11 Mac 2012

Ibrahim Ali Yang Bakal Mati Katak Dalam Politik Malaysia

Perkasa mahu Nik Aziz berundur

GUA MUSANG - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu berundur sebagai Menteri Besar kerana tidak lagi layak menerajui Kerajaan Negeri Kelantan, malah tidak wajar bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali menegaskan, banyak sebab menteri besar itu perlu berundur, bukan sahaja disebabkan faktor umur, tetapi juga kelemahan sepanjang lebih 20 tahun memerintah negeri itu.

Nik Abdul Aziz mengetuai Kerajaan Kelantan sejak Pas menguasai negeri itu pada 1990.

Ibrahim yang bertanding kerusi Parlimen Pasir Mas pada 2008 menggunakan tiket Pas berkata, antara sebab lain kegagalan membawa perubahan ke arah kemajuan masa depan rakyat dan sumber pendapatan kerajaan negeri yang semakin menurun.

"Kalaulah dia terus memegang jawatan itu sudah tentu rakyat akan berdepan dengan banyak masalah.

“Oleh itu saya minta Nik Abdul Aziz berundur sebelum PRU13," katanya di sini.

Ahli Parlimen Pasir Mas ini berkata, penyandang jawatan Menteri Besar perlu dilantik daripada kalangan pemimpin muda yang berpelajaran tinggi dan mempunyai perancangan berwawasan untuk kemajuan rakyat.

Katanya, Nik Abdul Aziz boleh dikatakan memegang jawatan Menteri Besar itu hanya sebagai pemerhati kerana tidak mampu melakukan apa sahaja pembaharuan menyebabkan Kelantan masih mundur dan kurang peluang pekerjaan.

“Kalau nak dikatakan dia layak sebagai mufti tidak juga kerana banyak fatwa yang dikeluarkan bercanggah dengan mufti lain berikutan ada kepentingan politik peribadinya.

“Tambah pula sekarang terikut-ikut telunjuk parti pakatan termasik DAP dan PKR.

"Adalah lebih baik dia berehat sahaja di rumah dan memberi laluan kepada orang yang lebih muda untuk menerajui kerajaan negeri supaya ada perancangan yang berguna," katanya.

Beliau mengakui kelemahan kepimpinan Nik Abdul Aziz itu menyebabkan Kerajaan Pusat menghulurkan pelbagai bantuan khususnya kewangan bagi membangunkan negeri berkenaan sejak dahulu sampai sekarang.

Katanya, rakyat negeri itu juga sudah kurang yakin dengan kemampuan Nik Abdul Aziz terus menerajui Kerajaan Kelantan dan kemungkinan besar menolak Pas pada PRU13.

"Pada hemat saya sudah nampak dengan jelas rakyat semakin muak dengan karenah kepimpinan kerajaan negeri yang lebih mengutamakan kepentingan diri daripada membawa perubahan untuk mereka," katanya. -SH

PRU-13: Tiada simbol PAS buat Ibrahim tanding di Pasir Mas

PAS tidak akan memberi laluan kepada Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali untuk bertanding semula di kubu kuatnya di bahagian Parlimen Pasir Mas, Kelantan atas lambang parti itu pada pilihan raya umum akan datang.

“Tidak, kami tidak akan membenarkan Ibrahim Ali bertanding atas tiket PAS lagi... apa yang diputuskan pada tahun 2008 bersifat sekali sahaja, itu adalah keputusan ‘one-off’,” kata ahli jawatankuasa PAS Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

Ahli Parlimen Kota Baru itu berkata pihaknya sudah memutuskan dari dahulu lagi bahawa ruang yang diberikan kepada Ibrahim dua tahun lalu hanya bersifat “sekali sahaja”.

“Keputusan ini bukan yang baru, memang dari dulu lagi kami sudah memutuskan demikian. Pada pilihan raya umum akan datang PAS akan meletakkan calon di kerusi Pasir Mas, sama ada Ibrahim Ali tanding atau tidak, PAS tetap akan meletakkan calon sendiri,” kata bekas pengarah pilihan raya PAS Kelantan ini.

“Keadaan 2008 tidak akan berulang, sebaliknya jika PAS letak calon, BN letak calon, Ibrahim juga mahu bertanding, maka akan ada saingan tiga penjuru... balik kepada keadaan asal seperti tahun 2004 di mana beliau kalah teruk,” kata Wan Abdul Rahim yang juga Yang Dipertua PAS Kota Baru.

Sebelum ini Ibrahim, ahli Parlimen Bebas pernah berkata bahawa walaupun beliau telah memutuskan kerjasama dengan PAS tetapi “hubungan di segi sahabat, berkongsi maklumat dan cita-cita politik masih macam biasa”.

“Saya kekal sebagai calon Bebas, maknanya, saya boleh berkawan dengan sesiapa, boleh bertegur sapa dengan sesiapa, kritik sesiapa, dan semuanya boleh kritik dan hentam saya.

“Maksudnya (saya) tidak memihak pada mana-mana pihak tetapi bebas,” katanya.

Ibrahim menjadi ahli Umno sejak 1981 tetapi telah dipecat pada 2003.

Ekoran tindakan itu, Ibrahim bertanding di kawasan Pasir Mas pada 2004 sebagai calon Bebas tetapi gagal.

Pada tahun 2008, Ibrahim bertanding menggunakan simbol PAS tetapi duduk di Dewan Rakyat atas kapasiti sebagai calon Bebas.

PAS menawarkan Ibrahim untuk menggunakan simbolnya.

Pada tahun 2004 kerusi Pasir Mas dimenangi calon PAS iaitu Ismail Noh yang memperoleh 17,526 undi manakala calon BN, Abd Rahim Abd Rahman mendapat 16,275 dan Ibrahim pula 6,198.

Dua tahun lalu, Ibrahim menerima 28,673 undi manakala calon BN, Ahmad Rosdi Mahmud 19,682.

“Permusuhan” antara PAS dan Ibrahim mula tercetus awal tahun lalu selepas wakil rakyat itu dilihat mengkritik semua pihak tidak kira parti termasuk Pakatan Rakyat.

Situasi itu menyebabkan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta beliau meletakkan jawatan dan bertanding semula di kerusi berkenaan.

Ibrahim kemudian menubuhkan Majlis Bertindak Rakyat Kelantan (MTRK) dan yang terbaru Perkasa.

Wan Rahim juga berkata berdasarkan maklumat yang beliau terima kemungkinan Umno juga akan meletakkan calonnya Pasir Mas dalam pilihan raya umum akan datang.

Walaupun Perkasa dikatakan menjadi pertubuhan bukan kerajaan yang mencabar peranan Umno tetapi parti dominasi BN itu menganggap Ibrahim sebagai rakan mereka.



Ulasan GB

Ibrahim Ali menyangkakan jika TGNA berundur, harapannya untuk menang di dalam pilihanraya lebih cerah.

Walhal, beliau yang telah menipu TGNA dan PAS di Kelantan tidak menyedari bahawa riwayat politiknya yang bakal berakhir lantaran penipuannya itu.

Bukan TGNA yang ingin bertanding tetapi ahli PAS seuruh negara yang tidak benarkan beliau berundur.

GB jangkakan Ibrahim Ali bakal tewas di dalam PRU akan datang. Dan rakyat Pasir Mas sedang menunggu untuk menghukum Ibrahim Ali di dalam PRU13 nanti. Jangan cuba lari ke kawasan lain!

11 ulasan:

Wak Labu Farm berkata...

name pun katak, tentu le dia mati katak

Tanpa Nama berkata...

hahaha..
masuk bebas ..tubuh perkasa..dicekik umno pulak..kesian..6000 undi dapat kot ..

Tanpa Nama berkata...

Siapa dia nak suruh TGNA berundur.Hah!! Ni ckp org yg xda halatuju. Mana mau pigi hah? PAS confirm reject dia, UMNO? jgn hrp la.. Perkosa bkn parti politik. Muka tak tau malu. Dulu apsal guna lambang PAS kalau dah tau TGNA tak reti nak tadbir kelantan. PAS kelantan bkn ikut ckp DAP/ PKR tpi dh terpengaruh ngan ckp Brahim Al Kataki klau tak dia tak merasa la nk bertanding. Mati katak ler jawabnyer..Hahaha..

Tanpa Nama berkata...

Aku dari dulu tak percaya kat Ibrahim Katak ni.
Kalau UMNO calunkannya, aku akn buat protes tak undi katak ni.

Jenis specis katak dua alam. Mana tempat boleh dia tenggek, di situ lah dia nak berendek.

Ni katak paling CILAKE

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin yang sudah nazak iman dan tauhid. Pemimpin yang tak tahu malu dan rasa dia saja yang betul mungkin dia rasa dia maksum tidak ada dosa dan dia saja yang betul.
Semoga ALLAH s.w.t menjatuhkan pemimpin begini dan berikan dia taufik dan kesedaran untuk bertaubat sebelum maut datang menjemput.

Tanpa Nama berkata...

umno pon xnak kat dia,pas pon xnak...
biar mic ambik dia.....

Tanpa Nama berkata...

BODOH PIANG PUNYA KATAK.. KALO KATAK DIIKAT KAKINYA BALING DALAM AIR BOLEH BERENANG KA.. B.N PUKAY TARIK ROYALTI MINYAK KELANTAN LAH BODOH PUNYA KATAK SIALLL... AKU YAKIN KALAU KELANTAN DAPAT ROYALTI MINYAK TU.. YA AKAN LEBIH MAJU DARI NEGERI BN YG LAIN.. HIDUP PAS.. TEGUHLAH ISLAM.. HIDUP BN.. BANKRUP NEGARA..

Tanpa Nama berkata...

bukan MIC bro, biar parti "KITA" atau "PCM" ambil brahim katak...itu pun kalau presiden parti tu nak ambil katak sebagai calon...

Tanpa Nama berkata...

Katak sebenarnya lebih mulia dan bersih daripada Si Brahim ini. Kalau cakap berjuang untuk bangsa, agama dan sulte bersembur air liur. Manusia pengotor!

Tanpa Nama berkata...

saya secara peribadi ada perasaan berterima kasih kpd sdr ibrahim ali, hidup beliau ada juga jasa2 walau ada kesah2 kelabu dlm karier politik. rasanya lah kalau tak kerana 'amukan' beliau pada pru-11 (kalau tak khilaf), pas menang majoriti 2 kerusi di kltn tu ada sabitan dan keringat dia. tapi ya lah dia brahim ,, bukan nuar,,

Tanpa Nama berkata...

INILAH BALASANYANGALLAH BERIKAN KEPADA ORANG YANG ANGKUH, TAKBUR, SOMBONG BONGKAK DAN PERASAN.
HANYA DENGAN BEBERAPA KERAT SAMSENG DAN DISOKONG OLEH ORANG TUA NYANYUK BADUT BANGSAWAN BERASADIATELAH KUAT BERKUASA....

SEMOGA ALLAH MEMBERI DIA IYAHÀHAWW