Dari FB: "Baru2 ni sempat solat jumaat di kampung halamanku. Siap solat Jumaat, tolong abah kira duit tabung jumaat. Terjumpa duit RM10 digulung dalam duit RM1.
Aku berseloroh "Ada juga jenis balut mcm ni". Abah kata "Tiap2 mggu wajib ada dia ni. RM11..duit RM10 mesti dia gulung dgn duit RM1. duit RM1 ja nampak".
Aku terfikir..mungkin penderma ni cuba elak agar diri tak menjadi merasa riak. Kita bagaimana?? Bila derma Rm1 rasa seperti Rm100..? Renungan untuk diri.
Ulasan GB
"mengikhlaskan diri" di dalam setiap tindakan dan perbuatan... apatah lagi di dalam menghulur sumbangan dan derma agar tidak dilihat oleh manusia lain demi untuk mengelakkan perasaan riak, sum'ah dan ujub bertakung di kolam hati..
esok kita ke masjid... sikap pemuda di atas patut kita teladani...
5 ulasan:
Benda begini UMNO BN tak akan ambil tahu kerana bagi diaorang ini perkara kecil sahaja. Walhal inilah akan memberi pahala kelak kepada di akhirat kelak. Buktikan kempen PRU ke -13 BN semua tayang dia punya pembangunan kepada rakyat nak suruh rakyat ingat dia punya jasanya. Ini bukti diaorang tidak ikhlas langsung dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat.
alahai bn/umno oii!!!sesiapa saja yang dilantik rakyat menjadi pemimpin berwajib dan tanggongjawab merekalah membuat pembangunan,keselesaan serta memantapkan ekonomi rakyat.bukan perlantikkan itu bertujuan menipu,merompak hak serta dana rakyat.syabas serta berpahala besarlah sekira ada pemimpin yang memberi kesedaran pada rakyat yang telah lama didera secara halus,ditipu,dirampas,dirompak dana serta harta rakyat.terutama hak asasi rakyat.pemimpin yang berkaliber yang tanpa gentar inilah pilihan rakyat.biar lingkop bn/umno jangan sesekali lingkop rakyat.
Sewaktu minum malam di sebuah gerai di kota baru semasa cuti sekolah yg lalu.Kebetulan ada pula kumpulan nasyid membuat persembahan sambil mengutip derma.Sebelum balik ke hotel aku lihat isteriku menggulung duit rm 100.00 dng duit RM 5.00 sebelum dimasukkan kedalam tabung.Aku tersenyum melihatnya....
mana ada BN buat pembangunan, hampir keseluruhan pembangunan di bandar-bandar besar dilakukan oleh ahli perniagan/syarikat korporate. BN cuma tukang lulus dan sain kertas projek je, lepas tu minta komesion.
Pelik.post pasal derma ni pn, korang politik kan jugak, n buruk2kn bn.komen2 yg mghentam bn plak dluluskan utk d pblish kn.kdg2 aku tpikir,jika isu2 ni tuduhan melulu yg tiada basis,maka yg menanggung d akhirat adalah empunya blog.xkira dpihak mane pn anda,anda la yg btggjwb dlm melaga2kn sesama manusia.sifat mazmumah tu.beringat lh saudara..n sesama kite ingat mengingati.
Catat Ulasan