Barisan Nasional (BN) akan terus kekal memerintah selagi sistem pengundian “first past the post” terus digunakan di Malaysia walaupun persempadanan semula dilakukan, kata ahli akadamik Amer Saifude malam tadi.
Timbalan pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMCEDEL) itu menjelaskan persempadanan semula kawasan pilihan raya pada akhir tahun ini akan memberi kelebihan kepada gabungan dipimpin oleh Datuk Seri Najib Razak dan akan memberikan keputusan lebih baik kepada BN berbanding Pilihan Raya 2013.
“Selagi mana kita mengguna pakai sistem first past the post, ia akan menjadi kelebihan untuk BN,” kata Amer dalam satu forum berkenaan kesan Pilihan Raya 2013 di sini malam tadi.
“Sejarah menunjukkan setiap kali persempadan semula, prestasi BN akan meningkat,” tambahnya.
BN yang diketuai Najib hanya memperolehi 47 peratus undi popular walaupun menang Pilihan Raya 2013 dengan majoriti mudah sebanyak 133 kerusi, berbanding 89 kerusi dimenangi Pakatan Rakyat (PR).
Beliau turut berkata Najib adalah Pengerusi BN pertama yang paling lemah ketika tempoh penggal pertama menjadi perdana menteri, kesan akibat kegagalan sistem tersebut.
Kegagalan sistem berkenaan jelas Amer dapat dilihat bagaimana BN yang tidak pernah mencatatkan 60 peratus undi popular masih menang dengan junmlah besar yang ditandingi mereka.
Beliau turut menjelaskan bagaimana beberapa kerusi di seluruh negara dipersempadankan semula tanpa sebab yang kukuh.
“Sesetengah persempadanan semula itu tidak masuk akal dan tidak adil, ia biasanya dilakukan untuk kepentingan sesuatu pihak,” katanya.
Beliau bagaimanapun turut berkata sebarang keputusan dan cadangan bagi merombak kedudukan sempadan perlu mendapat keputusan dua pertiga anggota Dewan Rakyat di Parlimen.
Beberapa pemimpin PR telah menyuarakan hasrat mereka untuk mengambil kesempatan daripada pertambahan kerusi di Parlimen untuk memastikan kedudukan persempadan itu dilakukan dengan adil apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan persempadanan semula penghujung tahun ini.
Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli mengingatkan jika aktiviti itu akan menyebabkan peningkatan jumlah kerusi, undi majoriti dua pertiga diperlukan untuk mengesahkan perubahan sebelum diluluskan oleh Dewan Rakyat.
Pertuduhan pengagihan pengundi yang tidak adil telah digunakan sebagai hujah utama oleh penggubal undang-undang PR untuk menyokong pertuduhan manipulasi berpihak kepada BN telah menyebabkan gabungan pemerintah itu terus berkuasa.
Dalam artikel terbaru portal berita FZ.com, Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Hubungan Ekonomi (IDEAS) Wan Saiful Wan Jan membangkitkan persempadanan kawasan pilihan raya yang sedia ada tidak logik dari segi saiz dan bilangan pengundi.
Perkara ini juga telah menarik perhatian media antarabangsa dengan Wall Street Journal dalam satu komen ditulis wartawan Hong Kong Philip Bowring memberikan pandangan mengapa PR kalah pilihan raya walaupun menang 51 peratus undi popular — keputusan yang ahli Parlimen pembangkang dan kumpulan masyarakat sivil menyalahkan manipulasi kawasan pilihan raya.
Bercakap kepada The Malaysian Insider, Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua mengatakan dengan pilihan raya berakhir dan usaha akan dilakukan untuk mencabar sesetengah keputusan melalui petisyen pilihan raya, langkah seterusnya bagi PR adalah untuk menumpukan kepada proses persempadanan semula. -TM1
Ulasan GB
Sebenarnya tidak ada masalah mengenai sistem pengundian “first past the post” JIKA badan SPR itu bebas dan berkecuali. Tetapi apa yang berlaku di Malaysia ialah SPR terlalu senget dan dalam banyak masa lebih merupakan kakitangan parti pemerintah bukan sebuah badan yang bebas. Justeru itu segala tugas yang dilakukan termasuk persempadanan semula kawasan pilihanraya lebih mengutamakan untuk memenangkan BN.
Itu sebab mengapa beberapa siri perhimpunan BERSIH diadakan. Ia bertujuan untuk mendesak agar SPR itu sendiri dibersihkan. Tetapi kerajaan memekakkan telinga kerana mereka tahu baahawa SPR selama ini adalah "budak suruhan" yang amat mereka sayangi kerana telah melakukan kerja-kerja cemerlang bagi pihak BN termasuk beberapa penipuan yang dikesan setiap kali pilihanraya diadakan.
Jadi tugas utama sekarang ialah mengembalikan "kebenaran dan keadilan" ditempatnya yang sebenar. SPR perlu dibersihkan dan semua perbuatan salahlaku SPR selama ini perlu dihukum dan mereka yang terlibat dihumbankan ke penjara.
GB tetap yakin Allah akan membantu kita di dalam perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan ini.
Marilah kita sama-sama terus berdoa!
اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه
1) Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba’ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah
Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yang batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).
وقل رب أدخلني مدخل صدق وأخرجني مخرج صدق
واجعل لي من لدنك سلطانا نصيرا
وقل جاء الحق وزهق الباطل إن الباطل كان زهوقا
2) Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nasiiran
wa qul ja alhaqqu wa zahaqal bathil innal bathila kana zahuqan
Ya Allah, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah(pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.
7 ulasan:
Terdapat terlalu banyak Hikmah dari kekalahan PRU13 yg kita tidak ketahui... sesungguhnya Allah lah pengatur yg Maha Bijaksana... Allah akan menunjukkan bahawasanaya kebergantungan secara total kepada kekuasaanNya dan Islam akan memberi kekuatan dan kemenangan yg tulen. oleh itu wahai ummah gunakanlah perjuangan ini sebagai satu jalan untuk kita bertawaduk kepada Allah nescaya Allah akan membantu dan membuktikan kepada seluruh manusia hanya Islam adalah jalan kebenaran yg menuju kejayaan dunia dan akhirat. Beristiqamahlah dalam memegang Islam dalam perjuangan, pasti akan berjaya.
...tapi disebalik hikmah yang amat menghairankan ialah begitu banyak insan-insan yang ngaku islam konon tapi sanggup di lembukan & dijadkan khinzir yang dicucuk hidung parti sekutu apco pandi kutty!
Sebenar BN TIDAK mendapat 46.8% undi rakyat. Jika diTOLAK undi hantu (Bangla,Indon, Myanmar, dll), undi awal(tak telus), undi pos(diragui, undi tipu(blackout, dsb) mungkin BN susah nak dapat 40% undi pun. Jadi kerajaan apa yg kita ada sekarang?
Kenapa depa tak boleh tipu?
Kenapa kena ikut peraturan?
Depa kata hangpa tak tipu hangpa la bodoh
Yg herannya kenapa dekat negara 'maju' depa ikut peraturan?
Betui ka ikut peraturan atau depa pandai sorok tak kantoi hahaha
Selagi tak kantoi tak salah hahaha
Isu sebenarnya adalah isu akidah hahaha
Kenapa depa buat apa yg depa buat?
jangan pulak mp mp pr tak hadir masa perbahasan undang undang persempadanan itu kelak hingga tak cukup korum untuk menentang ketidakadilan. Jika jadi mcm maasa budget dulu memang mp mp pr aku anggap tak guna sesen.pun. hanya nak jadi yb tapi malas nak ke parlimen. Alasan sibuk kat kawasan tapi sebenarnya kat kawasan pun tak turun. Aku tak kata semua tapi banyak yg mcm tu terutama mp mp melayu..tak habis habis dgn sikap malas...
si bahalol bukan bahalol sebenarnya, menipu tunjuk gaya bahalol untuk mudah tipu rakyat yea. tapi tak apa, tak boleh tipu bila dalam kubur kelak.
komen terhadap penulisan ini "FANATIK KEPADA AGAMA PAS MENGUNDANG KEJAHILAN"
Catat Ulasan