Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) perlu memberi respon terhadap hasil kajian Merdeka Centre mengenai penipuan pilihan raya umum ke-13 (PRU 13) tanpa mengalihkannya kepada isu lain.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata, SPR mesti menyelesaikan isu itu supaya intergritinya tidak dipertikai atau cuba menyimpang dari persoalan pokok termasuk mengubah sistem pilihan raya sedia ada.
“SPR sepatutnya diyakini sebagai badan bebas. Kalau sebahagian besar rakyat mempertikai pilihan raya, jangan cuba teruskan dengan cara sombong dan angkuh seolah-olah kamu boleh teruskan (sesuka hati).
“Orang ramai perlu dipulihkan keyakinan itu. Kalau diteruskan juga maka di Parlimen nanti, kita akan bertempur habis habisan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas cadangan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof kepada parti politik mengenai cadangan mengubah sistem pilihan raya di negara ini.
Anwar berkata, Abdul Aziz perlu menjawab dakwaan penipuan PRU 13 yang ditunjukkan dalam laporan Merdeka Centre, bukannya mengalih persoalan kepada isu lain selepas kewibawaan SPR dipertikai.
Merdeka Centre mengesahkan kemenangan Umno-BN kerana faktor undi awal dan undi pos sekaligus tanpa kaedah itu, BN akan hilang 22 kerusi Parlimen.
Sejak beberapa tahun lalu, parti pembangkang giat berkempen supaya undi pos dimansuhkan dengan alasan ia membuka ruang untuk menipu.
Ekoran keputusan PRU 13, PKR, DAP dan PAS memfail petisyen untuk membatalkan keputusan di beberapa kerusi.
Undi awal dan pos yang kontroversi itu membolehkan BN menang 22 kerusi Parlimen, seterusnya menguasai lagi Putrajaya. Tanpanya, BN hanya ada 111 kerusi iaitu sama jumlah dengan kerusi yang dimenangi Pakatan.
Tanpa undi kontroversi itu, MIC tidak akan ada dua wakilnya dalam Kabinet iaitu Datuk Seri Dr S Subramaniam (Segamat) dan presidennya, Datuk Seri G Palanivel (Cameron Highland).
Malah, BN juga akan hilang beberapa kerusi di Johor dan Wilayah Persekutuan. =selangorku
3 ulasan:
Wahai pucuk pimpinan tertinggi BN, kenapalah tak faham2 lagi. Mereka berdua tu dah lama bagi isyarat, bila lagi nak dilantik jadi Senator dan terus jadi Menteri. Dah lama dah menabur budi. Takkan selama2nya nak kena kutuk. Berbudi takkan tak dibalas kot. Jawatan sekarang dah tak glamour lagi dah. Asyik kena bambu kiri kanan, mana tahan.
Jenis tu memang pekak telinga ....
Mereka berdua itu lupa bahawa kematian itu Benar
Soal jawab di kubur itu Benar
Di Bangkitkan di hari Perhitungan itu Benar
Syurga Neraka itu Benar
Tapi Mereka Masih x Mau bercakap Benar
Tunggu bila Nyawa di cabut baru mengaku pada Allah...bahawa semua itu Benar.....
Catat Ulasan