25 Jul 2013

65% Rakyat Mesir Tolak Rampasan Kuasa Tentera


Kaherah - Mesir. Kira-kira 65 peratus masyarakat Mesir menolak rampasan kuasa tentera apabila masih enggan bersurai dari berhimpun jalanan di sekitar Kaherah sejak 3 Julai.

Penganalisis politik Mesir Hisham el-Batal berpendapat, rakyat menolak rampasan kuasa tentera kerana masih trauma dengan era pemerintahan rejim Hosni Mubarak yang mencatatkan peningkatan jumlah kematian setiap hari.

“Rampasan kuasa itu ditolak jutaan rakyat termasuk pegawai tertinggi ketika era Hosni yang kini masih dipenjarakan,” katanya dipetik Press TV

Menurutnya, demonstrasi itu tidak hanya dilakukan oleh gerakan Ikhwanul Muslimin, ia sebaliknya turut dilakukan oleh kumpulan anti Amerika Syarikat.

“Negara antarabangsa tidak boleh menuduh demonstrasi ini didalangi kumpulan pro Mursi kerana jutaan rakyat termasuk anti Mursi mula mengerumuni Kedutaan AS bagi mendesak negara itu supaya tidak campur tangan dalam urusan pentadbiran di Mesir,” katanya.

Beliau berkata, kumpulan yang menyokong penggulingan itu berasa bimbang kerana mengetahui kesan penggulingan tersebut membawa kepada campur tangan AS secara meluas di Kaherah.

4 ulasan:

Otak geliga berkata...

mendapatkan kuasa dgn cara tak baik, makanya ia akan terus berulang....berulang...berulang....nak buat mcm mana, dah itu pilihan masing2

Tanpa Nama berkata...

Bila golongan Freemason menguasai dunia....inilah kesannya!!! Boleh berlaku di negara kita..waspadalah!!!....

Monkey Code berkata...

Bermula di Khurasan (Afghanistan)..Bosnia..Cechnya.. Syria dan sekarang Mesir dan bergerak pantas keseluruh Middle East-tanah Arab dan akhir nya keseluruh dunia....kita umat Islam tegah bergerak secara tersusun kearah perang besar akhir zaman. Dunia akan dipisahkan kepada 2 kumpulan sahaja(termasuk Malaysia).

1) Pro Dajjal-Zionis,Syiah,West&East,PBB...the rest of the world.Anti God and Anti Islam.A great Conspiracy and Deception period.New World Order/New-Age is their religion and order.

2) Mohamad S.A.W follower (Muslim),Pro One God-Islam(di tuduh sebagai kumpulan terrorist), Allah Rule and Order.Permualaan ke zaman imam Mahadi dan nabi Isa A.S.

BaDiN berkata...

Di sana 51% dijatuhkan/dirampas dari penguasaannya dan di sini Negara Melayu> 51 % dinafikan kemenangannya DAN sekarang dikedua duanya minoriti yang memerintah.Apa makna demokrasi cara begini? Kebersamaan di sini adalah Pro US,pro Yahudi,Islam baka jadi pemerintah.