25 Jul 2013

Keputusan Rasmi Kuala Besut: BN Kekal Kerusi, Majoriti 4,000 Tersasar -updated


Keputusan rasmi untuk pilihan raya kecil DUN Kuala Besut baru saja diumumkan sebentar tadi.

Keputusan menunjukkan BN mengekalkan kawasan DUN berkenaan.

Pilihan raya itu menyaksikan pertembungan calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dan calon PAS Endot@Azlan Yusof

LANGSUNG

10.15pm: Pengurus pilihan raya kecil DUN Kuala Besut A Rahim Jusoh mengumumkan Tengku Zaihan sebagai ADUN Kuala Besut.

BN - 8,288 undi
PAS - 5,696 undi
Majoriti - 2,592 undi

Ia menunjukkan bahawa BN hanya berjaya menambah 158 undi berbanding majoriti dalam pilihan raya umum 5 Mei.

10pm: Kumpulan penyokong BN bersorak sebaik calon parti itu, Tengku Zaihan tiba ke pusat penjumlahan undi.

Tengku Zaihan diiringi barisan pemimpin parti tersebut - Tan Sri MuhyiddinYassin, Datuk Seri Ahmad Said, Datuk Seri Idris Jusoh dan Datuk Ahmad Maslan.

9.02pm: AJK pusat PAS Dr Dzulkefly Ahmad berkata parti itu sedar bahawa BN mendahului dalam pilihan raya umum lagi dengan majoriti 2,434 undi.

Namun, BN hanya berjaya meraih tambahan kira-kira 200 undi walau mengumumkan peruntukan RM477 juta semasa kempen tersebut, katanya.

"Kami berpuas hati dan reda, meskipun disogokkan dengan begitu hebat dan juga mereka mengharapkan menang 4,000 undi, tetapi kami berjaya mengagalkan mereka," kata Dzulkefly.

"Kami tahu sukar (untuk capai) menang tapi tidak mustahil dan kami menerima kekalahan. Kami melancar serangan bersungguh-sungguh namun pelbagai sebab (kekalahan) ini," katanya.

Tambahnya, PAS juga tidak melihat bahawa strategi mereka untuk membentuk jumlah kerusi yang sama banyak di DUN Terengganu itu merupakan satu kesilapan.

"Kami tidak menganggap agenda 16:16 satu yang silap, kerana kami telah menjelaskan sejelas-jelasnya, cuma ada rakyat yang faham dan percaya, tetapi tidak boleh memberi undi. Jika dihitung dengan sogokan, ugutan dan sebagainya.

"Kami juga berdepan dengan pengundian (pada hari bekerja), menyebabkan pengundi luar dan penyokong kami tidak dapat balik.

8.50pm: Tak rasmi - BN menang dengan 2,650 majoriti.

8.30pm: ANALISIS - PAS membuka gelanggang dengan menimbulkan isu besar termasuk isu tanah dan juga strategi untuk mencapai jumlah kerusi sama banyak dengan BN - 16:16.

PAS kemudiannya berubah arah dengan menganjurkan program seperti karnival mesra rakyat, cabutan bertuah dan juga pemberian petrol percuma kepada penunggang motosikal.



Pertambahan jumlah majoriti undi BN yang tidak begitu signifikan itu juga menunujukkan bahawa PAS masih dapat mengekalkan pengaruh dari penyokongnya walau tewas.

8.25pm: Setiausaha agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menulis ucapan tahniah kepada parti atas kemenangan di DUN Kuala Besut.

"Tahniah BN, kita menang dengan majoriti lebih baik walau jumlah keluar mengundi 79 peratus, kita menang kesemua pusat daerah mengundi.

"Terima kasih rakyat Kuala Besut (kerana) undi BN," katanya.

8pm: Sumber PAS menyebut, BN mendahului dengan hampir 2,600 undi.

BN pada awal kempen mensasarkan untuk meraih sehingga 4,000 undi majoriti.

PAS - 5,283 undi
BN - 7,882 undi
Majoriti - 2,599 undi
Rosak - 93 undi



BN dahului PAS di Kuala Besut


Berdasarkan keputusan awal yang diperolehi, Barisan Nasional (BN) dijangka menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, bahkan boleh menambahkan majoritinya.

Keputusan awal yang diterima bilik gerakan parti masing-masing menunjukkan calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman berada di depan berbanding calon PAS, Endut @ Azlan Yusof atau lebih dikenali dengan nama Che Long.

Di Pulau Perhentian yang tamat tempoh pengundiannya jam 3 petang tadi, calon BN mendahului calon PAS dengan majoriti yang lebih besar berbanding Pilihan Raya Umum 13 (PRU13), Mei lalu.

Keputusan tidak rasmi di daerah mengundi ini menunjukkan calon BN menang dengan majoriti 275 berbanding 269 undi dalam PRU13.

Berdasarkan Borang 14 (borang yang menyatakan keputusan kiraan undi yang disahkan oleh wakil kiraan undi setiap parti), calon PAS juga tertinggal di Daerah Mengundi Bukit Puteri padahal dalam PRU13, calon PAS menang dengan majoriti 90 undi.

Keputusan dua saluran mengundi di Bukit Puteri menunjukkan calon BN mendahului calon PAS dengan majoriti 54 undi.

SPR memaklumkan, keputusan rasmi dijangka akan diumumkan kira-kira jam 10.30 malam nanti.

Bilik gerakan PAS dan BN menerima keputusan pilihan raya ini satu persatu berdasarkan saluran mengundi yang sudah selesai dikira.

Sementara itu, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menulis ucapan tahniah kepada BN atas kemenangan di DUN Kuala Besut.

"Tahniah BN, kita menang dengan majoriti lebih baik walaupun jumlah keluar mengundi 79 peratus, kita menang semua pusat daerah mengundi.

"Terima kasih rakyat Kuala Besut (kerana) undi BN," katanya.
-TMI

8 ulasan:

Waris berkata...

Sudah sampai masa pas berubah. Cara lama pas terengganu tak boleh pakai dah. Jangan diharap spr akan berubah di mana ianya perlu diubah

BaDiN berkata...

Alhamdulillah PAS sudah menang menerusi peruntukan yang melampaui batas daripada BN demi kelangsungan kuasa politik rasuah pembangunan.
PAS menang apabila BN terpaksa membuat pelaburan ratusan juta ringgit demi maruah Deris dan Md Said.
PAS menang apabila semua jentera kerajaan terpaksa BN pergunakan.
PAS menang apabila Umno takut bertanding menggunakan lambang sendiri.
PAS menang apabila BN gagal mendapat 4000 majoriti seperti yang diimpikan.
PAS menang apabila rakyat sudah meluat kepada Umno jika segala janjinya tidak ditunaikan menjelang Pru 14.

Tanpa Nama berkata...

Biarkan mereka menang..biar hanyut dengan kemegahan mereka..biar mereka teruskan rasuah, pembaziran..masa mereka sudah semakin hampir

maw berkata...

bn/umno/apco berkokok kemenangan majority 4000,yang diperolehinya 2640 lebihan undi.ini terbukti kemenangan yang membuahkan hasil dari taboran wang rasuah,untok yang akan mendatang warga terengganu harus bijak untok menilai harga diri.sekarang rm500-rm1000,pru14 atau terkojolnya ahli bn/umno akan datang takkan nilai kamu takat lapok itu aja.sedangkan harga lembu pun lebih mahal dari harga diri kamu.harga lembu tiap tiap hari mendatang akan naik,harga kamu tiap tiap lima tahun,itu aja?.wahai warga besut,warga terengganu yang menerima dan memberi rasuah kamu memang tidak ada harga nilai diri disunia apatah lagi dipadang masyar nanti.bagi kami memberi dan menerima wang rasuah dari dana rakyat atau pun tidak kami tidak sesekali menghalalkanya.

Tanpa Nama berkata...

menang?...ya menang...giliran kaki tangan awam dapat brim 500...kaki tangan selangor sebulan gaji...tahniah.

Tanpa Nama berkata...

Bulan barakah siapa menang dan dengan apa cara sekali pun muslihat pertandingan yang digunakan biarkanlah ia berlalu jika yang diusahakan itu mendapat kerdhoaan dari Yang Maha mengetahui terimalah dengan hati yang ikhlas dan sebaliknya yang diamalkan oleh yang beroleh kemenangan tunggulah balasan dari Yang Hak yang akan menurunkan Bala keatas hambaNya yang zalim dan pengkhianat Insya Allah amin.

Tanpa Nama berkata...

kalau tanpa rasuah,ugutan pada anggota tentera dan kakitangan kerajaan terutama guru, BN boleh menang ke.Tak layak nak berbangga tetapi gembira,lega sebab mudah nak songlap.

Tanpa Nama berkata...

Sokong komen Ann.Waris,11.05pm.
Pada PRU 13 BN tak pun curah duit seperti diKuala Berang,PAS tak juga dapat lebih dari 15 kerusi DUN.Rasuah pengundi itu memang kerja UMNO/BN dulu dan selama-lamanya.Sebenarnya,pengalaman PAS memerintah 1999-2004 telah dijadikan modal oleh UMNO/BN diKuala Berang.Muka-muka tahun 1999-2004 tu masih kelihatan lagi menjadikan pengundi bosan dan kurang percaya kepada PAS.Ini hakikat,walau pun pahit PAS Trengganu wajar terima.