8 Jun 2013

Zaman Umno-BN Perdaya Rakyat Sudah Berakhir


.Zaman Umno-Barisan Nasional (BN) memperdaya rakyat, khususnya masyarakat Cina dan India, dengan menabur fitnah bagi memburuk-burukkan PAS sudah berakhir, kata Ahli Dewan Undangan Negeri Paya Jaras Mohd Khairuddin Othman.

Beliau berkata, kalau dahulu rakyat sering diperdaya dengan fitnah Umno-BN bahawa PAS adalah sebuah parti yang ekstremis, tidak bertolak ansur tetapi hari ini tidak lagi.

“Rakyat hari ini terutama di bandar dan pinggir bandar sudah dapat menerima kehadiran dan perjuangan PAS,” kata beliau yang juga Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Selangor.

Pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) katanya, hampir keseluruhan anggota masyarakat Cina, sebahagian kaum India dan Melayu telah memberi sokongan kepada calon-calon Pakatan Rakyat di negeri Selangor.

“Sebagai contoh, di Paya Jaras ini anggota masyarakat Cina telah memberi sokongan padu kepada saya sebagai wakil rakyat mereka,” katanya dengan disambut sorakan meriah ketika beliau berucap di Majlis Penghargaan Wakil Rakyat malam tadi.

Majlis ini dianjurkan oleh Unit Peti Undi (UPU) Aman Puri dan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) di KIP Industrial Park, dekat sini dengan dihadiri lebih 5,000 ahli dan penyokong, kebanyakannya anggota masyarakat Cina.

Khairuddin dalam ucapannya merakamkan terima kasih dan penghargaan di atas sokongan yang tidak berbelah bagi dari masyarakat Cina sambil berjanji untuk mengekalkan sistem pendidikan Cina dan kebudayaan Cina.

Beliau melahirkan keyakinan bahawa jika trend sokongan sebegini berterusan maka tidak mustahil Pakatan dapat memerintah Putrajaya selepas PRU-14 nanti.

Pada PRU-13, Khairuddin menewaskan Mohammad Bushro Mat Johor dari BN dengan mendapat majoriti 5,522 undi. Pada PRU-12, Khairuddin tewas kepada Mohammad Bushro di kawasan Dewan Undangan Negeri yang sama.


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ambiga Sreenevasan - Oslo Freedom Forum

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=R2bdk0uvXsI

Tanpa Nama berkata...

Yang menyokong bn cuma mereka yg fanatic tengok tv, baca surat khabar pro bn dan air kencing berwarna biru.Tak boleh ubah.
Pasal itu wifi tak di sebarkan merata tempat.Hampir 1.3 juta hectar tanah rezab Melayu habis tergadai, lagi fanatic fanatic bagal ini menyokong.Mana maruah kalau tanah bangsa sendiri tergadai ke tangan lain.Bagaimana kebanyakkan saham 52 billion bumi habis di agih sesama kroni dan mengaku bantu bumi.Ingatlah maruah ugama, bangsa itu penting supaya kita tak di pandang hina oleh orang lain.Pasal itu mereka hempas pulas dengan apacara pun untuk menang PRU13, takut penipuan terbongkar.Ingat ini semua dunia, kau ambil lah habuan kami tapi jangan ketakwaan kita keAllah di tarik balik.