18 Mei 2013

Berakhirnya Politik Ibrahim Ali, Si Pengkhianat Itu...


Ibrahim Ali, akhirnya tumpas di gelanggang sendiri. Beliau tewas ditangan Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz dengan majoriti diperolehi calon PAS itu sebanyak 8047 undi.

Nik Abduh, Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat, memperoleh 33,431 undi berbanding penyandang kerusi, Datuk Ibrahim Ali yang mengumpulkan 25,384 kerusi.

Kerusi Parlimen Pasir Mas telah menyaksikan pertembungan satu sama satu setelah calon BN untuk kerusi tersebut, Che Johan Che Pa, tidak menyerahkan borang pencalonan di pusat penamaan calon biarpun hadir sama pagi ini.

Presiden PERKASA mendapat sokongan bulat daripada mantan perdana menteri Dr Mahathir Mohamad untuk mempertahankan kerusi tersebut.

GB sebelum ini pernah menjangkakan kekalahan Ibrahim Ali setelah beliau menipu TGNA dan PAS di Kelantan dimana beliau telah bertindak mengkhianati PAS setelah menang PRU12 pada 2008 di atas tiket PAS.

Berikut ulasan GB di dalam entri Ibrahim Ali Yang Bakal Mati Katak Dalam Politik Malaysia

Ibrahim Ali menyangkakan jika TGNA berundur, harapannya untuk menang di dalam pilihanraya lebih cerah.

Walhal, beliau yang telah menipu TGNA dan PAS di Kelantan tidak menyedari bahawa riwayat politiknya yang bakal berakhir lantaran penipuannya itu.

Bukan TGNA yang ingin bertanding tetapi ahli PAS seuruh negara yang tidak benarkan beliau berundur.

GB jangkakan Ibrahim Ali bakal tewas di dalam PRU akan datang. Dan rakyat Pasir Mas sedang menunggu untuk menghukum Ibrahim Ali di dalam PRU13 nanti. Jangan cuba lari ke kawasan lain!


Maka hukum kebenaran dan keadilan pun berjalan.... berakhirlah riwayat politik pengkhianat yang bernama Ibrahim Ali itu...

17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Lompat sikatak lompat lompat tinggi tinggi
ibrahim Ali lompat mana nak boleh tinggi sebab dia kemetot... Orang yang kemetot memang kalau bercakap suka cakap tinggi2 ... perkasa lah yang banyak membantu PR dalam pilihan raya ke 13 nie. .... Rasis .... Dan bercakap tanpa fakta tetapi dok auta....

suahati berkata...

dia belum mati tu.....dia cuma menyelam ambik tenaga atau salin kulit......sikit hari dia timbul tuuuu.

Jenis nie mana mau mudah2 mati...licin lagi pantas lompat kesana kesini mencari mangsa baru...........

Tanpa Nama berkata...

Nasib katak last2 kena katok ko rakyat...padan doh dok tipu

awang lentik berkata...

dah nama katak mana boleh buat baik pijak elok

Tanpa Nama berkata...

berapa banyak juta mamak kutty tu habis duit di pasir mas? johan che pa dapat berapa banyak?

Tanpa Nama berkata...

dia baru bernapas balik semula... sedar-sedar je terus dia suruh tangkap tukar tiub (hishamuddin rais).. hehehe

sebab hishamuddin rasi kutuk dia habis-habisan dalam tukar tiub...

BaDiN berkata...

katak vs kodok mana satu yg akan menang.Dalam pelbagai jenis sikatak & sikodok gerangan apakah jenis yg dok kat sebelah kiri silahabau tu.

Tanpa Nama berkata...

katak 1 dan katak 2 lemah longlai..langsung xde keluar tv..katk 2 yg 110% gerenti mng pon dh hilang..kena buat umpan pancing daaa...

Tanpa Nama berkata...

Hati2 dgn spesis katak neh.
Bila dia timbul nanti,pasti nak wat huru hara.
Kenyataan beliau pasti lebih keras dn ganaz
skrg dok bertapa n cari idea nk bakar api perkauman.
X per.kita tangkap dia dulu.pastu boj kerengge dlm sluar kecik dia
keh keh keh

Tanpa Nama berkata...

katak mana yg menang pru13? cuba bagitau aku?

Tanpa Nama berkata...

GB, langit tidak selalu cerah, pusingan roda sentiasa berputar, hidup tidak seperti mana yang kita impikan, kuasa Allah tidak boleh kita lawan, kekuatan dan kudrat kita kurniaan Allah tidak selama berada dalam keaadaan statik. akur dan ingat lah hebat bagaimana kita , tinggi kebubukan kita akhir nya kita akan di turunkan juga kedalam perut bumi. jgn lah kita angkuh dan takbur, KALAU ALLAH SUDI DGN MINOR STROKE MULUT PUN KITA SUDAH HABIS KEKUATAN. TERIMA LAH, BETUL sPT GB INGATKAN SENTIASA BAHAWA KEBENARAN TETAP AKAN MENGHUMBANKAN KEBATHILAN, MAKA TERIMA LAH AKIBAT DRPD APA YG KITA LAKUKAN. BYE BYE... POK HIM DAN YG SEANGKATAN DGN NYA.

Tanpa Nama berkata...

Tiada sispa nak si bahalol jadi pemimpin. Mudah aje.

Tanpa Nama berkata...

HINDRAF lebih berjasa dari PERKASA mengekalkan pemerintahan BN?

Tanpa Nama berkata...

Najib lebih sayang Hindraf dari Ibrahim ali?

Tanpa Nama berkata...

IA akan kembali dgn watak lain pulak,tunggu aje lah lakonan beliau,yang last perkasa lepas ni silap2 pekasam ... tak sedar diri dah tua tak fikir nak taubatke bila Allah dah tunjuk kebenaran? takut tak sempat, nanti TGNA juga yang kena solatkan jenazah n baca talkin

Tanpa Nama berkata...

org yg khianat terhadap perjuangan Islam akn kecundang akhirnya...

Tanpa Nama berkata...

Lompat si katak lompat, katak sedang khuathir, katak jgn risau tak dak tempat, katak boleh lompat kat mamak mahathir. Heheheh, sekian terima kasih dr Penang mari.