24 Ogo 2013

Kerajaan Nak Wajibkan Rakyat Kibar Bendera Untuk Jana Patriotisma Palsu


Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan melihat keperluan untuk diwujudkan undang-undang bagi mewajibkan setiap premis dan bangunan kerajaan atau swasta mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang sambutan Bulan Kemerdekaan.

Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata ini kerana masih banyak premis dan bangunan terutama milik swasta tidak peka akan kepentingannya sebagai melahirkan rasa menghargai dan kecintaan kepada negara.

"Sekarang ini kita masih belum sampai masa untuk mengenakan sebarang undang-undang kepada mana-mana premis atau bangunan kerajaan atau swasta... sekarang ini secara sukarela.

"Bagaimanapun, saya lihat masih banyak bangunan terutama milik swasta yang tidak memberi respon yang baik kerana masih banyak yang tidak berbuat demikian," katanya kepada pemberita pada program 'Pocket Show 2013' di Uptown Danau Kota di sini malam tadi.

Turut hadir Ketua Setiuasaha kementerian Datuk Seri Kamaruddin Siaraf dan Ketua Pengarah Penerangan Datuk Ibrahim Abdul Rahman.

'Pocket Show' merupakan program mengedarkan Jalur Gemilang di sekitar ibu negara anjuran Jabatan Penerangan.

Pada majlis itu, Ahmad Shabery menyerahkan Jalur Gemilang kepada pemimpin tempatan kawasan Wangsa Maju, wakil persatuan penduduk di sekitar Wangsa Maju dan Gombak, peniaga dan orang ramai di tempat tersebut. - Bernama

ULASAN GB

Inilah salah satu KESAN apabila kerajaan yang menang hari ini tidak mendapat sokongan undi popular - dalam ertikata lain - kerajaan UMNO BN ialah kerajaan minoriti, hanya menang banyak kerusi tetapi hakikatnya gagal untuk memenangi majoriti pengundi (rakyat).

Rakyat tiada mood untuk kibarkan bendera, bukan kerana tidak ada semangat patriotik atau cintakan negara, tetapi kerana rakyat sudah "menyampah" dengan kerajaan UMNO BN yang sentiasa gagal untuk menjalankan amanah mengadakakan pilihanraya bersih dan adil.


Apatah lagi kini kerajaan cuba "memaksa" pula dengan mewajibkan kibaran bendera tersebut. Setiap yang dilakukan kerana "keterpaksaan" tidak akan mengundang patriotisma yang dikenedaki. Ia hanyalah patriotisma palsu yang memukau tetapi kosong dalam ertikata patriotisma sebenar.

Sama seperti kes dimana sebahagian rakyat dipaksa oleh pihak tertentu untuk menayangkan plakard 'I LUV PM" sebelum PRU13 yang lalu, tetapi setelah pilihanraya PM menyalahkan tsunami kaum mereka yang menyebabkan prestasi teruk BN di dalam PRU13. Itulah bukti nyata sesuatu yang dibuat tanpa kerelaan akan hanya mendatangkan kesan yang lebih buruk. Itu hukum kebenaran dan keadilan dan kerajaan Malaysia tidak pernah mahu berlajar darinya.

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tabik pada gb sebab mampu beri ulasan dlm keadaan tenang
sebab saya pulak MENYIRAP darah bila baca kenyataan bangang menteri tu...
selagi barisan najis perintah selagi tu saya takkan kibar bendera depan rumah atau pada kereta, sebab
PENGHARGAAN DAN SAYANGNYA saya pada malaysia kerajaan barisan najis TIDAK PERNAH akui !

Tanpa Nama berkata...

drp beli bendera yg mahal turr, baik aku beli minyak moto. Lepas jugak gi kerja seminggu....

Tanpa Nama berkata...

Jika 1998 / 1999 tak ada akta, tak ada kempen, tak ada bendera percuma, tak ada undang, tak ramai menteri Bangang dan banyak lagi yang tak ada..... JALUR GEMILANG BERKIBAR GAH DIHAMPIR 90% kenderaan awam, syarikat dll.

Kini timbul seorang MENTERI BANGANG nak adakan undang-undang mengibar jalur gemilang..... Tak kah dia tahu patrotisma bukan pada bendera yang WAJIBKAN KIBAR, tetapi dari keikhlasan dan kecintaan semula jadi.....

Tanpa Nama berkata...

Rakyat tetap patriotik pada negara, tapi tak patriotik pada pemerintah yang Zalim - MENTERI OTAK BELACAK....
BANGANG DAN BEBAL

Tanpa Nama berkata...

Dey maca,
Cubalah fikirkan undang-undang supaya orang solat berjemaaha, buat masjid kayu, besi, tembaga, crystal dan lain-lain tapi kosong.... Lengang.... Sunyi
Otak Belacan punya menteri

BaDiN berkata...

Bagus punya Pak Menteri cetuskan idea yang tak terfikir oleh Pak Menteri terdahulu walaupun ada Phd,Sesuai sangat akta ini di buat di Negeri Pasir Dua Butir.haha..

Tanpa Nama berkata...

Hello mr. Shabery daripada i kibarkan bendera Malaysia suruh orang berjuang atas negara Malaysia, bagus lagi i kibarkan bendera yang ada nama Allah dan Muhammad untuk menyemarakkan semangat Islam bukan semangat patriotisme yang bersifat perkauman.

Tanpa Nama berkata...

kami Nak mymbt kmdekaan dgn kejiwaan.. Bukan smbt mrdeka dgn ke'UMNO'aan... ingat apa! Rakyat senang ka skrg ni? Hari2 fkir pblanjaan diri,isteri,anak,kereta,motor,tol,minyak dan byk lg! Nk beli bendera? Pkir dlu yg mana wajib! Bendera wajib?

anti penjajah umNO berkata...

kibarkan bendera um NO dn B angkai N egara lebih baik kerana selama inipun
mereka berbangga dgn TIPUDAYA mereka lah pejuang jati kemerdekaan dgn menafikan golongan ulama guru2 dn rkyt bawahan malah ikut telunjuk pen jajah mereka yg berjuang kemerdekaan hnya sebagai golongan bawah tanah. KAMI berbakti dan taat setia pada MALAYSIA.....BUKAN pd umNO dan B angkai N egara.kerana kami warga MSIA
bukan warga umNO/B angakai N egara.

Tanpa Nama berkata...

menteri belacan...nak sakau duit rakyat lg ker...

Andre Irwan berkata...

Patriotik konon .. kena tipu juga kita ya.
Dengan semangat Patriotik, kita terpaksa membeli kereta nasional dengan harga yang mahal dan lebih mahal daripada orang luar negara.
Ini mesti nak lariskan bendera Malaysia supaya kroni dapat menjualnya. Akal asyik nak perkena rakyat saja.
jangan dok dekat dengan dia, takut nanti terkena air liurnya yang berbuih-buih tu ....
Hidup Malaysia. Malaysia Boleh.
Anak dianiaya, Kera di hutan disusukan.

Tanpa Nama berkata...

MZain : Cakap salah tak cakap pun salah. Bang Ali bukan nak paksa. Faham2 sendirilah . P.Rmlee: Saya faham bang Ali. Saya tak mampu nak beli. Ini nyawa saya, ambilah biola ni pi gadai. Kot2 laku, bolehlah kita beli hak depa paksa tu.