Nama berkata...

Cuba siasat siapa telco yb mahfuz pakai?
Celcom?
Bukan ke masa pru yg lepas ada beberapa pemimpin Pas kena fitnah melalui sms palsu?
Org atasan Pas, tlg ambil perhatian.....

Tanpa Nama berkata...

Perjuangan PAS amat dicemburui oleh semua pihak,PAS begitu teruk diasak dan dibuli oleh banyak pihak,tetapi terus maju dan berkembang,sokongan bukan sahaja dari kalangan melayu beragama Islam bahkan datang dari pelbagai kaum dan agama.Anggaplah ini sebagai dugaan didalam perjuangan.

Tanpa Nama berkata...

Fitnah dan menipu sudah jadi darah daging dalam parti cap dacing.

AMALAN LU YANG INI NAK BERIA - IA NAK SURUH PAS BERGABUNG DENGAN UMNO??? HANYA MANUSIA BODOH DAN MUNAFIK SAHAJA YANG AKAN BERGABUNG KERANA PAS TAK AKAN SEKALI BIARKAN AMALAN FITNAH DAN MENIPU MENJADI DARAH DAGING DIAORANG. SO PLEASE JANGAN BERMIMPI NAK BERGABUNG.

Tanpa Nama berkata...

Lihat kes DSAI, Mat Sabu dan ramai lagi, umno reka cerita untuk jatuhkan pihak menuju jalan Allah.Kalau tak layan media mereka, barangkali fitnah fitnah mengarut tak kuasi kita.Bagi mereka fitnah dan rasuah dah sebati lepas itu bagi anakbini makan, mana nak dapat takwa.