13 Ogo 2013

Haramkan Buku Pak Lah, Apakah Khairy Setuju Dengan Pemuda Perak?


Pemuda Umno Perak: Haramkan penjualan buku Pak Lah

IPOH: Pemuda Umno Perak mahu Kementerian Dalam Negeri mengharamkan penjualan buku ‘Awakening: The Abdullah Badawi Years In Malaysia.

Ketua Pemudanya, Khairul Azwan Haron berkata langkah itu wajar kerana buku tersebut mempunyai unsur untuk mensabotaj dua mantan Perdana Menteri Malaysia.

“Barisan Pemuda Umno Perak merasakan buku ini mempunyai unsur sebotaj namun kita menyeru KDN untuk mengkaji dan membaca isi kandungan buku ini dan sekiranya ia selari dengan apa yang kita rasakan, penjualannya haruslah diharamkan,” katanya.

Beliau yang juga calon Naib Ketua Pemuda Umno berkata demikian kepada pemberita selepas majlis rumah terbuka Pemuda Umno Perak di Kompleks Belia dan Sukan, semalam.

Buku itu yang disunting oleh Bridget Welsh dan James UH Chin telah menimbulkan kontroversi apabila ada kandungannya mengandungi temuramah bersama Tun Abdullah Ahmad Badawi memperlekehkan pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilihat umum sebagai usaha untuk melaga-lagakan bekas pemimpin utama negara.

“Saya masih belum membaca isi kandungan buku tersebut, walaubagaimanapun saya telah mengkaji buku ini di internet memang terdapat unsur sabotaj terhadap Tun Abdullah dan Tun Mahathir,” katanya.

Beliau mengesa agar rakyat tidak terkeliru dengan isi kandungan buku tersebut serta berprasangka buruk.

“Jika mahu jual luar, terpulang, tetapi tindakan mengharamkan buku ini harus diambil serius oleh kerajaan kerana kemungkinan besar isi kandungannya boleh menjatuhkan imej negara,” tambahnya. -FMT

ULASAN GB

Sedang menunggu komen menantu Pak Lah yang merupakan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin terhadap usul pengharaman buku ‘Awakening: The Abdullah Badawi Years In Malaysia".

Apakah Khairy bersetuju dengan Pemuda Perak yang mengusulkan untuk mengharamkan penjualan buka kisah bapa mertuanya?

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pengharaman Buku Awakening dilihat sebagai Childish approach. Kita hendaklah terbuka dengan buku ini. Janganlah hanya positive critism kepada beberapa individu yang memerintah, diambil jalan pintas untuk mengharamkan nya. Selagi kita mengambil approach ini, selagi itulah kita tidak akan sampai ke maturity of thought dan kreatif tentang pandangan yang provokatif. Ada kah group UMNO saja yang patut membuat keputusan begini?

Tanpa Nama berkata...

Kalau belum membaca isi kandungannya, bgmana boleh mengkajinya pula. Perlu ke menelan bulat2 apa yg dibicarakan di internet semata2. Itu bukan kajian namanya. Teruk amat keputusan & rumusan Pemuda.

Tanpa Nama berkata...

Memang senteng pemikiran pemuda perak ni. Belum baca buku malah baru baca dari internet dah buat justifikasi untuk haramkan buku. Itulah pemikiran orang2 umno.. apa yg di tulis dlm internet pro umno dia percaya bulat.. begitu juga apa keluar dr utusan, berita harian, tv1, 2, tv3 semua media dia diorg la... abis bulat2 dipercayainya.. mmg yg tinggal dlm umno semua yg akal2 pendek... bukan cerdik pandai.. semua da tepu dan otak lembu

oranqtua berkata...

memang benar yg ada dlm umno.memang bodo bodo

Tanpa Nama berkata...

"Saya masih belum membaca isi kandungan buku tersebut, walaubagaimanapun saya telah mengkaji buku ini di internet memang terdapat unsur sabotaj terhadap Tun Abdullah dan Tun Mahathir,” katanya.

ni la ore kita loni, mudah sgt nk jatuh hukum....

Tanpa Nama berkata...

Nak jd hero pnya pasal,sblum pemuda negeri lain kluar statement,baik dia dlu...x kisah la statement bodoh pun.