EO tak membantu perangi jenayah, polis “ketagih” dengannya, kata Peguam Negara
Buat pertama kalinya, peguam utama Putrajaya secara umum mengatakan tahanan tanpa bicara gagal mengekang jenayah sejak zaman dahulu namum polis menggunakannya kerana mereka "ketagih" dengannya.
Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata kebanyakan suspek yang ditahan tanpa bicara akan dibebaskan namun tidak meningkatkan tahap keselamatan awam.
"Ini kerana tahanan kembali kepada aktiviti lama mereka selepas dibebaskan," katanya kepada The Malaysian Insider selepas satu forum pencegahan jenayah semalam di Petaling Jaya.
Beliau bagaimanapun berkata kebergantungan polis terhadap Akta Ordinan Darurat (EO) untuk menahan penjenayah tegar kerana mereka "ketagih" dengannya.
Sejak menghentikan penggunaan EO, Bukit Aman menggesa penggunaan semula akta itu yang membenarkan tahanan tanpa bicara.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut menggesa pengenalan akta serupa bagi mengekang jenayah yang semakin meningkat di negara ini.
Sejak Mei, 35 kes tembakan dilaporkan diseluruh negara yang mengorbankan 24 nyawa.
Melalui penggunaan semula EO, tahanan boleh ditahan di pusat tahanan sehingga dua tahun.
Menteri Dalam Negeri boleh memperbaharui arahan penahanan selama dua tahun dan meneruskan kitaran berkenaan tanpa henti.
Gani berkata kepada forum pihak berkuasa perlu memadamkan rekod tahanan tiga bulan selepas mereka dibebaskan daripada pusat tahanan di bawah EO dan ia bermakna tiada sebarang tindakan boleh dilakukan pihak polis.
"Kita akan kekalkan akta itu jika kita contohnya mengekalkan cap jari mereka," katanya, merasionalkan alasan tidak menerima pengenalan akta pencegahan.
Mengaitkan bagaimana EO menjadi seperti hari ini, Gani berkata ia tidak melalui Parlimen dan tidak pernah berniat untuk digunakan secara kekal.
"Ia diluluskan Agong atas nasihat badan eksekutif berikutan insiden rusuhan 13 Mei pada 1969," katanya.
"EO diperkenalkan untuk memenuhi keperluan semasa kerana berlaku kehilangan nyawa dan harta selama beberapa hari berikutan insiden 13 Mei," katanya.
Gani menambah, tahanan EO pada ketika itu berdepan pendakwaan di mahkamah dengan memfailkan writ habeas corpus dan Pejabat Peguam Negara perlu respon.
Katanya, walaupun selepas penarikan balik EO pada 2011, tiada bukti daripada 1,567 kertas penyiasatan yang diserahkan dilakukan oleh bekas tahanan.
Gani berkata terdapat banyak lagi undang-undang, termasuk Kanun Keseksaan yang boleh digunakan untuk menahan dan mendakwa pesalah.
"Kita perlu menggunakan akta sedia ada untuk menghukum penjenayah ganas seperti Botak Chin dan lanun di Sabah pada masa itu," katanya.
Wong Swee Chin atau dikenali sebagai Botak Chin adalah antara penjenayah ganas dan berbahaya pada 1960 dan 1970 di Malaysia. Dia dikenali dengan rompakan pada siang hari, termasuk kes melibatkan jumlah wang yang besar.
Gani juga percaya dengan prinsip seseorang tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah dan cara terbaik menguruskan suspek adalah melalui pendakwaan di mahkamah.
"Akta pencegahan adalah melanggar hak asasi manusia dan kebebasan sedangkan Perlembagaan Persekutuan menetapkan ianya perlu dipelihara," katanya, dan menambah komuniti antarabangsa memuji tindakan Malaysia memansuhkan EO dan juga Akta Keselamatan Dalam Negeri. -TMI
5 ulasan:
Wahai ketua polis negara, tak nak cuba guna hukum hudud, qisas dan taqzir ke?
Cuba guna pakai dulu selama 5 tahun dan tunggu apa kesan dan manfaat nya...
Sekiranya tidak berkesan dan makin bertambah banyak jenayah yang berlaku, maka gunalah undang2 yang sedia ada..
Amacam En Khalid, tak nak respons ke bila AG kata begitu? Takkan nak senyap jer kot!!!!
Sepatutnya akta nie dah lama dan mansuhkan tp oleh kerana keuntungan dan kepentingan politaik ubn,maka diniarkan saja.Tapi bila mana kerajaan Kelantan bercakap tentang hudud,da bekas PM ubn kata sapa2 nak makan sup tangan boleh g kelantan,mundur la dan macam2 lagi.Cakap ulama akhirat yak nak ikut,tapi cakap ulama donia cakap bukan main lagi ikut.Bila berlaku bunuh sana sini pakat salah orang tu,orang ni.Bila ajak kembali kepada Islam 1001 alasan diberi.Nyawa rakyat biasa macam tak da harga lagi.Pak Menteri bercakap ikut syok sendiri.Tak sorang pun dikalangan pak menteri yang kena bunuh atau kena tenbak,kalau kat luar negara lama dah pak menteri manpos.Macam KPN bercakap pihak polis tak takut dengan geng sanseng,dia bercakap senang,yang mati bukan kpn tapi anggota dia dan rakyat biasa yang jadi mangsa.Dengar cakap kpn macam nak runtuh donia.cukup la setakat nie tulis banyak2 wat sakit ati ja!
""Beliau bagaimanapun berkata kebergantungan polis terhadap Akta Ordinan Darurat (EO) untuk menahan penjenayah tegar kerana mereka "ketagih" dengannya.""
Kenapa diaorang ketagih kerana Polis sampai sekarang masih terdiri mereka yang berkelulusan SPM dan lebih rendah dari itu. Nak selasai masalah ini sebang sahaja bukakan lebih peluang perkerjaan dan perbanyakkan jawatan golongan berpendidikan tinggi agar mereka tidak bergantung EO sebab tahu apa undang - undang yang sesuai untuk menahan seseorang. Satu lagi kadar jenayah boleh kurang sebab ramai orang dari jabatan Siasatan Jenayah yang memerlukan mereka yang berilmu untuk melakukannya semesti mereka yang berkelulusan sahaja.
Tapi kalau UMNO diaorang tak akan buka kekosongan punya sebab takut polis jadi pandai sekaligus menjejaskan UNDI POS yang menjadi life saver diaorang.
Penyakit mabuk kuasa. Tak fikir lain,asyik nak hukum orang je. Bidang kuasa orang lain pun dia nak tunjuk taring jugak. Cakap tak berlapik langsung. Inilah orang kata: Jika terlu banyak bercakap,makin banyak kebodohan orang nampak.
Catat Ulasan