25 Ogo 2013

SAMM: 2 Pak Sanggup Dbebaskan, Altantuya Letupkan Diri Sendiri Guna C4?


Sememangnya dari awal kes pembunuhan Altantuya menyaksikan perbicaraan melibatkan Azilah dan Sirul ditangguh dan ditangguh sehingga selepas pilihan raya untuk memberi laluan Barisan Nasional menang PRU tersebut.

Kemenangan ini membolehkan kedua-dua ‘pak sanggup’ ini dibebaskan.

Perihal ini sudah disebut dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sudah menjangka keputusan mahkamah Rayuan yang membebaskan anggota Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar, daripada pertuduhan membunuh penterjemah Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Apabila BN kekal, rakyat bukan sahaja tidak mengetahui apakah motif pembunuhan dan siapa yang arah pembunuhan Altantuya, malah pembunuhnya juga dibebaskan.

Walaupun dalam kes yang berprofil tinggi, walaupun sudah mengaku melakukan pembunuhan malah menyebut diri sebagai ‘kambing hitam’ kerana menjadi pembunuh upahan, namun akhirnya dibebaskan.

Apakah ia satu keputusan menang-menang demi saling melindungi? Lihatlah bagaimana keadilan tidak berada di tempatnya, tetapi berada di tangan pemerintah.

Keputusan ini juga seharusnya memberikan ‘motivasi’ besar kepada pihak tertentu untuk terus menjalankan kerja ‘black-ops’ dengan jaminan dibebas sekiranya tertangkap dan dibicarakan.

Pihak tertentu termasuk kemungkinan melibatkan anggota polis yang mengikut telunjuk atasan mampu berbuat apa sahaja kerja jahat, pasti akhirnya terlepas hukuman dan dibebaskan. Maka tidak hairanlah jika selepas ini lebih banyak kes pembunuh upahan. Konspirasi akhirnya berjaya apabila si pembunuh, individu yang mengarah pembunuhan, orang tengah, semuanya selamat. Rekod imigresen Altantuya terus hilang, bersama rekod bahan letupan yang diseludup keluar.

Pendedahan mengenai kematian tragis Altantuya telah di buat oleh SAMM dan banyak pihak lain khususnya apabila melibatkan skandal penyelewengan pembelian kapal selam Scorpene.

Che’GuBard sebelum ini pernah menulis dan menerbitkan sebuah buku yang bertajuk ‘Siapa Arah Bunuh Altantuya’.

Buku tersebut telah menyebabkan che’GuBard ditahan sebanyak enam kali dan rumah Che’GuBard beberapa kali digeledah, namun tiada dakwaan terhadap che’GuBard.

Malah ketika buku ini dilancarkan, rumah Che’GuBard dibaling dengan bom botol.

Justeru itu, apakah konklusi paling tepat mengenai pembunuhan altantuya?

Negara hari ini menjadi kartun apabila membayangkan ‘sebenarnya’ Altantuya membunuh dirinya sendiri, kemudian bangun dan meletupkan pula dirinya menggunakan bom C4 demi menghilangkan bukti.

CHE’GUBARD
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Di benua kita ni tak ada yg mustahil. Kucing boleh beranak Lembu, puteri Permata boleh beranak mutiara,kayu boleh bertukar jadi besi. Apa nak dihairankan? Apa pun,ada jembalang tak lena tidur menunggu giliran. Fikir2kan lah.

Tanpa Nama berkata...

Benar ...altantuya..membunuh diri...di malaysia sebab senang dapat c4...minta aje

Tanpa Nama berkata...

Lepas letupkan diri dgn c4, rohnya memadam rekod kemasukkannya ke Msia. Ermmm... Mungkin laa kot!

5sal berkata...

Admin!Malaaysia adalah satu2nya naga ra paling ajaid didonia.Rakyat mati kena bunuh tapi tak ada pembunuh,mcm kes beng hok mati sebab tingkap tolak mendiang tu,tahanan mati lam penjara polis pun tak da pembunuh,dia mati sendiri n yang terbaru peniaga ikan kat Temerloh pon aku pistol berjalan pergi tembak arwah.Ajai,ajaib sungguh naga ra kita malaysia tercinta nie.

Tanpa Nama berkata...

yang sbnrnya dia tlh dletupkn olh c4 milik Deidara senpai. rekodnya dpdm olh skuad ANBU.huhuhuhu

Aku Kenal Siapa Kau berkata...

kalau semuanya tiada , maka ianya tetap sandiwara 'org2 itu'. apakah bapa dia sharibuu itu pun diupah utk dtg malaysia buat2 cerita anaknya mati?

yg pasti RM500J selamat dlm poket2 mereka... sehingga israil dtg mencabut nyawa.

mahkamah akhirat tkde korupsi.. hukumannya pasti sgt ngeri. tak lama pun lagi...

dah tu nak paksa org kibar bendera pulak..kemerdekaan apa? yg diatas senang membunuh itu merdeka ke? apa bezanya dgn portugis belanda british jepun dn komunis?

org itu bernasib baik ini bkn mongol zaman genghiz khan, kalau tidak jadi padang jarak la tanah melayu ini.

buat apa sibuk2 rakyat tidak patriotik senangkan 'org itu' bersifat penjajah.