21 Jun 2013

Minta Campurtangan Tentera: KDN Cuba Takutkan Rakyat

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, tiada keperluan untuk tentera campurtangan dalam Himpunan Black 505 Sabtu ini dan dakwaan sedemikian sekadar cubaan menakutkan rakyat.

Beliau mengulas kenyataan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Seri Salleh Mat Rasid bahawa polis akan meminta bantuan tentera bagi menangani himpunan itu.

“Saya tidak fikir pihak tentera akan campur tangan dalam himpunan ini nanti,”

“Kita percaya polis juga akan bertindak secara profesional kali ini, tiada keperluan untuk pihak berkuasa berkeras,” katanya lagi.

Menjadikan himpunan KL112 sebagai contoh, Rafizi yakin suasana akan aman jika tiada sekatan dikenakan terhadap peserta himpunan.

“Adalah lebih baik pihak berkuasa membiarkan himpunan ini berjalan tanpa ada gangguan, kita telah buktikan himpunan lepas aman tanpa gangguan pihak berkuasa,” ulasnya.

Amaran serupa pernah dikeluarkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein pada Julai 2011 untuk mengenakan tindakan Akta Keselamatan Dalam negeri (ISA) dan mengerahkan tentera bagi menangani himpunan Bersih 2.0.

Bagaimanapun, tiada sebarang penglibatan tentera mahupun tindakan ISA dikenakan ke atas penganjur atau peserta himpunan itu. -KD


Black 505: Salleh jangan risau, tidak perlu tentera


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menganggap cadangan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Seri Salleh Mat Rasid yang mahu menggunakan bantuan tentera jika keadaan memerlukan dalam menangani pelbagai perkara terutamanya Himpunan Black 505 pada Sabtu ini sebagai tidak rasional dan relevan.

Bagi DPPWP, cadangan Salleh keterlaluan kerana menganggap perhimpunan tersebut sebagai suatu ancaman kepada negara dan dengan menggunakan tentera bererti nyawa dan keselamatan rakyat terutama peserta himpunan dalam keadaan bahaya.

“Mungkin kenyataan Salleh hanya suatu provokasi bagi menakut-nakutkan rakyat agar menjauhi perhimpunan aman yang dijadualkan pada Sabtu ini,” ujar Timbalan Ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz dalam satu kenyataan.

Justeru, tanya beliau apakah pihak polis tidak pernah menangani perhimpunan-perhimpunan aman yang diadakan sebelum ini sehingga terfikir untuk menggunakan khidmat tentera.

“Bukankah negara ini meriah dengan pelbagai siri perhimpunan aman sejak dahulu lagi dan kesemuanya itu berakhir dengan aman tanpa sedikitpun pertumpahan darah?” tanya beliau lagi.

DPPWP menegaskan peserta perhimpunan bukannya pengganas atau penjenayah berbahaya yang mahu menjajah negara.

Katanya, kesemua peserta himpunan hadir dengan santai bersama keluarga tanpa senjata.

Negara ini pula, ujar beliau bukannya berada dalam keadaan darurat sehingga memaksa tentera turun campurtangan.

“Salleh tidak perlu risau dengan perhimpunan ini kerana rakyat bukannya pemberontak yang tidak tahu undang-undang dan hak mereka,” ujarnya lagi.

Tambahnya, semua pihak menghormati perlembagaan, undang-undang dan sistem pilihan raya yang diguna pakai di negara ini.

Bahkan, jelasnya pemimpin perhimpunan berikrar tidak akan menggulingkan kerajaan melalui jalan raya.

Menurutnya, rakyat hanya mahukan keadilan dalam sistem pilihan raya yang telah ditipu dan SPR perlu bertanggungjawab terhadap kesemua dakwaan ini.

“Rakyat hanya mahukan kerajaan mengambil langkah menangani segera isu penyelewengan yang berlaku dalam pilihan raya dengan rombakan terhadap SPR serta penambah baikan agar PRU14 dijalankan dengan adil dan bersih,” katanya.

DPPWP mengharapkan, cadangan tersebut hanya tinggal cadangan dan tidak akan dilaksanakan menjelang himpunan Sabtu ini.

Katanya, rakyat menyanjung tinggi pasukan keselamatan terutama pasukan tentera yang begitu setia dan ikhlas berkhidmat untuk negara dan wajar tenaga mereka digunakan buat membendung jenayah dan pengganas yang menjadi ancaman sebenar kepada negara.

- HD

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

wahai rakyat malaysia jangan peduli dgn kdn dan jangan peduli dgn polis atau tentera ayuh mari kita hadir dan tuntut keadilan walaupun kita terkorban.

Tanpa Nama berkata...

aku terlalu benci akan polis..setiap kali ternampak polis mcm ternampak musuh ketat w'pun xkenal langsung..aku menganggap pekerjaan polis adalah pekerjaan yg paling hina..maaf la klu ade polis yg baik. tp apakan daya, luka lama tetap berparut. dosa polis terlalu kebal utk dimaafkan. i will never forgive them all!!!

ZIRAHNAMIA berkata...

sekarang ni mmg makin teruk...
Free Download Majalah, TV Series, Watch Anime & Movie Online @ ZirahNamia's Blog

SAnzomalaya berkata...

rakyat tak bawa apa2 cuma tawakal tapi yang peliknya Malaysia ni doouble standard confirm ramai yang kena tangkap tapi Oang SULU ddatang bawa senjata eh tinggal kat sini lebih 2 minggu rakyat sendiri kena belasah KAW KAW sebab nakkan keadilan. Hypothesis Orang LUAR bawa senjata leh dikasi 2 minggu untuk berundur RAKYAT MALAYSIA hari tu buat hari tu juga KENA BELASAH apa la punya undang2