Empat lelaki bersenjata parang memecah masuk rumah Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan mengikat lima anggota keluarga ahli politik berkenaan dalam kejadian di Nilai Springs Villa, di Nilai, Negri Sembilan, awal hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 pagi itu, tiga lelaki terbabit memasuki banglo itu ketika anggota keluarga Mohd Isa iaitu dua anak perempuannya, seorang menantu lelaki, seorang cucu dan anak saudara selain seorang pembantu rumah sedang tidur.
Ketua Polis Daerah Nilai Supt Mohd Yusoff Awang berkata ketika kejadian Mohd Isa dan isteri berada di sebuah lagi kediaman beliau di Seremban.
"Ketika semua mangsa sedang nyenyak tidur dalam bilik masing-masing tiba-tiba mereka dikejutkan dengan kehadiran tiga lelaki bersenjatakan parang dipercayai rakyat asing.
"Kesemua mangsa termasuk seorang pembantu rumah yang berusia dalam lingkungan 20 hingga 30-an dikumpul dalam sebuah bilik dan diikat oleh penjenayah berkenaan," katanya pada sidang akhbar hari ini.
Beliau berkata lelaki terbabit kemudian menggeladah kediaman itu dan melarikan empat telefon bimbit serta dua peti besi yang mengandungi barang kemas serta jam berjenama milik ahli politik itu yang dianggar bernilai ribuan ringgit.
Katanya siasatan awal mendapati penjenayah memecah masuk kediaman itu melalui pagar belakang dan bertindak mengacukan parang terhadap seorang anggota polis bantuan yang berada di pondok pengawal di hadapan rumah itu dan mengikatnya.
"Seorang daripada suspek mengawal anggota polis bantuan itu manakala tiga lagi suspek masuk ke rumah mangsa selepas mengumpil tingkap rumah di bahagian belakang," katanya.
Mohd Yusoff berkata semua mangsa berjaya melepaskan diri dengan bantuan seorang anggota polis bantuan lain yang tiba selepas semua suspek beredar.
Jumlah kerugian sedang ditafsir oleh mangsa dan pihak polis sedang memburu semua suspek terlibat, katanya yang meminta mereka yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Sementara itu, Mohd Isa dan anggota keluarganya enggan ditemui pemberita kerana masih trauma dengan kejadian itu. - Bernama
ULASAN GB
Rumah menteri kena rompak lagi. Sebelum ini rumah bangalow Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin telah dipecahmasuk oleh perompak.
Masihkah menteri boleh mendabik dada menyatakan negara kita paling selamat?
Berulang kali GB sudah katakan tapi Menteri KDN, Pemandu dan KPN masih bertegas menyatakan kadar jenayah dah turun.
Petikan ulasan GB yang lalu
Sekarang satu demi satu terkena batang hidung, beberapa hari lepas Bekas ketua Wanita UMNO Bukit hangus mati ditikam, pada bulan lalu banglo Rahim Tamby Chik diceroboh, dari berita di atas rumah bekas Ketua Polis Melaka dan jirannya di Taman Sentosa kena rompak dan kini rumah exco di pecahmasuk. Beberapa rumah artis juga menjadi sasaran seperti Wardina, Mawi dan terbaru rumah Aznil dan Imuda.
Kebenaran itu tidak boleh disembunyi atau ditipu. Ia akan muncul juga bahawa kadar jenayah tidak turun seperti yang digembar-gemburkan.
Anggota polis nampak gayanya lebih memberi tumpuan untuk menyekat parti politik pembangkang dengan segala kekuatan FRU, CID, SB dan sebagainya ditambah untuk mengekang kebangkitan rakyat dan mempertahankan kerajaan UMNO BN yang dah nak tumbang.
Sedangkan persoalan jenayah diabaikan dan dipandang remeh.
11 ulasan:
Syukur malaysia masih aman...
Pasal apa tak angkut dng rumah2 sekali!!??
menteri yang tak rasuah bebas dari tuduhan julap duit pun kena ! apa indek jenayah negara kini daa?ABU jangan lupa ;)
Isa samad kan banyak duit....setakat kena rompak 30k - 40k,.....duit tu kira derma dah lah, duit yang baki pon tidak akan habis sehingga isa samad mati.....nak takut apa...
Adakah TSIS lupa bayar zakat harta atau pendapatan menyebabkan berlaku insiden ini.
Pemimpin rompak duit rakyat, last2 rakyat rompak pemimpin balik..pemimpin xsedar kot yg semua tu Allah nk tunjuk balasan balik..tupun belum diambil kira dgn mangsa2 politik yang lain...ramai lagi yang teraniaya..if xsedar lagi xtahulah...skrg ni Allah bg 'cash' je dkt dunia, xperlu tgu akhirat dh...cuma menunggu waktu tiba sahaja...
Boleh dikira slamat lah tu, rompakan demi rompakan adalah perkara biasa jak... yg tidak kira selamat macam Syria dan Mesir, i love malaysia yg aman damai dri peperangan.
Kes terpencil, tak yah sebokla tak luak pon pitih Matisa
Tuan umah tak merungutpon, awak orang luar pulak lebeh lebeh
INI KES TERPENCIL, FAHAM TAK!!!!!!
Alhamdulillah negaraku aman damey
pemimpin bersih, cekap, amanah
Buleh buat teladan
Aku rasa bersyukur sangat rumah perompak kena rompak. Bila berita ni diajukan kpd ayah aku (peneroka), dia jawab, kenapa la perompak tu x tetak sampai mampu isa pendek tu
asraf ka pulak kata malaysia aman?
LEPAS NI PLAK RUMAH MENTERI MANA PULAK KENA ROMPAK. sYUKUR LA MALAYSIA AMAN.......HUHUH
Catat Ulasan