Penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff terkejut apabila Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang baru dilantik menjadi Menteri Dalam Negeri meminta rakyat yang enggan menerima sistem pilihan raya Malaysia berhijrah ke negara lain yang menjalankan pilihan raya mengikut sistem yang digemari.
“Mengapa DS Zahid boleh mengeluarkan kenyataan sebegini?” tanya beliau di dalam Facebooknya.
Beliau juga mempersoalkan apakah salah jika rakyat mempersoalkan pelaksanaan sistem pilihan raya yang ada dan apakah perlembagaan negara kita menghalangnya.
“Setahu saya, Perkara 10 Perlembagaan menjamin hak rakyat untuk bebas mengeluarkan pendapat, berhimpun dan berpersatuan,” jelasnya.
Tambahnya, tidak ada satu klausa pun dalam perlembagaan yang membenarkan menteri untuk memberitahu rakyatnya supaya berhijrah ke negara lain hanya kerana berbeza pendapat dalam politik.
“Jika kita akui negara kita adalah negara demokrasi, maka berdemokrasilah secara jujur,” ujarnya.
Sebagai menteri, kata beliau Zahid sepatutnya membangkitkan kasih sayang dan semangat patriotik rakyat kepada negara, bukannya mengeluarkan kenyataan sebegitu.
Sebagai menteri, kata Mohammad Agus, Zahid sepatutnya menggunakan masa untuk merancang mengatasi masalah keselamatan, jenayah, social ills dalam negara daripada menyerang rakyat yang mempunyai perbezaan politik dengan parti kerajaan.
“Saya mohon kita semua hentikan kenyataan sebegini hanya kerana kita mempunyai perbezaan politik. Ini adalah tanah air kita bersama.
“Saya yakin, sebagai rakyat, kita semua mahu terus menyumbang bakti kepada negara kita ini mengikut keupayaan masing-masing, biarpun dalam bentuk yang berbeza. Malaysia adalah negara kita bersama,” katanya.
28 ulasan:
Saranan Zahid macam Malaysia ni dia yang punya...
Perbezaan pendapat itu adalah rahmat, memetik sabda Rasulallah SAW..
Kenapa, dia ingat negara ini bapak dia punyakah? Nak suruh orang lain berpindah.
Ada ramai mulut longkang dilantik
dalam kabinet dapur Najib kini.
Selain Zahid Hamidi antaranya ialah:
* Muhyiddin Yassin
* Nazeri Aziz
* Ahmad Maslan
* Hishamuddin Hussain
* Tajuddin Abdul Rahman
* Shahidan Kassim
Semuanya dari UMNO,
Apa nak jadi dengan orang-orang
Melayu jenis macam ni...
Sombong dan bongkak.
Beliau bukan sombong tetapi melahirkan isi hati dan menunjukkan ketegasan kepada mereka yang mahu menghuru-harakan negara. Ini negara demokrasi, beliau juga bebas bercakap. Saya tak suka UMNO tapi cara PR khususnya Anwar dan DAP sangat2 salah dari sudut Perlembagaan Negara. Kami mahu keamanan dan bangsa selain Melayu mesti ada semangat cintakan negara seperti rakyat Indonesia berbangsa Cina dan India. Walaupun Cina dan India Indon, mereka akan bercakap bahasa Indonesia sesama mereka. Kita Boleh kutuk UMNO tapi jangan sekali kutuk Islam, Melayu, Raja Melayu dan budaya Melayu. Apakah atas nama demokrasi, mereka bebas kutuk islam, melayu, raja melayu dan asas pembinaan negara? Anonymous- Guru Kampung
Seblm PRU berkempen dan merayu. Bila diberi amanah mencaci rakyat....lain kali cakap biar jujur. Kslau tak suka rakyat cakap tak suka biar rakyat pilih yg betul. Bodoh!
Budak jaguh kampong tahap bahalol masok bsmdar bawa mentaliti benggap kampongmya. Apa nak buat dah rakyat kawaaannya pilih budak bahalol. Sedihnya melayu bahalol di pilih sedangkan banyak ada lagi melayu bijak pandai dan matamg berfikir di kampong tu.
Anon 7.22 am
Adakah anda menuduh PR yang mewujudkan huru hara. Mari saya sebut satu persatu. Buka hati dan otak anda besar-besar. Kes memali, siapa yang menghantar askar dan polis untuk membunuh orang kampung? 13 Mei siapa yang sebenarnya mewujudkan fitnah hingga cina melayu saling berbunuh? Kes lahad datu si kiram tu baik dengan siapa, mesyuarat agong siapa yang dia hadiri tahun lepas? Kes di Sauk, kalau dikaji sebab kejadian adalah kerana hendak satu perkara dengan perkara yang lain oleh seorang pembesar negeri ketika itu. Anak cina, anak melayu, anak india siapa yang tembak mereka mati di jalanraya? Apakah sebab reformasi wujud, bukankah kerana rakyat apabila seorang timbalan perdana menteri difitnah dan diperlaku tidak adil. Batu putih, tanjung pagar, kem tentera kita di woodlands siapa yang menyerahkan kepada singapura? Siapa yang menaikkan harga minyak? Dan banyak lagi. Anda jawab sendiri!
Sama ada kita orang besar, educated atau sekolah kampung.....lihat dan baca secara keseluruhannya. Jangan diambil sebahagian kemudian hentam habis habisan, kerana ini akan mengelirukan sesiapa sahaja yang cuma ingin mengambil pendapat dari anda dan mengguna pakai ia. Sebagaimana yang di mahukan oleh pengikut TGNA, dengar keseluruhannya, begitu juga sebaliknya. Dengar dan faham keseluruhan, barulah diberi komentar yang berguna.
ini menteri baru pegang polis....dia ingat dia boleh buat ikut suka dia ?? kemenangan dia di kerusi parlimen pun dipertikai kerana kedua2 kerusi dun dlm parlimen dia dimenangi pakatan rakyat. jumpa di mahkamah.
peringatan yg Allah beri masih belum menginsafkan dia...apa yg berlaku kpd anak dia adalah implikasi dari pembunuhan kejam pasukan keselamatan kita oleh tentera sulu.
mana dia tiga orang pembangkang yg dia dakwa terlibat tu ??
dasar pemimpin penipu...patut la najib sebut "tiga ekor naib presiden"
kalau dia bertindak kasar kpd rakyat, jawabnya lebih cepatlah hancurnya kerajaan yg ada ini.
kenyataan yg dia buat ini benar2 telah buat rakyat rasa terhina...
rakyat tidak akan memaafkan kamu !!!
Anon 7.22 am
Mengapa manusia menangis. Menangis jerana expresi sedih, narah, takut, sakit dsbnya. Kalau manusia merasai detik yg disebutkan ia tidak menangis ia manusia luar bisa.
Mengapa manusia berkumpul beramai-ramai. Untuk menzahirkan ketidakpuasan, kemarahan, keseronokan, kebencian dsbnya.
Sebab kami manusia biasa yg boleh berfikir maka kami zahirkan perasaan kami.
abis, yg mca dah hina Islam tu, ok le tu? setahu aku yg dok langgar perlembagaan (mcm ucapan mangkuk hayun bagan datok) dan yg meruntuhkan kuasa raja melayu, yg tak mahu daulatkan Islam, yg tak mahu martabatkan bahasa melayu ialah umno. mereka yg berkuasa selama ni. ello anon 7:22 yg hang tak suka anwar tu cerita kedua, yg utama matlamat pr untuk mendaulatkan negara kita, menghapuskan rasuah dan salahguna kuasa. kekayaan dan khazanah negara perlu dikembalikan kpd rakyat melalui perumahan, pendididikan percuma, kawalan letrik, api dan bahan makanan, dan bukannya kpd pemimpin dan kroni. Malaysia ditakdirkan mewah tapi...apa dan jadi kini...satu lagi, tolong bagi bukti yg PR akan meruntuhkan sistem raja dan perlembagaan negara.
Nota: bukan nak hina, cubalah jadi Guru Bandar dari segi info, pemikiran dan wawasan. "Kampung" adalah lebih kpd kurang cabaran, zone selesa dan tipikal melayu yg faham Islam hanya sekadar kulit bawang....
Ni ayat rakyat untuk zahid hamidi korup. Jika tidak faham aspirasi perlembagaan 10, sila lah pilih negara komunis yang UMNO sendiri jalinkan hubungan dari belakang. Kau x layak nak mempersoalkan hak rakyat yang diberi di dalam perlembagaan. Ni lah bila menteri haprak pengampu akai takda mentadbir mengikut kepala hotak dan perasaan dia sahaja. Sekurang-kurangnya kau sebagai oemimpin tidak adil sah dan nyata menunggu rakyat yang kau aniaya dia sebelum ko dimasukkan ke neraka. Itu janji Allah dan janji itu benar wahai pemimpin semua.
wahai anon 7:22 AM, org yg berfikiran macam nilah yg memenangkan org zalim yg curi rompak tipu putar belit, sampai bila pun fikiran akan terjajah jika tak reti pilih yg mana benar dan yg mana tipu.
tak boleh kutuk melayu dan budaya melayu? apakah org melayu tu maksum? tentang budaya melayu - org melayulah yg paling banyak budaya karot, bomoh membomoh, dengki mendengki, umpat mengumpat dan banyak lagi budaya merugikan, org melayu paling sikit guna otak utk menganalisa sesuatu, suka dicucuk idung, fikirlah sendiri malas nak cakap sebjik2, zaman maklumat diujung jari ni org dah tak boleh terima kalau masih berfikiran sempit. kadang2 org berfikiran sedemikian sebab dia sendiri pilih utk stay on on like sampai mati.
tentang pd zahid hamidi - ini satu cth pemimpin amno yg sombing bongkak, umpama tuannya amno samseng yg tak pernah mengenal dosa pahala, buat jahat tak tau malu apa lagi menyesal.
Anon 7.22am,
Dengan segala kemajuan teknoloji maklumat yang telah berkembang tanpa batasan telah membuat dunia kini sebagai satu tempat yang telus dan terang. Awak ini seorang guru jadi bukalah pemikiran kamu supaya menjadi srorang pemikir yang waras berlandaskan kebenaran, kejujuran dan keihklasan. Janganlah kebanganggan kamu mengkelabukan pemikiran kamu yang seterusnya menganggu keputusan minda anda. Orang macam awak ini kalau masih terus wujud dan lebih teruk lagi menjadi seorang pendidik, maka sahlah generasi yang akan datang akan berfikiran seperti lembu. Sahlah awak ini memang bengap tegal yang akan sanggup merangkak untuk merebut seketul tulang yang dilontarkan kepada kamu dan sanggup menjadi tukang tungangan kepada pelontar tulang untuk bawa mereka kejamban. Kesian kedua dua ibubapa awak dan juga ibubapa murid murid kamu ajar jika betul awak ini seorang guru.
MEMANG ADA JENIS BANGSA YANG PUTUT DIAJAR CARA BEGITU. DALAM MENGAJAR ORANG KADANGKALA UNSUR ANCAMAN PATUT JUGA DIKENAKAN. DALAM AGAMA JUGA ADA UNSUR ANCAMAN. MALAH NABI SENDIRI MENYURUH BANI ISRAEL YANG ANGKUH DAN INGKAR PERINTAH TUHAN SUPAYA CINTAKAN KEMATIAN WALHAL KAUM INILAH YANG SANGAT NGERI DGN KEMATIAN KERANA SELEPAS KEMATIAN SAHAJA YANG MEMBALAS SEGALA DOSA-DOSA KERANA INGKAR DARI MEMATUHI PERINTAH RASUL DAN PENCIPTA MEREKA.
Zahid nak halau kita keluar dari Malaysia. Dia ingat negara ni tok wan dia punya kot. Dia nak suruh kita keluar, lepas tu nak replace kita dengan bangla, indon, Myammar, kemboja,nepal ,sulu. Depa nak perintah sampai mismatch.
Oh Anon 722, budak kampong gak geng si bahalol tu juga lah..... Eloklah duduk kampong tu, nanti bagi budak budak banglasia jadi ketua kampong pulak yea.....
Kalau dulu, ketika DS Mahathir memecat DS Anwar, Si Zahid nilah yang bebenar melawan Mahathir dengan kritikan Nepotisme dalam pentadbiran DS Mahathir. Tetapi selepas DS Mahathir mengeluarkan kenyataan "Sesiapa yang mengeluarkan kenyataan harus bertanggungjawab" Si Zahid kecut perut. Tidak berapa lama selepas itu Si Zahid didapati mempengerusikan 100 buah syarikat yang dipertikaikan maka dengan serta merta dia sokong DS Mahathir. RASSUAH!!! Sekarang nak halau org pulak. Dia dah jadi macam presiden Myanmar yang halau penduduk kaum Rohingya kut. Ingat! kami rakyat, anda juga rakyat. Jangan melampau.
Sepatutnya zahid ambik positif ...dah jelas dan nyata rakyat tak nak BN.so angkat kakilah...pi jadi menteri kat negara banglasiala...buat apa dpt pangkat tapi tak dpt tido lena.sia sia jadi manusia
Dapat sikit kuasa kat dunia ni,sudah berlagak sombong.Nasib baik dia tak suruh pegi mati saje...lagi bagus.
Gelaran terbaek untuk menteri BN...menteriDoubleS (syok sendiri). Selayaknya memerintah dun pwtc je-Nurislam
Anon 7.22,
Kebiasaannya seseorang yang mengaku atas pagar, berkecuali, tidak menyebelah mana-mana pihak atau saya sokong XXX tetapi......diketahui dengan tepat kecondongannya melalui ungkapan selepas mengaku 'menyokong xxx tetapi' dll.....
Semoga lain kali jangan menipu jika tidak beberapa cerdik.
Gaji dia rakyat yg bayar...lagi nak halau halau orang . Dia tu yg patut kena halau
Dia kata di negara kita ni kemenangan pilihanraya berdasarkan kerusi dimenangi bukan undi popular...kalau tak mau dgn cara ini bolehlah pilih utk migrate ke negara2 yg mengamalkan undi popular...itulah maksud kata2 dia sepenuhnya...harap maklum..
May 18,anon at 7.22am, PENCACAI Berfikiran longkang dan patut pun guru kampong Bebal UMNO tak habis2.Zaman ini zaman dunia tak ada sempadan kesian, betulkan fikiran anda..
... NAK KONGSI PENDAPAT... APAKAH JIKA PR MEMERINTAH (ANDAI KATA ) SEMUA PENYOKONG TEGAR BN, PERLU DIHALAU KE LUAR NEGARA.. SAMA2 FIKIR..
ANALISIS POLITIK BERAT SEBELAH.....TAK MATCHING DALAM KAJIAN.
Sebagai org menteri jgn kluarkan kenyataan yg tidak professional sbb dia rakyat yg pilih.
Catat Ulasan