19 Sep 2013

[VIDEO] 'PRU Kotor, Takkan Salah Anwar?' - Sallehuddin Ayub


Tidak wajar meletakkan beban membersihkan sistem pilihan raya negara ini di atas bahu Datuk Seri Anwar semata-mata dan menyalahkan ketua umum PKR itu kerana "mensabotaj" usaha Bersih 2.0 ke arah itu.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub menegaskan kegagalan sebenar bagi mewujudkan pilihan raya yang bersih dan adil itu sepatutnya dipikul kerajaan yang tidak komited kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membersihkan daftar pemilih.

"Komitmen untuk mendedah dan melumpuhkan sindikit pengundi asing, itu wujud dalam suasana politik negara kita tapi ia masih tidak mencapai matlamatnya kita kerana kerajaan tidak berikan komitmen sepenuhnya untuk menyediakan pilihan raya adil dan bersih," katanya kepada Sinar Harian Online semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas lanjut kenyataan penulis blog Raja Petra Kamarudin (RPK) semalam dalam laman blognya mendakwa Anwar telah mengagalkan usaha Bersih 2.0 untuk mereformasikan sistem pilihan raya negara ini.

RPK juga menyebut Bersih 2.0 telah melakukan kesilapan besar kerana bekerjasama dengan Pakatan Rakyat yang lebih cenderung kepada menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri.

Dalam pada itu, Salahuddin juga menyifatkan dakwaan RPK itu sebagai tidak berasas kerana usaha menuntut pilihan raya yang adil dan bersih tidak mungkin berhasil tanpa campur tangan parti politik.

"Mana mungkin perjuangan untuk memperjuangkan pilihan raya yang adil dan bersih ini tanpa pengaruh dan penglibatan parti politik.

"Sukar bagi saya wujud sempadan itu (Bersih 2.0 bebas pengaruh politik).

"...yang penting kita mempunyai objektif dan matlamat sama iaitu kita mahu SPR sediakan padang permainan sama rata termasuk pilihan raya yang adil dan bersih," katanya. -SH




Nampak pegawai SPR kira undi dalam lokap sebelum PRU 13


Ada pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang membuat kiraan undi awal sebelum berlangsungnya pilihan raya umum ke-13, kata saksi ketiga Tribunal Rakyat PRU-13.

Abu Hussin Tamby, wakil calon Dun Air Limau, Melaka berkata, ia berlaku 2 Mei lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah kira-kira jam 3.15 petang.

Semasa kejadian, saksi bersama dua wakil calon lain diiringi dua anggota polis ke IPD berkenaan untuk menyerahkan kotak peti undi awal dari Lubuk Cina.

Semasa masuk ke balai itu, katanya, beliau dengan jelas menyaksikan kira-kira tujuh anggota SPR mengelilingi longgokan kertas undi di satu sel lokap.

“IPD itu memang menjadi tempat simpanan peti undi. Semua kotak undi dikumpulkan dalam lokap.

“Semasa tiba di lokap, saya lihat tujuh atau lapan orang memakai baju SPR mengelilingi timbunan kertas undi itu, menunjukkan mereka sedang buat kiraan.

“Hanya nampak kertas undi tetapi kotak peti tiada. Saya percaya ia dari Parlimen Alor Gajah dan Masjid Tanah,” katanya yang kemudian membuat laporan polis di IPD Masjid Tanah.

Beliau ada memohon kepada polis untuk menonton semula rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pada hari kejadian tetapi ditolak tanpa sebarang alasan.

“Polis tidak boleh beri jawapan tepat. Mereka cuma kata segala keputusan terhadap salah laku itu diserahkan kepada atasan,” katanya.

Tribunal antara 18 hingga 22 September di Hotel Empire di sini ditubuhkan berikutan desakan orang ramai yang tidak berpuas hati dengan penipuan PRU 13.

Ia mengkaji, menyiasat dan menilai rungutan mengenai insiden menjelang PRU 13 atau di sekitar pilihan raya termasuk proses pengundian.

Lima individu ternama yang berkelayakan dipilih untuk menyertai tribunal termasuk dua daripadanya dari luar negara.

Mereka ialah bekas wakil khas Setiausaha Agung PBB di Kemboja, Yash Pal Ghai dan bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Indonesia, Prof Ramlan Surbakti.

Wakil Malaysia ialah Peguam bela dan Peguam cara Mahkamah Tinggi, Datuk Azzat Kamaludin; bekas Profesor Madya Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya, Dr Mavis Puthucheary dan Setiausaha Agung Majlis Gereja-gereja Malaysia, Rev Dr Hermen Shastri.
-selangorku

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dulu aku memang peminat blog RPK - tetapi aku dapati RPK ni sukar diramal pendapat dan perangai dia.

Dah setahun lebih aku tak lawat blog "sampah" dia. Sebab dia menonjolkan yang hanya pendapat dan ulasan dia ajer yang betul, orang lain kiri & kanan, depan belakang semua salah. Lagi sasau kalau dia ulas pasal ugama.

Aku tak miss buka/lawat blog greenboc sehari sampai dekat 10 kali utk cari update yang lebih bermanfaat dari blog RPK merapu yang banished diri sendiri.


MerakLangit

Tanpa Nama berkata...

putera yg tak berdaulat..nak buat mcm mana..masih ada jiwa melayu ke? kuat ke perjuangan islamnya?

Ahmad Dzul Mohd berkata...

ini proses tk blh salahkan sesiapa sbbye jentera mrk siap diberi elauns DSAI/PR perlu badan yg melaksanakan disetiap tempat mengundi bknye hanya dipondok mengira yg mana mrk-mrk ini cerdik-pandai yg tk dipentas politik?