19 Okt 2013

Bekas Penerbit Filem Anti-Islam Mengalirkan Air Matanya Sewaktu Menunaikan Haji

Arnoud Van Doorn, produser filem "Fitna" berasal Belanda yang telah memeluk Islam, kini sedang menunaikan ibadah haji. Van Doorn menyatakan, ia tak sanggup menahan air mata sejak kedatangannya di Mekkah. Ia merasakan bahawa haji adalah saat paling indah dalam hidupnya.

Dalam wawancaranya dengan surat kabar Saudi Ukaz, bekas wakil Ketua Parti Kebebasan (PVV) ini mengaku bahawa di dalam Islam beliau memperolehi apa yang dicarinya selama ini. Ibadah haji, tambahnya, dimanfaatkannya untuk memohon ampun atas kesalahannya selama ini.

Seperti diketahui, Van Doorn dahulunya adalah salah seorang produser filem "Fitna". Bersama Geert Wilders, ia membuat filem yang menghina Rasulullah solallahu ‘alaihi wasallam itu pada 2008.

Tetapi kerana filem itu dan juga sikap partinya yang selalu memusuhi Islam telah mengusik hati kecilnya.

Rasa ingin tahu Van Doorn terhadap Islam semakin tak terbendung, hingga beliau mempelajari apa itu Islam yang sebenarnya.

"Saya benar-benar mulai memperdalami pengetahuan saya tentang Islam kerana ingin tahu," kata Van Doorn mengenang saat awal hidayah Islam menghampirinya.

Rasa ingin tahu itu membuat Van Doorn mencari terjemahan Al-Qur'an, hadith, dan buku-buku rujukan Islam. Hari demi hari berikutnya ia lalui dengan membaca dan mengkaji buku-buku itu satu per satu, tanpa meninggalkan aktivitinya yang lain. Selama ini Van Doorn hanya tahu Islam dari mulut orang-orang yang membencinya.

Orang-orang yang dekat dengan Van Doorn sebenarnya tahu bahawa Van Doorn membaca rujukan Islam, tetapi agaknya mereka tidak sampai berfikir bahawa itu akan menjadi jalan hidayah bagi Van Doorn. Kerana lazim dalam dunia mereka, mengkaji sebuah pemikiran atau suatu faham tanpa harus mempercayai dan mengikutinya. Bahkan, tidak sedikit orang yang mempelajari Islam untuk kemudian menyerangnya.

Van Doorn menghabiskan waktu hampir setahun untuk mengkaji Qur'an, Sunnah dan sejumlah rujukan Islam tersebut. Ia juga sempat berdialog dengan penganut Islam untuk mengetahui lebih jauh tentang agama yang menarik hatinya tersebut.

"Orang-orang di sekitar saya tahu bahawa saya telah aktif meneliti Qur'an, sunnah dan tulisan-tulisan lain selama hampir setahun ini. Selain itu, saya juga telah banyak melakukan percakapan dengan Muslimin tentang agama," ujar Van Doorn kepada television Al-Jazirah, Mac lalu.

Semakin lama mempelajari Islam, Van Doorn semakin tertarik. Ia mulai merasakan Islam sebagai sesuatu yang istimewa. Meskipun sebelumnya ia juga memiliki asas Kristian sebagai agamanya, Van Doorn merasakan Islam itu istimewa.

Apa yang selama ini ada dalam kepalanya bahawa Islam itu fanatik, menindas wanita, tidak toleran, membabi buta memusuhi Barat, perlahan hilang dari benak fikirannya. Van Doorn menemukan Islam sebagai sesuatu yang sama sekali berbeza dari apa yang pernah ia sangka.


Van Doorn juga menemukan, Islam adalah agama yang cinta damai. Tidak seperti tuduhan media Barat yang selama ini mengisahkan Islam sebagai teroris.

"99 persen kaum muslimin adalah kuat bekerja dan pecinta damai. Jika lebih banyak orang mempelajari Islam yang benar, semakin banyak orang yang akan melihat keindahan itu," kata Van Doorn.

Jalan hidayah bagi Van Doorn semakin terbuka lebar ketika bertemu dengan seorang Muslim bernama Abu Khoulani, seorang rakannya yang bekerja di Dewan Kota Den Haag. Selain menjelaskan Islam lebih jauh, ia juga menghubungkan Van Doorn dengan Masjid As-Sunnah.

Kini, sebagai penebus atas kesalahannya membuat filem Fitna, Van Doorn menyatakan akan membuat karya besar untuk mengangkat Islam.

“Saya berdoa semoga air mata saya ini mampu menghapus segala dosa yang telah saya lakukan di masa lalu, dan saya akan bekerja untuk menghasilkan karya besar guna mengangkat Islam dan kaum Muslimin setelah kembali dari ibadah haji,” katanya seperti dikutip Ukaz.


Penerbit filem hina Rasulullah, tunai haji selepas masuk Islam


Seorang penerbit filem Belanda yang memeluk Islam setelah mencetuskan kontroversi apabila menerbitkan filem yang menghina Nabi Muhammad S.A.W. berasa tenang dapat mengerjakan ibadat haji ketika ini.

Arnold Fandor dalam wawancara dengan akhbar Okaz Arab Saudi menceritakan bagaimana beliau mendapat ketenangan jiwa setelah memeluk Islam kira-kira setahun lalu, menyebabkan beliau bertaubat di atas segala dosanya.

Fandor yang bersedia untuk melontar di Jamrah bagi melengkapkan rukun hajinya, semasa diwawancara berkata beliau merasakan hatinya menjerit kegembiraan ketika menunaikan haji.

”Di dalam hati saya kini merasai ketenangan. Setiap kali saya berdoa saya akan mengelap air mata apabila mengenangkan dosa-dosa saya yang lalu dan bertaubat.

"Kini saya akan berkhidmat dan berusaha di dalam menghasilkan filem dan produk yang dapat menaikkan Islam serta yang mencerminkan kehebatan pencipta dan keperibadian akhlak mulia Rasulullah S.A.W. selepas pulang daripada haji,” beliau dipetik sebagai berkata dalam akhbar itu semalam.

Sambil tersenyum, Fandor menyatakan beliau merasakan satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan ketika menjejakkan kaki ke tanah suci.

Air matanya tidak henti-henti mengalir, menurut akhbar itu.

"Pada mulanya, terdapat kesulitan yang dihadapi oleh saya pada peringkat awal saya memeluk Islam kerana saya bukan datang daripada keluarga Islam dan membesar di persekitaran Islam.

"Bagaimanapun, ini tidak mematahkan semangat saya untuk belajar dengan lebih mendalam berkenaan agama yang agung ini.

“Saya berasa teruja untuk mendalami dan mengetahui tentang Islam. Lalu saya membaca banyak tentang Islam sehinggalah ia meresap ke dalam hati saya dan fikiran saya mengatakan bahawa agama Islam membawa satu mesej yang besar dan mulia.

"Kemudian perasaan tersebut semakin kuat sehingga hati saya terbuka lalu saya membuat keputusan untuk memeluk Islam. Sekarang saya bersyukur dan berasa amat bahagia serta memiliki ketenangan jiwa.

"Sebelum memeluk Islam, saya hanya membayangkan bahawa hidup ini hanya untuk menyedut udara sahaja.

"Saya dapati tidak ada ketenangan yang sempurna sehinggalah saya menziarahi makam Rasulullah S.A.W. dan ketika itulah saya berhasrat untuk menerbitkan filem berkenaan keperibadian baginda yang mulia,” katanya.

Fandor berkata ini kali pertama beliau mengerjakan haji dan kali kedua menjejakkan kaki ke tanah suci selepas melakukan umrah pada Februari lepas.

Katanya selepas selesai menyempurnakan urusan haji, beliau bercadang meluangkan masa beberapa hari di Madinah al-Munawwarah kerana beliau berasa amat selesa dan aman untuk membaca al-Quran dan kitab-kitab agama di Masjid Nabawi.
– Bernama


3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SubhanAllah. Sesungguhya beliau tergolong dalam hamba yang mahu berfikir.

Dan Dia lah yang menjadikan bumi terbentang luas, dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Ia jadikan padanya pasangan: dua-dua. Ia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir.
Surat Ar-Ra`d (The Thunder) - سورة الرعد

Tanpa Nama berkata...

Hati ku amat tersentuh dgn islamnya AVD ini dan luahan hatinya. Mengalir air mata ku. Subhanallah... ibarat Umar Al-Khatab, Khalid Ibnu Walid dll. Masih berulang peristiwa seumpama itu.

Teringat saya semasa di ITM Shah Slam tahun 70an, diberitakan ada ulamak menafsirkan bahawa kiasan natahari terbit dari barat adalah islam bersinar di negara barat bila dunia hampir kiamat. Sebaliknya di timur yg dah islam berebut nak murtad, bunuh org islam seperti berlaku di Mesir, Syaria dll, menganut fahaman Syiaah dll.

Apa pun jika sebenarnya matahari terbit dari barat itu hak Allah yg maha berkuasa.

Jadi kita yg di timur ni waspadalah takut terbalik keimanan kita. Jika berlaku kitalah manusia paling malang.

Jadilah kita muslim sebebar yang menerima Al-Quran sebagai imam kita dgn patuh 100% kandungannya bukan percaya dan pulun sakan sebahagian ( zakat, nikah kawin...) dan menolak sakan sebahagian atau ridho atau bersengkongkol dgn puak yang menolak hukum Allah ( hudud, kazaf, murtad..).

Ud'ngu fii silmi kaaffah.

cdinkb berkata...

Allahhu Akbar.Syukor padaNya,semoga yang mendoakannya turut sama dikurnia Allah ganjaran kebaikan dunia dan akhirat.Amin.