Ahli Parlimen Seremban-DAP, Anthony Loke hari ini mendakwa kediaman rasmi perdana menteri telah membelanjakan RM250 untuk bil elektrik dalam tempoh satu jam.
Beliau berkata demikian merujuk kepada jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim yang menyatakan kos perbelanjaan bil elektrik dan air sepanjang tahun 2012 adalah sebanyak RM 2.2 juta dan RM300,000.
Menurutnya, perbelanjaan untuk bil air dan elektrik bagi kediaman perdana menteri dan timbalannya telah meningkat dalam tempoh dua tahun sebanyak 40 peratus daripada RM6,000 kepada RM8,000 setiap hari.
"Bagaimana Najib boleh minta rakyat berjimat cermat, sedangkan beliau setiap hari melakukan pemborosan, membazirkan elektrik RM8,500 setiap hari bagi bil elektrik.
"Saya rasa ia keterlaluan, tidak ada rasa untuk kurangkan perbelanjaan tersebut, mereka tidak menunjukkan contoh yang baik dengan perbelanjaan bil elektrik tersebut.
"Kalau di Amerika, 'White House' itu bukan sahaja kompleks kediaman rasmi Presiden Amerika, tetapi pejabat rasmi, tetapi di Malaysia, Kompleks Seri Perdana hanya kediaman rasmi tapi ada lagi pejabat perdana menteri ada pejabat lain, itu perbelanjaan lain," katanya dalam satu sidang media di lobi Parlimen, di sini, hari ini.
Anthony sebelum itu meminta perdana menteri menyatakan butir-butir terperinci bil-bil elektrik dan air dan kos penyelenggaraan kediaman rasmi perdana menteri dan timbalan perdana menteri secara bulanan untuk tahun 2012.
Tambahnya, kompleks kediaman rasmi perdana menteri dan timbalan perdana menteri hanya digunakan beberapa jam untuk penganjuran majlis rasmi dan mesyuarat.
"Mengikut jawapan ini... berapa majlis yang dianjurkan setiap tahun?
"Setahu saya untuk Seri Perdana yang paling besar penganjuran majlis hanya sambutan rumah terbuka Aidilfitri, setahun hanya beberapa jam dibuka kepada orang ramai walaupun biasa dibuka tapi tak ada majlis besar seperti sambutan Aidilfitri.
"Ataupun perdana menteri terlalu senang berada di Seri Perdana untuk anjurkan majlis, kalau ada pun majlis itu adalah majlis tertutup atau dijemput, jadi bagaimana kerajaan boleh membelanjakan elektrik begitu besar sekali," jelasnya.
Anthony juga berkata, pengurangan perbelanjaan bil elektrik dan air dapat membantu mengurangkan perbelanjaan wang dan beban rakyat.
"Saya tak tahu kalau penggunaan elektrik itu dapat tingkatkan kekuatan seksual setiap lelaki, tapi saya tahu dapat kurangkan perbelanjaan elektrik ia dapat kurangkan bebanan rakyat dan baik untuk alam," katanya lagi. -SH

5 ulasan:
depa kerap mandi junub kut sebab itu bil air mencanak naik..tidakpun ada badak yg berendam...
AMBOI BANYAK CANTIK MR. NAJIB NAK SURUH RAKYAT JIMAT SUPAYA LU BOLEH SONGLAP BANYAK DUIT? MR. NAJIB BEFORE LU SURUH ORANG BERJIMAT BETTER YOU MULAKAN AMALAN BERJIMAT DIKALANGAN AHLI UMNO MELAYU MUNAFIK DAHULU OII.
PLEASE BE COMMEND SENSE, SIAPA NAK IKUT CAKAP LU UNTUK SURUH BERJIMAT SEDANGKAN LU SENDIRI PULA MEMBAZIR. JANGAN LUPA BUKAN SEMUA RAKYAT MALAYSIA LU BOLEH BODOHKAN SEBAGAIMANA LU BODOHKAN MEREKA YANG BERAGAMA MELAYU.
Pelabur dah tak percaya lagi, jadi rakyat jadi mangsa. Kata selalu keluar negara , mesti rumah selau kosong, tapi kenapa bill sangat tinggi.Bill letrik pun dah jadi macam beli jam RM200 jadi MM3800 dari audit report, mampus lah rakyat, kepala keretapi pun tak betul.Pulang kan duit yang mereka curi, rasuah dan komisen, dan taubat.
kerajaan malaysia hari ini banyak pungut duit dari rakyat... semata2 nak tingkatkan pendapatan kerjaan, so mana dia pelabur asing yang melabur kat malaysia???? hasil untung yang diperolehi dari mereka mana??? kenapa rakyat juga yang kena support kerjaan, Seharusnya rakyat yang senang lenang dgn kekayaan malaysia.... hancur lah malaysia bawah UMNO...
Anonymous 5.02am,
Najib peduli apa rakyat mampus? Bil air banyak sebab Rosmah kuat berendam.Sekali berendam air 10 tan.Lihat anak Nazri tak ada kerja tetap bergaji mahal boleh beli rumah harga 7 juta.Syed Hamid Albar gaji Rm 40 ribu sebulan sebagai Pengerusi SPAD.Pengerusi Pemaju jabatan PM gaji hampir 70 ribu sebulan.Kalau rakyat mampus padan muka sebab undi UMNO/BN.Tak serik-serik.
Catat Ulasan