23 Mei 2013

Zahid, Hentikan Tangkapan ‘Rakus’ Pemimpin Pakatan, NGO


Gambar: Tian Chua ditahan di LCCT

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor menyelar tindakan rakus Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang sejak memegang jawatan, berterusan menggunakan kuasa sewenangnya bagi menutup mulut rakyat dan menghentikan penentangan terhadap penipuan pilihanraya yang lalu.

Pembebasan Adam Adli melalui ikat jamin, tidak mencerminkan apa-apa apabila Yb Tian Chua, Sdr Haris Ibrahim dan Dato’ Thamrin Ghafar ditahan beberapa jam yang lalu.

Tindakan Zahid ini dilihat sebagai penuh kegilaan, mengancam dan menyekat kebebasan majoriti rakyat yang mula bangkit untuk mempersoalkan kerajaan Barisan Nasional serta SPR diatas beberapa penipuan jelas bagi rejim pemerintah mengekalkan kuasa dalam pilihanraya paling kotor dalam sejarah.

AMK Selangor bertegas sebarang bentuk penentangan, dan kebangkitan yang berlaku sejak 5 Mei 2013, bukanlah berpaksi kepada kekecewaan dan tidak menerima kekalahan tetapi adalah satu manifestasi persoalan tentang beberapa bentuk salahlaku serta penipuan pilihan raya.

Rakyat sebagai penentu masa depan negara, berhak mengetahui keadaan sebenar beserta punca serta menggesa tindakan pantas kerajaan untuk menjelaskan perkara ini.

Sebaliknya, Barisan Nasional tergesa-gesa menubuhkan kerajaan sebelum sebarang penjelasan diberikan dan inilah tindakan yang mendatangkan keraguan dan kekecewaan besar kepada rakyat terbanyak.

AMK Selangor menyeru pembebasan segera mereka ini yang lebih bersifat tahanan politik, dan sewajarnya Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri menjamin hak tahanan dan tidak memperlakukan mereka seperti pesalah, selagi mereka tidak dibuktikan bersalah oleh mahkamah.

Justeru, AMK Selangor menyeru rakyat tidak tunduk dan takut untuk mempersoalkan apa juga keraguan berkaitan dengan proses tatakelola negara, dan sebarang usaha keras oleh Zahid Hamidi dan Kementerian Dalam Negeri serta PDRM hanyalah satu usaha terdesak dan terakhir untuk mengekang kebangkitan rakyat ini. Semangat perjuangan rakyat, baru sahaja dinyalakan.

Azmizam Zaman Huri
Ketua AMK Selangor
Naib Ketua AMK Malaysia


Bebaskan segera Tian Chua, Haris


PKR hari ini mendesak pembebasan serta merta Ahli Parlimen Batu Tian Chua dan aktivis Asal Bukan Umno (ABU) Haris Ibrahim yang ditahan di bawah Akta Hasutan 1948 sebentar tadi.

Dalam satu kenyataan media, Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad menggesa kerajaan menghentikan pendakwaan bermotifkan politik terhadap aktivis Pakatan Rakyat dan NGO.

“Ini satu lagi bukti bahawa pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak masih lagi terperangkap dengan dasar-dasar lapuk UMNO-Barisan Nasional (BN).

Menurut Nik Nazmi, pada tahun lepas, Najib mengumumkan bahawa Akta Keharmonian Nasional untuk menggantikan undang-undang zalim tersebut namun Akta Hasutan yang digubal penjajah tersebut kekal.

Ujar beliau, “dakwaan bahawa beliau mahukan rekonsiliasi nasional selepas pilihan raya baru-baru ini juga terbukti janji kosong semata-mata.

“Ini adalah petanda buruk bagi rejim baru Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

“Penahanan terbaru ini berlaku selepas dakwaan terhadap saya di bawah Akta Perhimpunan Aman dan penahanan aktivis mahasiswa Adam Adli di bawah Akta Hasutan,” kata Nik Nazmi.

Ironisnya, ramai pimpinan UMNO-BN dan akhbar mereka Utusan Malaysia terus membakar sentimen perkauman namun tiada tindakan diambil ke atas mereka sedangkan pimpinan yang berjuang untuk demokrasi menjadi mangsa.

“Ini menunjukkan hipokrasi pentadbiran Najib,” ujar beliau.

Tamrin ditahan di Bangsar

Sementara itu, polis juga menahan Tamrin Tun Ghafar petang tadi di sebuah restoran dekat Bangsar dan dibawa ke Balai Polis Jinjang.

“Saya ditahan oleh Polis Bukit Aman. Polis sedang menunggu saya menghabiskan makan tengahari di Chawan (Restoran), Bangsar,” kata Tamrin dalam sms kepada rakan-rakannya.

Dengan penangkapan Tamrin, polis kini telah menahan empat orang iaitu aktivis pelajar Adam Adli, anggota Parlimen Batu Tian Chua dan akhtivis Asal Bukan Umno, peguam Haris Ibrahim.
-FMT

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mamat bagan datoh ni lebih2 pulak....! sedara mara terdekat pun x berapa gemar perangai mamat ni anak beranak.. berlagak orangnya..

Tanpa Nama berkata...

Nurislam: tangkap tangkap tangkap...nanti yang tinggal cuma express citizen(bangla,myanmar, indon etc).maklumlah depa ni memang loyal pada umno....

Tanpa Nama berkata...

Nurislam: tangkap tangkap tangkap...nanti yang tinggal cuma express citizen(bangla,myanmar, indon etc).maklumlah depa ni memang loyal pada umno....

Tanpa Nama berkata...

jgn tak tangkap. tangkap sesiapa yg tak sokong BN. biar tinggal satu pari je. baru lah bolih jadi negara maju mcm kat afrika tu...

Tanpa Nama berkata...

Testing-testing 1 2 3. I repeat testing 1 2 3. Kalau pemimpin ditangkap buat rakyat kendur... makna BN menang dengan bergaya. Tapi kalau makin ditangkap pemimpin makin ramai rakyat keluar... he he he... BN jadi toya.

Masalah sekarang Kerajaan BN di pihak yang salah, menipu di dalam pilihanraya. Sedangkan rakyat berada di pihak yang benar... malah di dalam kumpulan majoriti. Kalau berlaku keganasan polis dalam Himpunan Aman, BN akan goyah sebab antarabangsa sedang melihat perkembangan dan prestasi buruk kerajaan BN. BN kamu mahu jadi MUGABE ke?

Semua berpunca hanya pada dakwat kekal yang tak kekal. Ketelusan SPR di dalam PRU13 amat diragui.

Tanpa Nama berkata...

SPR dan kerejaan BN langsong tidak ada rasa malu dan langsong tidak ada rasa bertanggongjawab diatas kenyataan DAKWAT KEKAL YANG TIDAK KEKAL, DAFTAR PENGUNDI YG TERANG2 KOTOR, PENGUNDI LUAR TERANG2 DATANG MENGUNDI ADA VIDEO LAGI.......astagfirrullahalazim....hati mereka telah hitam kerana selama ini terlalu banyak rezki haram yg mereka telan anak beranak dgn kroni......

Tanpa Nama berkata...

pastikan dunia melihat tindakan2 drastik yg dilakukan umno BN bagi menutup mulut rakyat...