13 Ogo 2013

[BERGAMBAR] Peniaga Nasi Kukus Ditikam Semasa Hendak Pergi Solat Suboh


Seorang pengusaha sebuah restoran makanan, Nasi Kukus Paka dekat sini, dijumpai meninggal dunia dengan kesan tikaman berhampiran premis restoran tersebut disini, awal pagi hari ini, Selas 13 Ogos.

Mayat beliau dijumpai di hadapan restoran miliknya pada kira-kira jam 7.00 pagi oleh seorang pekerja kedai berdekatan yang melihat keadaan beliau tertiarap dan berlumuran darah di kawasan tempat letak kereta.

Menurut ADUN Paka, Ustaz Satiful Bahari Mamat, allahyarham yang dikenali sebagai Lutfi, biasa menunaikan solat subuh berjamaah di surau Dar as-Salam.

tauke nasikukus mati dibunuh2“Kena tikam masa nak gi sembahyang subuh……..biasa(nya) dia solat subuh berjamaah di surau Dar as-Salam (dekat sini) (beliau) tauke Kedai Nasi Kukus Paka, ada empat cawangan kedai termasuk di Mydin Kuala Terengganu, dua buah di Paka dan satu di Mesra Mall,”ujanya ketika ditemui ditempat kejadian.

Ustaz Satiful, yang hadir ke lokasi sebaik diberitahu, meminta keluarga allahyarham Lutfi yang berasal dari Kampung Pulau Rusa Kuala Terengganu, bersabar menerima ujian dari Allah itu.

Sehubungan itu, beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya I PAS Terengganu mendesak supaya Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Said dan kerajaan negeri Terengganu segera menguatkuasakan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) yang telah diluluskan dan diperkenankan oleh Tuanku Sultan Terengganu.

Beliau yakin, dengan melaksanakan undang-undang tersebut akan dapat menyelamatkan rakyat negeri Terengganu dari kejadian jenayah bunuh yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.

“dengan kejadian pada pagi ini, saya berharap keluarga ang terbabit dapat bersabar…….. selain itu saya menggesa supaya MB Mad Said dan kerajaan negeri Terengganu segera menguatkuasakan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah yang telah diluluskan dan diperkenankan (Tuanku Sultan),

“sebagai orang Islam yang beriman, kita wajib percaya bahawa undang-undang yang telah disediakan oleh Allah mampu meyelamatkan manusia yang juga dicipta oleh Allah,”jelasnya. -BO




3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mula2 cikgu mercedis, lepas tu cikgu toyota wish dan dah merebak ke tuanpunya 5 kedai nasi. Adakah lepas ini sampailah pula giliran tuanpunya kedai2 kopi?

sebab najib kuat baham pitis, bisnes dah jadi tak selaris, Ahlong dah tak untung besar, tak untung besar camner nak bayar komisen besar, mau kutip pun orang taknak bayar.

Tapi bos Tuan Coklat mengatakan ditembak oleh penyamun kereta, senang jer habis cerita. Amat mencurigakan, pendek cerita kalau semua kes2 TAK melibatkan Ahlong akan jadi panjang cerita hinggakan lubang tahi pun dikorek.

Betulkah Tuan Coklat tak tahu berapa ramai badut2 berseragam bersubahat dan giat menjalankan perniagaan memperluaskan kegiatan Ahlong, maksiat, haram dan judi secara besaran di Terengganu? atau tumpang sekaki? atau pun bos besar ada saham?

Ditaja Polis diRaja Darul Iman, semua yang haram ada kaitan, pusat hiburan penuh sesat, bukan lain selain Polis, Ahlong, bohsia dan pengedar. Amat sokong Hudud dilaksanakan segera, supaya blh potong tangan atau pancung kepala penguatkuasa, mana yang kuat makan rasuah lagi bersubahat, tak kira kuning, putih atau lagi2 kalau coklat.

Tanpa Nama berkata...

Tak wajar nak salahkan polis 100 pratus. Mana mungkin setiap individu dikawal polis. Penjenayah nak hadir tiada siapa yg tahu entah bila & siapa sasarannya. Masalahnya undang2 jenayah yg terlalu longgar. Setakat denda, sebat & penjara itu dah jadi asam garam mereka. Habis tempoh hukuman, mereka akan ulangi semula . Seandainya hudud & kisas dilaksanakan,apa lagi penjenayah boleh lakukan kerja jahat mereka setelah tangan dipotong?Janganlah menidakkan hukum Allah.

Tanpa Nama berkata...

Nak bejalan hudud macamana Dogtor Mahataik tak setuju, ini hukum zaleem
Habeh tangan pemimpin OMNU kena kerat pasai selalu kebas/songlap duit negara, bukan sikit, juta juta woih

Nak tahu besar,panjang dan lebar tanya dia