Kuala Terengganu – Harga ikan di negeri ini naik sebanyak 30 peratus berbanding biasa, sejak kenaikan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen awal September lalu.
Peniaga ikan Pasar Chabang Tiga, Abdul Rahman Ali, 34, berkata, harga kebanyakan ikan naik disebabkan permintaan tinggi dan dipengaruhi kenaikan harga minyak.
“Walaupun kebanyakan nelayan mendapat subsidi diesel daripada kerajaan, tetapi ia masih belum mencukupi berbanding yang mereka gunakan untuk ke laut setiap hari. Sebab itulah harga ikan agak tinggi.
“Tambahan pula, permintaan daripada pelanggan juga meningkat dan peniaga juga terpaksa naikkan harga,” katanya.
Abdul Rahman yang telah 20 tahun berniaga ikan di pasar itu berkata, kebanyakan peniaga ikan di situ menjual ikan dengan harga yang sama.
“Setakat ini kita ada 40 peniaga ikan di sini. Kebanyakan ikan dijual dengan harga sama.
“Sebelum ini, harga udang naik sebelum Hari Raya Aidiladha iaitu sebanyak RM30 sekilogram berbanding harga biasa RM26. Harga sotong pula seperti biasa RM8 sekilo,” katanya.
Abdul Rahman memberitahu, bagi sekilogram harga ikan ikan cencaru dan selayang mencecah RM8 berbanding harga biasa RM6, ikan kembung dan ikan kerisi pula RM12, ikan aya (tongkol) RM10, tenggiri RM30, ikan merah (pucat) RM30 dan ikan merah (sumang) RM25.
“Sekarang kita belum dapat tahu lagi harga ikan selepas Hari raya Aidiladha ini sebab kebanyakan nelayan belum turun ke laut lagi. Jadi, harga terkini dan akan datang masih belum pasti.
“Harga ini adalah pasaran di pasar, harga di pasar raya pula lain. Mungkin tidak sama,” katanya.
Abdul Rahman berkata, pasaran ikan sekarang agak perlahan berbanding sebelum ini kerana terdapat banyak saingan.
“Sekarang kita ada ramai penjual ikan, nak untung pun agak payah. Sebab itulah harga kalau boleh kena ‘maintain’, sesuai dengan keadaan semasa. Tetapi, sekiranya permintaan tinggi, tetapi barang tiada, tu yang payah. Harga barang akan automatik naik.
“Nak tak nak, harga kita kena sama juga sebab kami pun perlu ambil untung sikit untuk berniaga,” katanya. -SH

3 ulasan:
Tak pa asalkan orang mellayu UMNO haramjadah memerintah dan bukan cina! Padan muka kita semua!
Barang Naik? Kaum siapa kuat kepada barang naik? Kenapa nak salahkan Kaum lain agama lain?
tak pa, kami cai karat biru tak kisah, duit brim rm500 yg kerajaaan bagi tu lebih dari mencukupi. boleh tahan sampai pru akan dtg. berkat..sebab pm kami tu orang ikhlas jujur dan warak.
Catat Ulasan