8 Jun 2013

[VIDEO] Himpunan 15 Jun Diteruskan Sekalipun Polis, DBKL Berdolak- Dalik


Perhimpunan Aman Black505 pada 15 Jun ini akan diteruskan seperti yang dirancang walaupun berdepan sikap double standard pihak berkuasa yang disifatkan cuba untuk melengah-lengahkannya.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mendakwa, polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) cuba melengah-lengahkan himpunan tersebut apabila mula berdolak-dalik berhubung kebenaran penggunaan Padang Merbok.

Beliau berkata, tindakan polis dan DBKL itu bercanggah dengan Akta Perhimpunan Aman.

“Kita berpendapat kita memenuhi keperluan memberi notis 10 hari kepada polis dan mengemukakan permohonan penggunaan padang kepada DBKL.

“Sebelum ini polis juga mengambil pendirian serupa, kena dapatkan kebenaran pemilik tempat dahulu, tetapi pada masa sama bila kita cuba dapatkan kebenaran daripada pemilik tempat.

“Pemilik tempat pula memberi alasan perlu mendapatkan kebenaran polis dahulu dan ini jadi permainan oleh badan-badan kerajaan ini yang menjaga harta awam untuk melengah-lengahkan dan menyukarkan perhimpunan,” kata Rafizi kepada TV Selangor.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad ketika mengesahkan penerimaan notis tersebut memberitahu TV Selangor, penganjur Perhimpunan Aman Black505 gagal mematuhi syarat di bawah Seksyen 10C Akta Perhimpunan Aman kerana tidak mendapat kebenaran DBKL bagi menggunakan Padang Merbok.

Justeru, perhimpunan tersebut dianggap sebagai perhimpunan haram sekiranya diteruskan.


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Rakyat majoriti harus turn ke jalan raya di seluruh negara kalau BN terus mendesak pemimpin PR.

Jangan cabar kesabaran rakyat.

Kerajaan Bangla Najib harus sedar bahawa tanpa pengundi Bangla, undi yang diperolehi mereka mungkin tidak sampai 40%.