Pagi tadi lebih kurang pukul 10.30 aku singgah sarapan di bazar batu buruk sementara menunggu interview di steten minyak kerana sudah tiada kerja di Terengganu yang menggunakan Ijazah aku ini. Sewaktu makan, mata ni terpandang seorang pakcik yang "lusuh " karekternya.. Bau busuk, baju koyak, pakai kain pelikat singkat, tak beralas kaki, tapi berkopiah.
Duduk bersandar di tiang bazar dekat dengan kerusi aku. Terdetik dalam hati, apa pakcik ni kelaparan. Orang gila pun lapar, masih tetap manusia. Aku pesan satu lagi nasi minyak. Pesanan aku sampai ke meja. Terus aku beri pada pakcik tadi. Tuan kedai terkejut dan mengangkat tangan melambai seolah2 memanggilku. Aku pun balas tunggu skejap.
Pakcik tadi tenung aku sambil berkata "pakcik dah makan nak.. terima kasih nak.." Dalam hati terdetik sungguh indah bahasa pakcik yang ku sangka gila tadi. Aku bangun dengan kecewa kerana pesanan aku tidak dijamah oleh pakcik. Lalu aku pergi kepada tuan kedai yang memanggil ku tadi.
Ada apa pakcik? Pakcik kedai balas: Jangan bagi dan suruh dia makan kat sini, nanti customer pakcik lari. Aku tersentap. Dan spontan aku membalas. "Jika orang ini ayah kandung pakcik, pakcik halau tak dia?" Pakcik tu diam. Takpe pakcik, saya akan bayar ansuran kalo pakcik rugi hari ni. Saya nak tanya, betul ke pakcik td tu sudah makan? Pakcik kedai jawab, tidak. Dari mula pakcik buka kedai pukul 6.30 tadi pakcik kopiah tu duduk kat tiang tu.
Dalam hati kecil ni cakap, tak pernah aku jumpa pakcik gila semulia ini. Tidak mengemis, tidak pula meminta. Aku pegi semula pada pakcik kopiah tu. "Pakcik, saya sunyi makan sorang2, pakcik teman saya makan jom." Pakcik tu akur dengan pelawaan aku kerana kesungguhan aku. Ramai yang beralih meja kerana bau pakcik tu, namun kerana ingin menjaga hati orang tua yang aku tak kenal, aku tahan bau itu.
Lega tengok pakcik tu makan dengan sangat sopan. Aku lontarkan beberapa soalan pada pakcik tu. Pakcik dari mana, tinggal dimana? Pakcik tu jawab. Pakcik merantau cari redha Allah. Aku terkejut. Dalam hati aku dah syak bukan2. Kot2 wali ke ni? Mana keluarga pakcik?
Pakcik dibuang oleh keluarga pakcik kerana sekeping geran tanah. Kenapa pakcik? Apa masalahnya? Pakcik sedekahkan geran itu untuk seseorang untuk dibangunkan pondok2 mengaji. Keluarga pakcik terus buang pakcik. Allah...
Pakcik tinggal dimana? Pakcik tu diam tak menjawab. Masa terlalu singkat untuk aku menyambung urusan kerja. Aku panggil pakcik kedai untuk kira. Semuanya berharga RM 11.60. Aku celup dompet aku, dan aku lupa yang aku hanya bawa RM 5.00. Aduh.... Pakcik tu nampak raut wajah muka aku seolah2 melihat masalah dalam dompetku. Pakcik tu mencelah. Nak, ambil duit ni, pakcik bayarkan.
Nak tau ape? pakcik keluarkan satu sampul surat sebagai dompet dia (macam dompet TGNA), dalam tu duit seratus setebal setengah inci, dan satu kad BSN dan i.c lama (pakcik tu bekas tentera laut).. Satu kedai dia bayarkan. Allah.. Satu kedai hairan apabila pakcik kedai tu announce yang makanan semua sudah dibayarkan oleh pakcik kopiah tadi. Masing2 semua pandang aku dan pakcik kopiah. Dengan tiba2 pakcik kopiah angkat tangan dan berdoa dengan suara yang agak sederhana kuat, aku pun turut angkat sama. Dan paling terharu apabila aku dengar suara "amin....." dengan suara yang ramai. Bila aku berpaling ke belakang, satu kedai mengangkat tangan bersama pakcik kopiah tu.. Ada yang bangun mendekati kami berdoa dekat2.
Terasa sangat gemuruh dan terharu dengan keperibadian orang yang ku sangka gila ini rupanya seorang guru agama!! Ada yang menangis kerana doa oleh sang guru itu sungguh merdu.. Kecoh seketika.. Selesai berdoa, aku bersalam dengan pakcik tadi dan ucap terima kasih dengan harapan dapat jumpa lagi. Aku terus berjalan ke motor aku. Aku berpaling ke belakang, semakin ramai yang berkerumun pada pakcik tadi. Aku senyum tanda puas bahawa orang sekeliling mula mendekati pakcik. Aku buka semula dompet aku kerana aku simpan kunci motor dalam tu.
Nak tau apa? Aku terkejut kerana ada 2 keping duit seratus dan satu nota kecil yang bertulis: "Ambil duit ni buat beli susu anak dan buah delima untuk orang rumah anak yang mengidam.." Aku terkaku, dan terus pandang ke arah tempat pakcik tadi. Beliau sudah tiada disitu. Aku terus pakai helmet dan tutup pemuka helmet. Aku menangis kerana terharu dan sangat bersyukur. Bagaimana dia tahu aku dalam kesusahan...
Ya Allah.. Kau peliharakanlah pakcik itu.. (Copy pasted - Warta Dari Hati)
17 ulasan:
Itu lah rahsia org2 tua yg berilmu........
Persis Tok kenali. Sebak hati ini
bertuahnya kau..
maaf klu komen aku ni agak tak sopan:
Mungkin ttg bau sangat busuk tu,baju koyak & tak beralas kaki tu yg menyebabkan ramai org sangka dia tak betul.
Aku suka klu jumpa kanak2 yg blum baligh utk doakan aku. Aku akan ajor dia doa tu. Sbb depa ni dosa lum dikira.
Jgn sesekali pandang rendah kpd org tua2...
bukankah akhir zaman nih org normal disangkan gila..org jujur dikatakan penipu..org baik dikatakan jahat yg cakap benar dikatakan penipu..si pengkhianat dikata jujur dan amanah...yg celik(hati) dikatakan buta...yg buta (hati) dikata celik..lakukanlah apa yg hendak dilakukan didunia nih spt kata rasulAllah setiap perbuatan itu ada balasannya...spt dlm crita tadi boleh kat dia 2 keping note 100...nikmat aku yg mana yg nak didustakan kata Allah...kalo tak jaga, bersubahat demi kehancuran maka kufur nikmat...sanggup kah manusia menerima azab selepas tangan2 mereka yg buat kerosakan...biarlah sendiri mau ingat...bantu lah yg dizalimi dan bantulah yg zalim itu...semoga tak jadilah kita org2 yg rugi....zzzzzz
sungguh indah pengajaran dari crita ini,mohon copy ye tuan
Buku yang cantik tidak semestinyta cerita pun cantik, orang yang berpangkat tidak semestinya hati juga mulia. Yang sanggup menjemput orang tua ini duduk bersama walaupun orang lain tak suka, orang ini menunjukkan sikap yang mulia dan telah mendapat pengalaman yang akan menolongnya kelak.
Macamana "orang tua" tu boleh masukan 2-keping note RM100 dalam dompet pemuda ni. Ini yg buatkan aku terfikir akan kehebatan "ILMU" "orang tua" tu... atau...
MerakLangit
Allahuakbar...entah2 pak cik tua tu sebenarnya jelmaan malaikat yg diutuskan untk menguji hambaNya
waAllahu a'lam....
ter-menangis la pulak...
Yg hambe selalu jumpa yg minta duit atau minta belanja makanan yg dari first impression sah mat dadah. Ambe pun pernah belikan dia makanan/minuman yg dia nak. Kalau nak beli rokok, minta mahaffff le..
Tapi kalau masukkan dia kat pusat serenti, minumkan air yasin banyak2 sampai termuntah2, lepas tu beri makan bubur + carrot + sawi, kemudian aajar agama, tak mustahil bole jadi tukang azan at least.
Maha Suci Allah....
Masya-Allah. Menitis air mata bila membaca kesah ni.Sebab itu saya selalu berpesan pada diri sendiri agar tidak memandang rendah pada orang yang susah, cacat dan serba kekurangan. Mereka tidak minta dijadikan begitu...mungkin hari ini mereka susah..esok lusa kita tidak tahu. Mungkin tuhan memberinya rezeki melimpah ruah. Kunfayakun.
Allahuakbar...besar iktibarnya,awalnya nmpk biasa tapi endingnya begitu berkesan dihati.
Alhamdulillah....anda adalah insan yg berhati mulia....justeru anda membuat pilihan yg tepat pd insan, masa dan tempat yg tepat....anda jg sebenarnya terpilih....mga cite ini jd iktibar utk kita seme dlm membuat penilaian....tahniah bro...
Hidup ni pelik kan? Kadang2 bila kita nk tolong orang buruk sangka, bila tak tolong orang sangka buruk pulak. Apa yg perlu kita buat? Tp kisah ni mmg pelik, hanya Allah jua yg tau rahsianya. Apa yg dapat sy belajar dr tuan keikhlasan dan kesungguhan itulah kunci sebenarnya.
Catat Ulasan