25 Ogo 2013

Kes Altantuya Perlu Dibicara Semula, Tubuh RCI Segera!

Mahkamah Rayuan patut mengadakan perbicaraan semula apabila mendapati wujud kecacatan dalam penghakiman kes, bukan membebaskan tertuduh, kata Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa.

Merujuk kes Altantuya Shariibuu, peguam itu berkata, Seksyen 60 Akta Kehakiman Mahkamah 1964 membolehkan hakim memerintahkan perbicaraan semula sesebuah kes ketika proses rayuan diadakan.

Memetik Keadilan Daily, Ahli Parlimen Subang itu juga mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berikutan banyak kecacatan dalam kes berkenaan.

“Contohnya, saksi penting seperti DSP Musa Safri tidak dipanggil untuk memberi keterangan di mahkamah,” katanya pada sidang media bersama Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua, hari ini.

Semalam, Mahkamah Rayuan membebaskan anggota Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar dari tuduhan membunuh Altantuya.

Penghakiman dibaca Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat memutuskan berlaku penyalaharahan serius oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam mensabitkan tertuduh.

Ia termasuk tidak memanggil DSP Musa Safri dan kegagalan mengemukakan diari balai polis yang menyatakan Azilah berada di Bukit Aman pada masa kejadian.

Sivarasa berkata saksi lain yang patut dipanggil ialah Datuk Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor, selain bekas Setiausaha Sulit Najib selama 20 tahun, Nasir Safar; dan adik Najib, Datuk Nazim Razak.

“Semua saksi ini penting bukan untuk membuktikan kesalahan Sirul dan Azilah tetapi untuk membuktikan siapakah yang mengarahkan kedua-dua tertuduh membunuh Altantuya,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, saksi penting yang baru ialah ahli perniagaan permaidani, Deepak Jaikishan; peguam Americk Singh Sidhu dan Cecil Abraham.

“Pendakwaan cacat dan skrip ulangan yang melucukan kerana mahkamah gagal mengenal pasti dan mendakwa individu yang arah pembunuhan Altantuya. Ini menyebabkan sistem keadilan di Malaysia hancur di mata dunia.

“Justeru saya mendesak sebuah suruhanjaya ditubuhkan bagi memulihkan kembali imej dan kredibiliti mahkamah,” katanya.


3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau kita amat-amati kes Altantuya ni memang cukup pelik dari sudut pendakwaannya. Saya pun tak larat nak memikionye.

Saya cuma ingin menengahkan beberapa kenyataan yg didengar oleh jutaan rakyat malaysia antaranya:-

1. Semasa Razak Baginda di bawa ke mahkamah yang disiarkan dlm berita TV, terdengar pekikakan anak perempuan Razak Baginda ...." papa tell the truth...beberapa kali..". Adakah I.O menyiasat elenen ini yg dpt didengar oleh jutaan manusia.
2. Yg dituduh dan telah dijatuhkan hukuman dalam rayuan ada menyatakan...yg pihaknya dikambing hitamkan oleh pihak yang tiada dalam mahkamah. Siapa yg dimaksudkan itu...endless possiblities.

Tanpa Nama berkata...

Keadilan penuh hanya ujud di alam akhirat tidak dialam dunia oleh itu tidak semua kebenaran dan keadilan dapat ditegakkan di atas dunia ini kerana para hakim hanyalah manusia biasa yang sangatlemah, lihat saja dalm kes ini 2 mahkamah mempunyai pendapat berbeza atas fakta yang sama . membebaskan kedua-duanya dilihat sebagai adil oleh mahkamah rayuan namun tertegak kah keadilan dengan pembebasan itu? sudah tentu belum

Tanpa Nama berkata...

Sampai bilakah badan kehakiman negara dapat meyakinkan kepercayaan rakyat jika peneraju mahkamah masih tidak mampu merungkai tali pengikat kaki & tangannya. Usahlah terlampau mengejar keduniaan. Mahkamah Allah kelak akan membicarakan kamu pula. Insaflah.