19 Sep 2013

Zahid Perlu Jelaskan Kenapa 13 Peserta ‘Ops Bubar’ Dipakaikan T-Shirt Merah?

[Gambar kanan - Haji Sa'ari paling kanan bersama keluarga Faiz Arshad, disebelah kiri Haji Sa'ari adalah Mariyam, isteri Faiz yag sedang menunggu kelahiran cahayamata mereka]

Ahli keluarga 13 orang peserta demonstrasi di hadapan Masjid Ubudiah, Bukit Chandan pada 6 Februari 2009 lalu, memohon seluruh rakyat Malaysia mengadakan solat hajat dan berdoa, agar rayuan yang dikemukakan di mahkamah Taiping diperkenankan Allah.

Menurut Bendahari Majlis Tindakan DUN (MTD) PAS Teluk Pasu, Haji Sa’ari bin Mohd Amin, pihak peguam akan mengemukakan rayuan pada hari Khamis 19 September, jam 9 pagi di Mahkamah Tinggi Taiping.

“Mahkamah menetapkan (hari) Khamis ini 19/9/13 jam 9 pagi di Mahkamah Tinggi Taiping untuk mendengar rayuan, saya mohon sahabat-sahabat seperjuagan dan seluruh rakyat Malaysia yang cintakan demokrasi agar dapat mengadaka solat hajat dan berdoa,

“agar rayuan tertuduh 13 orang itu diterima dan InsyaAllah (mereka) di bebaskan,” ujarnya ketika dihubungi.

Beliau dan ahli keluarganya yang menziarahi menantunya, Faiz Arshad di penjara Tapah kelmarin berkata, semua 13 orang yang ditahan dipejara itu dalam keadaan sihat .

Namun begitu, beliau mempersoalkan, mengapa 13 peserta ‘Ops Bubar’ itu diberikan pakaian baju T berwarna merah, sedangkan kesalahan mereka bukan jenayah berat.

“lima orang ahli keluarga (bagi seorang tahanan) dibenarkan masuk melihat dan berkomunikasi………….saya dan lima orang termasuk isteri Faiz, Mariyam masuk ke lokap,

“mengapa T-Shirt yang dipakaikan kepada 13 orang termasuk Faiz adalah warna merah……… warna merah menandakan pesalah jenayah paling berat dan hanya boleh melawat sebulan sekali sahaja,” ujarnya.

Beliau meminta Menteri Dalam Negeri Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan perkara tersebut kerana katanya, bagi kesalahan orang yang membunuh pun, kaum keluarga mereka boleh melawat dua kali sebulan.


“persoalannya adakah rakyat mengadakan demontrasi itu lebih berat kesalahan mereka daripada membunuh orang? Itulah penjara didunia ini hanya untuk rakyat menegak keadilan dan,

“syurga di Malaysia ini (adalah) untuk membebaskan pemimpin yang zalim dan rasuah yang bermaharaja menindas golongan rakyat yang lemah,” tegas Haji Sa’ari. -BO

4 ulasan:

Amuraria berkata...

bila sang penzalim & kaki ampu jadi pemegang undang-undang! ABU jangan lupa !

Tanpa Nama berkata...

When you put an incompetent person on the job, this is what going to happen.

Tanpa Nama berkata...

jawapan bangang yg akan diberi ialah "baju warna lain dah habis stok , jadi polis berilah baju warna merah. apa salahnya warna merah (lagi pun merah adalah warna umno - yg ini aku saja tambah). itupun puak pr nak jadikan isu politik... jawapan seumpamanya ini akan keluar dari macai macai bodo umno atau yg lebih teruk dari menteri menteri umno yang sememangnya taraf.pemikiran sama dgn jkkk saja..

The Seven Thing berkata...

ataupun jawapan paling popular abad ini...KALAU X SUKA BAJU MERAH, PERGI KE PLANET LAIN...