24 Ogo 2013

Mengapa Muka Azilah Dan Sirul Azhar Ditutup Dari Mula Sampai Sekarang?


Kes Altantuya: Warga internet luah marah di ruang siber

Bagaimana rupa bekas polis Azilah Hadri dan Siru Azhar Umar? Mengapa DSP Musa Safri tidak dipanggil memberi keterangan?

Ini adalah dua soalan yang kerap ditanya di ruang siber apabila pengguna internet (netizen) memberi ulasan yang meluap-luap terhadap pembebasan dua anggota polis berkenaan daripada tuduhan membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Berikutan keputusan mahkamah hari ini, ada pelbagai kemungkinan yang tiada berpenghujung mengenai apa yang berlaku kepada kes Altantuya, yang meletakkan Malaysia di peta dunia atas sebab yang salah.

Dan soalan yang terus berada di ruang siber, siapa bunuh Altantuya?

Kebanyakan ulasan yang dibuat di talian bernada sinis dengan salah seorang netizen, Isana berkata:”Wow! Kalau begitu, Altantuya pasti masih hidup kerana tidak ada sesiapa membunuhnya. `Endless Possibilities’ hanya berlaku dalam 1Malaysia.”

Satu lagi, Rayfire mengulas,”Ya, `Endless possibilities’ untuk menipu, membunuh dah bebas! Keadilah mesti dan akan ditunjukkan oleh Yang Berkuasa.”

Sebahagian yang lain tertanya-tanya sama ada masyarakat akan dapat mengenali bagaimana rupa Azilah dan Sirul.

“Muka mereka ditutup dari hari pertama, setiap kali mereka dibawa masuk dan keluar mahkamah,”
kata Mr M.

“Bagaimana mereka berdua dibenarkan menutup muka mereka sejak hari pertama? Adakah itu supaya apabila mereka dibebaskan, tidak ada sesiapa yang tahu siapa mereka dan bagaimana rupa mereka? Jika mereka tidak dibebaskan sekali pun, tidak ada siapa akan tahu sama ada mereka benar-benar digantung sebab tiada yang tahu rupa mereka! *teori konspirasi*”.

Sebahagian yang lain meluahkan rasa kecewa terhadap sistem keadilan yang memutuskan pembebasan itu walaupun ada yang kata, itu memang dijangkakan berlaku.

Netizen Angel mendakwa Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sengaja tidak memanggil DSP Musa memberi keterangan di mahkamah.

“Peguam negara tidak tahu bagaimana hendak mengendalikan kes itu. Dia sengaja tidak memanggil Musa Safri, pegawai khas Najib. Dia akan mengikut arahan Najib,” kata Angel dalam ulasannya.

Pihak pendakwa tidak memanggil Musa, perkara yang dibangkitkan dalam penghakiman Mahkamah Rayuan hari ini, bahawa `saksi material tidak dipanggil beri keterangan, termasuk Musa’.

Altantuya dikatakan menjadi kekasih penganalisis politik, Abdul Razak Baginda, tetapi, kemudian memburunya dan meminta komisen yang tinggi, kononnya atas bantuan membantu dalam urusan pembelian dua kapal selam untuk Malaysia.

Razak kemudian mengupah penyiasat upahan P Balasubramaniam untuk memerhatikan wanita itu ketika dia datang ke Malaysia.

Apabila Altantuya muncul di luar rumah Razak pada 18 Oktober 2006, polis menahannya dan itu adalah kali terakhir dia dilihat hidup.

Netizen Justice Pao memberi komen:”Sungguh memalukan! Altantuya tidak dibunuh, jadi mesti dia menjerut dan menembak dirinya di belakang kepala menggunakan alat khas, kemudian guna C4 untuk meletupkan dirinya!”

Seornag lagi netizen, Longjaafar dalam postingnya berkata: ”Satu ketika dulu, seseorang kata Anwar Ibrahim menumbuk mukanya sendiri. Sama seperti ini, Altantuya bom dirinya.”

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga terkait dalam kontroversiti itu.

Satu tweet berkata,”Keputusan berunsur politik untuk melindungi Najib, Rosmah? Bekas pengawal peribadi bebas daripada pembunuhan Altantuya”.

Ramai netizen turut mengucapkan takziah kepada bapa Altantuya, Dr Setev Shaariibuu, yang mereka gelar sebagai `adalah lelaki paling sedih di dunia hari ini’. -TMI

5 ulasan:

Ghost of Amina berkata...

Pointing my finger to AG.

He has an attitude of playing politics and pleasing his political masters then being steadfast to his work.

He has got Patel in his blood so ampu mengampu and pusing memusing is only expected.

Musa Safri's statement to the police showed there was no najib involvement and it was a miscommunication.

Sirul and Azilah are UTK trained to kill upon instruction without asking. One will not expect any motive simply because they themselves do not know why?

One can suspect that Gani Patail had wanted to please the boss then Pak Lah who was under pressure to resign. Most likelihood Khairy had got to him and proposed the idea of fixing Najib.

Gani created controversy on Najib by not putting Musa Safri on the stand, botch the case against razak to get him acquited early, etc.

Heard Gani wants to appeal but it is not for anything else but for play acting. He is now helping the revival of Pak Lah's faction.

Tanpa Nama berkata...

NERAKA TAU TAK ORANG BAIK NI SUDAH DILEPASKAN?

Tanpa Nama berkata...

Mana mau lari, di dunia bolehlah lepas, sesiapa saja yang bersubahat ada habuan masing-masing di akhirat nanti.

Tanpa Nama berkata...

Insyaallah, allah akan tunjukkan kebenaran

tajudin berkata...

gua baru baca itu laporan polis (2006) sirul azhar dlm kes pembunuhan altatunya di mana dia mengaku terang-terang bahwa dia menembak kepala perempuan 'cina' itu selepas perempuan itu di tolak jatuh, yg ketika itu dlm ketakutan dan minta jangan di bunuh, sambil berkata dia mempunyai anak! masyaAllah, mana kemanusiaan di kalangan polis, di kalangan para hakim, di kalangan rakyat, di malaysia, di mesir, di palestin, lubnan...di kalangan yang bernama manusia. insaflah kamu, sangat sekejab hidup dibumi ini. gua sekarang sudah tua, 66 tahun, telah melalui liku-liku yang pahit berbisa dan yang indah-indah, akan pergi menemui maut mungkin tidak lama lagi, dan ingin memaklumkan pada yang bakal di tiggalkan bahwa hidup ini penuh dengan manusia yang perangai sangat buruk, olih itu berhati-hatilah, pautlah segala pengharapan kepada Allah S.W.T.