PKR menggesa Kerajaan Pusat melantik satu badan bebas bagi menyiasat dan mengkaji kadar tarif elektrik masakini ditetapkan Tenaga Nasinal Berhad (TNB) yang dikatakan tinggi dan membebankan pengguna.
Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen berkata, siasatan itu perlu kerana majoriti pengguna sekarang menerima kesannya yang berpunca daripada pemasangan meter elektrik elektronik yang baru menggantikan meter analog lama.
“TNB tidak boleh memberikan alasan dan mesti membenarkan badan bebas dilantik untuk memeriksa dan menguji meter digital ini.
“Kerajaan boleh melantik badan bebas ini, begitu juga Suruhanjaya Tenaga. Ini kerana meter kepunyaan TNB maka kebenaran dari TNB diperlukan bagi membuka meter dan menyiasat.
“Kita juga mahu pihak berkepentingan terlibat termasuk Pakatan Rakyat (PR) dan BN kerana ini adalah isu rakyat,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata, PR menerima banyak aduan daripada pengguna mengenai perkara itu yang menyatakan rasa tidak puashati mereka.
Katanya, alasan diberi TNB bahawa bil elektrik tinggi dari meter baru berpunca daripada bacaan meter lama yang tidak tepat adalah tidak munasabah sama sekali.
Berikutan itu, Wong memberitahu, PR menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyiasat dan mengetengahkan isu itu yang dianggotai Naib Presidennya, Datuk Chua Jui Meng; Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datuk Dr Tan Kee Kwong, Adun Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar dan beliau sendiri.
“Jawatankuasa ini akan melancarkan satu kempen awam untuk menegaskan kepentingan ketelusan berhubung dengan bil elektrik tinggi.
“Kita juga akan melancarkan laman sesawang minggu depan bagi penglibatan awam dan satu petisyen akan dihantar ke TNB untuk tujuan ini,” katanya yang mendakwa orang ramai menyatakan kesanggupan membayar RM20 bagi kos pemeriksaan untuk mendapatkan bacaan meter yang tepat.
Manakala Chua berkata, tarif elektrik ditanggung rakyat ketika ini begitu tinggi dan satu tindakan segera perlu dilakukan bagi mengatasinya.
“Satu masalah membebankan rakyat, pihak peniaga dan yang lain. Hampir setiap isi rumah mengalaminya dengan kenaikan sampai 100 peratus, 200 peratus atau lebih.
“Jawatankuasa ini akan membantu rakyat bagi penggurangan kadar tarif elektrik kepada satu kadar yang lebih rendah atau hampir dengan bacaan meter lama,” ujarnya.
12 ulasan:
Jom pakai solar lah pulak. Kalau lah ada usahawan bumiputera atau sesiapa yg boleh mengusahakannya. Pasti menguntungkan rakyat.
Satu lagi business kroni UMNO / BN kepada rakyat. Kebajikan satu pun tiada business dengan rakyat seribu - satu macam dibuatnya.
Betul tu... kat rumah aku dulu sebelum tukar meter bil sekitar 160 -180 sebulan. Selepas tukar bil tak pernah bawah 200 padahal cara penggunaan lebih kurang sama
Rumah aku pun sama...dulu byr bawah rm100 sekarang dah hampir rm200....guna alat elektrik yg sama....dulu lampu tingkat bawah buka sampai ke pagi...sekarang off pun masih lagi bil mahal..klu nak untung besar pun jgn ler bebankan rakyat cam aku ni..hidup bn!hidup najip!
kalau pakai alat yg boleh kurangkan caj letrik tu, macam mane ye?
Halal tak? sbb melawan penipuan & kezalimam.
Sbenarnya kcekapan mter lama agak kurg cekap bbnding mter baru.. Kalau mter lama tnb akn rugi dlm 30% dr pgunaan arus sbenar pguna (xrekod tepat) Bila dpsg mter bru kcekapan mter tsbt +-2% ini bmakna tnb kembli untg 28%.. Manakala pguna kna tgung pnambhn 28% dr sbelumnya..
According to an ex-technician of TNB who refused to be named, the digital meter is set at a faster rate of at least 20% to set off the lost due to tempering of meter by some irresponsible consumers.
Therefore I strongly support the call by opposition to set up an independent body to investigate the claim. I am sure, most consumers do not mind paying RM20 for the service.
Kalau bab alat pengukuran ni ada lah di bawah bidang kuasa jabatan timbang dan sukat. apa pasal meter tnb ni di kecualik olih akta timbang dan sukat ni? kalau dacing penjual ikan atau sayur pon misti di periksa setahun dan di luluskan setahun sekali.
.
Ex- technician? Sy technician tnb dan tlbt scra lgsg mnukar & dan mguji ktepatan mter... Bab kalau kata mter tlah dset laju 20% i2 xbenar.. Meter yg bru ni standard.. Kadar ktepatn iatu +-2%.. mgenai akta timbg dan sukat plak mter ini tlah di uji dgn suruhanjaya tenaga dan sirim.. Sy bpendpt tarif elektrik i2 sdiri perlu dikaji.. Kerajaan sbnarnya ingn mgurangkan subsidi gas & minyak ini yg akn mybbkan tnb tpksa mnanggung beban.. Jd siapakah yg perlu tanggung subsidi? Rakyat? Tnb? Kerajaan? (just nk kongsi fakta ada slah dan silap maap)
Kalau nak kurangkan subsidi, kenapa kepada TNB? kenapa tidak pada penjana bebas..Setiap tahun, kerajaan bayar subsidi lebih RM6billion untuk subsidi sahaja kepada pejana bebas ni..kemudian penjana bebas ini jual tenaga kepada TNB pada harga bukan subsidi..TNB nak tak nak kena caj ikut harga tanpa subsidi untuk mengelakkan kerugian..
sama gak dengan roti putih massimo..robert kuok dapat tepung pada harga subsidi sedangkan gardenia (milik syed mokhtar) harga pasaran..kerajaan bantu orang cina..tapi dgn melayu berkira..tapi bila cakap dalam tv..cina tak kenang budi..apa hal ni??
pasal nak kecoh22 ada rakyat masih suka dan percaya DACING B angkai N egara lagi,Manusia bodoh dan GILAA je
yang suka barang mahal dan NAIK HARGA
Ini telah terjemahkn pada PRU13 bila usaha hendak hapuskan tol,ptptn,turun
harga minyak kereta dn sebagainya tlh
dianggap mustahil olen PENJILAT BONTOT LEMBU um NO/B end.jadi BODOH kerana dapat BRIM RM500 dapat tnggung
keluarga setahun.RAKYAT DIPERBODOHKAN
DULU PENCAPAIAN KRONI DIUTAMAKAN
Angin bayu sbnarnya bukan kerajaan yg byar kt IPP (pjana bebas).. Tp tnb yg byar kt Ipp.. Tnb kna byar pd tenaga yg d gnerate oleh tnb sdiri... Sdgnkan tenaga yg dgnerate 2 xdguna ksmuanya.. Tp ipp xpduli lebhn tenaga yg xdgunakn.. ( maksudnya gnerate lbh dr kperluan tnb) ipp ni ibrat goyang kaki dpt duit buta.. I2 belum dkira dgn losses bila dhantr mlalui pylon2 ke pcwang2... Jd tnb tpksa mngung kos2 khlangn d pylon2.. Xtmasuk lg khlgn tnaga d rumah/premis2 dlm lgkungn 20%-30% ( untk mter lama) ini adalh dsbbkn faktor kuasa d dlm umah(kapasitor bank)... I2 lh sbbnya tnb ingn mnukar mter baru.. ( yg mana salah sila tnjuk ajar)
Catat Ulasan